Saturday 25 April 2015

Sakit betis ketika berjalan - petanda penyakit tersembunyi yang lebih buruk!

Sakit betis ketika berjalan -  petanda penyakit tersembunyi yang lebih buruk!

Jika anda sering merasa sakit di dalam betis ketika berjalan, kemungkinan besar anda sedang mengalami masalah salur darah arteri tersumbat atua atheroschlerosis - suatu petanda penyakit berkaitan jantung atau salur darah (yang boelh membawa kepada serangan jantung, angina, dan strok serta lain-lain penyakit jantung iskemik atau tersumbat yang kronik)!

Photo: www.g4physio.co.uk

Keadaan ini dikenali sebagai claudication yang bermaksud 'tempang' dalam bahasa Greek lama.

Atherosclerosis menyumbat salur darah di bahagian kaki, terutama betis dan di belakang bawah pelipat lutut.

Photo: differentialdiagnosisknee.weebly.com

Golongan yang cenderung mendapat gejala ini ialah perokok, pengamal makanan berlemak dan juga lain-lain risiko penyumbang kepada penyakit jantung dan salur darah.

Dapatkan pemeriksaan doktor untuk mengesan lebih lanjut punca utama sakit dalam betis yang dialami. Merawat underlying cause lebih awal dapat menyelamatkan nyawa.



Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. * This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

Friday 24 April 2015

Suplemen untuk Memelihara Kesihatan Jantung

Suplemen untuk Memelihara Kesihatan Jantung




Set Kesihatan Jantung Shaklee terdiri daripada:



1. Vivix 

- mengandungi antioksidan resveratrol, ellagic acid dan anthocyanin selain ellagintannin dan quercetin. Banyak kajian awal menyokong bahan-bahan ini mampu mencegah atherosklerosis dan penggumpalan atau clot dalam salur darah yang merupakan faktor utama serangan jantung dan strok.

2. CoQHealth Plus 

- mengandungi antioksidan CoQ10 atau  CoQenzyme, juga dikenali sebagai ubiquinone, bahan yang didapati memberi perlindungan antioksidan kepada jantung dan memelihara tenaga otot jantung.

3. OmegaGuard

- suplemen minyak ikan dengan asid lemak omega-3 terbaik dunia membantu merendahkan paras kolesterol jahat dalam darah.

4. Phytocol-ST

- mengandungi phytosterol yang menyerap kolesterol dalam makanan dan menghalang penyerapan kolesterol jahat oleh tubuh dari berlaku.

>> Order 019-6311031

Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. * This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

Wednesday 22 April 2015

5 Makanan Mencegah Nyanyuk

5 Makanan Mencegah Nyanyuk 

Terdapat banyak faktor mempengaruhi nyanyuk (dementia, Alzheimer's disease) seperti keturunan, gaya hidup dan juga makanan.

Sehingga kini tiada ubat yang benar-benar dapat mencegah atau mengubati nyanyuk, namun saintis berpendapat terdapat makanan yang mampu membantu mencegah nyanyuk lebih awal.

Photo: www.lousianaweekly.com

1. Ikan


Ikan, terutamanya yang kaya dengan asid lemak omega-3 yang kaya dengan DHA, EPA dan lain-lain omega-3 bukan sahaja dapat mencegah penyakit berkaitan jantung dan salur darah (serangan jantung, tekanan darah tinggi, tinggi kolesterol, strok dan sebagainya), tetapi juga menyokong fungsi otak

Monday 13 April 2015

Resepi minuman herba untuk melegakan kembung perut

Resepi minuman herba untuk melegakan kembung perut


Semalam selepas makan tengah hari, dek kerana lauk yang sedap dan makan nasi bertambah-tambah, perut mula terasa kekenyangan. Lebih tepat lagi, agak terlebih kenyang. Jadi, sebelum menjadi terlampau kenyang, saya cepat-cepat berhenti makan (ikut petua Tun M, makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang).

