Saturday 29 November 2014

Aktiviti Family-Get-Together Cara Orang Melanau: Berambih Pelinut (Part 1 - Linut)

Aktiviti Family-Get-Together Cara Orang Melanau: Berambih Pelinut (Part 1)


Tidak kira apa-apa budaya di dunia, makanan menjadi penghubung dan tumpuan dalam kegiatan masyarakat. Begitu juga dengan salah satu etnik di Sarawak, Borneo iaitu Melanau yang gemar mengadakan sesi "pelinut" atau ber"linut" sebagai salah satu aktiviti merapatkan tali perhubungan keluarga dan rakan-rakan yang berorientasikan sesi makan-makan, dalam hal ini, makan "linut".

Hidangan tipikal dalam acara berlinut

Friday 28 November 2014

Resepi Ayam: Ayam Masak Serai

Resepi Ayam: Ayam Masak Serai

Baru-baru ini, tiba-tiba tekak saya terliur nak makan hidangan pedas dan ala-ala sambal. Agak lama juga saya tidak menyediakan hidangan masakan yang pedas gara-gara banyak mengambil kira anak-anak yang tidak gemar makan pedas selain ibu bapa saya yang tidak biasa makan pedas.

Kebetulan pula En. B sedang bercuti dan berada di rumah, jadi masa yang sesuai untuk menyediakannya (saya tidak suka makan suatu hidangan yang saya kena makan seorang kerana malah malas kerana merenyahkan untuk menyediakan banyak hidangan namun anak-anak tidak dapat menikmatinya). Maka, terhasillah hidangan ayam masak serai 'campak-campak' mengikut kegemaran sendiri.

Ayam Masak Serai

Thursday 27 November 2014

Aktiviti Kraf Mewarna Cangkerang Kepah

Aktiviti Kraf Mewarna Cangkerang Kepah


Petang tadi, sempena cuti sekolah, mak mengajak cucu-cucunya (anak-anak) membuat kraf mewarna cangkerang kepah. Bersungguh juga mak menghabiskan duit membeli marker pen berwarna dan penyembur varnis untuk aktiviti ini. Cangkerang kepah ini dikumpul setelah beberapa kali mak dan bapak makan 'umai' kepah (dimakan mentah seperti sushi). Kepah ini diperolehi daripada jualan orang kampung yang menangkap kepah di pantai kuala sungai kampung.


Acha, Acheh dan Yaya yang seronok mewarna di beranda rumah

Wednesday 26 November 2014

Siri Kulit Sihat: Inginkan Kulit yang Lebih Sihat? Sembuhkan Kulit dengan Zinc

Siri Kulit Sihat: Inginkan Kulit yang Lebih Sihat? Sembuhkan Kulit dengan Zinc

Zinc merupakan mineral yang penting dalam memelihara fungsi tubuh terutama fungsi enzim yang menjalankan sistem tubuh badan kita. Zinc sangat penting untuk:
  • tumbesaran tubuh badan dan pertumbuhan serta pembahagian sel 
  • memelihara kesuburan [Tingkatkan Kesuburan Lelaki dengan Suplemen Shaklee]
  • membantu fungsi sistem imun tubuh
  • fungsi deria rasa dan bau yang memelihara selera makan
  • kesihatan dan kecantikan kulit, rambut dan kuku
  • memelihara kesihatan penglihatan
Photo: www.healthtap.com

Resepi Sihat: Ikan Merah Stim Halia Chinese-style

Resepi Sihat: Ikan Merah Stim Halia Chinese-style


Resepi stim ikan dengan halia merupakan suatu hidangan yang sihat kerana rendah kolesterol, rendah lemak, tinggi lemak baik, tinggi protein malah menyelerakan. Jadi, memang tiada alasan untuk makan secara sihat tanpa mengorbankan kelazatan makanan. Resepi ini sangat ringkas dengan menggunakan bahan-bahan yang minima dan asas. Anda boleh memvariasikannya mengikut kesukaan.

Anak-anak saya juga sangat menggemari stim ikan halia ini tidak kira jenis ikan yang digunakan. Anda boleh menukar ikan merah ini kepada ikan siakap, ikan susu, kerapu, bawal putih dan ikan lain yang dirasakan sesuai untuk dikukus. Hidangan ini juga sangat sesuai untuk ibu-ibu dalam pantang selepas bersalin terutama jika menggunakan ikan yang dianggap 'tidak gatal' seperti bawal putih dan gelama.

