Friday 19 September 2014

Resepi Side Dish: Ikan Bilis Goreng Bawang

Resepi Side Dish: Ikan Bilis Goreng Bawang




En. B dan anak-anak sangat sukakan side dish ini, terutama sekali dimakan bersama nasi, di samping lauk pauk utama lain. Rasanya yang rangup dan sedikit manis oleh bawang merah yang caramelized di dalamnya, membuatkan side dish ini juga sesuai dimakan bersama bubur nasi, ubi kayu rebus, keladi dan sebagainya mengikut kesukaan.

Side dish ikan bilis goreng bawang ini kaya dengan kalsium selain khasiat daripada bahan-bahan lain di dalamnya (contohnya allicin daripada bawang putih dan bawang merah, gingerol daripada halia, capsaicin daripada cili, quercetin daripada bawang merah dan pelbagai lagi khasiat lain). 



Bahan-bahannya:


1 mangkuk kecil ikan bilis dibuang perut
2-3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih 
1/4 inci halia, dihiris halus
1-2 tangkai cili kering (atau ikut suka), direndam dan dipotong kasar
Sedikit minyak masak untuk menggoreng


Cara-caranya:


  1. Tumbuk kasar ikan bilis, bawang merah, bawang putih dan cili kering.
  2. Gaulkan dengan halia yang telah dihiris halus.
  3. Panaskan minyak dan masukkan semua bahan-bahan ke dalam kuali.
  4. Goreng dengan api sederhana sehingga sedikit garing.
  5. Tutup api dan angkat segera.
  6. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!


Nota:

Allicin di dalam bawang putih (hanya diperoleh apabila bawang putih "dicederakan" seperti diketuk, dipotong atau ditumbuk), didapati mempunyai ciri yang mampu mencegah penyakit berkaitan jantung dan salur darah dengan menurunkan kadar kolesterol jahat dalam darah,  menguatkan sistem imun tubuh, bersifat anti mikrobial, mencegah demam selsema dan mencegah serta melawan kanser.

Gingerol, sejenis sebatian polyphenol yang bersifat antioksidan dalam halia pula didapati berkesan dalam mencegah kanser terutama kanser kolon dan kanser ovari, mengurangkan gejala loya dan muntah di kalangan wanita hamil dan juga mabuk kenderaan, mengurangkan sakit dan radang terutama sendi tulang, mengurangkan pedih ulu hati dan sakit senggugut serta migrain, mencegah demam selsema serta kerosakan buah pinggang di kalangan pesakit diabetes.

Capsaicin di dalam cili didapati mampu melawan dan mencegah kanser prostat, merawat sakit kepala, mengurangkan sakit sendi, bersifat anti bakteria, mampu mencegah sinusitis, dan merawat ketidakselesaan perut dan penghadaman.


Rujukan:

http://www.allicinfacts.com/about-allicin/benefits-of-allicin/

http://www.aboutnutritionfacts.com/the-health-benefits-of-ginger.html

http://www.oprah.com/health/Hot-Peppers-Dr-Perricones-Superfood-No-7-Superfood

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Photo: Shaklee Malaysia

Setiap 1 tablet Garlic Complex Shaklee mengandungi 500mg serbuk bawang putih (Allium sativum) dan 25mg ekstrak rosemary, yang digunakan secara tradisional untuk melegakan batuk, demam dan selsema selain melancarkan peredaran darah, menurunkan tekanan darah serta kolesterol. Garlic Complex Shaklee tidak mengandungi perisa, pewarna, pemanis atau pengawet tiruan.


Photo: Shaklee Malaysia

Peppermint-Ginger Plus Shaklee mengandungi herba semula jadi yang terdiri daripada pudina (peppermint), halia (ginger), adas (fennel) dan jintan manis (anise) untuk memberi kelegaan dan keselesaan penghadaman. Selain daripada ditelan seperti biasa, tablet Peppermint-Ginger Plus Shaklee juga dijadikan minuman herba dengan menghancurkan tablet dan mencampurkannya ke dalam air mendidih. Peppermint-Ginger Plus Shaklee tidak mengandungi perisa, pemanis, pewarna atau pengawet tiruan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ingin membeli sendiri Garlic Complex Shaklee atau Peppermint-Ginger Plus Shaklee secara online? Kad kredit/debit diperlukan.
Konsultasi pengambilan haruslah dirujuk kepada saya terlebih dahulu. Dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang suplemen kesihatan.

 garlic dan peppermint



atau boleh juga hubungi saya untuk konsultasi dan pembelian produk, atau untuk menyertai KEAHLIAN SHAKLEE

Call SMS WhatsApp 019-6311031

Facebook : Kamalia Auderina Lee

Atau

" Like " dan hantar mesej ke,
Email: leekamalia@gmail.com





No comments:

Post a Comment