Wednesday 31 December 2014

Resepi One-Dish: Bihun Sup Tulang

Resepi One-Dish: Bihun Sup Tulang

Baru-baru ini saya terliur sangat nak buat dan hirup sup tulang. Mungkin gara-gara selepas demam dengan batuk dan hingus masih bersisa, selera saya lebih terbuka kepada menu yang bersup. Daripada pelan asal nak buat sup tulang sahaja, saya berfikir, mungkin boleh tambah mee kuning pula, maka jadilah mee sup tulang. Nak buat sendiri mee tu memang malas la hehehe...

Namun, selepas berpusing-pusing satu bandar Mukah, dari pasar tamu dan kedai menjual bahan basah hinggalah ke supermarket, saya gagal mendapatkan mee kuning telur. Ini kerana pencarian tersebut berlaku waktu tengah hari, dan saya bercadang membuat mee sup tulang untuk makan malam. Rata-rata tempat mengatakan bekalan mee kuning telah habis menjelang tengah hari. Sungguh tidak disangka, sukarnya mendapatkan mee kuning telur di bandar Mukah ini apabila melebihi waktu tengah hari. Saya sudah terbiasa dengan keadaan di Kuala Lumpur yang mana bekalannya boleh dikatakan 24 jam.

Akhirnya, saya tukar rancangan. Maka, terhasillah bihun @ bee hoon sup tulang.

Bee Hoon Sup Tulang

Sunday 28 December 2014

Resepi Sup Ayam: Pak Tin Ayam (Eight Treasure Herbal Chicken Soup)

Resepi Sup Ayam: Pak Tin Ayam (Eight Treasure Herbal Chicken Soup)


Sebagai seorang yang memiliki sedikit darah Cina dari sebelah ibu, sedikit sebanyak saya turut mewarisi banyak hidangan bukan sahaja pada gaya masakan sahaja, malah makanan yang berasaskan ubat herba tradisional Cina, seperti hidangan yang saya kenali sebagai Pak Tin (pak bermaksud nombor 8 dalam dialek Hokkien, jadi Pak Tin ini menggunakan 8 jenis herba).

Herba ini biasanya dipaketkan bersama dan boleh didapati di kedai-kedai ubat dan herba Cina. Hanya sebutkan Pak Tin atau Eight Treasure, tabib dengan segera memahaminya. Biasanya terdapat 2 jenis iaitu manis dan kurang manis. Saya lebih suka menggunakan yang kurang manis untuk membuat sup ayam.

Pak tin ini biasanya diambil oleh wanita untuk menyegarkan badan selepas bersalin dan dipercayai dapat menambahkan darah terutama selepas bersalin dan ketika kedatangan haid. Selain daripada itu, ramuan ini dapat mengimbangi hormon dan juga mengurangkan sakit senggugut. Bagi lelaki pula, pak tin dipercayai dapat memperbaiki pencernaan dan mengembalikan kesegaran tubuh setelah letih bekerja.

Pak Tin Ayam

Thursday 25 December 2014

Resepi One-Dish: Kimbap (Korean Seaweed Rice Rolls) Versi Mama Hantek

Resepi One-Dish: Kimbap (Korean Seaweed Rice Rolls) Versi Mama Hantek


Ini merupakan versi teringkas kimbap yang saya buat untuk makan tengah hari anak-anak baru-baru ini. Kimbap menjadi satu cara yang efektif untuk saya dalam memberi sayur-sayuran kepada anak-anak yang memilih sayur. Saya mula-mula membuat kimbap selepas terkena demam drama Korea terutama selepas drama Boys Over Flower, macam sedap je melihat babak Goo Jun-Pyo memakan kimbap yang disediakan oleh Geum Jan-Di (wahh saya masih ingat lagi nama watak-watak). Selepas membuat carian Google, rasanya boleh cuba buat sendiri. Lebih-lebih semasa mengandung anak keempat, saya kerap mengidamkan kimbap.

