Resepi Kudapan: Jeruk Mempelam Asam Mangga
Baru-baru ini jeruk mangga asam boi menjadi 'viral' di Facebook dan media sosial lainnya. Biarpun agak kerap juga kami membuat jeruk asam boi ini setiap kali datang musim buah mangga atau mempelam, namun, gara-gara terliur melihat 'posting' di Facebook, En. B memulakan pula projek jeruk mangga.
Musim mangga di sini baru sahaja berlalu, maka pencarian mangga muda agak sukar. Sebagai alternatif, mempelam muda pula menjadi ganti. Asam mangga yang berwarna merah jingga menjadi pilihan kerana mengetahui anak-anak lebih menggemari jeruk menggunakan asam mangga berbanding asam boi. Mungkin kerana faktor warna yang 'meriah' menarik minat mereka.
Jeruk Mempelam Asam Mangga |
Bahan-bahan:
Mempelam muda, dikupas dan dipotong
Asam mangga secukupnya (boleh diganti dengan asam boi)
1 biji cili padi, dipotong kecil-kecil (boleh lebih ikut suka tahap kepedasan)
3-5 sudu makan gula pasir
1/2 sudu teh garam
Cara-cara:
- Gaul semua bahan dalam satu bekas sehingga rata.
- Setelah siap, boleh dimakan terus atau disejukkan dalam peti sejuk sebelum dinikmati.
Sangat ringkas, bukan?
Selamat mencuba!
Inginkan Kulit yang Lebih Sihat? Vitamin C, Terbaik untuk Kulit
Jeruk Mempelam Asam Mangga yang telah siap |
No comments:
Post a Comment