Tuesday 18 November 2014

Siri Kulit Sihat: Inginkan Kulit yang Lebih Sihat? Kulit Berseri dengan Vitamin B-Complex

Siri Kulit Sihat: Inginkan Kulit yang Lebih Sihat? Kulit Berseri dengan Vitamin B-Complex


Vitamin B merupakan sejenis vitamin larut air yang penting untuk hampir semua fungsi asas tubuh kita. Ianya membantu dalam metabolisme dengan menukarkan makanan menjadi tenaga kepada sel-sel badan, selain memelihara fungsi sistem saraf, otak, organ-organ dan sistem tubuh yang lain, mata, otot, kulit dan rambut.

Terdapat 8 jenis vitamin B dan keseimbangan semua jenis vitamin B ini perlu bagi membolehkan vitamin B menjalankan fungsi masing-masing dengan optimum. Suplemen yang mengandungi kelapan-lapan vitamin B ini dikenali sebagai vitamin B complex.

Photo: relationshiptoolbox.com

8 jenis vitamin B tersebut ialah:
  1. Vitamin B1 (thiamine)
  2. Vitamin B2 (riboflavin)
  3. Vitamin B3 (niacin)
  4. Vitamin B5 (pantothenic acid)
  5. Vitamin B6 (pyridoxine, pyridoxamine)
  6. Vitamin B7 (biotin)
  7. Vitamin B9 (folate atau folic acid)
  8. Vitamin B12 (cobalamin)

Namun, jenis vitamin yang mana satukah yang paling memainkan peranan dalam memastikan kesihatan dan kecantikan kulit?


A. Biotin


Vitamin B yang paling penting untuk kulit sihat ialah biotin atau vitamin B7. Biotin merupakan asas kepada pembentukan kulit, kuku dan rambut. 

Kekurangan biotin (biarpun sedikit) menyebabkan;
  • dermatitis atau keadaan kulit yang gatal,kering dan bersisik
  • rambut gugur dan kebotakan
Sumber makanan yang kaya dengan biotin ialah:
  • pisang
  • telur
  • bijirin oat
  • nasi

Photo: hearthealthybeats.wordpress.com

B. Niacin

Niacin memberi kesan pengembangan salur darah kapilari (vasodilation) di bawah kulit. Pengembangan salur kapilari ini menambah aliran darah yang membawa oksigen dan menjadikan kulit kelihatan lebih berseri-seri. Peningkatan bekalan oksigen dari aliran darah yang lebih lancar juga mengurangkan terjadinya jerawat.

Sumber makanan yang kaya dengan niacin ialah:
  • tomato
  • brokoli
  • lobak merah
Photo: www.nautres-health-foods.com
Penggunaan niacin atau vitamin B3 untuk kecantikan kulit juga terdapat dalam bentuk krim sapuan atau topical cream, berbanding diambil melalui pemakanan atau suplemen. 

Krim yang mengandungi niacin (dalam bentuk niacinamide) didapati membantu dalam;
  • menjadikan kulit lebih berseri dalam kadar yang segera
  • mengekalkan dan menambahkan lembapan kulit (lebih baik daripada petrolatum dalam Vaseline)
  • menjadikan kulit kelihatan lebih gebu dan awet muda
  • mengurangkan kesan inflamasi atau radang kulit
  • mencerahkan kulit dan menjadikan tona kulit lebih sekata
  • mengurangkan rosacea (sejenis keadaan kulit yang menyebabkan kulit kemerahan dan radang)
  • kemungkinan mencegah kanser kulit akibata sinaran ultraviolet (melalui kajian ke atas tikus)
  • mengurangkan kedutan kulit 
  • mengurangkan pigmentasi kulit
  • mengurangkan jerawat dan akne

C. Cobalamin


Cobalamin ataupun vitamin B12 tidak memberi fungsi atau kesan secara langsung kepada kecantikan dna kesihatan kulit. Namun, kekurangan cobalamin menyebabkan hiperpigmentasi kulit atau kulit menjadi bertompok-tompok gelap. Hiperpigmentasi kulit merupakan manifestasi kepada kesan berantai oleh gangguan dalam pembentukan sel darah merah akibat kekurangan vitamin B12.

B-Complex Shaklee

Photo: Shaklee Malaysia

B-Complex Shaklee membekalkan kelapan-lapan vitamin B dalam jumlah yang seimbang bagi menjalankan fungsi sistem tubuh dengan baik.

Dietary folate, yang merupakan salah satu vitamin B yang penting adalah tidak mudah untuk diserap. Shaklee telah membangunkan teknologi berpaten eksklusif bagi Shaklee suatu bentuk 'coating' pada asid folik yang unik yang menjadikan vitamin B tersebut mudah untuk diserap, dikenali sebagai patented bioactivated delivery system.


Rujukan:

http://www.webmd.com/beauty/skin/nutrients-for-healthy-skin-inside-out?page=3

http://www.livestrong.com/article/461488-skin-benefits-of-niacin/

http://www.fitday.com/fitness-articles/nutrition/vitamins-minerals/4-essential-vitamins-for-great-skin.html#b

http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2294086/


rahsia kulit sihat
Photo: www.healthdigezt.com


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ingin membeli B-Complex Shaklee?
Anda juga boleh melakukan secara online. Kad debit/kredit diperlukan.
Konsultasi pengambilan haruslah dirujuk kepada saya terlebih dahulu.


B-Complex Shaklee


atau boleh juga hubungi saya untuk konsultasi dan pembelian produk, atau untuk menyertai KEAHLIAN SHAKLEE

Call SMS WhatsApp 019-6311031

Facebook : Kamalia Auderina Lee

Atau

" Like " dan hantar mesej ke,
Email: leekamalia@gmail.com


No comments:

Post a Comment