Saya masih ingat lagi pautan laman web yang saya rujuk semasa mula-mula membuat kimbap dahulu iaitu Beyond Kimchee. Lagipun pelbagai lagi resepi Korea yang boleh diikuti. Adakalanya saya ubah suai mengikut selera (terutamanya selera anak-anak) dalam laman web ini selain kerana bahan-bahan yang agak sukar didapati. Terdapat banyak lagi laman yang menjadi rujukan, namun laman ini tetap attached pada ingatan saya.

Biasanya kimbap (menurut laman-laman web) mencampurkan cuka dan garam ke dalam nasi (seperti nasi yang digunakan dalam membuat sushi), namun saya tidak melakukannya pada kimbap yang saya hidangkan kepada anak-anak kerana mereka tidak menggemari rasanya. Jadi, kimbap saya lebih kepada versi nasi onigiri, lebih edible untuk dinikmati oleh anak-anak.

Kimbap versi Mama hantek

Tuesday 23 December 2014

Siri Jom Kurus: 10 Tips Mengawal Pemakanan Semasa Perayaan (So this is Christmas!)

Siri Jom Kurus: 10 Tips Mengawal Pemakanan Semasa Perayaan (So this is Christmas!)


Perayaan Krismas sedang menjelang. Sepertimana perayaan lain yang diraikan dengan aktiviti makan-makan seperti Tahun Baru Cina, Hari Raya Puasa (ironiya setelah berpuasa sebulan, rakyat Malaysia meraikan Hari Raya Puasa sepanjang Syawal - bayangkan aktviti makan-makan selama sebulan!), Gawai, Kaamatan, Deepavali dan sebagainya, begitu juga dengan perayaan Krismas.

Seingat saya semasa masih berkerja di hospital dahulu, minggu-minggu selepas perayaan adalah musim untuk pesakit dengan penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan diabetes untuk bertandang di hospital. Ini menandakan insiden lawatan ke hospital sememangnnya berkait rapat dengan aktiviti semasae perayaan - semestinya aktiviti makan-makan.

Biarpun Krismas hanya dirayakan sehari sahaja (jika di Sabah dan Sarawak, perayaan biasanya diraikan sehingga sambutan Tahun Baru), aktiviti makan-makan hidangan yang enak-enak (biasanya tinggi lemak, kolesterol dan garam) dan biasanya diiringi dengan minuman manis, soda atau minuman beralkohol pastinya boleh menjadi 'malapetaka' bagi individu yang berpenyakit kronik atau berisiko tinggi.

Ia juga menjadi medan ujian sebenar bagi pengamal diet terutama yang ingin menurunkan berat badan, sama ada mereka (kita) berjaya mengawal pemakanan sepanjang perayaan atau tidak, dan paling penting, mempunyai pengurusan berat badan yang baik.

Photo: www.xtremefitnessathome.com

Monday 22 December 2014

Resepi Side Dish: Daging Lembu Kisar dengan Daun Bawang Masak Kicap (Minced Beef with spring onion in soy sauce)

Resepi Side Dish: Daging Lembu Kisar dengan Daun Bawang Masak Kicap (Minced Beef with spring onion in soy sauce)

Sejak kurang sihat beberapa hari ni, selera saya lebih kepada hendak menikmati bubur, sup dan masakan berkicap (tipikal ada berdarah Cina sikit-sikit). Maka, terhasillah side dish atau hidangan sampingan ini yang enak jika ditambah ke dalam bubur nasi dan ditambah pula dengan sup tulang yang panas-panas.

Minced beef with spring onion in soy sauce
Bubur nasi dengan hidangan minced beef with spring onion in soy sauce, dan ditambah sesame oil


Sunday 21 December 2014

Siri Jom Kurus: Cegah Obesiti, Cegah Kanser

Siri Jom Kurus: Cegah Obesiti, Cegah Kanser

Sering kali kita mendengar tentang kaitan obesiti atau berat badan berlebihan dengan risiko kesihatan seperti diabetes dan penyakit jantung atau kardiovaskular, namun agak jarang kita mendengar dan sukar untuk memahami bagaimana obesiti boleh dikaitkan dengan peningkatan kanser. Ini kerana kita lebih kerap mendengar kaitan kanser dengan kesan radikal bebas, contohnya kanser kulit dengan kesan sinaran radiasi ultraviolet matahari, atau kanser paru-paru dengan asap rokok.