Lepas tu mula la terfikir nak minum minuman yang boleh legakan kembung perut. Terus saya teringat dengan Peppermint-Ginger Plus. Sebelum ni saya buat minuman peppermint-ginger ni untuk anak yang kembung perut masuk angin akibat melengahkan sarapan T - T ...

Sebelum ini saya biasanya memasak hirisan halia di dalam periuk sebelum diminum. Air teh panas pula kurang sesuai untuk diminum selepas makan kerana kandungan tannin dalam teh boleh melambatkan penghadaman.

Ok, baik saya cerita dalam bentuk resepi untuk lebih mudah difahami.

Bahan-bahan:


1 biji tablet Peppermint-Ginger Plus (atau boleh 2 tablet ikut suka nak lebih berperisa)
1-2 sudu makan madu
400ml air yang baru dididihkan

Cara-cara:


1. Tumbuk halus tablet Peppermint-Ginger Plus.
2. Masukkan serbuk tablet tadi ke dalam gelas.
3. Kemudian, tuang air panas ke dalam gelas.
4. Masukkan madu dan kacau.

Letak dalam plastik, pastu tumbuk

Tadaa...

Saya pun bahagikan air ini kepada 2 cawan 200ml, satu untuk saya dan satu untuk En.B.

Memang menyegarkan dan yang penting, minuman ini membantu dalam penghadaman dan melegakan kembung.

Selepas mengenali Peppermint-Ginger Plus ini, saya lebih suka membuat minuman daripadanya. Mudah, sedap, berkesan dan juga murah.

Harga sebotol Peppermint-Ginger Plus ni ialah RM 45. Dalamnya ada 90 biji tablet. Jadi, satu tablet tu hanya RM 0.50. Memang lebih jimat daripada kita beli 3-in-1 ataupun INO ke. Kalau nak suka-suka minum atau campur dalam teh-0 juga ok, rasa berperisa pudina halia gitu.



Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. * This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

Sunday 12 April 2015

Glutathione vs Kolagen –Yang mana satu pilihan hati?

Glutathione vs Kolagen –Yang mana satu pilihan hati?


Pelbagai produk kecantikan sekarang menawarkan banyak pilihan – hanya untuk memutihkan kulit. Antara yang terkenal ialah glutathione dan kolagen.

Apa itu glutathione?


Glutathione merupakan sejenis bahan antioksidan yang boleh dihasilkan secara semula jadi oleh tubuh kita.  Kini, glutathione juga boleh didapati melalui suplemen, baik dalam bentuk pil tablet mahupun serbuk pra-campuran untuk minuman, dan juga dalam bentuk suntikan, bagi tujuan mencerahkan kulit.


Photo: www.livingherbalpahrmacy.com

Walau bagaimanapun, pengguna harus menyedari penggunaan glutathione dalam jangka masa panjang boleh mengganggu penghasilan glutathione semula jadi dalam tubuh

Makanan untuk Menambah Susu Badan

suplemen penggalak susu badan

Saturday 11 April 2015

Awas! Bahaya Ubat Pemutih Kulit Beku Darah

Awas! Bahaya Ubat Pemutih Kulit


Baru-baru ini masyarakat, terutamanya pencinta kecantikan gempar dengan kapsul pemutih yang digelar kapsul liang lahad. Ini kerana kapsul yang didakwa mampu memutihkan kulit ini sebenarnya menggunakan tranexamic acid, merupakan ubat yang digunakan di hospital untuk merawat dan menghentikan pendarahan, contohnya dalam kes pendarahan perut.

Add caption

Iklan terbuka


Saya sendiri pernah terjumpa iklan produk pemutih kulit yang menggunakan tranexamic acid ini secara online di Facebook terutamanya. Iklan tersebut secara terang-terangan menyebut bahan yang digunakan ialah tranexamic acid. Sempat pula seller tersebut memberi amaran agar pesakit yang mengambil ubat berkaitan pencair darah dan pesakit jantung adalah tidak disarankan mengambil ubat tersebut.