Ikan Merah Stim Halia Chinese-style

Tuesday 25 November 2014

Cara-cara Menukar Blok Filter Get Clean® Water Pitcher Set Shaklee

Cara-cara Menukar Blok Filter Get Clean® Water Pitcher Set Shaklee


Sedar tak sedar, hampir 4 bulan sudah berlalu sejak saya mula menggunakan Get Clean® Water Pitcher Set Shaklee. Akhirnya, indicator pada penutup filler telah pun tiba di "80-REPLACE-RESET", betul-betul lebih kurang pada cadangan penukaran filter iaitu selepas 4 bulan digunakan atau apabila indicator menunjukkan had 80 gelen telah dicapai. Ikuti langkah-langkah bergambar di bawah bagi cara-cara menanggalkan housing kit dan filter sebelum menukarkannya kepada filter baru dan dipasang seperti biasa.

Indicator yang menunjukkan tiba masanya untuk menukar filter

Siri Kulit Sihat: Inginkan Kulit yang Lebih Sihat? Vitamin E, Pelindung Kulit

Siri Kulit Sihat: Inginkan Kulit yang Lebih Sihat? Vitamin E, Pelindung Kulit


Vitamin E merupakan sejenis vitamin larut lemak yang bersifat antioksidan dan penting dalam perlindungan kulit yang dibekalkan kepada kulit melalui sebum. Dalam kulit, vitamin E terdapat paling banyak dalam lapisan epidermis berbanding dermis. Vitamin E berkumpul di dalam kelenjar sebum sebelum dibekalkan ke lapisan kulit melalui sebum. Vitamin E terdapat paling banyak dalam kulit individu yang penghasilan sebum yang banyak yang biasanya dialami oleh individu dengan kulit jenis berminyak. Vitamin E bertindak pada tahap yang optimum apabila bergabung dengan tindakan vitamin C.

Photo: Is vitamin E part of your daily regimen? Read why it should be at: http://www.healthy-skincare.com/benefits-of-vitamin-e.html
Photo: Shaklee Malaysia

Monday 24 November 2014

Resepi Sayur: Keladi Masak Belacan Authentic Melanau-style

Resepi Sayur: Keladi Masak Belacan Authentic Melanau-style


Sepertimana hidangan sayur midin rebus belacan atau midin goreng belacan, hidangan sayur keladi masak belacan sememangnya menjadi kegemaran ramai orang Melanau sendiri malah menjadi 'igauan' orang Melanau yang merantau.

Jenis keladi yang biasa digunakan yang menjadi pilihan ialah keladi cina atau panggilan tempatan Melanau sebagai bukou kina. Keladi yang segar ditentukan daripada bahagian dahan keladi yang masih segar dan tidak kecut dan kering, selain masih terasa padat dan tidak ringan terutama jika dimasukkan ke dalam air.

Hidangan ini disediakan oleh mak saya dan saya merakamkan setiap langkah menyediakannya untuk rujukan saya di masa hadapan. Sayur keladi masak belacan ini sedap dimakan bersama-sama dengan ikan tenggiri yang telah diasinkan dan digoreng ataupun bersama ikan tongkol panggang.


Sayur keladi masak belacan Melanau-style

Sunday 23 November 2014

Arghhh...Migrain disertai dengan aura!!! Solusi tanpa ubat

Arghhh...Migrain disertai dengan aura!!!


Hari ini, buat kesekian kalinya, saya diserang migrain sekali lagi. Saya mulai mendapat migrain ini kira-kira 15 tahun yang lepas, sebaik sahaja saya mula melanjutkan pengajian ke matrikulasi diikuti dengan pengajian di universiti. Perubahan corak tidur yang memerlukan saya berjaga malam gara-gara menyiapkan assignment dan tutorial yang menjadi 'makanan' pelajar universiti mengakibatkan saya sering mendapat insomnia dan akhirnya mulai kerap mendapat migrain.

Photo: anishpat.hubpages.com

Tempat Makan Best: Riverside Seafood Restaurant, Mukah, Sarawak

Tempat Makan Best: Riverside Seafood Restaurant, Mukah, Sarawak


Jika anda datang ke Mukah, anda wajib menikmati hidangan makanan laut yang segar. Dan jika anda mencari tempat untuk menikmati makanan laut segar dengan pemandangan yang best, anda wajib mengunjungi Riverside Seafood Restaurant ini.

Restoran makanan laut ini memang telah lama menjadi kegemaran kami sekeluarga. Setiap kali balik ke Mukah, apatah lagi kini menetap di Mukah, kami tidak jemu mengunjungi resotran ini untuk menikmati hidangan makanan laut yang segar dan menjadi signature kepada bandar Mukah. Tidak kira makan tengah hari mahupun makan malam, kami biasanya makan di restoran ini kira-kira 1-2 bulan sekali (diselangi dengan restoran makanan laut lain yang terdapat di Mukah).

Pemandangan pintu masuk ke Riverside Seafood Restaurant

Saturday 22 November 2014

Resepi Ringkas: Sup Ayam Berkentang

Resepi Ringkas: Sup Ayam Berkentang


Hidangan sup ayam berkentang ini memang tidak asing lagi, baik dalam masakan Melayu, mahupun Cina malah dalam hidangan Barat. Biarpun dengan ramuan sampingan dan cara penyediaan yang berbeza, ramuan utamanya tetap sama.