Namun, bagaimanakah obesiti mempengaruhi peningkatan risiko mendapat kanser?

Photo: seniorassistedliving.wordpress.com

Saturday 20 December 2014

Siri Jom Kurus: Cegah Obesiti, Cegah Diabetes

Siri Jom Kurus: Cegah Obesiti, Cegah Diabetes

Prediabetes, Diabetes dan Obesiti


Menurut pakar perubatan, jika anda seorang yang obes dan mempunyai kencing manis atau diabetes type II, mengurangkan berat badan yang berlebihan dapat membaiki taraf kesihatan anda. 

Begitu juga jika anda seorang yang obes atau overweight namun belum dikesan mempunyai penyakit diabetes type II, awas, majoriti individu obes mempunyai risiko diabetes yang tinggi malah tergolong dalam keadaan mempunyai prediabetes (keadaan paras gula darah tinggi daripada normal namun belum cukup untuk didiagnos sebagai mempunyai diabetes) yang akhirnya boleh bertukar menjadi diabetes jika tidak dikawal dengan baik. Dengan mengurangkan berat badan berlebihan, anda boleh reverse keadaan prediabetes dan seterusnya bebaskan diri dan mencegah daripada mendapat diabetes.

Kajian sebuah institute kesihatan kebangsaan dari US mendapati, kombinasi kawalan pemakanan dan senaman di kalangan individu obes dengan prediabetes dapat mengurangkan risiko diabetes sehingga 58%.

Kajian juga mendapati, setiap pengurangan berat badan sebanyak 5-10% daripada berat asal memberi impak yang besar dalam memberikan kawalan gula darah yang lebih baik. 


Photo: drsimpson.net

Friday 19 December 2014

Resepi Berpantang: Sayur Sawi Rebus Halia

Resepi Berpantang: Sayur Sawi Rebus Halia


Walaupun sekarang saya bukan dalam tempoh berpantang selepas bersalin dan sebagainya, saya tergerak hendak berkongsi resepi berpantang yang enak-enak kepada ibu-ibu berpantang yang sedang mencari variasi resepi. Setelah melalui proses yang sama sebanyak empat kali, saya memahami 'kebosanan' menghadap menu berpantang harian yang sama gara-gara tidak pasti masakan berpantang yang diakui 'selamat' dalam amalan berpantang (biarpun dari segi perubatan, tiada istilah pemakanan berpantang selepas bersalin kerana yang penting hanyalah mendapat keperluan nutrien yang cukup untuk penyembuhan dalaman dan luka luaran).

Namun, saya percaya kita tidak harus mengabaikan kesan psikologi (psikosomatik) yang boleh dialami bagi ibu-ibu yang ragu-ragu (contohnya makanan 'gatal", sedangkan 'gatal' pada luka memang akan berlaku dalam proses penyembuhan luka kerana ianya kesan dalam peringkat inflamasi, dan kita manusia suka mencari sebab akibat jika terasa seperti 'melanggar' sesuatu pantang sosial).

Akan tetapi, saya percaya dengan pantang makanan yang mendatangkan 'angin' terutama kembung. Ini kerana memang terdapat makanan yang menyebabkan gas yang banyak dalam usus penghadaman yang boleh menyebabkan kembung perut akibat tindakan bakteria dalam usus ataupun kandungan makanan itu sendiri, contohnya sayur kobis dan ubi. Keadaan kembung mudah berlaku di kalangan ibu selepas bersalin kerana paras hormon hamil yang masih tinggi yang menyebabkan salur penghadaman menjadi perlahan dan mudah kembung.