Anehnya, walaupun dengan amaran yang seller sendiri berikan terutama berkaitan jantung (apa-apa yang berkaitan jantung ini semua serius, okay), terdapat berpuluh-puluh pengguna facebook yang berminat dengan produk tersebut, membuatkan sukar untuk saya mengagak dalam fikiran mereka tentang tahap kesedaran pengambilan ubat secara sesuka hati.

Add caption

Kesedaran pengguna


Mungkin latar belakang saya sebagai pengamal penjagaan kesihatan (biarpun hanya mantan misi) telah membuatkan saya lebih celik mata tentang bahaya ubat, namun saya tetap cuba memakai kaca mata orang awam bagi menyelami penerimaan mereka terhadap iklan-iklan sebegini. Mungkinkah kesedaran orang kita tentang ubat dan suplemen masih jauh rendah?

Pertama kali saya melihat perkataan ‘tranexamic acid’ dipaparkan, saya memang terkejut kerana setahu saya ubat itu hanya digunakan di hospital dan penggunaannya pula adalah terkawal. Bagaimana pula bahan tersebut boleh terlepas dan dengan beraninya seller mendakwa boleh suntik sendiri? Yang saya jumpa tu jenis injection, yang dihebohkan baru-baru ini pula ialah jenis kapsul untuk dimakan, namun bahannya tetap sama.

Setahu saya, untuk memasukkan bahan secara suntikan memerlukan seseorang yang bertauliah dan berlesen untuk melakukannya kepada orang awam, atau pesakit sudah belajar daripada pakar kesihatan sendiri untuk kegunaan sendiri (contohnya menyuntik insulin). Lainlah halnya dengan ‘doktor jadian’ ataupun penagih dadah.

Contoh tranexamic acid untuk injection yang dijual secara online untuk ptuihkan kulit

Jadi, penjualan bahan suntikan begini terang-terang sudah salah. Jangankan tranexamic acid, suntikan vitamin C yang popular sejak sedekad lalu pun sebenarnya tidak mempunyai kelulusan di Malaysia.

Kesedaran masyarakat yang masih rendah dan taksub untuk kelihatan cantik dengan cepat telah membuka peluang kepada  seller pasaran gelap untuk mengaut keuntungan tanpa memikirkan kesan kepada kesihatan pengguna.

Jadi, para pengguna, berhati-hati dengan produk kecantikan yang ingin anda cuba, pastikan sudah diluluskan oleh KKM. Tiada cara cepat untuk kelihatan cantik, melainkan jika anda mahu melakukan pembedahan plastic seperti artis K-Pop! >> Cara natural untuk cerahkan kulit

Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. * This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

Friday 10 April 2015

Cara Natural untuk Cerahkan Kulit

Cara Natural untuk Cerahkan Kulit


Obsesi wanita, terutamanya wanita Asia terhadap kulit yang cerah, licin dan gebu telah mencipta ruang pasaran kepada produk pemutih kulit, baik secara luaran mahupun dalaman.

Zaman sekarang ini kita melihat bermacam-macam teknologi produk kecantikan muncul seperti cendawan tumbuh, dari Korea, Jepun dan sebagainya.

Namun, tahukah anda, terdapat cara natural untuk mendapatkan kulit yang cerah dan licin?
Sebenarnya, bagi yang follow blog ini, banyak telah saya kupas tentang perkara ini dalam entry yang lepas-lepas, cuma mungkin dengan pendekatan dan penerangan yang berbeza.



Makanan dan suplemen

Vitamin C

Pertama, makanan yang tinggi dengan vitamin C. Antara makanan yang tinggi dengan vitamin C ialah sayur-sayuran dan buah-buahan. Oleh kerana vitamin C adalah sensitif dan mudah oleh haba dan pendedahan kepada cahaya dan udara, pengambilan sayur-sayuran dalam bentuk ulam-ulaman adalah lebih baik berbanding sayur dimasak terutama jika dimasak terlalu lama (cukup dengan cara masakan stir-fry atau goreng kilas untuk mengekalkan nutrisinya).

