Siri Jom Kurus: Kenapa Saya Perlu Kurangkan Berat Badan yang Berlebihan?
Menurut sebuah artikel dalam laman www.livestrong.com yang bertajuk Why We Should Lose Weight? dan Top Reasons Why People Want to Lose Weight, mengetahui dan memahami sebab-sebab kenapa perlu kurangkan berat badan yang berlebihan mampu memberi push factor yang kuat kepada kita jika kita tergolong dalam individu gemuk yang mempunyai berat badan berlebihan (overweight), apatah lagi jika mencapai tahap obes.
Photo: www.jamiemendell.com |
Sebab Pertama - Kegemukan Meningkatkan Risiko Masalah Kesihatan
Peningkatan risiko masalah kesihatan yang mengiringi setiap pertambahan berat badan yang berlebihan seharusnya menjadi faktor utama bagi kita untuk mengurangkan berat dan lemak yang berlebihan berbanding keinginan kelihatan ramping untuk tujuan kosmetik atau kecantikan.
Photo: weightlossnigeria.com |
Semakin tinggi BMI dalam kategor overweight atau obesiti, risiko masalah kesihatan yang serius juga semakin meningkat. Antara masalah kesihatan yang dikaitkan dengan berat badan berlebihan atau obesiti ialah:
- tekanan darah tinggi (hypertension)
- masalah kolesterol yang tinggi dalam darah (dyslipidaemia, hypercholeterolaemia)
- diabetes mellitus II atau kencing manis
- gestational diabetes atau diabetes oleh kehamilan
- sleep apnoea
- masalah kardiovaskular yang berkaitan dengan peredaran darah jantung dan salur darah seperti penyakit jantung koronari, stroke
- kanser
- osteoarthritis
- masalah hati (penyakit hepatobiliary - fatty liver disease dan batu hempedu)
- metabolic syndrome
- gout
Jika ingin mengetahui tahap keseriusan masalah kesihatan berkaitan obesiti (diabetes, hypertension, hypercholesterolaemia) di Malaysia, boleh klik ke pautan Overview on Obesity, Aetiology and Epidemic in Malaysia.
Sebab Kedua - Kegemukan Menjejaskan Kecergasan Fizikal
Kesukaran bergerak dengan pantas dan cergas sering kali kita dengar di kalangan individu yang mengalami masalah obesiti. Contoh aktiviti harian yang menjadi sukar oleh berat badan berlebihan ialah seperti menaiki tangga, bermain bersama anak-anak di taman, malah dalam kes yang ekstrem, semudah bangun dari katil juga turut menjadi masalah bagi individu yang obes tahap super-super obesity [rujuk artikel Siri Jom Kurus: Apakah itu Body Mass Index (BMI)].
Photo: news.bbc.co.uk |
Kegemukan bukan sahaja mengurangkan kecergasan fizikal, malah menyukarkan pernafasan dan adakalanya individu obes terpaksa tidur dalam keadaan duduk akibat lemak yang menekan rongga dada. Keadaan ini jelas sekali menjejaskan kualiti hidup seharian dari segi aktiviti harian yang melibatkan fizikal.
Sebab Ketiga - Kegemukan Sering Kali Menjejaskan Keyakinan Diri
Secara idealnya kita sepatutnya berpendapat bahawa rupa bentuk fizikal seseorang itu tidak seharusnya mempengaruhi keyakinan individu tersebut. Namun, realitinya, kajian menunjukkan kegemukan memberi pengaruh yang signifikan ke atas tahap keyakinan individu obes dan ini menjejaskan mereka bukan sahaja dari segi keyakinan fizikal malah secara mental dan emosi. Hanya segelintir sahaja individu dengan kawalan minda yang kuat yang benar-benar dapat mengekal atau membina keyakinan diri di sebalik persepsi masyarakat dan juga persepsi ke atas diri sendiri.