Apapun, bagi saya, tidak salah untuk kita cherish saat-saat berpantang itu, salah satunya ialah amalan berpantang dalam pemakanan yang tidak terlampau ekstrem (ekstrem dalam ertikata tidak mengehadkan segala jenis makanan dan minuman sehingga mengalami kekurangan zat makanan dan juga dehidrasi sehingga sembelit dan kurang susu badan). Malah, saya dapati, amalan pemakanan semasa berpantang adalah sihat dan boleh mendidik corak pemakanan kita. Contohnya, berpantang daripada makan burger, pizza, makanan bergoreng dan makanan segera lain, sebaliknya memakan ulam-ulaman yang baik untuk kesihatan, dan juga seperti sayur sawi rebus halia ini. Sekadar pendapat hehehe...

Sayur Sawi Rebus Halia

Jika sedang tercari-cari set berpantang yang dapat mencukupkan keperluan zat ketika berpantang, mencegah sembelit dan luka cepat sembuh, boleh klik ke pautan ini untuk maklumat lanjut [Set Bersalin Shaklee].

Thursday 18 December 2014

Projek Cuti Sekolah: Aiskrim Popsicle Jagung

Projek Cuti Sekolah: Aiskrim Popsicle Jagung


Macam biasa, apabila cuti sekolah sahaja, anak sulung, Acha, akan meminta macam-macam aktviti (terutama aktiviti yang melibatkan makanan untuk kudapan). Baru-baru ini Acha meminta buatkan aiskrim batang buatan sendiri (setelah menikmatinya di rumah sepupu saya) seperti yang biasa kita generasi tahun 1980-an dan 1990-an pernah nikmati semasa zaman kanak-kanak dahulu. Mendengar permintaannya, saya berasa agak teruja untuk memperkenalkan aiskrim batang ini kepada adik-adiknya pula.

Mengingatkan kisah aiskrim ini, dulu harganya hanya 10 sen sahaja sebatang. Itupun saiz aiskrimnya panjang. Saya tidak tahu harga pasaran terkini bagi aiskrim ini mengenangkan kos barangan yang semakin meningkat sekarang.

Akan tetapi, memang ternyata lebih jimat membuat sendiri aiskrim ini. Tak perlu saya pening-pening belikan aiskrim mahal-mahal kepada anak-anak kerana anak-anak bukannya peduli sangat dengan nilai mahal murah dan jenama sesuatu barang kerana pengalmaan yang gembira itu lebih penting buat mereka. Kita sebagai ibu bapa pun tidak seharusnya membiasakan kemewahan kepada mereka, akibatnya nanti anak-anak yang merana (bukan kita, tetapi anak-anak yang merana kerana nikmat hidup mereka awal-awal lagi telah diletakkan pada standard yang tinggi).

Performance® Natural Orange Shaklee: Minuman untuk Anda yang Cergas dan Aktif

Performance® Natural Orange Shaklee: Minuman untuk Anda yang Cergas dan Aktif


Anda sedang bersenam atau baru ingin mulakan program senaman? Sepanjang senaman atau aktiviti kecergasan dilakukan, tubuh perlu sentiasa menggantikan kehilangan cecair dan elektrolit atau garam tubuh melalui perpeluhan yang banyak. Keseimbangan ini perlu dikekalkan bagi mencegah dehidrasi bagi mengekalkan prestasi senaman (dehidrasi atau nyahidrat akan mengganggu prestasi senaman, sukan atau aktiviti kecergasan yang dilakukan). Jika prestasi ini terjejas, matlamat senaman atau kecergasan terutama bagi yang ingin menurunkan berat badan juga turut terjejas.

Photo: Shaklee Malaysia

Wednesday 17 December 2014

Siri Jom Kurus: Koleksi Kata-kata Motivasi ke Arah Berat Badan Sihat

Siri Jom Kurus: Koleksi Kata-kata Motivasi ke Arah Berat Badan Sihat 

Mencari kata-kata motivasi untuk memulakan atau meneruskan program kurus / diet / penurunan berat badan anda?
Photo: geniusquotes.org

Tuesday 16 December 2014

Siri Jom Kurus: Kurangkan Risiko Kesihatan dengan Mencegah Obesiti

Siri Jom Kurus: Kurangkan Risiko Kesihatan dengan Mencegah Obesiti

Berat badan berlebihan dan obesiti atau kegemukan bukan hanya meliputi isu kecantikan semata-mata, malah meliputi kesihatan secara keseluruhan dan juga pencegahan risiko penyakit-penyakit kronik yang bertambah dengan setiap penambahan lemak badan berlebihan. Apakah risiko kesihatan dan penyakit kronik yang dapat kita hindari atau cegah dengan setiap pengurangan berat badan yang berlebihan?


