Resepi Nasi: Bebola Nasi Kepal Isi Ikan Tongkol Panggang (Mixed-rice Onigiri)
Onigiri berasal dari Jepun ni bolehlah dikatakan bebola nasi kepal, biasanya mempunyai inti mengikut pilihan kegemaran, atau boleh juga nasi hanya diperasakan dengan garam sahaja. Biasanya nasi kepal ini dibentukkan menjadi bentuk bebola, segiempat atau atau segitiga dan kemudian dibalut dengan rumpai laut (seaweed, nori).Saya suka menyediakan onigiri ini untuk anak-anak kerana ia merupakan cara yang mudah dan lazat untuk memberi anak-anak nasi berintikan lauk dan paling penting sekali sayur-sayuran kerana anak-anak agak memilih dalam mengambil sayur. Cara nasi kepal ini merupakan cara yang menyeronokkan untuk memberi sayur (biasaya saya celur sayur terlebih dahulu dan diperasakan dengan minyak bijan), namun untuk resepi kali ini, memadai dengan kepingan rumpai laut yang saya campurkan ke dalam nasi.
Mujur anak-anak saya tidak mempunyai masalah dengan memakan grilled seaweed malah mereka amat gemarkannya biarpun dimakan begitu sahaja. Saya juga gemar memberi grilled seaweed sebagai kudapan sihat kepada anak-anak kerana rumpai laut merupakan sumber DHA yang baik untuk otak.
Onigiri isi ikan panggang |
Bahan-bahan:
- 3 mangkuk nasi
- Ikan panggang secukupnya (diambil isi, saya menggunakan ikan tongkol panggang, boleh juga digantikan dengan salmon, tenggiri, tuna dan sebagainya)
- 3 sudu makan minyak bijan
- 3-5 keping grilled seaweed
- Sedikit garam halus
Cara-cara:
- Ramas isi ikan sehingga halus. Campurkan ke dalam nasi.
- Ramas 2 keping grilled seaweed sehingga hancur. Campurkan ke dalam nasi (saya menghancurkan grilled seaweed agar mudah untuk anak-anak lebih kecil yang sukar mengunyah jika menggunakan kepingan besar seaweed yang menjadi sedikit liat apabila lembik)
- Gaulkan kesemua isi ikan dan grilled seaweed bersama nasi. Masukkan minyak bijan dan tabur sedikit garam (kira-kira 1-2 cubit) dan gaul sekali lagi.
- Gunting kepingan grilled seaweed yang besar menjadi kepingan segiempat yang kecil mengikut saiz yang disukai (sebaik-baiknya sesuai untuk satu suapan anak-anak).
- Kepal-kepalkan nasi mengikut saiz diingini (saya kepalkan sesuai untuk saiz satu suapan atau gigitan anak-anak). Kemudian balutkan nasi yang telah dikepal dengan kepingan grilled seaweed yang telah digunting kecil tadi.
- Saya membuat 2 versi nasi kepal iaitu satu dengan balutan kepingan grilled seaweed untuk kakak dan abang manakala satu lagi tanpa balutan kepingan grilled seaweed, cukup dengan seaweed hancur dalam nasi.
- Sedia untuk dihidangkan.
Sangat mudah, bukan? Selamat mencuba!
Dalam masa tidak sampai setengah jam kesemua bebola nasi kepal onigiri ini habis dimakan, dan saya seorang ibu yang gembira anak-anak menghabiskan makan malam mereka. Sejak akhir-akhir ini selera mereka memang bertambah sejak saya memberi mereka Meal Shakes French Vanilla Shaklee. Jadi, jangankan nasi, beri sayur pun insyaallah tiada masalah asalkan sayur itu tidak ketara kelihatan dalam hidangan hihihi...
Nampak macam sushi je kan... Nak kena cuba buat ni sebab anak2 saya memang gemar makan nasi kepal...
ReplyDeleteBagaimana Cara Mengatasi Masalah Jerawat Yang Kronik Sehinggakan Muka Kelihatan Seperti Permukaan Bulan
kalau sushi, nasinya diletak cuka, garam..onigiri tak perlu letak cuka..tapi kan mmg nampak macam sushi (terliur pula aahah)
DeleteBest nya.idea kreatif.. Sesuai sangat untuk anak-anak yang memilih makanan..kalau buat gini anak-anak tak perasan la makan nasi inti ikan..thumb up dear..
ReplyDeletekeburukan dan kesan sampingan set kurus Shaklee
kadang-kadang saya sembunyikan sayur sebagai inti, sehelai daun sayur (yang dah dimasak pun takpe) lenyek-lenyek [astu letak kat tengah2 nasi yang dah gaul dengan isi ikan or ayam
Deletebest-best resepi kak lia....teringin nak cuba tapi takut lain jadinya
ReplyDeleteCARA BANCUHAN SHAKLEE COLOGEN POWDER
try isi ikan goreng kepal dengan nasi panas pun ok dah. kalau anak tak gemar seaweed, skip je ehehe
Deletesekilas nampak macam sushi, nampak sedap kak lia..kalau kak lia pindah temerloh nnti sy dtg umah kak lia laa...masakkan sushi ala kak lia ni nanti boleh...?? hihihi
ReplyDeletePetua Melembabkan Kulit Kering Di Wajah Yang Patut Anda Ketahui
kalau sushi anak-anak tak berapa gemar sebab nasinya letak cuka. pastu biasanya ikan mentah, mmg kurang sesuai nak bagi anak-anak. sushi ni saya beli je hehehe
DeleteDah macam sushi pulak kan...mesti sedap ni...pandai lia masak.
ReplyDeleteawas penggunaan puting kosong pada si manja
lebih kepada seronok dimakan, kalau nak piknik ke, buat bekal, mmg sesuai
DeleteMsty sdp ni..nk try lah..
ReplyDeletesila sila..boleh guna scrambled egg, minced chicken ke
DeleteBukan anak je suka. Mak ayah pun turut terliur. Nak cuba lah resepi ni:)
ReplyDeletedi kedai Daiso tu ada jual acuan, lagi comel macam2 bentuk
Deletedah lama tak makan ikan tongkol..biasa buat gulai..
ReplyDeleteMerawat Keputihan
teringat pula gulai ikan aye nasi dagang huhu
Deletepandai kak lia. tengok pun mcm sedap ja..
ReplyDeleteJommSihatDanCantik -> MASALAH KULIT: JAGA-JAGA SEBELUM TERKENA!
ni versi malas sebenarnya
DeleteWow, memang menyelerakan. Bukan anak sahaja suka ni, mak ayah pun sama.
ReplyDeletePengedar Shaklee Semenyih
hihihihi buat piknik ni mmg best
Delete