Sunday 7 September 2014

Apakah Radikal Bebas? Ketahui Punca dan Kesan Radikal Bebas kepada Kesihatan

Apakah Radikal Bebas?


Kita sering dengar di dada akhbar, majalah atau artikel kesihatan menyebut tentang radikal bebas, bahaya radikal bebas dan sebagainya. Tetapi, adakah kita benar-benar faham, atau sekurang-kurangnya ada gambaran asas tentang apakah radikal bebas dan sebab-sebab radikal bebas bahaya kepada kesihatan kita.

radikal bebas
Photo: foreclosureexpert.typepad.com

Radikal bebas (free radicals) berada di mana-mana sahaja; udara, air, persekitaran dan dalam tubuh kita. Radikal bebaslah yang menjadi punca kepada cat bangunan yang semakin luntur, epal yang dipotong bertukar lebam, ikan menjadi busuk, barangan yang menjadi lusuh, penuaan yang tidak sihat, yang seterusnya menjadi punca utama penyakit yang semakin meningkat pada zaman moden ini iaitu serangan jantung, strok dan kanser. Keadaan semula jadi ini berlaku kepada semua sel-sel hidup, berpunca daripada proses semula jadi iaitu pengoksidaan (oxidation).

Memahami Atom, Molekul dan Ikatan Kovalen


Sebelum kita memahami selanjutnya tentang radikal bebas, pemahaman asas tentang atom, molekul dan ikatan serta tindak balas kimia boleh membantu. Bagi yang masih ingat tentang topik yang pernah dipelajari dalam kelas sains atau kimia, biologi dan fizik, mungkin lebih mudah memahami kaitannya kini, lebih-lebih lagi hidup dan kesihatan kita tidak dapat lari daripada hakikat semula jadi ini.

Ingat lagi dalam kelas sains; sel -> tisu -> organ -> sistem -> organisma, yakni dalam hal ini, tubuh kita.

Dalam subjek biologi, kita belajar tubuh kita terdiri daripada sistem berfungsi yang dibentuk oleh organ yang dibentuk oleh tisu, tisu yang dibentuk daripada sel-sel yang dengan fungsi bersama.

Dalam subjek kimia pula, sel-sel ini terdiri daripada pelagai molekul, dan molekul pula ialah "sekelompok atom (paling sedikit dua) yang saling berikatan dengan sangat kuat (kovalen)..." (Wikipedia, 2014).

Atom pula terdiri daripada nukleus, proton, neutron dan elektron. Proton ialah partikel yang bercas positif, dan bilangan proton menentukan bilangan elektron, suatu partikel bercas negatif yang berlegar di sekitarnya. Elektron inilah terlibat dalam tindak balas kimia dan bergabung dengan elektron dari atom lain membentuk molekul,

[Untuk pemahaman asas lebih lanjut, boleh baca Kelas Kimia]

[Untuk perbandingan ikatan kovalen dan sebatian ionik, baca Ikatan Kimia]


molekul
Photo: aldi-opp.blogspot.com

Elektron berlegar atau mengelilingi nukleus dalam petala (seperti orbit), paling sedikit adalah satu petala. Petala pertama (paling dekat dengan nukleus) yang stabil mengandungi 2 elektron, manakala petala kedua dan yang seterusnya (penuh dan stabil) mengandungi 8 elektron.

Contoh berikut ialah atom oksigen dengan nombor atom 8. Petala pertama mengandungi 2 elektron, manakala petala kedua 6 elektron. Dengan itu, petala terluarnya memerlukan 2 elektron untuk memenuhi petalanya.

[Oxygen atom]
Photo: www.healthchecksystems.com
,
Petala paling luar yang mempengaruhi tindak balas sesuatu atom. Ini kerana petala ini mencari elektron daripada atom lain untuk mencapai kestabilan elektron paling maksimum untuk memenuhi petala terluarnya yang belum cukup.

Dalam hal molekul, atom-atom ini akan saling bergabung dengan berkongsi atom yang ada pada petala terluarnya.

