Sunday 12 April 2015

Glutathione vs Kolagen –Yang mana satu pilihan hati?

Glutathione vs Kolagen –Yang mana satu pilihan hati?


Pelbagai produk kecantikan sekarang menawarkan banyak pilihan – hanya untuk memutihkan kulit. Antara yang terkenal ialah glutathione dan kolagen.

Apa itu glutathione?


Glutathione merupakan sejenis bahan antioksidan yang boleh dihasilkan secara semula jadi oleh tubuh kita.  Kini, glutathione juga boleh didapati melalui suplemen, baik dalam bentuk pil tablet mahupun serbuk pra-campuran untuk minuman, dan juga dalam bentuk suntikan, bagi tujuan mencerahkan kulit.


Photo: www.livingherbalpahrmacy.com

Walau bagaimanapun, pengguna harus menyedari penggunaan glutathione dalam jangka masa panjang boleh mengganggu penghasilan glutathione semula jadi dalam tubuh
. Apabila tubuh menerima glutathione secara suplemen ke dalam tubuh, secara automatic tubuh akan mula mengurangkan penghasilan glutathione semula jadi, biarpun kulit mendapat kesan yang diingini iaitu kulit semakin cerah.

Kesan jangka panjang


Kesan penggunaan jangka masa panjang menyebabkan tubuh berterusan kurang menghasilkan glutathione semula jadi. Apabila pengguna tiba-tiba menghentikan pengambilan suplemen glutathione, tubuh tidak mampu untuk menampung penyusutan paras glutathione yang mendadak menyebabkan kesan ketara akan kelihatan pada kulit seperti kusam dan pigmentasi.

Namun, tahukah anda, pengambilan glutathione dalam bentuk suplemen didapati tidak memberi apa-apa manfaat kepada kecerahan kulit yang diingini. Ini kerana glutathione yang dapat diserap oleh tubuh adalah sedikit, dan jika berkesan sekalipun, glutathione perlu diambil dalam bentuk suntikan.

Glutathione semula jadi


Salah satu cara semula jadi untuk menggalakkan tubuh menghasilkan lebih banyak glutathione dan seterusnya member manfaat kepada kulit  adalah melalui senaman secara regular. Aktiviti cergas akan merangsang tubuh untuk meningkatkan penghasilan semula jadi glutathione tubuh, menerangkan kenapa individu yang aktif bersenam memiliki 

Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. * This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

No comments:

Post a Comment