Resepi Ayam: Kebab Ayam Eggmaster
Dua hari lepas saya membeli Kessler Eggmaster yang dijual di ruang legar Medan Mall, Mukah. Biarpun peralatan yang sama mungkin boleh dibeli secara online dengan harga yang lebih murah, saya tetap membelinya daripada jurujual tersebut.
Mungkin atas sebab-sebab saya sendiri seorang peniaga, maka saya memahami jurujual tersebut dan memberinya belian atas usaha pemasaran yang saya kira baik. Jika bukan kerana demonstrasi produk yang menarik yang dikendalikan oleh jurujual tersebut, pasti saya langsung tidak berkenan hendak membelinya biarpun muncul dalam talian dengan harga yang murah.
|
Kebab Ayam (gambar kecil ialah Kessler Eggmaster) |
Maka, akhirnya hari ini terciptalah resepi kebab ayam ciptaan sendiri (saya sendiri tidak pasti apa nama yang sepatutnya diberi, mula-mula saya namakan sebagai chicken roll atau gulungan daging ayam, namun ianya tidak menggunakan pembalut pun untuk dinamakan sebagai chicken roll). Setelah membuat kajian sedikit, akhirnya saya memutuskan resipi tersebut hampir menyamai kebab ayam.
Biarpun manual set Kessler Eggmaster turut disertai dengan pelbagai resepi yang boleh dicuba, saya cuba mencipta variasi resepi Eggmaster sendiri, dengan syarat resepi perlu menggunakan telur sebgai bahan utama bagi membolehkan resepi berjaya dihasilkan dengan menggunakan Kessler Eggmaster tersebut.
Bahan-bahan:
- 300gm daging ayam kisar (minced chicken)
- 5 ulas bawang putih, dicincang halus
- 1 labu bawang besar Holland, dicincang halus
- 1-2 ulas bawang merah, dicincang halus
- 2 biji telur ayam (saya menggunakan telur ayam kampung)
- 3/4 cawan tepung ubi kayu
- Garam secukup rasa (kira-kira 1 sudu teh)
- Serbuk lada sulah secukupnya
- Minyak masak dalam penyembur Kessler Eggmaster
Cara-cara:
- Pukul telur bersama tepung ubi kayu sehingga sebati.
- Dalam bekas yang lain, gaul daging ayam kisar bersama bawang yang telah dicincang halus.
- Masukkan garam dan lada sulah. Gaul rata.
- Masukkan campuran tepung ubi kayu dan telur yang telah dipukul ke dalam campuran ayam tadi.
- Gaul rata sehingga benar-benar sebati.
- Sediakan Kessler Eggmaster. Lampu merah menandakan belum bersedia untuk digunakan, lampu hijau bermakna sedia untuk digunakan.
- Semburkan minyak masak (alat penyembur kecil turut diberikan dalam set Kessler Eggmaster ini) ke dalam kebuk sebanyak 3 kali semburan.
- Apabila lampu telah bertukar hijau, masukkan campuran daging ayam tadi ke dalam kebuk dan tekan agar padat dengan menggunakan alat penekan yang turut disertakan dalam set Kessler Eggmaster tersebut.
- Masukkan kira-kira 3/4 penuh dalam kebuk.
- Cucuk dengan pencucuk sate.
- Tunggu sehingga kebab ayam tadi muncul naik dengan sendirinya oleh tekanan dari kebuk Kessler Eggmaster.
- Jika ingin terus dimakan dan mahu daging ayam masak lebih lama, masukkan kembali kebab ayam tadi sebanyak 2 atau 3 kali.
- Sedia untuk dihidangkan.
- Jika ingin menggoreng atau membakar kebab ayam tersebut, memadai jika hanya masukkan sekali dan kemudian kebab tersebut boleh disimpan di dalam peti sejuk ataupun terus digoreng atau dibakar, ikut kegemaran masing-masing.
Sangat mudah dan menyeronokkan, bukan? Anak-anak pasti seronok jika dapat melakukan aktiviti ini bersama-sama. Penyediaan sarapan juga nampaknya menjadi lebih mudah dan menyeronokkan dengan Kessler Eggmaster ini.