Photo: www.babble.com |
Menariknya, dalam banyak-banyak program pengurusan diet dan berat badan yang pernah kita dengar seperti Atkins Diet dan sebagainya yang banyak menumpu kepada aspek fizikal dan pemakanan, terdapat dua jenis method (dalam pengetahuan saya setakat ini melalui pembacaan dan menonton The Oprah Winfrey Show) yang mengambil kira aspek dalaman diri sepenuhnya (self-acceptance) sebagai satu proses penting dalam penurunan berat badan iaitu:
Photo: chadscorner.wordpress.com |
Sebab keempat - Kegemukan Menjejaskan Tahap Kesuburan
Kegemukan membawa pelbagai masalah kepada kesuburan terutama kepada wanita, daripada masalah ketidaksuburan sehingga kepada masalah kehamilan yang bermasalah seperti diabetes kehamilan (gestational diabetes) dan masalah kepada kandungan yang dibawa, seperti masalah kecacatan tiub neural atau saraf janin serta masalah ketidakseimbangan hormon.
Photo: blog.shadygrovefertility.com |
Sebab kelima - Kegemukan Menjejaskan Kualiti Hidup
Jika direnungi sebab-sebab di atas, jelas kegemukan mempengaruhi kualiti hidup seseorang; kebimbangan berterusan akibat menghadapi masalah kesihatan, ketidaktentuan dari segi umur panjang untuk meneruskan kehidupan bahagia bersama anak-anak (bermain bersama di taman, melihat anak-anak membesar dan sebagainya), kemurungan akibat self-esteem yang rendah dan sebagainya.
Photo: tulsamom.com |
Sebab keenam - Perintah Allah SWT
Biarpun diletakkan di kedudukan yang keenam, sebagai seorang Muslim, saya tetap merasakan perkara terbaik ialah meletakkan perintah Allah sebagai keutamaan. Islam bersifat syumul iaitu menyeluruh, termasuk aspek kesihatan dan pemakanan.
Dalam memelihara kesihatan, Islam sangat mementingkan kebersihan dan kesederhanaan. Atas sebab itu, Islam menyarankan umatnya bersederhana baik dalam perlakuan mahupun pemakanan. Malah, Islam turut menggalakkan gaya hidup sihat seperti beriadah dan bersukan untuk menjaga kesihatan.
Photo: www.minyakkelapadara.com |
Ibadah yang dituntut dalam Islam itu sendiri telah dibuktikan secara saintifik dapat memelihara kesihatan seperti solat (gerakan dalam solat, tukmaninah) dan juga ibadah puasa yang melatih kawalan nafsu. Begitu juga dengan sunnah Nabi Muhammad saw yang banyak menekankan aspek memelihara kesihatan. Wallahualam.
Photo: carapemakanansaya.blogspot.com |
Bagaimana dengan anda? Sudahkah anda menemui push factor anda?
Photo: www.thedailymel.com |
Photo: FB KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA |
Rujukan:
http://www.livestrong.com/article/389692-why-we-should-lose-weight/
http://www.livestrong.com/article/158867-top-reasons-why-people-want-to-lose-weight/
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2013/11/17/obesiti-kini-masalah-besar-di-malaysia/
http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/kegemukan-obesiti
http://senadakpwkm.wordpress.com/2011/04/15/kesihatan-dan-islam/
Turunkan Berat Badan dengan Cinch® Inch Loss Plan
Obesiti salah satu punca seseorang itu menderita diabetes dan juga penyakit jantung. Amalkanlah gaya hidup sihat dan seimbang agar terhindar dari pelbagai penyakit yang membahayakan kesihatan anda.
ReplyDeleteAdakah Anda Salah Satu Daripada Mereka Yang Perlukan Vitamin C
setuju =)
DeleteInfo yang sangat bagus. Saya pun pernah berisi suatu ketika dulu, memang rasa rendah diri bila melihat rakan-rakan yang lebih langsing. Alhamdulillah, berkat menyusukan anak, badan kembali langsing.
