Thursday 11 September 2014

Merawat Demam: Dari Sudut Pandang Jururawat

Merawat Demam : Dari Sudut Pandang Jururawat


Jika kita melayari internet, bertanya kepada pak cik Google, kita akan berjumpa banyak tips merawat demam, baik daripada petua-petua ibu, mahupun saranan doktor, ataupun dari portal penerangan organisasi berkaitan kesihatan, keibubapaan dan sebagainya. Tetapi, pernahkah anda terfikir, bagaimana pula cara rawatan jururawat di hospital? Apakah pengetahun yang mereka miliki yang berkaitan dengan pengurusan demam?

Sebelum beralih kepada cara-cara merawat demam, pengetahuan tentang demam yang jururawat perlu tahu ialah apa itu demam, bagaimana demam berlaku, jenis-jenis demam dan peringkat-peringkat demam. Dengan pengetahuan ini, jururawat tahu tindakan yang bersesuaian yang perlu dilakukan.

Photo: www.clipartpanda.com

Demam dan Fisiologi Demam


Seseorang itu dikatakan mengalami demam atau pyrexia apabila suhu badannya mencapai 37.5 darjah Celsius dan ke atas (julat normal yang diterima ialah 36.0 - 37.4 darjah Celsius). Suhu badan manusia dikawal oleh hipotalamus di otak, dan suhu teras tubuh (core body temperature) yang ditetapkan ialah 37.0 darjah Celsius. Suhu yang ditetapkan ini bagaimanapun boleh berubah. Contohnya, apabila berlaku jangkitan, termostat suhu di hipotalamus akan naik dan ini menyebabkan tubuh bertindak balas menaikkan suhu teras tubuh sehingga mencapai suhu baru yang ditetapkan. Beberapa perubahan fisiologi juga berlaku untuk menaikkan suhu seperti pengecutan salur darah di permukaan kulit untuk mengelakkan kehilangan haba, selain otot-otot menggigil bagi menghasilkan haba melalui aktiviti otot. Bulu roma juga akan menegak dan kembang bagi memerangkap haba selain perpeluhan berkurangan.

Apabila suhu ini ditetapkan semula ke paras suhu asal yang normal (contohnya apabila jangkitan sudah reda atau mengambil ubat demam), tubuh perlu menghilangkan haba yang telah dikumpul sebelumnya untuk menaikkan suhu semasa berlaku tindak balas demam. Apabila termostat suhu di hipotalamus di'set' semula ke normal, berlaku pengembangan salur darah di permukaan kulit dan kulit juga mula berpeluh bagi membolehkan haba hilang melalui peluh. Kadar pernafasan juga akan meningkat bagi membolehkan haba hilang melalui pernafasan dan seterusnya menurunkan suhu teras tubuh.

Demam biasanya akan surut selepas beberapa hari, atau sehingga punca demam dapat diatasi. Demam sebenarnya satu tindak balas tubuh secara semula jadi yang melindungi tubuh dan juga untuk menguatkan sistem imun tubuh (demam yang tidak melebihi 38.0 darjah Celsius).


Jenis-jenis Demam


Antara jenis demam ialah;
  • Demam intermittent - suhu berubah-ubah, sekejap tinggi sekejap normal atau bawah paras normal, dalam tempoh 24 jam.
  • Demam remittent  - suhu berubah-ubah, sekejap naik sekejap turun, dalam jarak tempoh waktu lebih panjang, dalam tempoh 24 jam, dan suhu sentiasa di atas paras normal.
  • Demam relapsing - demam yang berulang-ulang, dengan jarak antara demam diselangi dengan tempoh suhu normal selama 1 atau 2 hari 
  • Demam berpanjangan - demam yang berterusan dengan suhu sentiasa tinggi.
  • Hyperpyrexia - demam yang terlampau tinggi dengan suhu melebih 41.0 darjah Celsius yang boleh menyebabkan kerosakan otak.

Photo: drrajivdesaimd.com

Punca-punca Demam

  • Infeksi atau jangkitan
  • Ubat-ubatan - antaranya sesetengah antibiotik, dadah narkotik, barbiturates.
  • Trauma atatu kecederaan - contohnya serangan strok, serangan jantung, strok haba, trauma terbakar.
  • Penyakit - arthritis, hyperthyroidism, sesetengah jenis kanser.

Peringkat-peringkat Demam

  1. Fasa Pertama (Chill, Rigor) - peringkat tubuh cuba mencapai suhu termostat baru yang lebih tinggi. Pada peringkat ini berlaku tindak balas fisiologi tubuh untuk meningkatkan haba badan. Antara tanda-tanda ialah menggigil, suhu permukaan kulit yang sejuk (kerana pengecutan salur darah pada permukaan kulit untuk mengelakkan kehilangan haba), mengadu sejuk, "goosebump" atau bulu roma meremang.
  2. Fasa Kedua (Plateau) - peringkat suhu tubuh mencapai suhu yang tinggi. Suhu permukaan kulit yang panas, mata berkaca, kadar degupan jantung dan pernafasan yang tinggi, mengadu kepanasan. Keadaan yang perlu diawasi ialah halusinasi, delirium, meracau, sawan, kegelisahan.
  3. Fasa Ketiga (Defervescence, Fever Abatement) - demam surut, apabila suhu di termostat hipotalamus menurun, tubuh akan bertindak balas menghilangkan haba. Antara tanda-tandanya ialah berpeluh, rasa 'hot flush', kulit kemerahan, letih lesu.

