Friday 12 September 2014

Proses Penyembuhan Luka: Berapa Lama Diperlukan untuk Luka Sembuh?

Proses Penyembuhan Luka: Berapa Lama Diperlukan untuk Luka Sembuh?


Antara persoalan yang sering dihadapi oleh ibu dalam berpantang selepas bersalin, individu selepas melalui pembedahan, atau mendapat luka kecederaan akibat kemalangan dan sebagainya, ialah berapa lama atau tempoh masa yang diperlukan untuk luka sembuh sepenuhnya. Penting bagi kita untuk mengetahui peringkat-peringkat dalam penyembuhan bagi melakukan apa yang perlu dan sesuai bagi mempercepatkan tempoh bagi luka untuk sembuh.

Penyembuhan luka dibahagikan kepada 3 peringkat;

  • Inflammatory phase
  • Proliferation phase
  • Maturation phase
Photo: emedicalppt.blogspot.com

Inflammatory phase

Inflamasi merupakan suatu tindak balas semula jadi terhadap kecederaan. Tempoh bagi peringkat ini berlangsung biasanya mengambil selama 72 jam atau 3 hari.

Selepas kecederaan yang menyebabkan luka berlaku, salur darah yang berdekatan dengan luka akan mengecut. Jaringan fibrin dan penggumpalan platelet yang terbentuk akan menghentikan pendarahan dan menghasilkan clot. Pada luka terbuka, clot ini yang menjadi keruping luka. Setelah pendarahan berhenti, salur darah yang berdekatan dengan luka akan mengembang bagi membolehkan sel-sel darah merah yang mebawa oksigen, antibodi, sel darah putih, growth factors, enzim dan zat-zat nutrien yang penting untuk penyembuhan luka sampai ke bahagian tujuan iaitu luka. Keadaan ini akan meningkatkan bendalir pada bahagian luka dan mula menunjukkan tanda-tanda inflamasi atau keradangan. Bahagian luka akan menjadi kemerahan, sakit, membengkak, hangat dan gangguan fungsi pada bahagian tersebut. Pada ketika ini, sel-sel fagosit,neutrofil dan makrofaj melakukan tugas melindungi tubuh daripada kemasukan kuman berbahaya dari persekitaran luaran luka seperti bakteria. Proses ini bagaimanapun menghasilkan nanah.

Proliferation phase

Suatu peringkat yang mana proses pembaikian semula tisu di bahagian luka berlaku. Tempoh biasanya selepas 3 hari kecederaan berlaku dan berlangsung sehingga 6 minggu selepas luka mula berlaku.

Tisu granulasi ini terdiri daripada kolagen dan extracellular matrix yang membentuk jaringan salur darah (angiogenesis). Kesihatan tisu granulasi bergantung kepada fibroblast yang menerima bekalan oksigen dan nutrien daripada salur darah. Rupa tisu granulasi yang sihat adalah yang berwarna kemerah-merahan dan tidak mudah berdarah. Terdapat juga keadaan apabila tisu granulasi menjadi tidak sihat dan berwarna kehitaman. Keadaan ini menggambarkan kekurangan oksigen dan nutrien yang disebabkan oleh salur darah yang membekalkan oksigen dan nutrien tersekat; sama ada oleh peredaran darah yang tidak lancar, atau berlaku jangkitan kuman. Pada peringkat ini, kolagen akan menggantikan tisu-tisu yang telah rosak. Penghasilan kolagen pula memerlukan oksigen dan vitamin C. Seterusnya, jika proses penyembuhan berlaku dengan lancar oleh tisu granulasi yang sihat, sel-sel epithelial akan muncul (epithelialisation).

Maturation phase 

Fasa terakhir apabila luka telah tertutup sepenuhnya dengan sel-sel epithelial. Peringkat ini bermula pada minggu ketiga selepas luka berlaku dan berterusan selama 12 bulan. Pada peringkat ini, aktiviti sel-sel menurun dan jaringan salur darah di bahagian luka juga akan berkurangan. Pada peringkat ini juga, menggerakkan badan atau anggota yang melibatkan bahagian luka adalah penting. Ini bagi "mencabar" tisu-tisu parut agar menjadi kuat dan mampu melangkaui had pergerakan otot dan tisu bahagian terlibat. Kegagalan pada peringkat ini akan menghasilkan tisu-tisu parut yang melekat kuat, tidak elastik dan tidak fleksibel terhadap pergerakan, yang mana akan menyebabkan kesakitan yang berterusan.

Phases of Wound Healing
Photo: www.clinimed.co.uk

Jadi, berapa lama masa diperlukan untuk luka sembuh? 

Dalam keadaan yang normal dengan penyembuhan luka yang sihat, masa untuk luka sembuh sepenuhnya ialah sekurang-kurangnya 6 bulan ke setahun.

Apakah zat-zat dan nutrien yang perlu dalam penyembuhan luka?

Zat atau nutrien yang penting ialah;
  • protein
  • vitamin C
  • vitamin A
  • zinc

Rujukan:

http://www.clinimed.co.uk/Wound-Care/Education/Wound-Essentials/Phases-of-Wound-Healing.aspx

http://www.completehealthdallas.com/PhasesOfHealing.html

http://my.clevelandclinic.org/healthy_living/nutrition/hic_nutrition_guidelines_to_improve_wound_healing.as

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Shaklee mempunyai rangkain produk yang membantu dalam membekalkan nutrien yang penting untuk penyembuhan luka, sama ada luka pembedahan, luka jahitan, luka kecederaan, luka bsersalin, luka episiotomi dan sebagainya.
Antaranya ialah;

  • ESP Soy Protein Isolate Powder - membekalkan protein penting untuk pembentukan tisu-tisu baru.
  • Sustained Release Vita-C Plus / Chewable Vita-C Plus - membekalkan vitamin C yang penting untuk merangsang penghasilan kolagen.
  • CarotoMax - membekalkan vitamin A melalui beta-carotene yang merupakan prekursor untuk vitamin A.
  • Zinc Complex Shaklee - membekalkan zinc.
  • Vita-Lea Iron Formula - multivitamin dan mulitimineral yang membekalkan semua zat yang penting iaitu vitamin C, vitamin A dan zinc serta nutrien lain yang penting, seperti zat besi (iron) untuk meningkatkan penghasilan sel darah merah yang penting untuk mengangkut oksigen ke bahagian luka.
  • Nutriferon - membantu meningkatkan sistem imun tubuh dalam melawan jangkitan terutama sekali untuk luka besar yang telah mendapat jangkitan kuman.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ingin mendapatkan Zinc Complex Shaklee, Sustained Release Vita-C Plus dan suplemen lain?

atau boleh juga hubungi saya untuk konsultasi dan pembelian produk, atau untuk menyertai KEAHLIAN SHAKLEE

Call SMS WhatsApp 019-6311031

Facebook : Kamalia Auderina Lee

Atau

" Like " dan hantar mesej ke,
Email: leekamalia@gmail.com

No comments:

Post a Comment