Saturday, 27 September 2014

Kenali Asid Lemak Omega-3 dan Omega-6

Kenali Asid Lemak Omega-3 dan Omega-6


Asid lemak perlu merupakan sejenis lipid yang tidak dapat dihasilkan oleh badan, asid lemak poli tidak tepu (polyunsaturated fats) yang hanya diperolehi melalui pengambilan makanan atau suplemen. Asid lemak perlu terbahagi kepada dua kumpulan iaitu asid lemak omega-3 dan asid lemak omega-6. Asid lemak perlu ini penting untuk fungsi tubuh, antaranya pengangkutan oksigen, penyimpanan tenaga, fungsi membran sel, dan kawal atur proses inflamasi dan proliferasi sel. Asid lemak ini juga perlu untuk pertumbuhan dan pematangan organ tubuh, terutama sekali otak dan mata.

Photo: rebeldietition.us


Ibu bagi asid lemak omega-3 ialah alpha-linolenic acid (ALA), manakala bagi asid lemak omega-6 ialah linoleic acid (LA). LA ditukar kepada bentuk asid lemak omega-6 yang aktif secara biologi menjadi arachidonic acid (AA). Manakala bagi ALA pula ditukar kepada bentuk aktif secara biologi menjadi eicosapentaenoic acid (EPA), yang seterusnya bertukar kepada docosahexaenoic acid (DHA). DHA sangat penting untuk sel membran otak dan retina yang memainkan peranan dalam fungsi penglihatan dan fungsi sistem saraf serta metabolisme neurotransmitter. Paras DHA bagi fetus yang berkembang dalam rahim bergantung kepada pemakanan ibu menjadikan pengambilan DHA penting untuk perkembangan otak, mata dan sistem saraf sejak dari dalam kandungan lagi.

Photo: fabfitover40.com

Pengambilan asid lemak omega-3 dan omega-6 haruslah pada nisbah yang seimbang. Pemakanan yang mengandungi terlalu banyak asid lemak omega-6 terutama yang asid lemak omega-6 yang bersifat pro-radang akan menyumbang kepada pelbagai masalah kesihatan dan seterusnya meningkatkan risiko penyakit kronik seperti penyakit kardiovaskular (berkaitan jantung dan salur darah), diabetes dan osteoarthritis. Pengambilan omega-6 tidak bermakna tidak baik untuk kesihatan kerana omega-6 juga mempunyai kebaikannya, cuma perlu ada pada kadar yang seimbang dan optimum untuk kesihatan.

Akan tetapi, oleh kerana pemakanan kita banyak mengandungi asid lemak omega-6, maka terdapat keperluan untuk meningkatkan asid lemak omega-3 bagi menyeimbangkan nisbahnya. Pada tahun 2010, kajian dari National Institute of Health dari Amerika Syarikat mendapati asid lemak omega-3 mampu mencegah penyakit jantung, manakala pemakanan tinggi omega-6 (kebanyakan omega-6 bersifat pro-radang) meningkatkan risiko penyakit berkaitan kardiovaskular. Namun begitu, tidak semua asid lemak omega-6 bersifat pro-radang. Jenis asid lemak omega-6 yang bersifat anti-radang ialah gamma-linolenic acid (GLA).


Rujukan:





***OmegaGuard™ Shaklee mampu menampung keperluan bagi asid lemak omega-3 bagi individu yang tidak mendapat asid lemak omega-3 melalui sumber makanan. Malah, kajian menyarankan pengambilan suplemen minyak ikan untuk mengimbangi pengambilan hidangan ikan (terutama ikan bersaiz besar dan dari laut dalam yang lebih tinggi kandungan pencemaran merkuri berbanding ikan bersaiz kecil yang kurang mengumpul merkuri) bagi mengurangkan pencemaran merkuri. 



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ingin mendapatkan OmegaGuard™ Shaklee?
Anda juga boleh melakukan belian sendiri secara online.
Klik untuk belian online sendiri. Kad kredit/ debit diperlukan.


Garlic Complex Shaklee


***Hubungi saya untuk konsultasi cara pengambilan produk yang betul dan berkesan.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut mengenai produk atau konsultasi
Call SMS WhatsApp 0196311031
Atau
" Like "


No comments:

Post a Comment