Biasanya saya akan membuat sup ayam berkentang ini untuk diri sendiri atau ahli keluarga yang sedang demam atau baru sembuh dari demam. Ini kerana sup ayam berkentang menyediakan kalori, protein, garam elektrolit di samping cecair untuk keperluan tubuh semasa atau setelah sembuh dari demam. Selain daripada itu juga, sup ini lebih sesuai dijadikan pilihan 'comfort food' yang lebih sihat berbanding makanan manis atau berlemak yang biasanya diambil oleh individu yang makan untuk meredakan tekanan.


Sup Ayam Berkentang

Friday 21 November 2014

Resepi Telur: Sup Telur Daun Bawang Chinese-style (Egg Drop Soup)

Resepi Telur: Sup Telur Daun Bawang Chinese-style (Egg Drop Soup)


Sup ini biasanya dihidangkan di kedai-kedai makan Cina yang biasanya menjadi sampingan kepada hidangan mee dan nasi goreng.

Baru-baru ini, semasa menyediakan makan tengha hari, saya menyedari kebanyakan lauk dan hindang asayur yang saya buat merupakan jenis kering dan tidak berkuah (hanya hidangan goreng dan sambal). Mengenangkan anak-anak yang biasanya suka menghirup sup atau kuah ketika makan nasi, ataupun sebagai seorang tipikal terbiasa dari kecil dengan amalan orang Cina yang sentiasa ada sup dalam hidangan, saya segera teringatkan sup ini.

Sup Telur Daun Bawang Chinese-style

Desserts Place: Medan Ria, Setia Raja, Mukah

Desserts Place: Medan Ria, Setia Raja, Mukah


Semalam kami sekeluarga mengunjungi Medan Ria, Setia Raja, Mukah, suatu tempat medan selera yang lebih dikenali oleh orang tempatan sebagai tempat untuk makan ABC atau cendol. Kami gemar datang ke medan selera ini pada waktu tengah ahri yang panas atau sekadar melepak di waktu petang untuk menikmati ABC atau cendol kegemaran masing-masing selain makanan lain yang turut ditawarkan oleh deretan gerai yang terdapat di situ.

Yaya yang teruja melihat ABC jagung yang dipesan tiba

Resepi Ringkas: Udang Goreng Kilas Daun Bawang Authentic Melanau-style

Resepi Ringkas: Udang Goreng Kilas Daun Bawang Authentic Melanau-style


Hidangan in merupakan suatu hidangan ringkas tetapi sering didapati di rumah-rumah orang Melanau di sekitar Mukah yang terkenal dengan hasil laut yang segar seperti udang, ikan, ketam dan sebagainya. Menariknya hidangan ini ialah kesegaran rasa udangnya dapat dikekalkan serta hidangan masakan rumah yang sukar didapati di restoran makanan laut sekitar Mukah, Sarawak. Anda hanya akan dapat menikmatinya dari dapur seorang ibu di rumah-rumah orang Melanau.

Resepinya sangat mudah disediakan, namun sangat menyelerakan ditambah pula dengan rasa segar udang. Cukup hanya dengan nasi panas atau dimakan bersama sagu yang merupakan salah satu makanan ruji orang Melanau terutama golongan tua.

Udang yang biasa digunakan merupakan dari spesis udang kertas atau dalam bahasa tempatan di Mukah, Sarawak, lebih dikenali sebagai udang lilin. Biasanya udang ini digunakan dalam membuatkan cucur udang. Kulitnya yang nipis memudahkannya untuk dimakan bersama kulit tanpa perlu mengupas kulit terlebih dahulu menjadikannya pilihan dalam membuat cucur udang.

Udang Goreng Kilas Daun Bawang Authentic Melanau-style

Thursday 20 November 2014

Resepi Kudapan: Jeruk Mempelam Asam Mangga

Resepi Kudapan: Jeruk Mempelam Asam Mangga


Baru-baru ini jeruk mangga asam boi menjadi 'viral' di Facebook dan media sosial lainnya. Biarpun agak kerap juga kami membuat jeruk asam boi ini setiap kali datang musim buah mangga atau mempelam, namun, gara-gara terliur melihat 'posting' di Facebook, En. B memulakan pula projek jeruk mangga.

Musim mangga di sini baru sahaja berlalu, maka pencarian mangga muda agak sukar. Sebagai alternatif, mempelam muda pula menjadi ganti. Asam mangga yang berwarna merah jingga menjadi pilihan kerana mengetahui anak-anak lebih menggemari jeruk menggunakan asam mangga berbanding asam boi. Mungkin kerana faktor warna yang 'meriah' menarik minat mereka.