Vitamin C merupakan komponen yang penting untuk penghasilan kolagen (sejenis binaan protein) dalam kulit. Menyebut tentang kolagen, pastinya anda (terutamanya pencinta produk kecantikan) sangat arif dengan kesan kolagen kepada kulit seperti lebih cerah, gebu, tekstur kulit lebih anjal, lembap, licin dan mampu mengurangkan jerawat/parut jerawat serta pigmentasi.

Vitamin C tidak dapat disimpan oleh tubuh, oleh sebab itu paras vitamin C dalam tubuh harus sentiasa digantikan harian melalui makanan, malah melalui pengambilan secara suplemen bagi memastikan tubuh sentiasa cukup vitamin C.

Antara makanan dan suplemen, makanan tetap merupakan pilihan yang terbaik kerana ia turut mengandungi komponen nutrisi lain yang kemungkinan antaranya belum dijumpai oleh sains.
Namun, dengan gaya pemakanan moden yang banyak bersumberkan makanan terproses (food-like food) di rak-rak supermarket berbanding makanan dalam bentuk semula jadi (real food),pengguna biasanya membuat pilihan kedua iaitu melalui suplemen.

Walau bagaimanapun, pengguna (iaitu kita) haruslah bijak memilih suplemen vitamin C yang benar-benar berkualiti, bagi mendapatkan nilai terbaik bagi wang. >>Kriteria memilih suplemen vitamin C berkualiti

Protein


Kedua, makanan yang membekalkan protein terutama protein lengkap. Tanpa atau kekurangan protein yang merupakan bahan binaan utama untuk kolagen, kulit tidak akan mendapat kebaikan sepenuhnya hanya dengan vitamin C.

Antara makanan yang tinggi dengan protein lengkap  ialah daripada sumber haiwan seperti daging, tenusu, telur, manakala bagi tumbuhan pula , yang terkenal ialah kacang soya dan makanan berasakan kacang soya seperti tempe, tauhu dan natto serta lain-lain.

Atas factor itulah soya menjadi pilihan pembuat makanan meat-like atau mock-meat yang berasaskan soya bagi memenuhi keperluan pengamal vegetarian untuk sumber protein lengkap mereka.

Selain itu, terdapat juga protein yang didatangkan dalam bentuk suplemen dan biasanya berasaskan soya. Namun, sekali lagi, pengguna haruslah bijak memilih suplemen protein yang berkualiti demi mendapatkan khasiat dan kesan yang diingini tanpa menjejaskan kesihatan pada masa akan datang. >> ESP bukan sekadar protein

Vitamin E


Ketiga, selain daripada vitamin C, protein dan pendapat tentang meningkatkan kolagen dalam kulit, kita juga harus mengambil kira factor photo-damaging atau sinar suria yang merosakkan struktur kulit.

Untuk tujuan ini, gabungan vitamin C dan vitamin E didapati mampu melindungi kulit secara signifikan daripada kesan sinar radiasi matahari yang merosak dan menggelapkan kulit.

Aktiviti


Bagaimana aktiviti mampu mencerahkan kulit?


Pernahkah anda terdengar tentang glutathione? Glutathione merupakan satu bahan antioksidan semula jadi yang dapat dihasilkan oleh tubuh dan juga boleh didapati secara suplemen. Sekali lagi, pencinta produk kecantikan pastinya sangat yakin dengan kebolehan kandungan glutathione dalam produk suplemen yang dapat mencerahkan kulit.
Jadi, apa kaitannya pula dengan aktiviti? Aktiviti cergas seperti bersenam, terutama secara regular dapat menggalakkan penghasilan glutathione. Ini dapat menerangkan kenapa individu yang bersenam memliliki kulit yang kelihatan lebih gebu kemerahan dan glowing.

Pengambilan suplemen berasaskan glutathione bagaimanapun tidak begitu digalakkan kerana beberapa factor. Malah, penggunaan glutathione juga sebenarnya perlu mendapat kelulusan dan tidak boleh dijadikan bahan dalam suplemen dengan sewenang-wenangnya. >> Glutathione vsKolagen – Yang Mana Satu?



Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. * This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

Sunday 5 April 2015

Set Hamil untuk anda

Set Hamil untuk anda

Bagi yang sedang hamil dan ingin mengetahui apa suplemen yang sesuai diambil sepanjang kehamilan, Set Hamil Shaklee menawarkan kombinasi produk yang membantu melengkapkan keperluan nutrisi untuk ibu dan bayi.

Keperluan nutrisi ibu hamil meningkat semasa kehamilan. Adalah penting bagi ibu untuk mengambil nutrien yang cukup bagi memenuhi keperluan yang meningkat untuk memastikan perkembangan dan pertumbuhan bayi selain pada masa yang sama memelihara kesihatan ibu itu sendiri.

1. Energizing Soy Protein Shaklee atau ESP Shaklee 

- merupakan suplemen protein lengkap berasaskan soya terpilih yang bukan diubahsuai secara genetik (non-GMO soy) yang mengandungi semua asid amino yang diperlukan oleh tubuh kita. ESP mencukupkan keperluan protein yang penting untuk tumbesaran dan perkembangan sel tisu dan organ serta menjalankan fungsi sistem tubuh badan.

Bagi ibu-ibu, pengambilan ESP secara konsisten dan betul mampu membantu menguatkan otot rahim bagi ibu-ibu sama ada dalam persediaan atau sedang hamil, malah ianya sesuai diambil oleh sesiapa sahaja yang memerlukan tambahan asid amino protein yang lengkap bagi memenuhi keperluan nutrisi yang tidak dapat dipenuhi melalui pemakanan.

Selain daripada ESP, vitamin dan suplemen lain yang terdapat dalam Set Hamil Shaklee ialah:

2. B-Complex


Mengandungi asid folik yang penting untuk perkembangan otak dan saraf tunjang. Kekurangan asid folik semasa awal kehamilan boleh menyebabkan kecacatan tiub neural saraf bayi dan risiko kecacatan lain.

3. OsteMatrix


Suplemen yang bukan sekadar kalsium kerana tablet kalsium ini mengandungi magnesium, vitamin D dan boron yang penting untuk membantu penyerapan kalsium ke tulang. Tanpa penyerapan yang baik, kalsium tidak dapat digunakan di tulang sebaliknya dibuang melalui buah pinggang dan adakalanya meningkatkan risiko batu karang. Kalsium penting bagi ibu hamil bukan sahaja untuk perkembangan tulang bayi dalam kandungan malah memelihara tulang dan gigi ibu itu sendiri. Pengambilan OsteMatrix juga dapat mencegah kekejangan kaki yang biasa dialami oleh ibu hamil akibat kekurangan kalsium yang telah diangkut kepada bayi.

4. Sustained Release Vita-C Plus 500 mg 


Vitamin C sangat penting bukan sahaja untuk perkembangan bayi malah memelihara tahap imun ibu agar sentiasa kuat. TIdak sama sperti suplemen vitamin C luar, Sustained Release merupakan teknologi eksklusif Shaklee yang membenarkan pelepasan perlahan-lahan vitamin C ke dalam darah selama 5 jam dan berterusan sehingga 24 jam, menjadikannya vitamin C yang optimum penyerapan ke dalam tubuh dan tidak dibazirkan melalui air kencing.

5. Vita-Lea Iron Formula


Multivitamin yang diperkaya dengan zat besi ini bukan sahaja mudah larut dalam air yang menjadikannya mudah diserap, malah tidak mengganggu perut tidak sepertimana suplemen multivitamin atau zat besi lain yang menyebabkan sembelit, pedih perut, loya atau cirit birit. Penyerapan yang baik mampu membantu ibu hamil mencegah berlakunya low hemoglobin atau kurang darah, suatu keadaan yang sering menjadi igaun ngeri ibu-ibu hamil.

6. OmegaGuard


Suplemen minyak ikan premium ini, tidak seperti suplemen minyak ikan lain yang kemungkinan terdedah kepada pencemaran plumbum laut dalam, OmegaGuard adalah selamat diambil oleh ibu-ibu hamil.