ReplyDeleteJom buat agar-agar milo orea yang yummy
alhamdulillah tahniah..semoga dapat kekalkan prestasi ehehe
DeleteBetul..apa2 dalam pengambilan makanan kita mmg patut bersikap sederhana.berhenti sebelum kenyang.bila berat makin naik,banyak risiko kesihatan bakal suka pada kita. Melainkan kita amalkan pemakanan seimbang,gaya hidup sihat dan rajin melakukan akyiviti fizikal.bukan senang nak senang.tp itu yg kita kena bayat untuk kekal sihat dan fit
ReplyDeletesetuju, bukan senang nak senang..sebenarnya lagi susah kalau hidup dengan obesiti, byk benda tak dapat buat, byk masalah penyakit, macam2..jauh susah daripada bersenam dan jaga makan
DeleteSangat penting untuk kesihatan..bila badan sihat semua perkara dapat dilakukan seperti yang diinginkan..
ReplyDeleteMakanan Nyahtoksin
nikmat kesihatan
DeleteSedihnya bila nak turun dari katil pun payah.ayuhlah.. Sedar lah bahawa kurangkan berat badan bukan sahaja untuk kelihatan cantik dan lebih berkeyakinan..paling utama adalah untuk sihat.agar kita mampu menjalankan aktiviti harian bersama anak-anak, keluarga tercinta. Obesiti mendatangkan pelbagai komplikasi penyakit lain
ReplyDeletepengedar sah Shaklee kawasan Bintulu Sarawak
payah kan hidup gemuk..lebih payah daripada jaga makan dan bersenam huhuh
DeleteAmalkan gaya hidup sihat untuk kesihatan...
ReplyDeleteHENTIKAN PEMBUNUHAN DENGAN VIVIX SHAKLEE
yezzaaa jom sihat
DeleteSemalam ada terbaca dalam fb lelaki yang paling gemuk di dunia dah meninggal dunia...meninggal sebab obesiti yang melampau di tambah pula dengan pelbagai penyakit...Ya Allah takut nya...
ReplyDeletetips tegangkan kulit wajah
baru smlm juga terbaca di internet tentang satu abad lepas, lelaki yang diiktiraf terbesar dunia pada masa itu memiliki berat yang sama dengan purata berat individu obes yang biasa kita tgk pada masa skrg ..haihh ngeri..
DeleteRisau juga bab kegemukan ni. Sebab tu saya sentiasa berjaga-jaga bab pemakanan ni. Nak gemuk mudah, tapi nak kurus? Anda perlukan determination yang kuat. Jadi lebih baik kita beringat dari sekarang.
ReplyDeleteJom tengok Promosi Berganda Shaklee untuk Disember 2014
jaga makan dan senaman mungkin kedengaran susah, tapi lagi susah hidup dengan kegemukan, nak bernafas pun senak
DeleteMakan mmg nikmat sampai tak ingat apa walhal pnyakit bakal mengundang,, jaga oemakanan anda jgn hinggakan obesiti bru mnyesal,, nak gmuk sng nak kurus bercinta pula nanti heheh
ReplyDeletekdg2 tu makan byk badan tak naik, tapi check darah mak aihh yang naik tu kolesterol
DeleteKak tun ni pun makin sukar nak kawal nafsu makan. nak kena set minda elok2 ni... hihi... takutttt jadi obes..
ReplyDeleteBagaimana Cara Mengatasi Masalah Jerawat Yang Kronik Sehinggakan Muka Kelihatan Seperti Permukaan Bulan
kena set betul2 hehehe pastikan positif, kekalkan self-acceptance
DeleteBetul.. paling suka part last. Ya Allah yang suruh hambaNya jaga kesihatan. Badan sihat, ibadah pun terjaga :)
ReplyDeletealhamdulillah
DeleteBila badan dah gemuk, pergerakan pun terbatas. Nak itu xboleh, sakit lututlah..macam-macam..
ReplyDeleteJommSihatDanCantik -> VITAMIN E LEBIH SEMPURNA DENGAN EKSTRAK BIJI ANGGUR??
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteOff course I do have push factor..tengok result blood test memang menggerunkan. Alhamdulillah masih belum ada indication sakit,tapi rasa lemau sangat2. Jom kita ke gym!
ReplyDeleteKesian tgk mereka yg obes..nk bergerak pun susah. Jomla hidup secara sihat.
ReplyDeleteSejak akhir-akhir ni, makin kurang selera makan pula..
ReplyDeleteBlog Giveaway Contest