Contoh, dalam hal atom oksigen, memerlukan lagi 2 elektron. Jadi, dua atom oksigen ini bergabung dan saling berkongsi 2 elektronnya menjadikan petala masing-masing penuh 8 elektron. Ikatan kovalen inilah yang membentuk molekul oksigen yang stabil.

[O2 molecule]
Photo: www.healthchecksystems.com

Bagaimana Radikal Bebas Terbentuk?


radikal bebas
Photo: coconutcreamcare.com

Radikal bebas ialah molekul oksigen reaktif dengan elektron yang ganjil dan tidak berpasangan. Dalam pencarian molekul ini mencari elektron lain untuk mencapai keseimbangan dan kestabilan molekul, molekul radikal bebas ini menjadi sangat-sangat 'terdesak', menjadikannya sangat reaktif dan menyebabkan kerosakan kepada molekul-molekul lain di sekitarnya. Analogi mudah, seorang wanita yang terdesak untuk mencari pasangan hidup akan sanggup mengganggu suami orang lain. Tindakan ini merosakkan ikatan perkahwinan pasangan lain yang disasarkan olehnya.


bagaimana radikal bebas terbentuk
Photo: best-skincare.net

Radikal bebas terbentuk apabila terdapat ikatan yang sangat lemah berpisah, meninggalkan sebahagian molekul dengan jumlah elektron yang tidak stabil. Radikal bebas sangat tidak stabil dan sangat reaktif dengan bahan lain. Oleh kerana sifatnya yang sangat reaktif, radikal bebas ini mengganggu dan merosakkan bahan atau molekul lain yang berdekatan dalam usaha untuk mendapatkan elektron untuk mencapai kestabilan. Molekul yang diserang pada awalnya akhirnya turut bertukar menjadi radikal bebas oleh sebab ianya sendiri mengalami ketidakstabilan elektron setelah "dirampas" oleh radikal bebas lain. Ini menghasilkan tindak balas berantai. Keadaan ini seterusnya merosakkan semua molekul yang terlibat, dan apabila melibatkan molekul yang membentuk sel, radikal bebas ini akhirnya merosakkan sel itu sendiri. Sekali lagi, analogi mudah, seorang lelaki gagal dalam ikatan perhubungannya yang lemah dan akhirnya terpisah. Kegagalan itu menjadikan lelaki itu sangat reaktif dan mengganggu gugat perhubungan pasangan lain dengan hanya untuk memenuhi kekosongan yang dialaminya tanpa memikirkan kerosakan yang berlaku kepada pasangan yang diganggunya. Dan seterusnya, pasangan yang ditinggalkan itu juga menjadi tidak stabil dan mula mengganggu gugat perhubungan orang lain pula.

Punca Radikal Bebas


Photo; okoliv.dk

Radikal bebas secara dasarnya hasil proses yang semula jadi berlaku dalam tubuh kita, contohnya dalam metabolisme dan juga sengaja dihasilkan oleh sistem imun tubuh untuk menyerang virus dan bakteria. Proses pengoksidaan dalam tubuh manusia ini bagaimanapun memusnahkan struktur sel. Apabila pengoksidaan yang melibatkan metabolisme oksigen ini berlaku, sebahagian radikal bebas terhasil. Walau bagaimanapun, faktor persekitaran atau luaran seperti pencemaran, radiasi, asap rokok, alkohol dan penggunaan racun kimia malah melalui makanan yang mengandungi bahan kimia juga mencetuskan atau melonjakkan lagi tindak balas oleh radikal bebas. Selain daripada itu, minyak masak yang kita gunakan juga berpotensi mengandungi radikal bebas. [Klik Keburukan Refined Vegetable Oil]

Pada kebiasaannya, tubuh kita mampu melawan radikal bebas ini, terutama melalui pemakanan sehari-hari. Akan tetapi, apabila kita tidak mendapatkan antioksidan pada jumlah yang cukup (kurang pengambilan makanan yang sihat) atau terlalu banyak radikal bebas yang menyerang tubuh melebihi keupayaan tubuh meneutralkannya, menjadikan kerosakan besar-besaran pada sel dan tisu dan akhirnya menyebabkan penyakit seperti penyakit jantung, penyakit hati, dan kanser. Atas sebab itu, juga, kerosakan akibat radikal bebas ini sangat berkait rapat dengan penuaan tidak sihat yang berlaku seiring dengan umur.


