Tuesday 30 September 2014

Cerita Pengamal Suplemen dan Pemakanan Secara Sihat: Anda Golongan yang Mana Satu? - (Part 3)

Cerita Pengamal Suplemen dan Pemakanan Secara Sihat: Anda Golongan yang Mana Satu? - (Part 3)

Food Rage 


Food rage ialah istilah yang saya inspirasikan daripada istilah game rage, yang bermaksud tahap atau level dalam sesuatu game yang terlampau sukar untuk diatasi sehingga seorang gamer amatur menjadi putus asa dan melemparkan konsol permainannya. Keadaan ini disebut mencapai tahap game rage. Begitu juga dengan dengan pemakanan. Golongan ini mendapati terlalu banyak pantang larang, amalan, politik, info dan "fakta" pemakanan sehingga mencapai tahap food rage, iaitu langsung enggan ambil tahu tentang pemakanan dan khasiatnya. Mereka hidup pada prinsip, "hidup untuk makan" dan YOLO, "you only live once". Golongan ini amat bertentangan sekali dengan wellness warrior, tidak mengambil peduli tentang vitamin dan suplemen dan benar-benar menikmati pelbagai rangkaian makanan tanpa mengambil kira khasiatnya, sama ada membawa kemudaratan atau kebaikan. Golongan ini cenderung untuk melihat wellness warrior sebagai golongan food geek yang tidak mampu menikmati makanan.

Testimoni Shaklee Collagen Powder dalam Menghilangkan Parut Jerawat

Testimoni Shaklee Collagen Powder dalam Menghilangkan Parut Jerawat

Parut Jerawat


Jerawat pada kebiasaannya akan reda selepas 3 hari. Walau bagaimanapun, keradangan kulit yang disebabkan oleh jerawat terutama sekali yang jerawat jenis cyst akan meningggalkan parut yang ketara dan mendalam. Individu dengan kulit sawo matang dan gelap biasanya akan mendapati parut jerawat mereka akan berwarna gelap (hiperpigmentasi), manakala individu dengan kulit cerah pula akan mengalami parut yang kemerah-merahan (erythema).

Photo: www.dermarollershop.com

Bagaimana Shaklee Collagen Powder membantu menghilangkan parut jerawat?

Monday 29 September 2014

Cerita Pengamal Suplemen dan Pemakanan Secara Sihat: Anda Golongan yang Mana Satu? - (Part 2)

Cerita Pengamal Suplemen dan Pemakanan Secara Sihat: Anda Golongan yang Mana Satu? - (Part 2)


[sambungan daripada Cerita Pengamal Suplemen dan Pemakanan Secara Sihat: Anda Golongan yang Mana Satu? - (Part 1)]

Supplement abuser


Siapakah pula golongan supplement abuser? Mereka ialah penyalahguna suplemen dengan tujuan untuk mencapai tahap "kesihatan" yang diinginkan, sama ada kepada diri sendiri ataupun orang di sekitar yang ditujukannya. Golongan ini biasanya tidak sedar atau tutup mata akan hakikat suplemen makanan adalah bertujuan untuk menampung kekurangan sebahagian nutrien dalam makanan, bukannya pengambilalihan total pemakanan nutrien harian sehingga menjadi "pemakanan ruji". Contohnya, pengambilan multivitamin berbentuk meal replacement menyebabkan mereka tidak mengamalkan pemakanan seimbang kerana berasa 'selamat' dan 'gembira' dengan hakikat keperluan telah ditampung oleh makanan tambahan tersebut. Ini merupakan amalan yang sama sekali bertentangan seorang wellness warrior yang mana wellness warrior pengamal suplemen akan mengetahui bahagian mana kemungkinan kekurangan nutrien berlaku yang memerlukan bantuan suplemen (contohnya tidak mampu mendapatkan 5-8 hidangan buah dan sayuran serta rangkaian lain antioksidan bersumberkan legum dan kekacang) dan memberi keutamaan kepada amalan pemakanan yang seimbang dan semula jadi.

Photo: www.abc.net.au

Hari Jantung Sedunia 2014 & Set Kesihatan Jantung Shaklee

Hari Jantung Sedunia 2014 & Set Kesihatan Jantung Shaklee

Hari Jantung Sedunia 2014 dan tema pada tahun ini


Hari ini merupakan World Heart Day atau Hari Jantung Sedunia (hari ini juga International Coffee Day bagi para pencinta kopi) yang berlangsung pada 29 September setiap tahun. Sambutan tahunan ini diasaskan oleh World Heart Federation dalam usaha memberi maklumat dan kesedaran kepada orang awam selain mengawal 4 risiko utama penyakit kardiovaskular (berkaitan jantung dan salur darah) yang menyumbang kepada 80% kematian akibat penyakit kardiovaskular.iaitu;

  1. penggunaan tembakau atau tabiat merokok, atau perokok pasif
  2. diet yang tidak seimbang
  3. gaya hidup sedentari atau tidak aktif
  4. ketagihan arak
Tema World Heart Day pada tahun ini ialah "creating heart-healthy environments" atau mencipta persekitaran ke arah jantung lebih sihat. Tema ini memberi kesedaran  kepada orang bahawa tempat kita hidup, bekerja dan bermain seharusnya bebas daripada risiko yang menyumbang kepada penyakit jantung seperti akses kepada makanan sihat dan zon bebas asap rokok, sesuatu yang masih kita sukar dapatkan pada hari ini lebih-lebih lagi di bandar-bandar besar.