Monday 15 December 2014

Eksklusif: Selepas Muka Naik Jerawat Teruk Akibat Guna Produk yang Salah, Lihat Apa yang Wanita Ini Lakukan

Eksklusif: Selepas Muka Naik Jerawat Teruk Akibat Guna Produk yang Salah, Lihat Apa yang Wanita Ini Lakukan

Ngeri, trauma dan kecewa, itu yang kita mungkin rasakan jika produk kecantikan kulit yang kita harapkan dapat mencantikkan kulit wajah menyebabkan keadaan sebaliknya berlaku malah lebih teruk lagi.

Inilah yang berlaku kepada wanita yang berasal dari Kuala Terengganu ini. Wajahnya mulai dipenuhi jerawat yang teruk akibat penggunaan produk yang disyaki mengandungi bahan kimia sehingga merosakkan kulit. Akibatnya, beliau menjadi malu hendak berhadapan dengan masyarakat dan keadaan tersebut berterusan selama 7 tahun.

Pelbagai ikhtiar telah dilakukan termasuk melakukan rawatan facial dan macam-macam lagi, akan tetapi tidak membuahkan hasil. Namun, setelah bertemu suatu jenama yang terkenal, menggunakan bahan-bahan semulajadi dan diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia malah diperakui halal, kesan positif terus dirasai dan kulit bukan sahaja semakin pulih malah kini bertukar licin, gebu, cerah dan cantik dalam tempoh beberapa bulan sahaja. Ikuti video eksklusif ini.


Lepas 7 Tahun Geram Muka Berjerawat Teruk, Ini Yg Dia Buat from iReach HD on Vimeo.

Sunday 14 December 2014

Siri Jom Kurus: Cara-cara Mengira Kadar Jantung Sasaran (Target Heart Rates) dalam Senaman

Siri Jom Kurus: Cara-cara Mengira Kadar Jantung Sasaran (Target Heart Rates) dalam Senaman

Bagaimana kita mengetahui sama ada senaman yang kita lakukan akan berkesan dan memberi impak positif kepada kesihatan kardiovaskular atau tidak? Hal ini perlu bagi memastikan kita tidak bersenam dengan melampau (over-exercise) ataupun senaman yang dilakukan tidak mencukupi terutama kepada kesihatan kardiovaskular.

Caranya dengan menentu dan mencapai kadar jantung sasaran atau target heart rates dalam senaman.

Photo: www.healthyheart.nhs.uk

Saturday 13 December 2014

Siri Jom Kurus: Tips Pengurusan Berat Badan yang Baik

Siri Jom Kurus: Tips Pengurusan Berat Badan yang Baik 


Apakah pengurusan berat badan yang baik?


Pengurusan berat badan yang baik bermakna pengurusan kesihatan yang baik. Namun, bagaimanakah yang dikatakan pengurusan berat badan yang baik? Ianya bukanlah bermakna kehilangan berat badan dalam masa yang singkat dengan pengambilan pil-pil diet, ataupun berdiet dan bersenam hanya apabila setiap kali berat badan naik selepas "makan tak ingat dunia", ataupun kehilangan berat badan melalui cara yang tidak sihat (contohnya gangguan pemakanan bulimia - memuntahkan makanan selepas indulge atau binge-eating).

Ianya bermakna berjaya mengekalkan berat badan yang sihat dengan amalan gaya hidup sihat dan pemakanan yang seimbang. Bagi individu yang sedang dalam proses penurunan berat badan, ianya bermakna pengurangan berat badan yang berterusan biarpun perlahan melalui perubahan corak pemakanan yang lebih sihat dan seimbang dan juga gaya hidup yang lebih aktif. 

