Bagaimana ESP Shaklee Boleh Membantu Kualiti Tidur
Bagaimana kandungan ESP Shaklee boleh membantu kita mendapatkan tidur yang lebih berkualiti? Baca lebih lanjut untuk mengetahui kaitannya dengan tidur.Photo: www.universitylifecafe.k-state.edu |
Apakah tryptophan?
Tryptophan merupakan salah satu daripada 9 asid amino perlu, yang bermaksud tubuh manusia tidak mampu menghasilkan sendiri asid amino melainkan melalui diet atau pemakanan. Asid amino ini diperlukan oleh tubuh untuk pertumbuhan normal bayi dan keseimbangan nitrogen di kalangan dewasa.
Tubuh menggunakan tryptophan bagi membantu penghasilan niacin dan serotonin. Serotonin dikaitkan dengan kualiti tidur dan kestabilan mood, dan paras serotonin yang sihat diperlukan untuk kawal atur tidur dan kesan ke atas mood.
Photo: clinicians.co.nz |
Sumber makanan bagi tryptophan ialah keju, ayam, telur, ikan, soya, susu, kekacang, mentega kacang, biji labu, dan lain-lain.
Niacin dan kaitannya dengan kualiti tidur
Photo: progressivehealth.com |
Vitamin B3 atau juga dikenali sebagai niacin merupakan salah satu vitamin yang penting untuk membantu tubuh dalam metabolisme nutrien yang diambil. Niacin memainkan peranan dalam hormon yang berkaitan dengan seks dan tekanan.
Niacin diperoleh melalui makanan. Kekurangan niacin boleh berlaku apabila seseorang individu itu mengalami keadaan atau penyakit yang menghalang penghadaman dan penyerapan zat oleh salur penghadaman. Suplemen niacin biasanya diberi kepada pesakit yang mempunyai paras kolesterol tinggi dengan risiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung.
Photo: shop.classicsleepcare.com |
Peranannya dalam hormon berkaitan tekanan memberi pengaruh kepada kualiti tidur. Ini kerana kualiti tidur berkait rapat dengan kadar tekanan, semakin kurang tertekan, tidur juga menjadi lebih berkualiti.
Serotonin dan kaitannya dengan kualiti tidur
Serotonin merupakan satu bahan kimia (neurotransmitter) yang sangat penting dalam fungsi otak. Serotonin mengawal atur kitaran tidur dan jaga. Serotonin disintesiskan oleh kelenjar pineal bagi menghasilkan melatonin, suatu hormon yang berkait rapat dengan kualiti tidur yang sihat.
[Klik Peranan Melatonin dalam Tidur yang Berkualiti dan Mencegah Kanser]
Makanan yang kaya dengan asid amino tryptophan mengekalkan keseimbangan paras serotonin yang sihat. Paras serotonin yang tinggi menghasilkan keadaan jaga, paras yang rendah pula menghasilkan kepada keadaan tidur.
Paras serotonin adalah rendah menyumbang kepada tidur berbanding jaga, namun, serotonin berada pada paras paling rendah semasa peringkat tidur REM (rapid-eye movement, salah satu peringkat tidur yang juga dikenali sebagai peringkat bermimpi).
Photo: www.vitalityworks.co.nz |
Walau bagaimanapun, gaya hidup yang mengganggu kitar tidur, contohnya kerap mengembara jauh dan mengalami jet lag, bekerja mengikut shif, boleh menyumbang kepada gangguan paras serotonin. Keadaan ini boleh menjurus kepada gangguan tidur dan diikuti oleh komplikasi akibat gangguan tidur seperti kemurungan dan keletihan melampau.
Paras serotonin yang rendah dan tidak seimbang menyebabkan gangguan tidur dan insomnia, dan gangguan tidur serta insomnia ini menyumbang pula kepada tekanan. Tekanan juga merupakan satu penyebab utama paras serotonin rendah yang tidak seimbang, menyebabkan kesan suap balik ke atas keadaan sedia ada, menyebabkan ketidakseimbangan yang berterusan dan berulang-ulang.
Menurut pakar psikologi klinikal, pengambilan makanan kaya tryptophan, di samping senaman mampu meningkatkan serotonin dan seterusnya berupaya menghasilkan paras serotonin yang seimbang dalam mengawal kitar tidur dan jaga.
Walau bagaimanapun, paras serotonin yang terlalu tinggi juga memberi kesan negatif kepada otak, dikenali sebagai sindrom serotonin. Kesimpulannya, kesederhanaan adalah lebih penting untuk keseimbangan yang lebih baik.
Bagaimana ESP Shaklee membantu?
Photo: Shaklee Malaysia |
[Klik ESP Shaklee : Bukan Sekadar Protein Soya] untuk mengetahui kandungan ESP Shaklee.
ESP Shaklee juga mengandungi zat-zat yang diperlukan untuk membantu kualiti tidur yang baik, iaitu;
- tryptophan
- vitamin B2 (riboflavin)
- vitamin B6 (pyridoxine)
- vitamin B3 (niacin)
- zat besi (iron)
Nutrien lain yang didapati membantu tidur yang baik ialah magnesium, potassium dan vitamin D.
Selain ESP Shaklee, OsteMatrix Shaklee juga boleh membantu dalam tidur yang lebih baik kerana mengandungi magnesium dan vitamin D serta nisbah kandungan magnesium-kalsium yang seimbang (pengambilan suplemen kalsium sahaja tanpa nisbah magnesium yang seimbang didapati menyumbang kepada risiko strok dan penyakit jantung yang tinggi).
B-Complex Shaklee juga mengandungi semua vitamin B termasuk vitamin B2, B3 dan B6 yang juga berperanan menukarkan tryptophan kepada serotonin.
Kesimpulannya, pemakanan dan zat yang seimbang memberi pengaruh yang besar dalam kualiti tidur seseorang.
Rujukan:
http://www.uspharmacist.com/content/d/in-service/c/16533/
http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/002332.htm
http://www.livestrong.com/article/506689-taking-vitamin-b3-to-help-with-sleep/
http://www.livestrong.com/article/136959-how-does-serotonin-affect-sleep/
http://articles.mercola.com/sites/articles/archive/2013/08/15/nutrients-better-sleep.aspx
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ingin mendapatkan suplemen Shaklee untuk memperbaiki kualiti tidur anda?
Klik untuk belian online sendiri. Kad kredit/ debit diperlukan.
***Hubungi saya untuk konsultasi cara pengambilan produk yang betul dan berkesan.
Hubungi saya untuk maklumat lanjut mengenai produk atau konsultasi
Call SMS WhatsApp 0196311031
Facebook : Kamalia Auderina Lee
Atau
" Like "
No comments:
Post a Comment