Jeruk Mempelam Asam Mangga

B-Complex Shaklee: Vitamin Asas yang Penting untuk Kesihatan

B-Complex: Vitamin Asas yang Penting untuk Kesihatan


Tekanan seharian, gaya hidup tidak sihat dan pengambilan ubat-ubatan menjejaskan kadar vitamin B yang diperlukan oleh tubuh. Terdapat 8 jenis vitamin B dan setiap satunya sangat penting untuk menyokong fungsi sistem tubuh badan dengan menukarkan makanan menjadi tenaga kepada sel-sel. Kelapan-lapan vitamin B yang penting ini dapat menjalankan fungsi masing-masing secara optimum apabila kesemua jenis vitamin B ini berada dalam paras kandungan yang seimbang. Suplemen yang mengandungi kesemua 8 vitamin B ini dikenali sebagai vitamin B complex.

Photo: Shaklee Malaysia

Tuesday 18 November 2014

Resepi Sayur: Labu Kuning Masak Lemak

Resepi Sayur: Labu Kuning Masak Lemak


Labu kuning merupakan salah satu sayur jenis labu yang tahan lama disimpan. Ianya sering digunakan dalam masakan di tempat kenduri kerana kerana "tahan lasak" untuk dimasak dalam kuantiti yang banyak selain juga sesuai untuk dijadikan manisan dan juga kuih muih serta pai.

Labu kuning merupakan satu sumber carotenoid yang tinggi. Untuk mengetahui lebih khasiat tentang carotenoid, anda boleh klik pada pautan [Apakah Carotenoid? Ketahui Kebaikan Caotenoid kepada Kesihatan]

Sayur labu kuning sememangnya menjadi kegemaran kami seisi keluarga, baik dari segi masakan sayur seperti rebus, masak lemak, juga dalm bentuk sira labu, cekodok labu, lepat labu dan sebagainya. Bukan sahaja rasanya yang lemak manis, warnanya yang cantik dengan warna kuning atau jingga juga menjadikan sesuatu hidangan lebih menarik.

Labu Kuning Masak Lemak

Siri Kulit Sihat: Inginkan Kulit yang Lebih Sihat? Kulit Berseri dengan Vitamin B-Complex

Siri Kulit Sihat: Inginkan Kulit yang Lebih Sihat? Kulit Berseri dengan Vitamin B-Complex


Vitamin B merupakan sejenis vitamin larut air yang penting untuk hampir semua fungsi asas tubuh kita. Ianya membantu dalam metabolisme dengan menukarkan makanan menjadi tenaga kepada sel-sel badan, selain memelihara fungsi sistem saraf, otak, organ-organ dan sistem tubuh yang lain, mata, otot, kulit dan rambut.

Terdapat 8 jenis vitamin B dan keseimbangan semua jenis vitamin B ini perlu bagi membolehkan vitamin B menjalankan fungsi masing-masing dengan optimum. Suplemen yang mengandungi kelapan-lapan vitamin B ini dikenali sebagai vitamin B complex.

Photo: relationshiptoolbox.com

Monday 17 November 2014

Segar dengan Gel Mandian Frisson de Verveine @ Frisson Verbena L'Occitane

Segar dengan Gel Mandian Frisson de Verveine L'Occitane


Sempena harijadi saya baru-baru ini, En. B menghadiahkan saya siri mandian Frisson de Verveine L'Occitane yang terdiri daripada shower gel dan body mist. Peka juga rupanya En. B dengan photo di Facebook Page L'OCCITANE en Provence yang saya kongsikan kepada beliau (daripada banyak-banyak photo untuk beri hint yang mana satu, photo yang ini yang beliau tunjuk di outlet hehehe...). Baru sahaja bulan sebelumnya beliau hadiahkan losyen badan Cherry Blossom L'Occitane yang kini saya gilir-gilirkan pakai dengan Jojoba Oil Crabtree & Evelyn yang Master Hanum hadiahkan pada bulan September baru-baru ini, selain losyen Roses et Reines L'Occitane yang hampir habis.

L'Occitane Frisson de Verveine Refreshing Shower Gel

Sunday 16 November 2014

Resepi Sihat: Sotong Rebus Serai

Resepi Side Dish: Sotong Rebus Serai


Hidangan ini sangat ringkas dan mudah disediakan dan merupakan hidangan kegemaran En. B. Saya belajar resepi ini daripada En. B sendiri. Hidangan ini menjadi lebih enak jika menggunakan sotong yang segar. Syukur, di Mukah, Sarawak yang terkenal dengan hasil tangkapan laut yang segar, tidak sukar untuk mendapatkan sotong yang segar. Memang terdapat perbezaan yang besar antara sotong segar dengan sotong dari pasaraya besar di bandar, terutamanya dalam hidangan ini kerana masakan ini benar-benar menampilkan rasa sotong. Keenakan sotong segar juga dapat dikekalkan.

