Tuesday 9 December 2014

Resepi Nasi: Bebola Nasi Kepal Isi Ikan Tongkol Panggang (Mixed-rice Onigiri)

Resepi Nasi: Bebola Nasi Kepal Isi Ikan Tongkol Panggang (Mixed-rice Onigiri)

Onigiri berasal dari Jepun ni bolehlah dikatakan bebola nasi kepal, biasanya mempunyai inti mengikut pilihan kegemaran, atau boleh juga nasi hanya diperasakan dengan garam sahaja. Biasanya nasi kepal ini dibentukkan menjadi bentuk bebola, segiempat atau atau segitiga dan kemudian dibalut dengan rumpai laut (seaweed, nori).

Saya suka menyediakan onigiri ini untuk anak-anak kerana ia merupakan cara yang mudah dan lazat untuk memberi anak-anak nasi berintikan lauk dan paling penting sekali sayur-sayuran kerana anak-anak agak memilih dalam mengambil sayur. Cara nasi kepal ini merupakan cara yang menyeronokkan untuk memberi sayur (biasaya saya celur sayur terlebih dahulu dan diperasakan dengan minyak bijan), namun untuk resepi kali ini, memadai dengan kepingan rumpai laut yang saya campurkan ke dalam nasi.

Mujur anak-anak saya tidak mempunyai masalah dengan memakan grilled seaweed malah mereka amat gemarkannya biarpun dimakan begitu sahaja. Saya juga gemar memberi grilled seaweed sebagai kudapan sihat kepada anak-anak kerana rumpai laut merupakan sumber DHA yang baik untuk otak.

Onigiri isi ikan panggang

Bahan-bahan:



  • 3 mangkuk nasi
  • Ikan panggang secukupnya (diambil isi, saya menggunakan ikan tongkol panggang, boleh juga digantikan dengan salmon, tenggiri, tuna dan sebagainya)
  • 3 sudu makan minyak bijan
  • 3-5 keping grilled seaweed 
  • Sedikit garam halus



Cara-cara:


  1. Ramas isi ikan sehingga halus. Campurkan ke dalam nasi.
  2. Ramas 2 keping grilled seaweed sehingga hancur. Campurkan ke dalam nasi (saya menghancurkan grilled seaweed agar mudah untuk anak-anak lebih kecil yang sukar mengunyah jika menggunakan kepingan besar seaweed yang menjadi sedikit liat apabila lembik)
  3. Gaulkan kesemua isi ikan dan grilled seaweed bersama nasi. Masukkan minyak bijan dan tabur sedikit garam (kira-kira 1-2 cubit) dan gaul sekali lagi.
  4. Gunting kepingan grilled seaweed yang besar menjadi kepingan segiempat yang kecil mengikut saiz yang disukai (sebaik-baiknya sesuai untuk satu suapan anak-anak).
  5. Kepal-kepalkan nasi mengikut saiz diingini (saya kepalkan sesuai untuk saiz satu suapan atau gigitan anak-anak). Kemudian balutkan nasi yang telah dikepal dengan kepingan grilled seaweed yang telah digunting kecil tadi.
  6. Saya membuat 2 versi nasi kepal iaitu satu dengan balutan kepingan grilled seaweed untuk kakak dan abang manakala satu lagi tanpa balutan kepingan grilled seaweed, cukup dengan seaweed hancur dalam nasi.
  7. Sedia untuk dihidangkan.
Sangat mudah, bukan? Selamat mencuba!





Dalam masa tidak sampai setengah jam kesemua bebola nasi kepal onigiri ini habis dimakan, dan saya seorang ibu yang gembira anak-anak menghabiskan makan malam mereka. Sejak akhir-akhir ini selera mereka memang bertambah sejak saya memberi mereka Meal Shakes French Vanilla Shaklee. Jadi, jangankan nasi, beri sayur pun insyaallah tiada masalah asalkan sayur itu tidak ketara kelihatan dalam hidangan hihihi...


Klik pada imej untuk pautan koleksi testimoni Meal Shakes French Vanilla untuk kebaikan anak-anak.

 Menambah selera

 Picky-eater

Menguatkan sistem imun


20 comments:

  1. Nampak macam sushi je kan... Nak kena cuba buat ni sebab anak2 saya memang gemar makan nasi kepal...

    Bagaimana Cara Mengatasi Masalah Jerawat Yang Kronik Sehinggakan Muka Kelihatan Seperti Permukaan Bulan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau sushi, nasinya diletak cuka, garam..onigiri tak perlu letak cuka..tapi kan mmg nampak macam sushi (terliur pula aahah)

      Delete
  2. Best nya.idea kreatif.. Sesuai sangat untuk anak-anak yang memilih makanan..kalau buat gini anak-anak tak perasan la makan nasi inti ikan..thumb up dear..


    keburukan dan kesan sampingan set kurus Shaklee

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang-kadang saya sembunyikan sayur sebagai inti, sehelai daun sayur (yang dah dimasak pun takpe) lenyek-lenyek [astu letak kat tengah2 nasi yang dah gaul dengan isi ikan or ayam

      Delete
  3. best-best resepi kak lia....teringin nak cuba tapi takut lain jadinya

    CARA BANCUHAN SHAKLEE COLOGEN POWDER

    ReplyDelete
    Replies
    1. try isi ikan goreng kepal dengan nasi panas pun ok dah. kalau anak tak gemar seaweed, skip je ehehe

      Delete
  4. sekilas nampak macam sushi, nampak sedap kak lia..kalau kak lia pindah temerloh nnti sy dtg umah kak lia laa...masakkan sushi ala kak lia ni nanti boleh...?? hihihi

    Petua Melembabkan Kulit Kering Di Wajah Yang Patut Anda Ketahui

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau sushi anak-anak tak berapa gemar sebab nasinya letak cuka. pastu biasanya ikan mentah, mmg kurang sesuai nak bagi anak-anak. sushi ni saya beli je hehehe

      Delete
  5. Dah macam sushi pulak kan...mesti sedap ni...pandai lia masak.

    awas penggunaan puting kosong pada si manja

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih kepada seronok dimakan, kalau nak piknik ke, buat bekal, mmg sesuai

      Delete
  6. Replies
    1. sila sila..boleh guna scrambled egg, minced chicken ke

      Delete
  7. Bukan anak je suka. Mak ayah pun turut terliur. Nak cuba lah resepi ni:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. di kedai Daiso tu ada jual acuan, lagi comel macam2 bentuk

      Delete
  8. dah lama tak makan ikan tongkol..biasa buat gulai..

    Merawat Keputihan

    ReplyDelete
    Replies
    1. teringat pula gulai ikan aye nasi dagang huhu

      Delete
  9. pandai kak lia. tengok pun mcm sedap ja..

    JommSihatDanCantik -> MASALAH KULIT: JAGA-JAGA SEBELUM TERKENA!

    ReplyDelete
  10. Wow, memang menyelerakan. Bukan anak sahaja suka ni, mak ayah pun sama.
    Pengedar Shaklee Semenyih 

    ReplyDelete