Photo: www.wuuhuuonline.com

Sunday 28 September 2014

Cerita Pengamal Suplemen dan Pemakanan Secara Sihat: Anda Golongan yang Mana Satu? - (Part 1)

Cerita Pengamal Suplemen dan Pemakanan Secara Sihat: Anda Golongan yang Mana Satu? - (Part 1)


Selama saya melibatkan diri dengan suplemen dan kini menjalankan perniagaan Shaklee yang menjual suplemen dan vitamin serta produk pembersihan mesra alam, saya memerhatikan diri sendiri, orang lain dengan cara pemakanan masing-masing, secara umumnya. Melalui pemerhatian tanpa kajian bersifat saintifik dan ilmiah yang rasmi apatah lagi well-designed, saya membina pendapat sendiri tentang amalan pengambilan suplemen secara sosial dan pemakanan sihat. Ini benar-benar pendapat peribadi sahaja, sekadar kenyataan tidak rasmi yang dimuatkan dalam 'artikel suka-suka' saya ini.


Photo: healthxwellness.com

Testimoni Pengambilan Vivix® Shaklee oleh Pesakit Kencing Manis dengan Ulser Kaki Diabetes (Diabetic Foot Ulcer)

Testimoni Pengambilan Vivix® Shaklee oleh Pesakit Kencing Manis dengan Ulser Kaki Diabetes (Diabetic Foot Ulcer)


Vivix® Shaklee merupakan suplemen anti-penuaan dengan gabungan antioksidan yang bukan sahaja melambatkan penuaan dengan membaiki sel pada tahap selular, kandungan aktif utama Vivix® Shaklee iaitu resveratrol, ellagic acid dan anthocyanin selain quercetin serta ellagitannin, didapati efektif dalam meningkatkan sensitiviti insulin terhadap gula darah. Ciri ini amat penting terutama sekali bagi pesakit kencing manis atau diabetes jenis II yang mempunyai rintangan insulin (insulin resistance) yang menyebabkan kawalan gula darah yang tidak baik (poor blood sugar control).

Testimoni

Testimoni pesakit ini, seorang wanita berusia awal 40-an dengan kawalan gula darah yang agak kurang baik,

Saturday 27 September 2014

Kenali Asid Lemak Omega-3 dan Omega-6

Kenali Asid Lemak Omega-3 dan Omega-6


Asid lemak perlu merupakan sejenis lipid yang tidak dapat dihasilkan oleh badan, asid lemak poli tidak tepu (polyunsaturated fats) yang hanya diperolehi melalui pengambilan makanan atau suplemen. Asid lemak perlu terbahagi kepada dua kumpulan iaitu asid lemak omega-3 dan asid lemak omega-6. Asid lemak perlu ini penting untuk fungsi tubuh, antaranya pengangkutan oksigen, penyimpanan tenaga, fungsi membran sel, dan kawal atur proses inflamasi dan proliferasi sel. Asid lemak ini juga perlu untuk pertumbuhan dan pematangan organ tubuh, terutama sekali otak dan mata.

Photo: rebeldietition.us

Kempen "Berbasikal" ke Itali dengan RTI

Kempen "Berbasikal" ke Itali dengan RTI


Entry santai pada petang Sabtu ini sebelum saya meneruskan lagi  pada hari-pada akan datang dengan artikel berkaitan keburukan minyak masak sayuran (selama ini kita dimomokkkan dengan "minyak masak sayuran" dan "marjerin' yang bebas lemak tepu dan lebih "sihat") dan tentang marjerin vs mentega serta kebaikan asid lemak omega-3 kepada kesihatan. Ya, entry ini bersifat nota peribadi saya, untuk ingatan pada masa akan datang. Jika sebelum ini saya menyimpan draf tentang target pertama sebelum ini, kali ini saya ingin berkongsi kegembiraan peribadi berjaya mendapatkan pelanggan pertama melalui blog ini (saya tidak menyimpan draf untuk target ini, sendiri tidak menyangka secepat ini target kali ini tercapai).

Photo: www.milanocard.it

Friday 26 September 2014

Keburukan minyak masak sayuran dimurnikan (refined vegetable oil) - Part 2

Keburukan minyak masak sayuran dimurnikan (refined vegetable oil)

Apakah minyak masak sayuran dimurnikan (refined vegetable oil)?

Terdapat banyak jenis minyak masak sayuran dimurnikan (refined vegetable oil) yang terdapat di pasaran, antaranya ialah minyak canola, minyak kacang soya, minyak jagung, minyak bunga matahari, minyak safflower dan minyak kacang tanah. Minyak ini diperolehi daripada lemak dalam biji yang merupakan dari jenis poli tidak tepu (polyunsaturated fats) dan kekal dalam bentuk cecair pada suhu bilik. Minyak masak sayuran yang biasa kita gunakan merujuk kepada campuran minyak sayuran berasaskan minyak kelapa sawit, minyak jagung, minyak kacang soya atau minyak bunga matahari.

keburukan minyak masak sayuran
Photo: www.indiamart.com

Bagaimana pula minyak masak sayuran ini boleh menjadi bahaya?

Kebaikan OmegaGuard™ Shaklee dari Sudut Saintifik

Kebaikan OmegaGuard™ Shaklee dari Sudut Saintifik


OmegaGuard™ Shaklee mengandungi asid lemak poli tidak tepu omega-3 yang pekat dan berkualiti tinggi farmaseutikal yang diperolehi daripada minyak ikan. 3 kapsul softgel membekalkan 1000mg asid lemak omega-3 termasuk 545mg EPA, 360mg DHA dan 95mg asid lemak lain seperti alpha linolenic acid (ALA) dan stearidonic acid.

