Thursday 18 December 2014

Projek Cuti Sekolah: Aiskrim Popsicle Jagung

Projek Cuti Sekolah: Aiskrim Popsicle Jagung


Macam biasa, apabila cuti sekolah sahaja, anak sulung, Acha, akan meminta macam-macam aktviti (terutama aktiviti yang melibatkan makanan untuk kudapan). Baru-baru ini Acha meminta buatkan aiskrim batang buatan sendiri (setelah menikmatinya di rumah sepupu saya) seperti yang biasa kita generasi tahun 1980-an dan 1990-an pernah nikmati semasa zaman kanak-kanak dahulu. Mendengar permintaannya, saya berasa agak teruja untuk memperkenalkan aiskrim batang ini kepada adik-adiknya pula.

Mengingatkan kisah aiskrim ini, dulu harganya hanya 10 sen sahaja sebatang. Itupun saiz aiskrimnya panjang. Saya tidak tahu harga pasaran terkini bagi aiskrim ini mengenangkan kos barangan yang semakin meningkat sekarang.

Akan tetapi, memang ternyata lebih jimat membuat sendiri aiskrim ini. Tak perlu saya pening-pening belikan aiskrim mahal-mahal kepada anak-anak kerana anak-anak bukannya peduli sangat dengan nilai mahal murah dan jenama sesuatu barang kerana pengalmaan yang gembira itu lebih penting buat mereka. Kita sebagai ibu bapa pun tidak seharusnya membiasakan kemewahan kepada mereka, akibatnya nanti anak-anak yang merana (bukan kita, tetapi anak-anak yang merana kerana nikmat hidup mereka awal-awal lagi telah diletakkan pada standard yang tinggi).



Ini merupakan versi teringkas yang saya sediakan iaitu perisa jagung. Saya sendiri teruja menikmatinya, seperti mengembalikan zaman kanak-kanak hehehe...

Bahan-bahan:


1/4 jag air panas
Gula secukup rasa (kira-kira 2 senduk gula untuk jag 2 liter)
Perisa jagung secukupnya (atau perisa kegemaran)
Air sejuk atau air kosong
Plastik aiskrim

Cara-cara:



  1. Cairkan gula ke dalam jag berisi air panas.
  2. Campurkan perisa jagung dan air kosong atau air sejuk untuk selebihnya dan akcau.
  3. Tuangkan air sirap jagung ke dalam plastik aiskrim. Tinggalkan sedikit hujung plastik untuk dibuat ikatan (boleh juga gunakan gelang getah pengikat).
  4. Ikat hujung plastik sehingga ketat. 
  5. Ulang semula langkah-langkah sehingga air sirap habis.
  6. Susun aiskrim yang telah siap ke dalam bekas dan masukkan ke dalam peti sejuk di bahagian beku.
  7. Sejukkan sehingga aiskrim menjadi beku.
  8. Sedia untuk dinikmati.

Sekarang, boleh nikmati aiskrim zaman kanak-kanak anda! Hmmm...tiba-tiba saya terfikir nak buat aiskrim Performance® Natural Orange Shaklee untuk mengekalkan hidrasi tubuh anak-anak yang sentiasa aktif dan cergas.


No comments:

Post a Comment