Dengan pengurusan berat badan yang baik, pengurusan kesihatan juga menjadi baik kerana pengurangan berat badan berlebihan bermakna pengurangan risiko kesihatan berkaitan obesiti atau kegemukan. Amalan gaya hidup sihat melalui aktiviti fizikal dan juga pemakanan seimbang juga meningkatkan taraf kesihatan dan seterusnya meningkatkan kualiti hidup yang lebih produktif dan kehidupan penuh potensi yang dinikmati melalui kesihatan yang baik.

Photo: teowethan.wordpress.com

Friday 12 December 2014

PRETZELICIOUS by Sutina eShoppe

PRETZELICIOUS by Sutina eShoppe


Saya ingin berkongsi kesedapan produk kawan sekolah menengah dahulu iaitu Pretzel Sticks dan Pretzels mini dengan nama PRETZELICIOUS. Memang sedap sehingga sekarang saya menempah batch kedua (batch pertama dibeli kononnya untuk perayaan Krismas di rumah ibubapa saya yang menyambut Krismas, tetapi sudah kehabisan dimakan anak-anak, mak, bapak dan saya sendiri hahaha...).

Boleh la jenguk-jenguk ke blog beliau terutama artikel berkenaan pretzel ini pada pautan yang saya berikan =}

PRETZELICIOUS by Sutina eShoppe

Wednesday 10 December 2014

Siri Jom Kurus: Tingkatkan Kualiti Hidup dengan Berat Badan Sihat

Siri Jom Kurus: Tingkatkan Kualiti Hidup dengan Berat Badan Sihat

Dalam artikel saya sebelum ini [Siri Jom Kurus: Kenapa Saya Perlu Kurangkan Berat Badan yang Berlebihan?], saya telah menyenaraikan sebab-sebab yang boleh dijadikan motivasi untuk memulakan atau meneruskan usaha penurunan berat badan. Kali ini, saya akan senarai dan jelaskan pula apakah kualiti hidup yang akan kita dapat dengan berat badan yang sihat atau apabila berat badan mula menurun. Dengan membayangkan hasilnya pada suatu hari nanti, kita rasa semakin dekat malah kejayaan itu sudah berada dalam genggaman. Jom baca lagi.


jennifer-hudson
Photo: www.health.com

Tuesday 9 December 2014

Resepi Nasi: Bebola Nasi Kepal Isi Ikan Tongkol Panggang (Mixed-rice Onigiri)

Resepi Nasi: Bebola Nasi Kepal Isi Ikan Tongkol Panggang (Mixed-rice Onigiri)

Onigiri berasal dari Jepun ni bolehlah dikatakan bebola nasi kepal, biasanya mempunyai inti mengikut pilihan kegemaran, atau boleh juga nasi hanya diperasakan dengan garam sahaja. Biasanya nasi kepal ini dibentukkan menjadi bentuk bebola, segiempat atau atau segitiga dan kemudian dibalut dengan rumpai laut (seaweed, nori).

Saya suka menyediakan onigiri ini untuk anak-anak kerana ia merupakan cara yang mudah dan lazat untuk memberi anak-anak nasi berintikan lauk dan paling penting sekali sayur-sayuran kerana anak-anak agak memilih dalam mengambil sayur. Cara nasi kepal ini merupakan cara yang menyeronokkan untuk memberi sayur (biasaya saya celur sayur terlebih dahulu dan diperasakan dengan minyak bijan), namun untuk resepi kali ini, memadai dengan kepingan rumpai laut yang saya campurkan ke dalam nasi.

Mujur anak-anak saya tidak mempunyai masalah dengan memakan grilled seaweed malah mereka amat gemarkannya biarpun dimakan begitu sahaja. Saya juga gemar memberi grilled seaweed sebagai kudapan sihat kepada anak-anak kerana rumpai laut merupakan sumber DHA yang baik untuk otak.

Onigiri isi ikan panggang

Monday 8 December 2014

Siri Jom Kurus: Kenapa Saya Perlu Kurangkan Berat Badan yang Berlebihan?