OmegaGuard™ Shaklee membekalkan nisbah asid lemak omega-3 dan omega-6 yang seimbang dan sihat. Ia juga memberi spektrum penuh ketujuh-tujuh asid lemak omega-3 iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain. Antara kebaikan OmegaGuard™ Shaklee ini ialah menyokong kesihatan fungsi penglihatan, otak dan sendi, membantu mengurangkan risiko penyakit jantung serta memelihara kesihatan kulit.
kelebihan dan keistimewaan dari segi saintifik minyak ikan omega-3 Shaklee
Photo: Shaklee Malaysia

Thursday 25 September 2014

Resepi Sup Ayam dengan Jagung Manis (Chicken Soup with Whole Kernel Corn)

Resepi Sup Ayam dengan Jagung Manis (Chicken Soup with Whole Kernel Corn)


Resepi sup ayam dengan jagung manis ini antara salah satu variasi resepi sup ayam turun temurun keluarga sebelah mak saya yang berketurunan Cina (dalam resepi ini saya menggunakan whole kernel corn di dalam tin). Sup ayam dengan jagung manis ini juga menjadi kegemaran anak-anak kerana rasanya yang manis, dan sememangnya kemanisan jagung serta warnanya yang cantik memikat selera anak-anak. Bahan-bahan yang digunakan juga sangat ringkas serta selain sup ini mudah disediakan.

Sup Ayam dengan Jagung Manis

Keistimewaan OmegaGuard™ Shaklee (Shaklee Difference)

Keistimewaan OmegaGuard™ Shaklee (Shaklee Difference)

Keistimewaan OmegaGuard™ Shaklee berbanding supplemen minyak ikan atau omega-3 lain di pasaran terletak pada kepekatan dan ketulenan asid lemak omega-3 termasuk DHA dan EPA, proses penyulingan proprietari Shaklee yang canggih dan eksklusif yang bertekanan rendah dan menyingkirkan bahan logam berat yang bertoksik - eksklusif hanya untuk Shaklee, serta sumber minyak ikan yang digunakan adalah yang paling kurang pencemaran.

kelebihan dan kebaikan minyak ikan omega-3 Omegaguard Shaklee
Photo: Shaklee Malaysia

Lecithin Shaklee: Pengemulsi Lemak Semula Jadi

Lecithin Shaklee: Pengemulsi Lemak Semula Jadi

Lecithin Shaklee

Lecithin merupakan sejenis lemak yang penting untuk sel tubuh, yang terdiri daripada cholinephosporic acid, asid lemak, gliserol, glycolipidstriglycerides, dan phospholipids.
Choline merupakan komponen utama acetylcholine, iaitu neurotransmitter yang terlibat dalam penghantaran impuls saraf dalam sistem saraf dan otak. Lecithin soya merupakan salah satu sumber utama bagi choline selain kuning telur. 
Lechitin Shaklee mengandungi lecithin soya semula jadi dalam softgel sebagai suplemen makanan.

set kurus, anti kolesterol Shaklee
Photo: Shaklee Malaysia

Fungsi:

Resepi One-Dish: Bubur Ayam (Chinese style Chicken Congee)

Resepi One-Dish: Bubur Ayam (Chinese style Chicken Congee)


Bubur ayam merupakan salah satu hidangan one-dish (boleh dimakan tanpa perlu hidangan lauk pauk lain) yang sesuai dijadikan sarapan pagi, minum pagi malah bila-bila masa sahaja. Bubur ayam ini juga amat seusai dihidangkan kepada mereka yang demam, selsema atau sakit serta sukar menelan makanan berat dan pejal seperti nasi. Hidangan bubur ayam amat sesuai diberikan kepada orang yang sedang sakit atau baru sembuh daripada demam kerana membekalkan kalori untuk tenaga tubuh (karbohidrat dari bubur nasi), protein untuk penyembuhan badan (daging ayam), serat daripada nasi, vitamin serta garam mineral daripada herba, rempah ratus dan garam yang digunakan, cecair untuk hidrasi tubuh, selain bubur lebih mudah untuk ditelan dan dihadamkan.

Bubur ayam ini berinspirasikan gaya masakan Cina yang ringkas dan tidak menggunakan banyak rempah ratus. Resepi bubur ayam ini boleh diubah suai mengikut kesukaan, sama ada menukarkannya kepada daging lembu atau ikan, atau juga boleh bereksperimen dengan herba dan rempah.



Hidangkan bubur dengan hirisan daun sup

Wednesday 24 September 2014

Mengapa Anak-anak perlu Menconteng?

Mengapa Anak-anak perlu Menconteng?


Yaya, 3 tahun, gemar menconteng dan melukis apa-apa sahaja yang mungkin sukar untuk difahami lukisannya, tetapi bagi Yaya, setiap contengan atau lukisannya mempunyai makna tersendiri. Yaya sudah mula pandai memegang pensel dengan cara yang betul sejak berumur 2 tahun. Pengaruh kakak dan abangnya yang memberi persekitaran serta sumber yang menggalakkannya untuk meniru tingkah laku mereka, antaranya menconteng, saya dapati memberi kesan lebih awal kepada Yaya. Pada usia seawal 2 tahun, Yaya tidak menghadapi masalah untuk memegang pensel atau pen dengan betul. Perkara ini juga disedari oleh guru di taska.

Yaya menconteng atau melukis apa yang digambarkannya sebagai "ikan jerung"

Seawal usia kakak dan abang Yaya sehingga kepada Yaya dan terkini adiknya, Noh, saya gemar menggalakkan mereka menconteng atau melukis apa sahaja di buku atau kertas kosong. Ini kerana saya percaya anak-anak perlu meluahkan pemikiran dan perasaan mereka melalui contengan dan lukisan, selain daripada dapat merangsang otak serta kemahiran mereka dalam mengawal pergerakan tangan dan pensel ketika menconteng atau melukis.

Mengapa anak-anak perlu menconteng? Apakah kebaikan yang mereka dapat daripada aktiviti menconteng ini?


