Saturday 8 November 2014

Siri Kulit Sihat: Inginkan Kulit yang Lebih Sihat? Ianya Semudah Minum Air!

Siri Kulit Sihat: Inginkan Kulit yang Lebih Sihat? Ianya Semudah Minum Air!

Air sangat penting untuk hidrasi kulit. Kekurangan air atau dehidrasi menyebabkan kulit kelihatan kendur dan berkedut.

Gambar ini merupakan contoh popular eksperimen beza sebelum dan selepas minum banyak air dalam masa 4 minggu.


Photo: www.styleite.com

Bagaimana air mempengaruhi kulit?


Sama seperti sel, tisu dan organ lain tubuh, kulit yang merupakan organ terbesar tubuh memerlukan air untuk berfungsi dengan baik. Kekurangan air menyebabkan darah menjadi pekat menyebabkan air di dalam sel dan di sekitar luar sel kulit 'diserap' ke dalam darah. Ini menyebabkan kulit menjadi kering, lebih-lebih lagi kulit di sekitar mata cepat berkedut dan kelihatan kusam. Kekurangan air yang berlaku dalam jangka masa yang lama menyebabkan kulit kurang elastik yang mempercepatkan penuaan kulit.

Apa pula fungsi memakai krim pelembap atau losyen badan?


Krim pelembap yang disapu ke wajah, ataupun losyen bdan pula berfungsi untuk 'mengunci' kelembapan kulit dengan menghasilkan lapisan perlindungan bagi mengelakkan kehilangan air yang berlebihan, penyebab kulit kering. Oleh itu, tanpa tahap hidrasi tubuh yang baik, penggunaan krim pelembap atau losyen badan yang termahal sekalipun tidak akan mampu memberi kesan optimum yang diharapkan.

Berapa banyak air perlu diminum?


Kita sering mendengar cadangan pengambilan cecair sekitar 2-3 liter sehari atau kira-kira 8 gelas, Namun, ramai salah anggap pengambilan cecair bermakna minum air kosong sahaja, sedangkan cecair boleh diambil dalam banyak cara, seperti aiskrim, teh tarik, jeli atau agar-agar, bubur, nasi, sup dan sebagainya.

Malah, pakar mendapati pengambilan terlalu banyak air boleh mengundang bahaya, malah membawa maut, lebih-lebih lagi jika diambil terlalu banyak dalam tempoh yang singkat.

Bahaya minum terlalu banyak air?


Minum terlalu banyak air terutama sekali dalam tempoh yang singkat menyebabkan darah menjadi cair dengan mendadak. Buah pinggang tidak mampu menyingkirkan air daripada tubuh berbanding tempoh kecepatan darah menyerap air. Darah yang terlalu cair menghasilkan keadaan hyponatremia iaitu kekurangan garam natrium atau sodium dalam darah (air terlalu banyak menyebabkan jumlah garam larut dalam darah turun mendadak). Bagi mengekalkan keseimbangan osmosi darah, air akan bergerak daripada darah yang cair ke kawasan sel dan tisu yang pekat, contohnya di sel-sel neuron otak. Komplikasi paling buruk ialah berlakunya kebengkakan otak (brain oedema) akibat sel-sel neuron yang kembang dengan terlalu banyak air, dan keadaan ini boleh mengundang maut.

Atas faktor inilah, ahli sukan yang banyak berpeluh ataupun individu yang dehidrasi disarankan mengambil air isotonik yang bukan sahaja membekalkan air malah garam elektrolit yang seimbang dengan bendalir tubuh bagi mengekalkan keseimbangan bendalir tubuh dan tahap hidrasi yang optimum.

[Kekalkan Hidrasi yang Optimum dengan Performance® Drink Natural Orange Shaklee]

Panduan terbaik jumlah air yang perlu diminum


Cara terbaik untuk mengetahui kita telah mendapat cecair yang cukup adalah melalui air kencing, dengan merujuk kepada carta yang dikenali sebagai pee chart atau carta air kencing. Pakar menyarankan pengambilan air sehingga warna air kencing berubah kepada warna hampir jernih. Ini kerana kita perlu mengambil kira pengambilan cecair dalam bentuk lain seperti yang telah dinyatakan sebelum ini.

Warna air kencing yang terlalu jernih pula menandakan terlalu banyak air, jadi kita hanya perlu mengekalkan warna air kencing kita pada warna hampir jernih. Bukan sahaja mengelakkan bahaya terlalu banyak minum air, kita juga dapat mengelakkan 'unnecessary frequency' atapun kekerapan mengunjungi tandas yang sia-sia =) .

carta minum air
www.uberreiview.com

Siri Kulit Sihat: Inginkan Kulit yang Lebih Sihat? Rahsia Kulit Cantik dengan Protein


Rujukan:

http://www.webmd.com/diet/features/6-reasons-to-drink-water?page=2

http://www.livestrong.com/article/495609-advantages-of-drinking-water-and-skin-benefits/

http://www.scientificamerican.com/article/strange-but-true-drinking-too-much-water-can-kill/

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Photo: Shaklee Malaysia
Performance® Natural Orange Shaklee merupakan minuman isotonik dengan formula OPTI-LYTE, berperisa oren yang memberikan tahap hidrasi yang optimum dengan keseimbangan elektrolit.

Performance® Natural Orange Shaklee telah terbukti secara klinikal menghidrasi tubuh lebih baik berbanding air. Ianya juga mengandungi elektrolit yang lebih seimbang dan juga membekalkan tenaga dengan lebih baik berbanding minuman hidrasi lain.

Performance® Natural Orange Shaklee menggunakan formula proprietari eksklusif Shaklee untuk gabungan elektrolit iaitu OPTI-LTYE™, serta gabungan unik karbohidrat yang memberikan tenaga berterusan sambil menyokong tahap hidrasi yang optimum.

rahsia kulit sihat
Photo: www.healthdigezt.com


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ingin membeli Performance® Natural Orange Shaklee?
Anda juga boleh melakukan secara online. Kad debit/kredit diperlukan.
Konsultasi pengambilan haruslah dirujuk kepada saya terlebih dahulu.


Performance Drink


atau boleh juga hubungi saya untuk konsultasi dan pembelian produk, atau untuk menyertai KEAHLIAN SHAKLEE

Call SMS WhatsApp 019-6311031

Facebook : Kamalia Auderina Lee

Atau

" Like " dan hantar mesej ke,
Email: leekamalia@gmail.com


No comments:

Post a Comment