Siri Jom Kurus: Kenapa Saya Perlu Kurangkan Berat Badan yang Berlebihan?


Menurut sebuah artikel dalam laman www.livestrong.com yang bertajuk Why We Should Lose Weight? dan Top Reasons Why People Want to Lose Weight, mengetahui dan memahami sebab-sebab kenapa perlu kurangkan berat badan yang berlebihan mampu memberi push factor yang kuat kepada kita jika kita tergolong dalam individu gemuk yang mempunyai berat badan berlebihan (overweight), apatah lagi jika mencapai tahap obes.

Photo: www.jamiemendell.com

Sunday 7 December 2014

Siri Jom Kurus: Apa itu Body Mass Index (BMI)?

Siri Jom Kurus: Apa itu Body Mass Index (BMI)?

Definisi Body Mass Index (BMI)


Body Mass Index (BMI) atau Indeks Jisim Tubuh merupakan satu indeks dengan cara pengiraan nisbah berat (kg) dibahagi dengan tinggi (m) x tinggi (m) {formula (kg/m2)}.

Nisbah ini mengambil kira bahawa semakin tinggi seseorang itu, semakin banyak jisim tisu tubuh individu tersebut. Namun, tisu lemak memberikan indeks yang berbeza dan diukur dengan BMI sebagai panduan secara kasar kepada tahap berat badan ideal, 'kegemukan' 'atau 'kekurusan' seseorang itu. BMI menjadi pilihan popular dalam pengukuran demografi berat badan kerana ianya sesuai digunakan  ke atas kedua-dua kumpulan jantina, lelaki dan perempuan dewasa.

Bagi kanak-kanak berumur 2 - 19 pula, BMI diukur dengan BMI percentile-for-age.



Photo: sleepapneadisorder.info

Saturday 6 December 2014

Resepi Nasi: Gulungan Nasi dengan Udang dan Sayur Kacang Panjang Eggmaster

Resepi Nasi: Gulungan Nasi dengan Udang dan Sayur Kacang Panjang Eggmaster


Dengan anak-anak yang biasanya agak memilih dalam bab mengambil sayur, adakalanya saya membuat gulungan kimbap atau mengepal nasi menjadi ala onigiri bagi membuatkan mereka mengambil sayur tanpa menyedari ada sayur di dalamnya. Jika tidak menggunakan nasi, saya akan mencampurkan sayur ke dalam penkek ala jeon atau pajeon (Korea) atau ala okonomiyaki (Jepun). Begitu juga dengan sandwich telur. Saya gemar memilih cara-cara ini kerana suhu memasak yang tidak terlalu panas dapat mengekalkan vitamin di dalam sayur yang sensitif dengan haba.

Namun, dengan adanya Kessler Eggmaster ini, penyediaan gulungan nasi kepal menjadi lebih mudah. Baru dua hari lepas saya membuat kebab ayam dengan menggunakan Kessler Eggmaster, kali ini untuk makan malam, sekali lagi saya menggunakan alat yang sama untuk menyediakan hidangan berasaskan nasi pula. Ideanya lebih kurang sama dengan gulungan kimbap (Korea) atau onigiri (Jepun), bezanya dengan menggunakan Kessler Eggmaster ini, saya tidak perlu menggunakan tikar lapik penggulung buluh dan kepingan grilled seaweed untuk menggulung nasi bersama intinya.

Eggmaster's rice rolls with shrimp and long bean 

Friday 5 December 2014

Siri Jom Kurus: Ketahui Faktor Risiko Obesiti dan Berat Badan Berlebihan

Siri Jom Kurus: Ketahui Faktor Risiko Obesiti dan Berat Badan Berlebihan

Obesiti dan berat badan berlebihan terjadi akibat ketidakseimbangan dalam pengambilan kalori dan aktiviti fizikal, iaitu mengambil terlalu banyak kalori (terutama dalam bentuk lemak) namun kurang aktiviti fizikal untuk membakar kalori yang diambil.