OmegaGuard™ Shaklee: Suplemen DHA dan EPA dari Minyak Ikan yang Terbaik

OmegaGuard™ Shaklee: Suplemen DHA dan EPA dari Minyak Ikan yang Terbaik


Docosahexaenoic acid atau DHA dan Eicosapentaenoic acid atau EPA merupakan asid lemak omega-3 yang ditemui dalam ikan yang hidup di laut dalam dan sejuk. DHA dan EPA merupakan asid lemak perlu yang hanya boleh diperolehi melalui pemakanan. Asid lemak omega-3 ini didapati mampu mengurangkan keradangan atau inflamasi selain amat penting untuk kesihatan dan fungsi saraf, otak serta mata.

OmegaGuard™ Shaklee

minyak ikan Shaklee
Photo: Shaklee Malaysia

OmegaGuard™ Shaklee merupakan suplemen pemakanan yang

Tuesday 23 September 2014

Pengedar Sah Shaklee Bintulu, Sarawak dan Seluruh Malaysia

Pengedar Sah Shaklee Bintulu, Sarawak dan Seluruh Malaysia


Photo: Chanteq Spa

Hubungi pengedar sah Shaklee ini bagi mendapatkan konsultasi dan pembelian vitamin suplemen serta set kesihatan Shaklee dan juga produk-produk Shaklee yang lain.

Facebook: Chanteq Spa (Pn. Norzana Jaimin).
Tel: +6010-5972626 (SMS)
COD Bahagian: Bintulu, Sarawak.
Penghantaran Pos: Seluruh Malaysia


Zinc Complex Shaklee: Ada Apa dengan Zinc Complex

Zinc Complex: Ada Apa dengan Zinc Complex


Zink merupakan salah satu mineral makro yang sangat penting untuk fungsi tubuh yang terdapat dalam semua sel badan. Zink merangsang kira-kira 100 aktiviti enzim yang berperanan dalam tindak balas biokimia tubuh. Peranan zink dalam tindak balas enzim merangkumi banyak aktiviti biokimia, antaranya dalam pencernaan protein, metabolisme asid amino, metabolisme karbohidrat dan lemak serta penghasilan tenaga, metabolisme tulang, penggunaan vitamin A, selain penghasilan insulin.

Fungsi zink:
  • menyokong pertumbuhan dan perkembangan sel.
  • menyokong fungsi normal thyroid.
  • membantu mengekalkan fungsi sistem imun yang normal.
  • penting dalam sintesis protein dan DNA.

Zinc Complex Shaklee


Photo: Shaklee Malaysia

Pengedar Sah Shaklee Sarawak (Mukah, Politeknik Mukah, Sibu, Bintulu, Kuching, dan bahagian lain Sarawak serta Seluruh Malaysia)

Pengedar Sah Shaklee Sarawak (Mukah, Sibu, Bintulu, Kuching, dan bahagian lain Sarawak serta Seluruh Malaysia)

Berikut merupakan senarai pengedar sah Shaklee atau agen Shaklee Sarawak bagi Mukah, Bintulu dan bahagian lain Sarawak serta seluruh Malaysia. Hubungi pengedar-pengedar yang sah berikut untuk mendapatkan konsultasi dan pembelian vitamin suplemen serta set kesihatan Shaklee atau produk-produk Shaklee yang lain. Kami akan memberikan konsultasi berterusan kepada pelanggan-pelanggan kami dan komited dalam memberi perkhidmatan yang eksklusif dan cepat. Penyertaan sebagai ahli juga amat dialu-alukan.

pengedar sah Shaklee Mukah Sarawak
Klik Image untuk info lanjut

Facebook: Kamalia Auderina Lee
Tel: +6019-6311031 (Whatsapp/Telegram/SMS)
COD Bahagian: Mukah, Sarawak
Penghantaran Pos: Seluruh Malaysia
Email: leekamalia@gmail.com


agen sah Shaklee Mukah
Photo: Maylisa Tan

Facebook: Maylisa Tan (Puan Sri Sumaini Elisa, isteri Cikgu Tan King Soi, Pejabat Pelajaran Daerah, Mukah, Sarawak)
Tel: +60135779189 (SMS)
COD Bahagian: Mukah, Sarawak
Penghantaran Pos: Seluruh Malaysia

Photo: NaLesya Asyurya

Facebook: NaLesya Asyurya (Puan Nurfarahfina Abdullah@Chelly Leo)
Tel: +60138349144 (SMS)
COD Bahagian: Mukah, Sarawak dan sebahagian Sibu, Sarawak
Penghantaran Pos: Seluruh Malaysia


Photo: Kamsiah Dolly Drasing

Photo: Nur Ellyna
Facebook: Kamsiah Dolly Drasing / Nur Ellyna Abdul Rahim
Tel: +60198356209 (Pn. Kamsiah)
COD Bahagian: Mukah, Sarawak dan Politeknik Mukah, Sarawak
Penghantaran Pos: Seluruh Malaysia


Senarai pengedar-pengedar lain yang boleh dihubungi (COD serta penghantaran pos seluruh Malaysia):
  1. Cikgu Salina James, Mukah, Sarawak.
  2. Patricsia Jauyah Yul, Kpg. Petanak, Mukah.
  3. Cikgu Kerisma Saidi, Kpg. Petanak, Kpg. Sg. Alo, SMK Three Rivers, Mukah)
  4. Qatrunnada Adha, Bintulu, Sarawak, UiTM, Puncak Alam, Selangor.





Pengedar Sah Shaklee Tanjung Rambutan, Ulu Kinta, Perak dan Seluruh Malaysia

Pengedar Sah Shaklee Tanjung Rambutan, Ulu Kinta, Perak dan Seluruh Malaysia


Photo: NurHajar Aziz


Hubungi pengedar sah Shaklee ini bagi mendapatkan konsultasi dan pembelian vitamin suplemen serta set kesihatan Shaklee dan juga produk-produk Shaklee yang lain.

