Monday 10 November 2014

Siri Kulit Sihat: Inginkan Kulit yang Lebih Sihat? Rahsia Kulit Cantik dengan Protein

Siri Kulit Sihat: Inginkan Kulit yang Lebih Sihat? Rahsia Kulit Cantik dengan Protein


Bagaimana protein membantu mendapatkan kulit yang lebih sihat?


L-lysine dan L-proline merupakan asid amino dalam protein yang sangat penting untuk pembinaan kolagen dalam tubuh. Kolagen, selain daripada elastin, sangat penting dalam memberi struktur kepada tisu terutama kulit dan menjadikan kulit lebih anjal dan gebu. Peningkatan umur menurunkan penghasilan kolagen dalam tubuh yang membawa kepada kemunculan kedutan bukan sahaja kulit wajah malah seluruh tubuh. Pengambilan protein yang mencukupi dengan asid amino L-lysine dan L-proline dapat merangsang penghasilan kolagen secara berterusan dan seterusnya dapat mengurang serta mengelakkan kedutan di kulit.

www.livestrong.com

Berapa banyak protein yang perlu diambil?


USDA menyarankan pengambilan protein harian sebanyak 18%, 28% bagi lemak dan 54% bagi karbohidrat bagi mengekalkan kesihatan, ataupun secara purata kira-kira 56-91 gram bagi lelaki dan 46-75 gram bagi wanita. Berat dalam gram yang diberikan bukanlah bermakna berat makanan, melainkan berat protein dalam sesuatu makanan. Contoh, telur seberat 46 gram mengandungi kira-kira 6 gram protein.

Selain daripada melalui makanan, kita juga boleh mendapatkan protein melalui suplemen yang membantu meningkatkan pengambilan protein. Walau bagaimanapun, pengambilan suplemen haruslah mengikut arahan yang tertera pada label ataupun perlu mendapatkan nasihat doktor kerana kerana pemakanan yang terlalu tinggi dengan protein boleh menyebabkan pening kepala dan dehidrasi atau penyahidratan.

Apakah sumber protein yang terbaik?


Daging putih (lean meat) dan ikan merupakan sumber terbaik protein kerana kandungan protein yang tinggi tetapi rendah lemak tepu. Daging merah, biarpun merupakan sumber protein yang tinggi, ianya juga mengandungi lemak dan kolesterol yang tinggi. Pengambilan daging merah yang banyak bukan sahaja dikaitkan sebagai penyumbang kepada penyakit kronik seperti penyakit kardiovaskular yang berkaitan jantung dan salur darah, malah juga dikaitkan dengan risiko kanser.

www.leichertershirediabetes.org.uk

Contoh daging putih ialah;

  • daging ayam dibuang lemak (ayam kampung merupakan pilihan terbaik)
  • ikan seperti salmon, ikan kembung
  • telur, terutama telur putih
  • kekacang, legum
  • hasil tenusu, susu, keju
  • bijirin
Soya merupakan sumber protein lengkap yang sama taraf dengan protein dari sumber haiwan. Ini menjadikan soya sebagai sumber protein terbaik bagi individu yang mengamalkan diet vegetarian atau makanan tanpa bersumberkan haiwan.

Khasiat Soya

ESP Soy Protein Isolate Powder (ESP Shaklee): Bukan Sekadar Protein Soya

Bagaiamana ESP Shaklee Membantu Mengurangkan Jerawat, Pigmentasi dan Jeragat

Photo: Get the right nutrition: contact your distributor today!
Photo: Shaklee Malaysia

ESP Shaklee merupakan satu sumber protein yang baik. ESP membekalkan 14 gm protein soya bukan GMO (non-GMO - non-genetically-modified-organism) yang berkualiti tinggi.

ESP Shaklee mengandungi kesemua asid amino, yang perlu dan tidak perlu.
Tubuh memerlukan asid amino perlu ini yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dan mesti diperolehi daripada sumber makanan.

Berbeza dengan protein dari sumber daging, telur dan tenusu, protein soya ESP Shaklee ini secara semula jadinya rendah lemak, serta bebas laktosa dan kolesterol.




Rujukan:

http://www.livestrong.com/article/301103-a-protein-diet-for-healthy-skin-muscle-mass/

http://authoritynutrition.com/how-much-protein-per-day/

rahsia kulit sihat
Photo: www.healthdigezt.com

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ingin membeli ESP Shaklee?
Anda juga boleh melakukan secara online. Kad debit/kredit diperlukan.
Konsultasi pengambilan haruslah dirujuk kepada saya terlebih dahulu.


 ESP


atau boleh juga hubungi saya untuk konsultasi dan pembelian produk, atau untuk menyertai KEAHLIAN SHAKLEE

Call SMS WhatsApp 019-6311031

Facebook : Kamalia Auderina Lee

Atau

" Like " dan hantar mesej ke,
Email: leekamalia@gmail.com

1 comment:

  1. Alhamdulillah... kulit saya bertambah sihat dengan pengambilan ESP... nak make up pon senang..

    ReplyDelete