Monday 10 November 2014

Siri Kulit Sihat: Inginkan Kulit yang Lebih Sihat? Ketahui Kebaikan Asid Lemak untuk Kulit

Siri Kulit Sihat: Inginkan Kulit yang Lebih Sihat? Ketahui Kebaikan Asid Lemak untuk Kulit


Fakta ini mungkin mengejutkan bagi mereka yang sekian lama ingin 'menyingkirkan' pengambilan sebarang bentuk lemak, namun, tidak semua lemak menggemukkan atau membawa masalah kesihatan. Tubuh kita memerlukan asid lemak untuk berfungsi, dan seperti mana tubuh memerlukan asid lemak, begitu juga asid lemak sangat penting untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Dan jenis asid lemak yang penting untuk kulit ialah asid lemak perlu iaitu asid lemak omega-3 dan asid lemak omega-6. 


Photo: Shaklee Malaysia
Asid lemak ini dipanggil asid lemak perlu (essential fatty acids - EFAs) kerana;

  • penting untuk sel, tisu, organ dan sistem tubuh untuk berfungsi
  • tubuh kita tidak mampu menghasilkan sendiri EFAs
  • tubuh kita mendapatkan EFAs daripada sumber makanan

Bagaimana asid lemak perlu mempengaruhi kesihatan kulit?


Asid lemak perlu (omega-3 dan omega-6) dari pecahan asid lemak poli tidak tepu (poylunsaturated fats) ini merupakan blok binaan penting untuk membran sel yang sihat. Asid lemak ini membantu kulit menghasilkan lapisan minyak semula jadi pada kulit untuk memastikan kulit kekal lembap, gebu dan tidak berkedut serta kelihatan lebih muda.

Menurut Linus Pauling Institute, salah satu tanda biasa yang menunjukkan kekurangan asid lemak perlu ialah kulit kering dan bersisik. Jika kita tidak mendapatkan asid lemak perlu dalam kuantiti yang mencukupi, kulit bukan sahaja menjadi kering, malah mudah radang, mudah mendapat akne dari jenis whiteheads dan blackheads.
Photo: www.alive.com

Kajian berkaitan kebaikan asid lemak perlu kepada kesihatan kulit

Banyak kajian telah mengaitkan asid lemak perlu dengan kesihatan dan kecantikan kulit, malah didapati mampu mengatasi banyak masalah dan penyakit berkaitan kulit.

Berikut merupakan antara kajian yang menyokong khasiat dan kebaikan asid lemak perlu kepada kulit;

  • mengurangkan sensitiviti kulit terhadap cahaya matahari di kalangan penghidap maslaah photodermatitis
  • mengurangkan radang dan inflamasi yang disebabkan oleh akne dan jerawat
  • terdapat kajian menunjukkan pengambilan suplemen asid lemak perlu selain ubat-ubatan lebih berjaya daripada rawatan hanya dengan ubat sahaja tanpa suplemen asid lemak perlu.

Mencegah Kanser Kulit


Sinaran radiasi ultraviolet dari matahari merupakan punca utama kanser kulit terutama dari jenis melanoma dan carcinoma. Tindak balas inflamasi semula jadi tubuh yang bertujuan melindungi tubuh bagaimanapun memburukkan lagi kerosakan kulit aibat sinaran ultraviolet ini. Ini mendorong kepada kajian kesan suplemen asid lemak perlu yang bersifat melindungi kulit terhadap kesan sinaran radiasi matahari ini.

Photo: bderm.com

Baylor College of Medicine (2006) dalam jurnal Cancer Detection and Prevention mendapati asid lemak omega-3 memberi perlindungan kepada kulit daripada kerosakan akibat kesan sinaran matahari. 

Kajian tersebut mendapati kedua-dua sumber asid lemak perlu omega-3 iaitu ikan yang kaya dengan asid lemak omega-3 dan suplemen minyak ikan memberi kesan signifikan dalam;
  • perlindungan kulit daripada kerosakan
  • mengurang dan mengawal keradangan atau inflamasi kulit
  • mencegah kedutan awal 
  • mencegah kulit menggeleber. 
Malah, kajian turut mendapati, pengambilan asid lemak perlu omega-6 didapati memberi kesan yang jauh lebih baik sebanyak sehingga 2 hingga 3 kali ganda berbanding asid lemak perlu omega-3.


Sumber yang kaya dengan asid lemak perlu


Sekarang, sudah tidak takutkan lemak? Perkara penting ialah mendapatkan lemak ialah mendapatkan asid lemak perlu pada kadar yang seimbang, dan pakar mencadangkan kita mengambil lebih banyak asid lemak perlu omega-3 kerana dalam pemakanan harian kita, adalah lebih mudah untuk mendapat asid lemak perlu omega-6 berbanding asid lemak perlu omega-3. Namun, tidak semua asid lemak perlu omega-6 bersifat pro-radang, gamma-linolenic acid merupakan contoh asid lemak perlu yang bersifat anti-radang dan menjadikan kulit lebih gebu dan cantik. [Kebaikan GLA (Gamma-linolenic acid)]

Photo: dailyhealthpost.com

Sumber makanan yang kaya dengan asid lemak omega-3:

  • ikan salmon
  • ikan kembung, mackerel
  • flaxseed, flaxseed oil
  • safflower oil
  • kacang walnut
  • sardin
  • soya
  • telur
  • rumpai laut

Sumber yang kaya dengan asid lemak omega-6;

  • minyak masak
  • daging ayam
  • bijirin
Selain daripada itu, kita juga boleh mendapatkan asid lemak perlu ini dalam bentuk suplemen. Ini kerana pemakanan kita terutama pada zaman moden yang banyak menggunakan makanan terproses menyebabkan kita lebih banyak mengambil asid lemak omega-6 dari jenis yang bersifat pro-radang dengan jumlah pengambilan asid lemak omega-3 yang rendah.

Atas sebab itu, pakar mencadangkan kita mengambil suplemen minyak ikan omega-3 bagi menampung kekurangan tersebut, selain daripada asid lemak perlu omega-6 gamma-linolenic acid yang semakin menurun penghasilannya dalam tubuh seiring usia.
kelebihan dan keistimewaan dari segi saintifik minyak ikan omega-3 Shaklee
Photo: Shaklee Malaysia


Baca juga...

Kebaikan OmegaGuard™ Shaklee dari Sudut Saintifik


Rujukan:

http://livewell.jillianmichaels.com/omega-3-skin-5461.html

http://www.webmd.com/beauty/skin/natural-skin-care-skinny-fats

http://www.alive.com/articles/view/23536/essential_fatty_acids_for_healthy_skin

No comments:

Post a Comment