Saturday, 13 September 2014

Apakah Carotenoid? Ketahui Kebaikan Carotenoid kepada Kesihatan

Apakah Carotenoid? Ketahui Kebaikan Carotenoid ke atas Kesihatan

Carotenoid merupakan pigmen organik semula jadi yang dihasilkan oleh tumbuhan, dan tidak dapat dihasilkan oleh tubuh kita. Kita perlu mendapatkannya melalui pemakanan yang kaya dengan carotenoid. Pigmen ini memberikan warna-warni kepada pelbagai sayur-sayuran dan buah-buahan. Sebahagian carotenoid juga bertukar menjadi vitamin A di dalam tubuh kita, manakala selebihnya bersifat antioksidan yang kuat dalam melawan kesan radikal bebas dalam tubuh kita. Carotenoid didapati mampu melawan beberapa jenis kanser terutama kanser paru-paru dan kanser prostat, serta mampu mencegah penyakit jantung selain meningkatkan sistem imun tubuh terhadap penyakit.


karotenoid
Photo: www.carotenoidsociety.org



Carotenoid yang menjadi prekursor kepada vitamin A juga dikenali sebagai provitamin A. Beta-carotene (memberi warna jingga kepada buah dan sayur) merupakan sumber vitamin A yang paling banyak berbanding carotenoid jenis alpha-carotene dan gamma-carotene.

Lycopene merupakan sejenis carotenoid yang tidak bertukar kepada vitamin A. Sumber utama lycopene ialah tembikai dan tomato. Lycopene merupakan carotenoid dengan ciri antioksidan yang jauh lebih kuat daripada beta-carotene. Selain daripada lycopene, carotenoid lain yang tidak bertukar kepada vitamin A ialah zeaxanthin, lutein, capsanthin dan canthaxanthin.

Biarpun carotenoid lain seperti alpha-carotene, gamma-carotene membekalkan vitamin A yang kurang berbanding beta-carotene, carotenoid ini juga bercirikan antioksidan kuat yang mampu mencegah kanser. Begitu juga dengan carotenoid seperti lycopene, zeaxanthin dan lain-lain tidak bertukar kepada vitamin A, didapati mampu mencegah kanser, terutama sekali lycopene dalam pencegahan kanser prostat.

Lazimnya carotenoid memberi warna jingga, jingga kemerahan dan kuning kepada sayur atau buah, dan semakin gelap warna sesuatu sayur atau buah tersebut, semakin banyak kandungan carotenoid yang terdapat di dalamnya. Contohnya, lobak ungu lebih mengandungi carotenoid berbanding lobak merah. Tomato yang masak ranum dan merah gelap juga mengandungi lebih banyak carotenoid berbanding tomato yang masih berwarna kuning atau jingga.

Sayuran hijau seperti bayam, asparagus dan brokoli juga mempunyai kandungan carotenoid yang banyak. Akan tetapi, kandungan klorofil yang juga tinggi di dalamnya menutup warna jingga atau kuning pada sayuran tersebut.

Kajian ke atas Carotenoid dan Nilai Perubatan

  • Terdapat banyak kajian menyokong lycopene dalam pencegahan kanser prostat.
  • Kajian juga mendapati mereka yang banyak mengambil beta-carotene mempunyai kebarangkalian yang rendah untuk mendapat kanser paru-paru, biarpun di kalangan perokok. Walau bagaimanapun, pengambilan suplemen beta-carotene tidak memberikan kesan yang sama kerana dipercayai di dalam makanan, terdapat bahan-bahan lain bersama beta-carotene yang memberi perlindungan tersebut berbanding pada hanya kandungan beta-carotene.
  • Gabungan lutein, zeaxanthin, lycopene dan alpha-carotene bagaimanapun didapati memberi kesan yang lebih signifikan dalam perlindungan terhadap kanser paru-paru dan jenis kanser lain berbanding beta-carotene sahaja.
  • Walau bagaimanapun, kajian pakar setakat ini menyokong kepada pengambilan carotenoid dalam pencegahan kanser, bukan merawat kanser paru-paru.
  • Lutein, astaxanthin dan zeaxanthin didapati mempunyai ciri perlindungan kepada kesihatan mata kerana carotenoid ini menyerap dan menyaring sinar radiasi ultraviolet yang masuk ke dalam mata, melindungi bahagian macula dan retina yang berperanan penting dalam ketajaman penglihatan.

Rujukan:

http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/10511324

http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/12134711

http://en.wikipedia.org/wiki/Carotenoid

http://health.howstuffworks.com/wellness/food-nutrition/vitamin-supplements/what-are-carotenoids.htm

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
carotomax
Photo: Shaklee Malaysia
CarotoMax Shaklee mengandungi 6 jenis carotenoid iaitu;
  • beta-carotene
  • alpha-carotene
  • lutein
  • astaxanthin
  • zeaxanthin
  • lycopene
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ingin mendapatkan CarotoMax Shaklee?
Anda juga boleh melakukan belian sendiri secara online.
Klik untuk belian online sendiri. Kad kredit/ debit diperlukan.



Vita-E Complex



***Hubungi saya untuk konsultasi cara pengambilan produk yang betul dan berkesan.

atau boleh juga hubungi saya untuk konsultasi dan pembelian produk, atau untuk menyertai KEAHLIAN SHAKLEE

Call SMS WhatsApp 019-6311031

Facebook : Kamalia Auderina Lee

Atau

" Like " dan hantar mesej ke,
Email: leekamalia@gmail.com

No comments:

Post a Comment