Sotong Rebus 

Saturday 15 November 2014

Siri Kulit Sihat: Inginkan Kulit yang Lebih Sihat? Quercetin, Sensasi Terbaru Anti Penuaan Kulit

Siri Kulit Sihat: Inginkan Kulit yang Lebih Sihat? Quercetin, Sensasi Terbaru Anti Penuaan Kulit


Bagi pencinta kecantikan kulit pastinya teruja dengan penemuan quercetin yang menjadi sensasi terbaru anti penuaan kulit. Bagi pengamal  Vivix® Shaklee sebagai suplemen untuk awet muda, pastinya ingin tahu lebih lanjut bahan aktif dalam  Vivix® Shaklee yang menyumbang kepada kesan anti penuaan kulit khususnya, iaitu quercetin, selain daripada bahan aktif lain seperti resveratrolellagic acid dan anthocyanin.

Photo: Shaklee Malaysia

Friday 14 November 2014

Siri Kulit Sihat: Inginkan Kulit yang Lebih Sihat? Vitamin C, Terbaik untuk Kulit

Siri Kulit Sihat: Inginkan Kulit yang Lebih Sihat? Vitamin C, Terbaik untuk Kulit


Vitamin C sememangnya terkenal dalam fungsinya dalam memastikan kecantikan kulit. Tidak kira pengambilan dalam bentuk makanan yang tinggi kandungan vitamin C, ataupun suplemen, malah dalam bentuk sapuan di kulit, vitamin C menjadi pujaan pencinta kecantikan kulit, sehinggakan pada tahap mengambil suntikan vitamin C untuk kecantikan kulit (namun harus diingatkan, suntikan ini hanya boleh dilakukan oleh pakar kulit estetik berlesen).

Vitamin C didapati terdapat paling banyak pada lapisan kulit epidermis dan dermis, selain daripada asid urik dan gluthathione. Walau bagaimanapun, pendedahan berlebihan kepada sinaran radiasi matahari dan pencemaran seperti tabiat merokok menurunkan paras vitamin C dalam kulit dan menjejaskan kesihatan kulit.

Photo: readanddigest.com

Thursday 13 November 2014

Petua Dapur: Cara Orang Dulu-dulu Simpan Ikan Segar (Merebus Ikan)

Petua Dapur: Cara Orang Dulu-dulu Simpan Ikan Segar (Merebus Ikan)


Biasanya kita mendengar orang dulu-dulu menyimpan bekalan ikan dengan cara mengasinkan, mengeringkan sama ada dengan menjemur bawah matahari, ataupun disalai mahupun diasapkan dan pelbagai lagi cara lain. Ini kerana mereka perlu menyimpan bekalan protein untuk masa-masa bekalan ikan atau protein terputus seperti musim tengkujuh ataupun ketika musim sejuk. Namun, cara-cara tersebut menghilangkan kesegaran ikan.

Saya belajar cara menyimpan ikan agar kekal 'segar' untuk masakan melalui keluarga sebelah En. B, iaitu dengan cara merebus ikan dengan garam dan asam, dan kemudian dihangatkan setiap hari bagi mengelakkannya rosak. Biarpun kini sudah mempunyai peti sejuk untuk menyimpan bahan-bahan makanan segar, sehingga kini En. B masih gemarkan ikan goreng yang menggunakan ikan yang direbus. Sekali-sekala beliau akan meminta saya menyediakan rebusan ikan semata-mata untuk kemudiannya digoreng dengan cili dan bawang merah.

Ikan yang direbus ini dapat digunakan dalam masakan seperti gulai lemak, digoreng, dibuat kuah laksa dan sebagainya. Sekurang-kurangnya, kaedah ini berguna bagi mereka yang sukar mendapatkan ikan segar setiap hari. Namun cara ini hanya mampu menyimpan ikan paling maksimum selama satu minggu. Ini kerana, untuk tempoh lebih daripada itu, ikan yang direbus akan hancur setelah dipanaskan berkali-kali.

Ikan yang telah siap direbus

Wednesday 12 November 2014

Bahaya Pengambilan Vitamin A Secara Berlebihan

Bahaya Pengambilan Vitamin A Secara Berlebihan


Pengambilan vitamin A secara berlebihan boleh menyebabkan toksik kepada tubuh, terutama sekali apabila diambil dalam jumlah yang besar (contohnya melalui suplemen vitamin A berdos tinggi). Namun, pengambilan makanan atau suplemen dalam bentuk provitamin A (seperti CarotoMax Shaklee) merupakan pilihan yang lebih selamat kerana tidak akan menyebabkan keracunan toksik tersebut kerana provitamin A hanya bertukar kepada vitamin A apabila diperlukan oleh tubuh. 