Kesan Radikal Bebas


Radikal bebas menyebabkan kerosakan sel dan tisu yang seterusnya menjurus kepada kemerosotan fungsi, antaranya seperti;
  • kerosakan mata, kebutaan
  • keradangan sendi dalam arthritis, rheumatisme
  • kerosakan buah pinggang
  • kerosakan hati
  • diabetes atau kencing manis
  • kerosakan sel-sel saraf, yang menyumbang kepada Parkinson's dan penyakit Alzheimer.
  • penuaan yang cepat, tidak sihat
  • risiko penyakit melibatkan jantung dan salur darah yang semakin meningkat (radikal bebas menggalakkan kolesterol jahat (LDL, low density lipoprotein) untuk melekat pada dinding salur darah arteri yang seterusnya menyebabkan salur darah tersumbat, punca utama serangan jantung dan strok.
  • kanser. Radikal bebas merosakkan struktur sel, menyebabkan mutasi DNA dan meningkatkan risiko sel-sel kanser terbentuk.
Photo: www.ijbs.org

Peranan Antioksidan dalam Melawan Kesan Radikal Bebas


radikal bebas
Photo: bestofbothwolrdsaz.com
Antioksidan merupakan suatu bahan yang dapat meneutralkan radikal bebas. 
Bahan ini diperolehi melalui pemakanan yang kaya dengan antioksidan, seperti;
  • nutrien antioksidan, 
  • vitamin A
  • vitamin C 
  • vitamin E
  • COQ10
  • mineral kuprum, zinc dan selenium.
antioxidants
Photo: www.antioxidants-make-you-healthy.com

Bahan lain yang juga bersifat antioksidan malah didapati mempunyai kesan antioksidan yang lebih kuat daripada vitamin dan mineral ialah seperti;
  • carotenoid - lycopenes, alpha-carotene, beta-carotene, lycopene etc dari buah dan sayur berwarna merah, atau jingga
  • resveratrol, dari anggur, Japanese knotweed etc
  • anthocyanin, Oligomeric Proanthycyanidin (OPC), dari buah beri, kunyit, rosehips, epal etc
  • ellagic acid, ellagitannin dari anggur Muscadine
  • quercetin
  • flavonoids, flavonol
  • polyphenol
  • alpha lipoic acid (ALA), dari sayur-sayuran hijau, daging lembu etc
  • astaxanthin
  • glutathione
  • dan banyak lagi...



Rujukan:

http://www.healthchecksystems.com/antioxid.htm

http://www.freeradical.org.au/education.php?page=6

http://www.webmd.com/food-recipes/features/how-antioxidants-work1

http://id.wikipedia.org/wiki/Molekul

http://www3.amherst.edu/~dmirwin/Reports/BetterHealth.htm

http://www.mindbodygreen.com/0-9470/the-most-powerful-antioxidant-you-never-knew-existed.html

http://www.benefits-of-resveratrol.com/foods-high-in-antioxidants.html

http://www.webmd.com/food-recipes/features/10-super-foods


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Shaklee turut menawarkan siri antioksidan yang telah dikaji dengan dos yang sesuai menurut RDA.

Ingin mendapatkan Siri Antioksidan Shaklee?
Anda juga boleh melakukan belian sendiri secara online.
Klik untuk belian online sendiri. Kad kredit/ debit diperlukan.





atau boleh juga hubungi saya untuk konsultasi dan pembelian produk, atau untuk menyertai KEAHLIAN SHAKLEE

Call SMS WhatsApp 019-6311031

Facebook : Kamalia Auderina Lee

Atau

" Like " dan hantar mesej ke,
Email: leekamalia@gmail.com

Photo: Shaklee Malaysia



No comments:

Post a Comment