Facebook: NurHajar Aziz (Pn. NurHajar Aziz)
Tel: +6019-9148199 (Whatsapp/Telegram/SMS)
COD Bahagian: Tanjung Rambutan, Ulu Kinta, Perak.
Penghantaran Pos: Seluruh Malaysia

Pengedar Sah Shaklee Kuantan & Pekan, Pahang serta Seluruh Malaysia

Pengedar Sah Shaklee Kuantan & Pekan, Pahang serta Seluruh Malaysia


Photo: Zam Aizam

Hubungi pengedar sah Shaklee ini bagi mendapatkan konsultasi dan pembelian vitamin suplemen serta set kesihatan Shaklee dan juga produk-produk Shaklee yang lain.

Facebook: Zam Aizam (Pn. Noraizam Samat).
Tel: +6014-2922797 (Whatsapp/Telegram/SMS)
COD Bahagian: Kuantan dan Pekan, Pahang.
Penghantaran Pos: Seluruh Malaysia


Monday 22 September 2014

Khasiat Soya

Khasiat Soya

Kacang soya dan makanan berasaskan kacang soya telah lama wujud dalam pemakanan orang Asia terutama di Jepun dan China. Perdagangan antarabangsa sejak beribu-ribu tahun telah menyebarkan soya dan produk soya ke bahagian-bahagian lain dunia, contohnya di nusantara, Jawa, yang terkenal dengan tempe. Antara makanan berasaskan kacang soya yang biasa didapati dalam pemakanan harian kita di benua Asia ialah tofu, tauhu, susu soya, tempe, miso dan sebagainya.

Namun, tahukah kita tentang apakah khasiat pemakanan yang terdapat dalam soya?

Photo: thehappiestbelly.com

Cara-cara Menggunakan Penapis Air Shaklee: Get Clean® Water Pitcher Set Shaklee

Cara-cara Menggunakan Penapis Air Shaklee: Get Clean® Water Pitcher Set Shaklee


[Klik Cara-cara Memasang Penapis Air Shaklee: Get Clean Water Pitcher Set Shaklee]

Berikut merupakan langkah-langkah bergambar tentang cara-cara menggunakan jag penapis air Shaklee: Get Clean® Water Pitcher Set Shaklee terutama tentang cara mengisi air melalui filler dan memastikan indicator bergerak menunjukkan kiraan yang tepat.

A. Cara mengisi air ke dalam jag penapis Shaklee

Sunday 21 September 2014

Garlic Complex Shaklee: Kebaikan Bawang Putih dalam Bentuk Tablet

Garlic Complex Shaklee: Kebaikan Bawang Putih dalam Bentuk Tablet


Photo: www.thecandidadiet.com

Allicin merupakan bahan dalam bawang putih yang didapati menyumbang banyak kebaikan kepada kesihatan kita. Bagi membolehkan allicin terhasil, bawang putih perlu diberi rangsangan "cedera" seperti dihiris, dicincang, atau diketuk dan allicin adalah hasil respon kepada kecederaan tersebut. Khasiat allicin dalam bawang putih ini telah lama digunakan secara tradisional sebgai penawar batuk, demam dan selsema selain untuk melancarkan peredaran darah.

Garlic Complex Shaklee


Photo: Shaklee Malaysia

Resepi: Kentang Bakar dengan Ayam dan Epal (Baked Potato with Chicken and Apple)

Resepi: Kentang Bakar dengan Ayam dan Epal (Baked Potato with Chicken and Apple)

Saya suka pelbagai variasi resepi kentang bakar. Malah ianya hanya semudah membakar kentang, bawang putih, garam dan dilumur dengan minyak zaitun sahaja. Kentang bakar merupakan hidangan yang menyihatkan kerana kurang lemak, rendah kolesterol malah merupakan "comfort food" yang berkhasiat dan mengenyangkan. Anak sulung saya, Acha Ziza sangat menggemari hidangan kentang bakar.

Ini merupakan salah satu variasi resepi kentang bakar yang saya suka-suka cuba. Hidangan kentang bakar berpotensi untuk menjadi satu hidangan yang lengkap dan seimbang jika turut dimasukkan dengan ayam atau daging, buah-buahan seperti epal serta sayur-sayuran seperti lobak merah, brokoli, kobis bunga (cauliflower) dan tomato, atau pelbagai variasi buah dan sayur lain. Ini menjadikannya satu hidangan yang lengkap dengan karbohidrat, protein, lemak, serat, vitamin dan mineral.


Friday 19 September 2014

Kebaikan Bermain Peranan (Role play) kepada Perkembangan Kanak-kanak

Kebaikan Bermain Peranan (Role play) kepada Perkembangan Kanak-kanak

Role Play

Role play atau bermain peranan (juga imaginative play) merupakan cara kanak-kanak bermain dengan menggunakan imaginasi mereka dalam memainkan pelbagai watak atau peranan berdasarkan pengalaman (melihat orang dewasa melakukannya, atau terlibat dalam pengalaman sebenar dan kemudian mengulanginya, contoh bermain menjadi anak atau murid sekolah).

Yaya bermain masak-masak (dengan aksi "menyiang" dan "membakar ikan")

Meal Shakes Shaklee: Minuman Shakes Berkhasiat untuk Seisi Keluarga

Meal Shakes Shaklee: Multivitamin, Protein dan Serat dalam Shakes Susu

Photo: Shaklee Malaysia

Meal Shakes Shaklee merupakan tepung susu skim yang membekalkan protein dengan tambahan vitamin dan mineral serta serat makanan. Protein yang dibekalkan adalah seimbang dari segi komposisi bagi 9 asid amino perlu.