Photo: paleo.com.au

Tuesday 11 November 2014

Siri Kulit Sihat: Inginkan Kulit yang Lebih Sihat? Vitamin A, Pemulihara Kulit Rosak

Siri Kulit Sihat: Inginkan Kulit yang Lebih Sihat? Vitamin A, Pemulihara Kulit Rosak


Jika di Malaysia, kita sering mendengar vitamin C dan E dikaitkan dengan kulit cantk. Namun, hakikatnya, dalam dunia dermatology atau bidang perubatan berkaitan kulit, vitamin A yang juga dikenali sebagai retinol (suatu bentuk retinoid), merupakan vitamin yang lebih diakui fungsinya dalam memelihara kesihatan dan kecantikan kulit.

Photo: www.homesogood.com

Apakah peranan vitamin A dalam memelihara kesihatan kulit?

Monday 10 November 2014

Resepi Sayur: Stir-fry Kangkung Belacan

Resepi Sayur: Stir-fry Kangkung Belacan


Hidangan dan resepi kangkung goreng belacan merupakan hidangan sayur yang popular, hampir sangat biasa kita jumpa di mana-mana, baik di kedai, restoran mahupun di rumah. Namun, saya lebih gemar memanggilnya stir-fry kangkung belacan kerana penyediaannya yang sangat cepat, sesuai dengan gaya masakan stir-fry Cina yang pantas bagi mengekalkan kesegaran sayur. Tanpa skil yang baik, kangkung yang digoreng menjadi layu, kuning malah lebam.

Stir-fry Kangkung Belacan

Bahan-bahan:


1 ikat kangkung, kira-kira satu cekak, dipotong
1/2 mangkuk ikan bilis, dibuang perut
3 ulas bawang merah
1 tangkai cili merah
1 kiub belacan (kira-kira sebesar suku inci)
Garam secukup rasa
1 senduk minyak masak untuk menumis

Cara-cara:


  1. Tumbuk kasar ikan bilis, manakala tumbuk belacan sehingga lumat.
  2. Tambah bawang merah dan cili untuk ditumbuk bersama, Tumbuk kasar.
  3. Panaskan kuali pada api besar. Pastikan kuali benar-benar panas sebelum memasukkan minyak untuk menumis, Ini bagi mengelakkan daun kangkung menjadi lebam jika kuali tidak cukup panas.
  4. Setelah minyak panas, masukkan bahan tumis dan kacau rata.
  5. Apabila naik bau, masukkan kangkung yang telah dipotong dan kacau rata dengan pantas dengan api yang kekal besar.
  6. Masukkan garam secukup rasa kira-kira hujung sudu teh, tidak perlu terlalu banyak kerana belacan dan ikan bilis sudah sedia masin.
  7. Kacau kira-kira 1 minit atau sehingga daun kangkung mulai kelihatan lembik, dan segera tutup api. Elakkan menggoreng terlalu lama bagi mengelakkan kangkung menjadi kuning dan lebam.
  8. Angkat segera dan hidangkan.

Selamat mencuba!





Siri Kulit Sihat: Inginkan Kulit yang Lebih Sihat? Ketahui Kebaikan Asid Lemak untuk Kulit

Siri Kulit Sihat: Inginkan Kulit yang Lebih Sihat? Ketahui Kebaikan Asid Lemak untuk Kulit


Fakta ini mungkin mengejutkan bagi mereka yang sekian lama ingin 'menyingkirkan' pengambilan sebarang bentuk lemak, namun, tidak semua lemak menggemukkan atau membawa masalah kesihatan. Tubuh kita memerlukan asid lemak untuk berfungsi, dan seperti mana tubuh memerlukan asid lemak, begitu juga asid lemak sangat penting untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Dan jenis asid lemak yang penting untuk kulit ialah asid lemak perlu iaitu asid lemak omega-3 dan asid lemak omega-6. 


Photo: Shaklee Malaysia

Resepi Side Dish: Penkek Gulung Lobak Merah Ala Korean-style

Resepi Side Dish: Penkek Gulung Lobak Merah Ala Korean-style

Rasanya sudah lebih sedekad kita dilanda hallyu atau gelombang budaya Korea. Seingat saya, drama Korea pemangkin utama, diikuti dengan K-Pop. Ingat lagi dengan Autumn in My Heart dan Winter Sonata? Kini, bukan sahaja drama dan muzik, seluruh dunia turut mengikuti budaya makanan, pakaian malah mekap dari negara Timur Asia ini.

Satu perkara yang saya terkesan dengan drama Korea selain daripada plot drama yang dramatik ialah makanan Korea. Tiba-tiba kita menjadi terliur melihat kimbap, bibimbap malah mee segera sekalipun. Beberapa tahun kebelakangan ini saya mendapati diri saya suka menyediakan hidangan dengan inspirasi Korea, antaranya pancake gaya Korea seperti jeon, pajeon, hotteok, selain kimbap (kimbap cara menarik saya dapat pastikan anak-anak mengambil sayuran tanpa sedar). Kesukaran mendapatkan bahan-bahan di Mukah, Sarawak berbanding Kuala Lumpur menyebabkan saya mengubahsuai resepi mengikut bahan yang ada, maka terhasil resepi fusion ala Korean-style hehehe... Oh, saya pun ada set sudu dan chopsticks serta mangkuk Korea hahaha (sila hadiahkan saya pot tembaga Korea =p).