(Maaf, saya tidak menjual Kessler Eggmaster ini, tetapi jika berminat mendapatkan suplemen untuk kesihatan, kecantikan dan awet muda, anda boleh hubungi saya (Tel: 019-6311031) untuk mendapatkan suplemen dan vitamin Shaklee yang sentiasa selamat, sentiasa berkesan dan sentiasa mesra alam).
|
Bahan-bahan |
|
Pukul telur bersama tepung ubi kayu |
|
Gaulkan daging ayam kisar bersama garam dan lada sulah |
|
Campurkan campuran ayam dengan campuran telur dan tepung |
|
Gambar kiri: penyembur minyak masak |
|
Gambar kiri: lampu merah
Gambar kanan: lampu hijau |
|
Gambar atas kiri: alat penekan dan pencucuk sate |
|
Kebab ayam muncul naik dari kebuk oleh tekanan apabila masak. Masukkan kembali jika mahu daging ayam lebih masak |
|
Kebab ayam yang telah siap |
|
Boleh dihidangkan terus, atau digoreng mahupun dibakar |
Sedapnya. Tergugat iman Tengok.. Hehe.. Terus trasa nak makan kebab.. Dahlia favorite kebab.. Tp ini lain.. Kbab luar telur.. Bestnya mkann sarawak ni..
ReplyDeleteTIPS PILIH HANDBAG YANG SESUAI DENGAN BENTUK TUBUH
ni saya amik inspirasi chicken spring roll atau ngu hiang yang Chinese selalu buat tu, cuma ni tak guna kulit wantan untuk gulung
Deleteresipi ayam kebab eggmaster yang sangat menyelerakan
ReplyDeletehttp://cahayaummurizqi.blogspot.com/2014/12/cara-ke-branch-baru-hq-shaklee-sunway.html
ni ratah dengan sos cili je ni hihih
DeleteSelalu nampak org jual eggmaster tu.tp tak da minat.tapi bila sis share resepi kebab ni dan menggunakan eggmaster, terus tercari Siapa yang menjual nya.hihi
ReplyDeleteNice sharing
vitamin C Shaklee terbaik di pasaran
hihi patut dapat komisen Kessler ni dah tolong promote ehehe
DeleteMakan panas2 pastu cicah sos..sedap!
ReplyDeleteJommSihatDanCantik -> MENYERLAHKAN KEJELITAAN SEBENAR KULIT ANDA
nak lagi sdap, bakar atau goreng garing dulu..cicah sos cili..tak pun mayonis dan mustard..fuhh
DeleteComelnya bekas tu...selalu tgk kat online orang jual..
ReplyDeleteselalu tgk gak, tapi sebab tak paham nak guna, tak berminat. bila tgk demo, wah macam best hihi
DeleteWah! Saya tak pernah jumpa egg master ni.. Nak kena cari ni..
ReplyDeleteCerita menarik Pn. Hidayah menyusukan bayi pramatangnya sehingga berjaya
cari jangan tak cari..brand ori harganya Rm100+..kalau tak ori, cepat terbakar
DeleteMenarik.... tgk pon dah rase mcm sedap.,,nak jugak,.
ReplyDeleteyang goreng garing lagi sedap, tapi tak ambil photo pulak heheh
Deletemenyelerakan....tiba2 terasa lapar pulak...
ReplyDeleteKU TUNGGU KEHADIRANMU UNTUK CANTIK BERSERI
dah habis dah, terasa nak buat yang daging punya lak hihih
DeleteWah menariknya..rajin kak lia masak..meh cepat-cepat pindah sini boleh jalan pahang kita makan besar..hehe
ReplyDeletePunca Gadis Cantik Ini Ditoreh
hihihi datang rajin...kadang-kadang tu ada juga penyakit malas ke dapur hihih
DeleteRajin betul kak lia masak. macam2 menu pulak tu...boleh jadi gemuk kalau kita tgal bersama ni... hihihi
ReplyDeletehihihi Tun lagi la saya tengok rajin buat macam-macam..takpe, menu saya byk menu sihat, kalau tak sihat tu cepat-ceat telan phytocol ekeke
DeleteSedapnye..leh try lpas ni
ReplyDeletesila sila
Deletenanti share ehehhe
sangat menyelerakan kak lia....minat resepi ye kak lia....
ReplyDeleteBeberapa Hal Yang Sering Terlupa Apabila Hendak Melancong
nak kata minat, ikut kerajinan je sebenarnya hihihi datang penyakit malas tu susah jugak
DeleteWah ni kira promote egg master ni. Hehe macam nam survey pula harganya :)
ReplyDeletehihihih kena dapatkan komisen ni hahaha
DeleteWah ni kira promote egg master ni. Hehe macam nam survey pula harganya :)
ReplyDeleteSedap yer.nampak sangat menyelerakan...yummy yummy
ReplyDeleteNaampak macam sedap je...teliur lah pulak.
ReplyDeleteaktiviti cuti sekolah bersama anak-anak dipantai bachok
Haishhh meleleh tgk...
ReplyDeleteMenarik alat masak.kebab.tu
ReplyDeletePunca kulit kusam
nak cari juga la kat mana ade orang jual Kessler Eggmaster ni.. nampak menyelerakan dan mesti dapat umpan selera anak2..
ReplyDelete