Tubuh kita tidak dapat menghasilkan asid amino perlu ini melainkan dengan memperolehinya melalui pemakanan. Meal Shakes Shaklee membekalkan semua 9 asid amino perlu ini yang penting untuk pertumbuhan dan memelihara kesihatan, serta juga asid amino tidak perlu yang lain.

Peppermint-Ginger Plus: Untuk Kelegaan dan Keselesaan Penghadaman

Peppermint-Ginger Plus: Untuk Kelegaan dan Keselesaan Penghadaman


Photo: Shaklee Malaysia

Halia (ginger) merupakan satu tumbuhan yang sering digunakan sebagai rempah dalam masakan. Dari segi kesihatan, halia merupakan herba yang sangat baik untuk kesihatan salur penghadaman dan mempunyai ciri semula jadi yang mampu memberi kelegaan kepada perut yang tidak selesa.

Pudina (peppermint) pula mampu membantu melancarkan penghadaman dengan melega dan menyelesakan perut.


Peppermint-Ginger Plus Shaklee

Resepi Side Dish: Ikan Bilis Goreng Bawang

Resepi Side Dish: Ikan Bilis Goreng Bawang




En. B dan anak-anak sangat sukakan side dish ini, terutama sekali dimakan bersama nasi, di samping lauk pauk utama lain. Rasanya yang rangup dan sedikit manis oleh bawang merah yang caramelized di dalamnya, membuatkan side dish ini juga sesuai dimakan bersama bubur nasi, ubi kayu rebus, keladi dan sebagainya mengikut kesukaan.

Side dish ikan bilis goreng bawang ini kaya dengan kalsium selain khasiat daripada bahan-bahan lain di dalamnya (contohnya allicin daripada bawang putih dan bawang merah, gingerol daripada halia, capsaicin daripada cili, quercetin daripada bawang merah dan pelbagai lagi khasiat lain). 

Thursday 18 September 2014

Atasi Sembelit dengan Herb-Lax Shaklee

Atasi Sembelit dengan Herb-Lax Shaklee


Photo: Shaklee Malaysia

Herb-Lax Shaklee


  • gabungan proprietari herba-herba seperti daun senna yang digunakan secara tradisional untuk melawaskan sembelit ringan dan menggalakkan pembersihan dan pergerakan salur penghadaman secara semula jadi dan lembut.

Resepi Hidangan Seimbang: Sandwich Telur

Resepi Sandwich Telur


Sandwich telur ini merupakan salah satu cara untuk menghidangkan sajian yang lengkap dengan karbohidrat, protein, lemak dan vitamin serta mineral. Lobak merah yang dipotong halus juga boleh ditambah ke dalam campuran inti untuk menambahkan lagi khasiat dan warna yang menarik. Kanak-kanak yang memilih makanan terutama yang kurang gemar memakan sayuran akan dapat menikmati sandwich ini tanpa menyedari mereka sedang memakan timun atau lobak.

Hidangan ini sesuai untuk sarapan pagi, hidangan minum petang atau dibuat bekal makanan anak-anak ke sekolah atau juga dibawa berpiknik. Jika dipotong kecil, ianya sesuai dijadikan finger food ketika jamuan atau parti.

Monday 15 September 2014

Mahu Kulit Cantik? Ketahui Kebaikan GLA Complex Shaklee untuk Kulit

Mahu Kulit Cantik? Ketahui Kebaikan GLA Complex Shaklee untuk Kulit



(Majalah Rapi, 1 Ogos 2014, bil. 241, mukasurat 16)

GLA Complex Shaklee

[Klik GLA Complex Shaklee: Bukan Sekadar GLA]

Gamma-linolenic acid (GLA) merupakan salah satu polyunsaturated fatty acids atau asid lemak poli tidak tepu yang juga merupakan asid lemak perlu dalam tubuh kita. GLA merangsang pertumbuhan kulit dan rambut, mengekalkan kesihatan tulang, mengawal atur metabolisme, dan juga sistem reproduksi.


Resipi Sayur Midin Goreng Belacan (Authentic Sarawak-Melanau-style)

Resipi Sayur Midin Goreng Belacan (Authentic Sarawak-Melanau Style)

Hidangan midin goreng belacan merupakan hidangan yang wajib dicuba jika anda berkunjung ke Sarawak. Setiap bandar ada versi tersendiri, dan sudah tentu saya akan berkongsi pula versi resipi turun-temurun masyarakat Melanau pula. Hidangan ini mudah diperoleh di restoren makanan laut yang terdapat di sekitar Mukah.

Midin terdapat dengan banyak di sekitar belukar berpaya di Mukah, namun untuk mendapatkannya, sama ada memetik sendiri pucuk midin ini,atapun membelinya waktu awal pagi di pasar tamu. Selepas jam 10, kebarangkalian untuk menemuinya di pasar tamu adalah tipis. Di pasar tamu Mukah, harga bagi seiikat midin (kira-kira secekak sebelah tangan) ialah RM2.00. Walaupun begitu, harganya jauh lebih murah jika mendapatkan sendiri di rumah pemetik midin pada petang atau malam sebelum mereka menghantarnya ke pasar tamu untuk dijual borong pada keesokan paginya.

Mari kita tengok apa rahsia resepi midin goreng belacan versi autentik Melanau Mukah, Sarawak.