Penkek lobak merah ini berinspirasikan pajeon atau penkek Korea yang menggunakan green onion, namun saya tukar kepada lobak merah selain beberapa pengubahsuaian lain. Ini juga merupakan cara yang baik untuk memberi sayur kepada anak-anak yang tidak berapa gemar mengambil sayur.

Penkek Gulung Lobak Merah Korean-style

Siri Kulit Sihat: Inginkan Kulit yang Lebih Sihat? Rahsia Kulit Cantik dengan Protein

Siri Kulit Sihat: Inginkan Kulit yang Lebih Sihat? Rahsia Kulit Cantik dengan Protein


Bagaimana protein membantu mendapatkan kulit yang lebih sihat?


L-lysine dan L-proline merupakan asid amino dalam protein yang sangat penting untuk pembinaan kolagen dalam tubuh. Kolagen, selain daripada elastin, sangat penting dalam memberi struktur kepada tisu terutama kulit dan menjadikan kulit lebih anjal dan gebu. Peningkatan umur menurunkan penghasilan kolagen dalam tubuh yang membawa kepada kemunculan kedutan bukan sahaja kulit wajah malah seluruh tubuh. Pengambilan protein yang mencukupi dengan asid amino L-lysine dan L-proline dapat merangsang penghasilan kolagen secara berterusan dan seterusnya dapat mengurang serta mengelakkan kedutan di kulit.

www.livestrong.com

Sunday 9 November 2014

Resepi Pemanis Mulut: Butir Nako @ Butir Nangka

Resepi Pemanis Mulut: Butir Nako @ Butir Nangka


Pemanis mulut ini berasal dari Kelantan. Hidangan pemanis mulut ini dipanggil butir nangka (atau butir nako jika menurut dialek Kelantan) kerana rupanya seperti ulas buah nangka. Saya belajar membuat pemanis mulut ini daripada ipar duai saya yang berketurunan Melayu Kelantan. Saya dapati kuih muih dan hidangan pemanis mulut Kelantan rata-ratanya adalah manis-manis belaka, malah Kelantan dikaitkan dengan hidangan yang manis, sama seperti hidangan pedas dikaitkan dengan Negeri Sembilan.

Menurut mak, hidangan ini hampir menyerupai satu hidangan Cina cuma dengan nama yang berlainan (dikenali sebagai tang yuan)) dan rupa yang berlainan iaitu bulat, bukannya bujur seperti ulas nangka, selain tidak menggunakan santan untuk kuah, dan tang yuan mempunyai inti pes kacang.

Saya suka menyediakan hidangan ini kerana inilah masanya anak-anak akan menyertai saya di dapur. Mereka sangat seronok apabila dapat menggentel sendiri 'ulas nangka' biarpun saiznya menjadi pelbagai dengan rupa yang berlainan (bulat, panjang, lonjong dan sebagainya). Kesudahannya, masing-masing biasanya akan menyimpan sedikit doh untuk dijadikan doh mainan ala-ala Playdough.

cara buat butir nako butir nangka
Butir nako@nangka

Saturday 8 November 2014

Siri Kulit Sihat: Inginkan Kulit yang Lebih Sihat? Ianya Semudah Minum Air!

Siri Kulit Sihat: Inginkan Kulit yang Lebih Sihat? Ianya Semudah Minum Air!

Air sangat penting untuk hidrasi kulit. Kekurangan air atau dehidrasi menyebabkan kulit kelihatan kendur dan berkedut.

Gambar ini merupakan contoh popular eksperimen beza sebelum dan selepas minum banyak air dalam masa 4 minggu.


Photo: www.styleite.com

Bagaimana air mempengaruhi kulit?

Friday 7 November 2014

Siri Kulit Sihat: Inginkan Kulit yang Lebih Sihat? Jom Ketahui Rahsianya

Siri Kulit Sihat: Inginkan Kulit yang Lebih Sihat? Jom Ketahui Rahsianya

Kecantikan kulit datangnya dari dalam. Bagi mendapatkan kulit yang cantik, haruslah memastikan kesihatan dalaman kulit. Tidak kira setebal mana mekap yang kita pakai untuk menutup cela di wajah, atau losyen yang kita sapu di tubuh mahupun jenis pencuci wajah dan sabun mandian yang digunakan, pada penghujung hari, kita pasti sedar, kecantikan kulit datangnya dari dalaman, yakni kesihatan.

