Thursday 4 September 2014

Kebaikan GLA (Gamma-Linolenic Acid)

Kebaikan GLA (Gamma-Linolenic Acid)

GLA (gamma-linolenic acid) merupakan salah satu daripada 2 jenis utama asid lemak perlu (essential fatty acids). Asid lemak perlu ini merupakan lemak "baik" yang sangat penting untuk fungsi tubuh yang normal dan sihat, sama seperti kita memerlukan vitamin dan mineral. 

GLA ialah asid lemak perlu jenis omega-6. Satu lagi asid lemak perlu yang juga penting untuk fungsi tubuh kita ialah asid lemak omega-3. [Klik OmegaGuard™ Shaklee]

Photo: GLA is necessary for human health, but the body can’t make it .Read more about GLA at http://bit.ly/1r1UbzR
Photo: Shaklee Malaysia

GLA dan Inflamasi (Keradangan)

Badan kita menggunakan asid lemak perlu dalam menghasilkan pelbagai jenis prostaglandins dan leukotrienes.

Bahan-bahan ini mempengaruhi keradangan dan kesakitan; sebahagiannya menambahkan gejala radang atau inflamasi dan kesakitan (bersifat pro-radang), manakala sebahagian lagi mengurangkan simptom-simptom tersebut (bersifat anti-radang). Pengambilan GLA akan menghasilkan bahan prostaglandins dan leukotrienes dari jenis yang membantu dalam keadaan atau penyakit yang melibatkan inflamasi atau keradangan dan kesakitan (GLA bersifat anti radang). Dengan itu, pengambilan suplemen GLA menyumbang kepada kesan yang kita ingini, iaitu mengurangkan inflamasi. 

Inflamasi merupakan suatu proses normal tubuh untuk melindungi tubuh daripada jangkitan. Walau bagaimanapun, terdapat juga keadaan atau penyakit tertentu yang mana sistem imun tubuh 'menyerang' tubuh badan sendiri biarpun tiada jangkitan kuman berlaku, contohnya arthritis. Keadaan ini dinamakan penyakit autoimun. Dalam hal ini, sudah pasti kita ingin mengurangkan kesan inflamasi; radang, bengkak, sakit, panas, kemerahan dan kehilangan fungsi bahagian tersebut.

Antara kebaikan lain GLA yang digunakan secara meluas sebagai rawatan alternatif terapeutik dan terdapat kajian awal yang menyokong penggunaannya ialah;
  • diabetic neuropathy
  • rheumatoid arthritis
  • Raynaud's phenomenon
  • fibroids
  • breast fibroids
  • ovarian cyst
  • endometriosis
  • dan banyak lagi yang masih dalam perbincangan dan kajian...

(Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambil mana-mana suplemen untuk rawatan alternatif)


Perlu ke mengambil GLA?

Tubuh biasanya menghasilkan semua GLA yang diperlukan daripada LA (linoleic acid). LA merupakan salah satu lagi asid lemak perlu omega-6 yang boleh diperolehi daripada sumber makanan.

Walau bagaimanapun, terdapat juga keadaan apabila tubuh tidak mampu menukarkan LA kepada GLA. Keadaan ini boleh berlaku disebabkan usia lanjut, diabetes atau kencing manis, pengambilan alkohol, ekzema, jangkitan virus, pengambilan makanan berlemak dan berminyak yang berlebihan, kenaikan paras kolesterol darah, kekurangan vitamin B6 (pyridoxine), serta kekurangan mineral seperti kalsium, magnesium, zinc dan biotin. Selain daripada itu, penuaan seiring usia mempengaruhi penghasilan enzim yang bertanggungjawab dalam metabolisme LA kepada GLA. Didapati pengambilan suplemen GLA mampu menampung kekurangan-kekurangan tersebut pada sesetengah orang.

GLA sangat sukar didapati melalui sumber makanan. Minyak biji borage merupakan sumber terkaya GLA iaitu 17-25% GLA, diikuti oleh minyak blackcurrant sebanyak 15-20% dan kemudian evening primrose oil atau dikenali sebagai EPO, sebanyak 7-10%.




GLA Complex Shaklee



Kandungan GLA Complex Shaklee mampu;
  • membantu dalam kawal atur fungsi normal tubuh
  • melindungi dinding salur darah arteri
Formula GLA Complex Shaklee ini mengandungi GLA (gamma-linolenic acid), suatu bahan binaan penting dalam penghasilan prostaglandins. Tubuh kita menggunakan GLA untuk membina prostaglandins (suatu bahan yang kuat, berupa seperti hormon, yang membantu tubuh mengawal atur kebanyakan fungsi tubuh).

Selain GLA, kandungan lain ialah vitamin E, yang melindungi dinding salur darah arteri serta juga menyokong sistem imun dengan membantu mengekalkan integriti sel. 

sindrom prahaid
Photo: health.com

GLA juga sangat bermanfaat kepada wanita dalam kitaran menstrual atau haid terutama sekali dalam mengurangkan gejala premenstrual syndrome atau PMS.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Rujukan:








Shaklee Malaysia

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ingin membeli sendiri GLA Complex Shaklee secara online? Kad kredit/debit diperlukan.
Konsultasi pengambilan haruslah dirujuk kepada saya terlebih dahulu. Dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang suplemen kesihatan.



atau boleh juga

Call SMS WhatsApp 0196311031
Facebook : Kamalia Auderina Lee
Atau
" Like " dan hantar mesej ke,
Facebook Page : Natural Safe Vitamins Dietary Supplements
Facebook Page : Set Bersalin Mesra Breastfeeding
Email: leekamalia@gmail.com

No comments:

Post a Comment