Midin goreng belacan

Sunday 14 September 2014

Collagen Powder: Untuk Kulit Tampak Lebih Muda

Collagen Powder: Untuk Kulit Tampak Lebih Muda


Kolagen merupakan protein yang paling banyak terdapat dalam tubuh kita, menyumbang kepada 75% berat kulit. Paras kolagen yang cukup memberikan kita kulit yang sihat dan tampak lebih muda. Walau bagaimanapun, paras kolagen dalam tubuh kita semakin menurun seiring dengan usia. Penurunan paras kolagen secara semula jadi yang tidak dapat dielakkan ini menyebabkan tanda penuaan ketara kulit iaitu kedut mulai muncul, bukan sahaja di wajah malah bahagian lain tubuh terutama sekali di leher. Selain daripada itu, paras kolagen yang semakin menurun menyumbang kepada tanda-tanda penuaan lain selain kedutan ialah kulit yang menggeleber, kering, melendut dan berkedut, kuku rapuh dan mudah pecah selain rambut yang menipis dan tidak bermaya.


Photo: Collagen is the most abundant type of protein found in the human body. Learn more at http://bit.ly/1ogKIEm
Photo: Shaklee Malaysia


Mahu Ramping atau Ingin Turunkan Berat Badan? Ketahui Khasiat Catechins dalam Teh Hijau

Mahu Ramping atau Ingin Turunkan Berat Badan? Ketahui Khasiat Catechins dalam Teh Hijau


Photo: Have you had your Cinch Energy Tea today?
Photo: Shaklee Malaysia

Obesiti dan Kesannya ke atas Kesihatan 

Sering kali kita terbaca di mana-mana akan bahaya obesiti kepada kesihatan. Walau bagaimanapun, jarang sekali kita benar-benar mengambil berat akan fakta tersebut kecuali apabila obesiti mula memberi kesan ke atas kesihatan. Malah, hakikat yang kurang menyenangkan, kita lebih senang mengaitkan obesiti dengan kecantikan iaitu ingin tampak lebih kurus dan ramping, berbanding memikirkan kesannya kepada kesihatan. Ini menjadikan motivasi untuk kurus dan mengurangkan obesiti lebih kepada untuk cantik berbanding untuk lebih sihat. Kita seharusnya lebih sedar, obesiti menjadi punca kepada banyak penyakit yang meragut banyak nikmat hidup sihat, bukan untuk kelihatan ramping dan cantik semata-mata.

Saturday 13 September 2014

Apakah Carotenoid? Ketahui Kebaikan Carotenoid kepada Kesihatan

Apakah Carotenoid? Ketahui Kebaikan Carotenoid ke atas Kesihatan

Carotenoid merupakan pigmen organik semula jadi yang dihasilkan oleh tumbuhan, dan tidak dapat dihasilkan oleh tubuh kita. Kita perlu mendapatkannya melalui pemakanan yang kaya dengan carotenoid. Pigmen ini memberikan warna-warni kepada pelbagai sayur-sayuran dan buah-buahan. Sebahagian carotenoid juga bertukar menjadi vitamin A di dalam tubuh kita, manakala selebihnya bersifat antioksidan yang kuat dalam melawan kesan radikal bebas dalam tubuh kita. Carotenoid didapati mampu melawan beberapa jenis kanser terutama kanser paru-paru dan kanser prostat, serta mampu mencegah penyakit jantung selain meningkatkan sistem imun tubuh terhadap penyakit.


karotenoid
Photo: www.carotenoidsociety.org

Aku, Jacklyn, Az Yet dan Zaman Pop Remaja...

Wohoho...entry santai hari ini. Beberapa hari dengan fakta ilmiah pun rasa 'jammed' juga jadinya otak saya ini.

Photo: www.soultracks.com

Chewable Vita-C Plus: Suplemen Vitamin C dengan Bioflavonoids untuk Kanak-kanak

Chewable Vita-C Plus: Suplemen Vitamin C dengan Bioflavonoids


Tubuh kita tidak mampu menghasilkan sendiri vitamin C. Kita mendapatkan vitamin C melalui pemakanan.

Vitamin C merupakan antioksidan yang kuat yang menyokong sistem imun tubuh dan melindungi tubuh daripada kesan bahaya radikal bebas serta memelihara sel-sel tubuh kita.

Vitamin C sangat penting dalam membekalkan perlindungan semula jadi antioksidan, memelihara kesihatan tulang, gigi, gusi, dan juga kesihatan yang menyeluruh.

Ibu mengandung dan menyusu badan memerlukan vitamin C tambahan bagi memenuhi keperluan tubuh.



chewable vitamin C
Photo: Shaklee Malaysia

Friday 12 September 2014

Proses Penyembuhan Luka: Berapa Lama Diperlukan untuk Luka Sembuh?

Proses Penyembuhan Luka: Berapa Lama Diperlukan untuk Luka Sembuh?


Antara persoalan yang sering dihadapi oleh ibu dalam berpantang selepas bersalin, individu selepas melalui pembedahan, atau mendapat luka kecederaan akibat kemalangan dan sebagainya, ialah berapa lama atau tempoh masa yang diperlukan untuk luka sembuh sepenuhnya. Penting bagi kita untuk mengetahui peringkat-peringkat dalam penyembuhan bagi melakukan apa yang perlu dan sesuai bagi mempercepatkan tempoh bagi luka untuk sembuh.

Penyembuhan luka dibahagikan kepada 3 peringkat;

  • Inflammatory phase
  • Proliferation phase
  • Maturation phase
Photo: emedicalppt.blogspot.com

Siri Antioksidan Shaklee dalam Melawan Radikal Bebas Punca Kanser dan Penyakit Kronik

Siri Antioksidan Shaklee dalam Melawan Radikal Bebas


Shaklee menawarkan beberapa produk dengan antioksidan khusus untuk memenuhi keperluan yang spesifik terutama pada zaman moden ini. Siri antioksidan ini merupakan suplemen antioksidan yang mempunyai sandaran kajian saintifik dalam keberkesanan melawan kesan radikal bebas - punca utama ledakan penyakit kanser dan penyakit-penyakit kronik pada zaman moden ini seperti penyakit berkaitan jantung dan peredaran darah, penyakit saraf dan otak, dan lain-lain lagi, malah penuaan yang awal mengatasi usia, baik secara luaran mahupun penuaan dalaman.

