Tuesday, 18 November 2014

Resepi Sayur: Labu Kuning Masak Lemak

Resepi Sayur: Labu Kuning Masak Lemak


Labu kuning merupakan salah satu sayur jenis labu yang tahan lama disimpan. Ianya sering digunakan dalam masakan di tempat kenduri kerana kerana "tahan lasak" untuk dimasak dalam kuantiti yang banyak selain juga sesuai untuk dijadikan manisan dan juga kuih muih serta pai.

Labu kuning merupakan satu sumber carotenoid yang tinggi. Untuk mengetahui lebih khasiat tentang carotenoid, anda boleh klik pada pautan [Apakah Carotenoid? Ketahui Kebaikan Caotenoid kepada Kesihatan]

Sayur labu kuning sememangnya menjadi kegemaran kami seisi keluarga, baik dari segi masakan sayur seperti rebus, masak lemak, juga dalm bentuk sira labu, cekodok labu, lepat labu dan sebagainya. Bukan sahaja rasanya yang lemak manis, warnanya yang cantik dengan warna kuning atau jingga juga menjadikan sesuatu hidangan lebih menarik.

Labu Kuning Masak Lemak

Bahan-bahan:


1/2 biji labu kuning, dipotong kiub
1 genggam ikan bilis, dibuang perut
1 tangkai cili merah, dihiris
1 hiris halia (jika suka sedikit rasa rengat pada lidah)
3-5 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1-2 keping asam keping
1 cawan air
1 sudu teh gula pasir
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk lada hitam (boleh juga gunakan biji lada hitam ditumbuk)
250ml santan kelapa
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara:



  1. Tumbuk ikan bilis dan halia (tidak perlu terlalu halus).
  2. Tumbuk pula cili merah, bawang merah dan bawang putih.
  3. Bahan-bahan ini juga boleh dikisar namun rasanya akan sedikit berbeza berbanding yang ditumbuk.
  4. Tumis bahan-bahan tumbuk di dalam periuk berisi sedikit minyak yang telah dipanaskan.
  5. Setelah naik bau, masukkan labu kunig diikuti oleh air. Tutup periuk dan biarkan mendidih seketika.
  6. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Masukkan pula sedikit serbuk lada hitam.
  7. Kemudian, masukkan santan. Tutup periuk dan biarkan mereneh seketika sehingga labu kuning empuk. 
  8. Rasa sekali lagi. Tambah garam atau asam jika perlu.
  9. Siap dan sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!


Bahaya Pengambilan Vitamin A Secara Berlebihan



No comments:

Post a Comment