Namun begitu, terdapat banyak faktor risiko yang turut menyumbang kepada masalah kegemukan (obesiti dan berat badan berlebihan) ini. Antaranya adalah dari segi faktor tingkah laku individu, faktor persekitaran dan juga faktor genetik atau keturunan. 

Photo: hub.concord.edu

Resepi Ayam: Kebab Ayam Eggmaster

Resepi Ayam: Kebab Ayam Eggmaster


Dua hari lepas saya membeli Kessler Eggmaster yang dijual di ruang legar Medan Mall, Mukah. Biarpun peralatan yang sama mungkin boleh dibeli secara online dengan harga yang lebih murah, saya tetap membelinya daripada jurujual tersebut.

Mungkin atas sebab-sebab saya sendiri seorang peniaga, maka saya memahami jurujual tersebut dan memberinya belian atas usaha pemasaran yang saya kira baik. Jika bukan kerana demonstrasi produk yang menarik yang dikendalikan oleh jurujual tersebut, pasti saya langsung tidak berkenan hendak membelinya biarpun muncul dalam talian dengan harga yang murah.

Kebab Ayam (gambar kecil ialah Kessler Eggmaster)

Thursday 4 December 2014

Siri Jom Kurus: Pengertian Obesiti dan Berat Badan Berlebihan (Overweight) Menurut WHO

Siri Jom Kurus: Pengertian Obesiti dan Berat Badan Berlebihan (Overweight) Menurut WHO


Dalam entry sebelum ini [Rakyat Malaysia Kini yang Paling Gemuk di Asia], saya ada menyebut tentang kadar obesiti rakyat Malaysia yang melebihi kadar global iaitu hanya sebanyak 30%. Mari kita lihat kenyataan daripada World Health Organisation (WHO) pula berkenaan kadar obesiti global dan pengertian sebenar obesiti dan berat badan berlebihan (overweight) menurut ukuran yang ditetapkan oleh WHO.

Photo: www.sciencenews.org

Tuesday 2 December 2014

Siri Jom Kurus: Rakyat Malaysia Kini yang Paling Gemuk di Asia

Siri Ingin Kurus: Rakyat Malaysia Kini yang Paling Gemuk di Asia

Dalam artikel oleh akhbar Utusan bertarikh 7 September 2014 bertajuk 'Rakyat Malaysia Paling Gemuk di Asia', Malaysia didapati mempunyai peratusan orang gemuk paling ramai di Asia iaitu sebanyak 45.3%. Kajian itu menyebut kadar obesiti Malaysia adalah merangkumi 44% lelaki dan 49% wanita, menjadikan kadar obesiti Malaysia pada tahap paling tinggi di Asia. Malah, kadar tersebut melebihi kadar obesiti global yang hanya berada pada 30%.

Astro Awani juga pernah mengeluarkan laporan yang sama oleh kajian yang sama iaitu The Lancet, sebuah jurnal perubatan Britain pada 17 Jun 2014.

[Klik pautan Penduduk Malaysia Paling Gemuk di Asia untuk menonton video sisipan berita]

Photo: FB KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Monday 1 December 2014

Aktiviti Family-Get-Together Cara Orang Melanau: Berambih Pelinut (Part 2 - Berambih)

Aktiviti Family-Get-Together Cara Orang Melanau: Berambih Pelinut (Part 2 - Berambih)


Jika dalam artikel sebelum ini [Aktiviti Family-Get-Together Cara Orang Melanau: Berambih Pelinut (Part 1 - Linut] saya lebih banyak berkongsi tentang hidangan utama dalam aktiviti perkumpulan makan-makan bersama keluarga iaitu linut, kali ini saya akan menerangkan tentang budaya "berambih".

Maksud Berambih


Di Sarawak, perkataan "berambih" banyak diguna pakai dalam masyarakat Melanau dan Melayu Sarawak untuk menggambarkan suasana aktiviti dilakukan bersama-sama secara beramai-ramai. Jadi, "berambih pelinut" bermaksud "makan linut beramai-ramai".

Pemandangan tipikal dalam aktiviti makan linut