OmegaGuard membekalkan khasiat DHA dan EPA yang penting untuk perkembangan otak bayi terutama semasa awal kehamilan. Inginkan bayi yang bijak? Laburlah dalam pengambilan OmegaGuard sejak hamil.


boleh hubungi 019-6311031 Ms Nur Kamalia


Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. * This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

Saturday 4 April 2015

Live dari Kelas Blogging untuk Bisnes online dari rumah untuk Surirumah

Live dari Kelas Blogging untuk Bisnes online dari rumah untuk Surirumah 


Alhamdulillah, sekarang berada di HQ Shaklee di Sunway Pinnacle. Pertama kali datang ke hq Shaklee, hatta branch sekalipun semuanya saya tak pernah pernah pergi.

Sebelum ini semuanya online, segala urusan di hujung jari, online belaka. Daripada mendapat pelanggan, membuat order sehinggalah ke urusan penghantaran, semuanya dilakukan online. Boleh kata saya tak keluar rumah, menyimpan stok barangan (kecuali untuk cash-on-delivery pelanggan-pelanggan sekampung atau sedaerah yang berdekatan) dan sebagainya.

Saya dan anak sulung sempat selfie dalam perjalanan ke HQ

Mak Bisnes yang Awet Muda


Masya Allah, ini juga kali pertama saya berjumpa dengan Neni (gelaran kami kepada beliau), Master Wan Fatihanum yang akan mengongsikan ilmu blogging beliau kepada kami. Beliau memang awet muda, penangan mengamalkan suplemen, terutama Vivix. Umur kami sama, namun kelihatan seperti beliau awal 20-an. Fuiyoo...

Kelas Blogging


Hari ini datang ke HQ untuk sesi kelas blogging untuk online business dari rumah, kelas yang berharga RM800 tetapi dengan group sokongan bisnes yang kuat, saya hanya membayar RM30 sahaja.

Pagi ni anak-anak tanya, " Mama nak pergi kerja ke? Macam dulu-dulu mama pergi kerja tu?".

"Ye sayang, mama pergi kerja, mama pergi kursus", En. B menyampuk.

"Mama pergi 3 jam je. Sekejap je. Lepas ni kita boleh jalan-jalan."

"Yeayyy..."

Sebenarnya boleh je bawa anak-anak ke HQ, sebab ada kemudahan bilik permainan untuk kanak-kanak. Namun, disebabkan dua orang anak saya masih dalam fasa aktif (baru seminggu) chickenpox, sebaik-baiknya untuk anak-anak bermain di tempat awam adalah selepas 2 minggu.

Kepuasan Peribadi - Tidak Perlu Menunggu Berpencen


Best, kan? Saya treat bisnes Shaklee online ni benar-benar sebagai kerjaya, dan pergi ke kelas begini sama seperti pergi kursus berminggu-minggu ketika bekerja makan dahulu.

Apa yang lagi best, gaji yang diperolehi adalah berkadar langsung. Maksudnya, rajin dapat banyak, malas dapat sikit. Kalau makan gaji, rajin malas tu sama banyak dapat. Selepas setahun, check KPI, gaji bergerak mengikut tahunan, dan pencapaian menegak melintang. Akan tetapi, dengan bisnes ini, ianya berkadar langsung, dan semestinya dengan izin Allah.

Perkara yang paling puas hati ialah saya menjadi bos diri saya sendiri. Bagi yang ada yang follow Ig saya di @leekamalia, pasti dapat mengikuti hobi saya dan En. B yang suka berkebun, menternak dan lain-lain aktiviti luar. Setakat ini saya dan suami sedang mengusahakan penternakan burung puyuh secara kecil-kecilan, menanam pokok roselle atau sorrel untuk dijadikan jem, minuman dan sebagainya. Semua impian ini pasti hanya tinggal impian jika kami masih kekal makan gaji di bandar. Kini, kami tidak perlu menunggu pencen baru hendak menghidupkan impian sendiri.