Sunday 14 September 2014

Mahu Ramping atau Ingin Turunkan Berat Badan? Ketahui Khasiat Catechins dalam Teh Hijau

Mahu Ramping atau Ingin Turunkan Berat Badan? Ketahui Khasiat Catechins dalam Teh Hijau


Photo: Have you had your Cinch Energy Tea today?
Photo: Shaklee Malaysia

Obesiti dan Kesannya ke atas Kesihatan 

Sering kali kita terbaca di mana-mana akan bahaya obesiti kepada kesihatan. Walau bagaimanapun, jarang sekali kita benar-benar mengambil berat akan fakta tersebut kecuali apabila obesiti mula memberi kesan ke atas kesihatan. Malah, hakikat yang kurang menyenangkan, kita lebih senang mengaitkan obesiti dengan kecantikan iaitu ingin tampak lebih kurus dan ramping, berbanding memikirkan kesannya kepada kesihatan. Ini menjadikan motivasi untuk kurus dan mengurangkan obesiti lebih kepada untuk cantik berbanding untuk lebih sihat. Kita seharusnya lebih sedar, obesiti menjadi punca kepada banyak penyakit yang meragut banyak nikmat hidup sihat, bukan untuk kelihatan ramping dan cantik semata-mata.


Photo: home.messiah.edu

Kajian banyak mendapati obesiti meningkatkan risiko diabetes, paras lemak tinggi dalam darah (hyperlipidaemia), dan tekanan darah tinggi (hypertension). Keadaan-keadaan ini menyumbang kepada penyakit atherosklerosis yang juga punca utama kepada kematian yang membabitkan salur darah tersumbat seperti strok dan serangan jantung. Kajian terbaru mencadangkan obesiti terjadi disebabkan oleh peningkatan pengoksidaan lipid.

Selain daripada senaman, diet dan sebagainya, pengambilan teh hijau yang kaya dengan catechins juga didapati mampu membantu seseorang inidividu yang berlebihan berat badan atau obes dalam usaha mengurangkan lemak badan, menurunkan berat badan dan seterusnya mengurangkan risiko yang disebabkan oleh obesiti.

Catechins dalam Teh Hijau dan Khasiatnya kepada Kesihatan

Terdapat banyak kajian mencadangkan pengambilan teh hijau yang mengandungi catechins mampu mengurangkan lemak dalam tubuh, mencegah obesiti dan seterusnya penyakit berkaitan obesiti. Catechins merupakan sejenis polyphenol yang juga bersifat antioksidan dan menjadi komponen utama dalam teh hijau.

Photo: ifeon.blogspot.com
Teh hijau banyak diamalkan di negara Asia terutama sekali China dan Jepun. Teh hijau mengandungi polyphenol dari jenis flavanol yang lebih dikenali sebagai catechins. Terdapat beberapa isomer bagi sebatian flavanol ini iaitu catechin, catechin gallate (Cg), gallocatechin, gallocatechin gallate (GCg), epicatechin, epicatechin gallate (ECg), epigallocatechin, dan epigallocatechin gallate (EGCg). 

10-20% catechins dalam teh hijau adalah dari jenis epigallocatechin dan epigallocatechin gallate (EGCg). Apabila seseorang itu meminum teh hijau atau mengambil bahan berasaskan teh hijau atau ekstrak teh hijau, ECGg di dalamnya diserap dan disebarkan ke seluruh tubuh.

Pengambilan ekstrak teh hijau atau catechins ini memberi perlindungan antioksidan semula jadi kepada tubuh. Catechins juga didapati bersifat antiviral, dan anti kanser. Selain daripada itu, catechins juga didapati mampu menghalang pembentukan plak di dalam salur darah. Plak ini merupakan faktor utama yang menyumbat salur darah, punca kepada strok dan serangan jantung. Malah, catechins didapati mampu menurunkan tekanan darah dan paras gula darah, menjadikan catechins suatu berita baik kepada pesakit darah tinggi dan diabetes.

Kajian lanjut mendapati catechins mengurangkan lemak dan kolesterol dalam darah, merencat pengumpulan lemak tubuh dan lemak di hati, selain merangsang penghasilan haba dalam badan (ciri memanaskan tubuh). 

Kajian lain juga mendapati catechins memberi kesan pengurangan berat badan dan juga ukur lilitan pinggang (pengurangan inci lemak di bahagian pinggang).

Cadangan Pengambilan Teh Hijau oleh Pakar

Bagi membolehkan seseorang individu itu mendapat khasiat kebaikan teh hijau, pakar mencadangkan;
  • pengambilan teh hijau atau ekstrak teh hijau sebanyak 690mg setiap hari
  • pengambilan hendaklah selama 12 minggu atau lebih secara berterusan.
Photo: www.top10homeremedies.com

Rujukan:

http://ajcn.nutrition.org/content/81/1/122.long

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
cinch tea Shaklee
Photo: Shaklee Malaysia

 Cinch® Energy Tea Mix Shaklee merupakan gabungan eksklusif proprietari tiga-teh T-Lift (T-Lift Proprietary Triple Tea Blend)  yang mengandungi ekstrak teh merah Rooibos (Aspalathus linearis), ekstrak teh hijau (Camellia sinensis), ekstrak teh putih (Camellia sinensis), serbuk teh hijau Matcha (Camellia sinensis) selain mengandungi taurine yang meningkatkan kepekaan mental.

Satu sachet stick  Cinch® Energy Tea Mix adalah seberat 1.7gm, menjadikan minuman yang sesuai dijadikan amalan bagi anda yang inginkan kebaikan teh hijau. Setiap kotak mengandungi 28 sachets. Dengan pengambilan 1 sachet sehari, sekotak adalah untuk penggunaan selama 4 minggu.

Dapatkan 3 kotak  Cinch® Energy Tea Mixuntuk penggunaan selama 12 minggu, sejajar dengan cadangan pengambilan teh hijau oleh pakar yang telah mengkaji khasiat catechins untuk kesihatan dan menurunkan berat badan.

Photo: cathywong.wordpress.com
_________________________


Ingin mendapatkan  Cinch® Energy Tea Mix Shaklee?
Anda juga boleh melakukan belian sendiri secara online.
Klik untuk belian online sendiri. Kad kredit/ debit diperlukan.


 Cinch Energy Tea Mix


***Hubungi saya untuk konsultasi cara pengambilan produk yang betul dan berkesan.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut mengenai produk atau konsultasi
Call SMS WhatsApp 0196311031
Facebook : Kamalia Auderina Lee
Atau
" Like "
Facebook Page : Natural Safe Vitamins Dietary Supplements
Facebook Page : Set Bersalin Mesra Breastfeeding
Email : leekamalia@gmail.com


No comments:

Post a Comment