Monday 29 September 2014

Hari Jantung Sedunia 2014 & Set Kesihatan Jantung Shaklee

Hari Jantung Sedunia 2014 & Set Kesihatan Jantung Shaklee

Hari Jantung Sedunia 2014 dan tema pada tahun ini


Hari ini merupakan World Heart Day atau Hari Jantung Sedunia (hari ini juga International Coffee Day bagi para pencinta kopi) yang berlangsung pada 29 September setiap tahun. Sambutan tahunan ini diasaskan oleh World Heart Federation dalam usaha memberi maklumat dan kesedaran kepada orang awam selain mengawal 4 risiko utama penyakit kardiovaskular (berkaitan jantung dan salur darah) yang menyumbang kepada 80% kematian akibat penyakit kardiovaskular.iaitu;

  1. penggunaan tembakau atau tabiat merokok, atau perokok pasif
  2. diet yang tidak seimbang
  3. gaya hidup sedentari atau tidak aktif
  4. ketagihan arak
Tema World Heart Day pada tahun ini ialah "creating heart-healthy environments" atau mencipta persekitaran ke arah jantung lebih sihat. Tema ini memberi kesedaran  kepada orang bahawa tempat kita hidup, bekerja dan bermain seharusnya bebas daripada risiko yang menyumbang kepada penyakit jantung seperti akses kepada makanan sihat dan zon bebas asap rokok, sesuatu yang masih kita sukar dapatkan pada hari ini lebih-lebih lagi di bandar-bandar besar.

Photo: www.wuuhuuonline.com

Risiko Penyakit Jantung


Risiko penyakit jantung dibahagikan kepada 2 iaitu;

  1. tidak boleh dikawal
  2. boleh dikawal
Antara risiko tidak boleh dikawal ialah jantina lelaki, peningkatan usia, keturunan dengan penyakit jantung, wanita selepas putus haid, dan bangsa.

Risiko-risiko yang boleh dikawal pula ialah;
  • tabiat merokok,
  • paras kolesterol jahat (low-densitiy lipoprotein - LDL) yang tinggi dan paras kolesterol baik (high-density lipoprotein - HDL) yang rendah,
  • tekanan darah tinggi yang tidak dikawal dengan baik
  • gaya hidup tidak aktif
  • obesiti 
  • kencing manis atau diabetes yang tidak dikawal dengan baik
  • C-reactive protein yang tinggi
  • tekanan perasaan

No comments:

Post a Comment