Photo: www.kval.com

Thursday 11 September 2014

Merawat Demam: Dari Sudut Pandang Jururawat

Merawat Demam : Dari Sudut Pandang Jururawat


Jika kita melayari internet, bertanya kepada pak cik Google, kita akan berjumpa banyak tips merawat demam, baik daripada petua-petua ibu, mahupun saranan doktor, ataupun dari portal penerangan organisasi berkaitan kesihatan, keibubapaan dan sebagainya. Tetapi, pernahkah anda terfikir, bagaimana pula cara rawatan jururawat di hospital? Apakah pengetahun yang mereka miliki yang berkaitan dengan pengurusan demam?

Sebelum beralih kepada cara-cara merawat demam, pengetahuan tentang demam yang jururawat perlu tahu ialah apa itu demam, bagaimana demam berlaku, jenis-jenis demam dan peringkat-peringkat demam. Dengan pengetahuan ini, jururawat tahu tindakan yang bersesuaian yang perlu dilakukan.

Photo: www.clipartpanda.com

CoQHealth Plus Shaklee: Antioksidan yang Memelihara Jantung

CoQHealth Plus Shaklee: Antioksidan yang Memelihara Jantung



vitamin jantung Shaklee
Photo: Shaklee Malaysia

Coenzyme Q10


Coenzyme Q10 atau juga dikenali sebagai CoQ10, ubiquinone, ubidecarenone, Q10 atau vitamin Q10, merupakan satu bahan menyerupai vitamin yang dijumpai dalam semua sel tubuh. CoQ10 juga turut dikategorikan sebagai sejenis antioksidan yang melindungi tubuh daripada radikal bebas.

Tubuh kita dapat menghasilkan sendiri CoQ10 untuk digunakan oleh sel-sel tubuh dalam penghasilan tenaga yang diperlukan untuk tumbesaran dan pemeliharaan serta pemuliharaan sel. Walau bagaimanapun, semakin kita menua, semakin sedikit CoQ10 dihasilkan.

CoQ10 juga terdapat secara semula jadi dalam makanan terutama sekali organ-organ haiwan seperti jantung, hati dan buah pinggang, daging lembu, minyak kacang soya, ikan sardin, ikan makerel dan kacang tanah.

CoQ10 membantu enzim-enzim berfungsi untuk menghadamkan makanan dan melakukan pelbagai fungsi tubuh yang lain, selain melindungi jantung dan otot.

CoQHealth Plus Shaklee

Wednesday 10 September 2014

Peranan Antioksidan dalam Melawan Kesan Radikal Bebas

Peranan Antioksidan dalam Melawan Kesan Radikal Bebas


Artikel sebelum ini telah menerangkan apa itu radikal bebas dan kesan radikal bebas terhadap kesihatan. [Klik Apakah Radikal Bebas? Ketahui Punca dan Kesan Radikal Bebas kepada Kesihatan]

Photo: www.montereybayholistic.wordpress.com
Kita lebih memerlukan antioksidan bagi melawan kesan radikal bebas dari pelbagai sumber pada zaman daripada nenek moyang kita dalam dekad dan abad yang lepas. Ini kerana pada zaman sekarang terdapat lebih banyak pencemaran udara, air dan tanah serta sumber alam lain akibat penggunaan racun, kimia berbahaya dan juga bahan nuklear serta radiasi, selain lebih banyak mengambil makanan yang terproses berbanding makanan dalam tempoh abad lepas.

Keadaan adalah lebih teruk bagi penduduk yang tinggal di bandar di mana kadar pencemaran udara adalah lebih tinggi melalui asap kenderaan, selain lebih banyak makanan terproses dan segera berbanding makanan dalam bentuk semula jadi di luar bandar. Kajian mendapati,

Cinch Energy Tea Mix: Gabungan Teh Super untuk Anda

Cinch Energy Tea Mix: Gabungan Teh Super untuk Anda

Cinch Energy Tea Mix merupakan campuran eksotik teh hijau Matcha, teh putih dan teh merah yang dituai dan dikisar, menjadikannya campuran minuman teh yang menyegar dan meningkatkan tenaga secara semula jadi. Selain daripada itu, minuman ini sesuai bagi mereka yang ingin mengurangkan inci lemak pada pinggang dan bahagian lain tubuh.

Cinch Energy Tea Mix juga mengandungi antioksidan yang kuat yang terdapat secara semula jadi dalam daun teh.


cinch tea Shaklee
Photo: Shaklee Malaysia

Tuesday 9 September 2014

Pengalaman dengan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (Hand-foot-and-mouth Disease, HFMD)

Pengalaman dengan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (Hand, Foot and Mouth Disease, HFMD)

Hari 1 (Jumaat , 5 September 2014)
Noh demam ringan atau low-grade fever. Tiada sebarang ubat saya berikan kerana suhu badannya masih dapat dikawal. Noh juga aktif dan ceria seperti biasa.

Hari 2
Saya terkejut melihat beberapa bintik ruam yang berair tiba-tiba muncul di bahagian punggung dan lutut anak bongsu, Noh Ritz yang baru berusia setahun setengah. Sehari sebelum itu juga saya teringat dia demam low-grade sekejap. Pada mulanya saya ingatkan disebabkan oleh terjangkit dari kakaknya, Yaya yang demam seminggu sebelumnya. Saya memikirkan juga ruam ini kemungkinan besar viral enxanthem seperti kebiasaan selepas sesetengah demam akibat jangkitan virus.

penyakit tangan, kaki dan mulut
Lepuhan di lutut