Apa yang kita makan dan minum sehari-hari akan mempengaruhi kesihatan dan seterusnya kecantikan kulit. Begitu juga dengan aktiviti harian kita, adakah kita sering terdedah kepada sinaran ultraviolet matahari yang memberikan tubuh kita vitamin D tetapi pada pada masa yang sama merosakkan kulit, ataupun pendedahan kepada bahan-bahan kimia, contoh paling mudah ialah bahan pencuci pinggan mangkuk ataupun sabun basuh pakaian kita.

rahsia kulit sihat
Photo: www.healthdigezt.com

Jadi, apakah rahsia yang diperlukan bagi mendapatkan kulit yang lebih sihat?

Thursday 6 November 2014

Resepi Sup Ayam: Sup Ayam Berkentang

Resepi Sup Ayam: Sup Ayam Berkentang


Bagi yang sememangnya mengikuti blog saya dari awal, pasti akan menyedari minat saya terhadap sup ayam. Pelbagai variasi resepi sup ayam yang telah saya cuba, ubahsuai atau cipta mengikut citarasa, dengan latar belakang cara masakan gaya Cina. Lebih-lebih sekarang, setelah berkahwin dengan En B, bertambah variasi dengan rasa Melayu dalam masakan saya.

Sup ayam berkentang merupakan hidangan sup yang sangat ringkas dan mudah dibuat. Saya menganggap sup ayam berkentang sebagai salah satu hidangan hearty-meal yang memenuhi keinginan makan untuk rasa gembira, tetapi dengan cara lebih sihat berbanding makanan lain yang biasanya menjadi pilihan mereka yang 'eat for comfort' seperti pizza, coklat, burger, aiskrim yang biasanya mengandungi gula dan lemak yang tinggi.


Sup Ayam Berkentang

Wednesday 5 November 2014

Resepi Ringkas: Hati Ayam Goreng Kunyit

Resepi Ringkas: Hati Ayam Goreng Kunyit


Hidangan hati ayam goreng kunyit ini memang menjadi kegemaran En. B, apatah lagi jika digoreng garing, rangup di luar dan lembut di dalam. Namun, menggoreng hati ayam juga satu proses yang agak menakutkan bagi saya kerana untuk mendapatkan hasil goreng garing yang rangup, perlu menggunakan api yang agak besar namun ia menyebabkan hati ayam 'meletup-letup' ketika digoreng. Walaupun EN. B dan saya sendiri menggemarinya, saya mengehadkan hati ayam kerana menyedari keburukan pengambilan hati ayam secara berlebihan.

Hati Ayam Goreng Kunyit

Tuesday 4 November 2014

Anak Kurang Selera Makan? Ketahui Rahsia Kawan Saya yang Berjaya Membuatkan Anaknya Berselera Makan

Anak Kurang Selera Makan? Ketahui Rahsia Kawan Saya yang Berjaya Membuatkan Anaknya Berselera Makan


Semalam kawan saya sejak zaman pengajian di universiti telah memberi perkongsian yang menarik tentang Meal Shakes Shaklee dalam status Facebook beliau. Menariknya, kawan saya ini yang kini menyertai Shaklee sebagai ahli melalui saya, baru membeli canister Meal Shakes Shaklee yang pertama namun terus merasai kesan positif yang diperolehi dengan pengambilan Meal Shakes oleh anak keduanya, Aisyah yang picky-eater. 

meal shakes shaklee

Monday 3 November 2014

Tempat Makan Best: Selera Hujung Kampung, Oya, Mukah, Sarawak

Tempat Makan Best: Selera Hujung Kampung, Oya, Mukah, Sarawak

Minggu lepas, En. B mengajak saya dan anak-anak pergi ke kedai makan Selera Hujung Kampung, Oya, Mukah, Sarawak. Kali terakhir kami pernah pergi ialah kira-kira 4 tahun lepas. En. B memang sudah lama teringin kembali ke sana untuk menikmati ketam bercili yang pernah beliau makan sebelum ini. Saya pula teringin hendak menikmati tomyam udang galah yang sering dikongsikan oleh teman-teman dalam Facebook mereka.

Inilah tempat makan yang menghidangkan ketam bercili idaman En. B dan udang galah pilihan ramai

Saturday 1 November 2014

Sentimental Sharing: Tentang Pantai (Part 1)

Sentimental Sharing: Tentang Pantai (Part 1)


Kampung halaman saya terletak di tepi pantai. Menjadi kewajipan kami sekeluarga untuk mengunjungi pantai setiap kali En. B pulang bercuti, biarpun hanya sekadar membawa anak-anak berjalan-jalan di tepi gigi air, ataupun adakalanya mereka 'terlepas' ke dalam air dan bermandi manda. En. B sangat menyukai pantai, rasanya lebih daripada saya yang membesar di kampung yang mempunyai pantai sendiri. Saya bukan sekadar menyukai pantai, saya mencintai pantai.

Photo: En. B