Rawatan dan Jagaan Demam


Rawatan demam adalah berdasarkan peringkat demam yang sedang dialami. Tugas jururawat ialah untuk mengawasi setiap peringkat di samping memastikan keselesaan pesakit sepanjang melalui peringkat-peringkat demam.
  1. Fasa Pertama (Chill, Rigor) - oleh kerana pada peringkat ini pesakit akan mengadu kesejukan, dengan tanda bulu roma meremang, suhu kulit yang sejuk dan  menggigil, antara tindakan ialah memberi selimut atau pakaian, memberi minuman suam. Tujuan adalah untuk mengelakkan kehilangan tenaga tubuh yang sia-sia dalam usaha tubuh untuk menaikkan suhu badan. Pada peringkat ini, suhu badan sentiasa diawasi bagi mengawasi kenaikan suhu tubuh pesakit. Tanggalkan pakaian dan selimut apabila demam mula memasuki fasa kedua,
  2. Fasa Kedua (Plateau) - ditandai dengan suhu badan yang panas, adakalanya mengadu kepanasan, mata kelihatan seperti berkaca atau berair, sakit kepala, kadar degupan jantung dan pernafasan yang meningkat. Antara rawatan adalah untuk membantu menghilangkan haba dengan memakaikan pakaian longgar, memberi demahan sejuk (cold compress*) jika suhu di bawah 38.0 darjah Celsius, atau memberi mandi berjelum (tepid sponging*) jika suhu mencapai 38.0 darjah Celsius ke atas, memberi ubat demam mengikut dos yang ditetapkan, memastikan pengudaraan persekitaran yang baik dengan memasang kipas, memberi mandi jika perlu, dan meningkatkan pengambilan cecair bagi membantu menurunkan haba melalui air kencing dan perpeluhan pada peringkat seterusnya.
  3. Fasa Ketiga (Defervescence, Fever Abatement) - ditandai dengan suhu menurun, kulit kemerahan, berpeluh banyak, dan letih lesu. Pada peringkat ini, tukarkan pakaian kepada pakaian yang longgar dan serap peluh agar pesakit lebih selesa selain mengelakkan kehilangan haba yang keterlaluan jika memakai pakaian yang basah oleh peluh atau selepas menjalankan tepid sponging. Tingkatkan pengambilan cecair dengan banyak meminum air dan makan makanan seperti sup dan bubur. Sup dan bubur akan memberi kalori untuk menggantikan tenaga tubuh yang hilang, menggantikan sodium yang hilang melalui perpeluhan untuk fungsi tubuh yang normal selain zat vitamin dan mineral yang perlu untuk sistem imun tubuh. 
* Setiap sesi tepid sponging atau mandi berjelum haruslah tidak melebihi 20 minit bagi mengelakkan fenomena timbal balik (rebound phenomenon) yang mana jika melebihi tempoh ini, tubuh akan bertindak balas yang sebaliknya daripada yang diingini, i.e. melakukan tepid sponging untuk menghilangkan haba tubuh, tetapi rebound phenomenon akan menyebabkan tubuh cuba meningkatkan balik suhu badan. Periksa semula suhu badan selepas 30 minit dan ulangi semula proses jika suhu masih melebihi 38.0 darjah Celsius.


Rujukan:

http://www.healthnetcafe.com/content/day-to-day_care/home_treatment/fever_intervention.html

http://nursingfile.com/nursing-care-plan/nursing-interventions/nursing-interventions-for-fever.html

http://www.webmd.com/first-aid/body-temperature

http://health500.com/learn-about-pyrexia-fever/

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Shaklee juga ada menawarkan suplemen yang membantu meningkatkan sistem imun tubuh dalam menghadapi demam iaitu Nutriferon dan vitamin C (Sustained Release Vita-C Plus bagi dewasa, Chewable Vita-C bagi kanak-kanak).



Ingin mendapatkan suplemen Shaklee untuk meningkatkan imuniti tubuh?
Anda boleh melakukan belian sendiri secara online.
Klik imej di bawah untuk belian online. Kad kredit/ debit diperlukan.
Konsultasi pengambilan produk terutama sekali Nutriferon haruslah dirujuk kepada saya.




CoQHealth Plus


atau boleh juga hubungi saya untuk konsultasi dan pembelian produk, atau untuk menyertai KEAHLIAN SHAKLEE

Call SMS WhatsApp 019-6311031

Facebook : Kamalia Auderina Lee

Atau

" Like " dan hantar mesej ke,
Email: leekamalia@gmail.com

No comments:

Post a Comment