Friday 26 September 2014

Keburukan minyak masak sayuran dimurnikan (refined vegetable oil) - Part 2

Keburukan minyak masak sayuran dimurnikan (refined vegetable oil)

Apakah minyak masak sayuran dimurnikan (refined vegetable oil)?

Terdapat banyak jenis minyak masak sayuran dimurnikan (refined vegetable oil) yang terdapat di pasaran, antaranya ialah minyak canola, minyak kacang soya, minyak jagung, minyak bunga matahari, minyak safflower dan minyak kacang tanah. Minyak ini diperolehi daripada lemak dalam biji yang merupakan dari jenis poli tidak tepu (polyunsaturated fats) dan kekal dalam bentuk cecair pada suhu bilik. Minyak masak sayuran yang biasa kita gunakan merujuk kepada campuran minyak sayuran berasaskan minyak kelapa sawit, minyak jagung, minyak kacang soya atau minyak bunga matahari.

keburukan minyak masak sayuran
Photo: www.indiamart.com

Bagaimana pula minyak masak sayuran ini boleh menjadi bahaya?

Minyak masak sayuran merupakan ekstrak lemak daripada bij, hasil proses kimia dan mekanikal berintensiti tinggi. Proses ini menyingkirkan nutrien semula jadi daripada sumber asal dan menghasilkan minyak yang mudah teroksida. Oleh itu, minyak masak sayuran yang dimurnikan yang mudah teroksida ini kemudiannya bertukar menjadi radikal bebas yang menjejaskan kesihatan.

Photo: www.optek.com
Proses bleaching, deodorizing ini memusnahkan nutrien semula jadi dan menghasilkan asid lemak mudah teroksida yang menjadi radikal bebas yang beracun untuk tubuh kita.

Minyak sayuran dihidrogenasi (Hydrogenated vegetable oil)

Minyak sayuran yang dihidrogenasi atau melalui proses hidrogenasi pula bertukar menjadi marjerin atau lemak sayur (shortening), iaitu lemak pepejal pada suhu bilik. Proses ini bagaimanapun menghasilkan asid lemak trans, iaitu asid lemak dalam minyak yang menjadi rosak. Asid lemak trans ini dketahui berbahaya kepada kesihatan.

[Akan datang Mentega vs Marjerin]

danger of refined vegetable oil
Photo: www.sodahead.com

Perhatikan gambar tersebut, jika semut pun enggan mendekati marjerin, maknanya ia bukannya sejenis makanan melainkan bahan kimia industri semata-mata.

Kesan kepada kesihatan

Pengambilan minyak sayuran yang melalui proses penyulingan dan pemurnian yang merosakkan kandungan minyak sayuran yang pada asalnya sihat telah dikaitkan dengan banyak masalah kesihatan kepada kita. Antaranya keradangan yang berlaku dalam badan (contohnya cyst dan kanser), peningkatan paras triglyceride atau lipid dalam darah yang menyumbang kepada penyakit kardiovaskular (penyakit berkaitan jantung dan salur darah), selain gangguan kepada sensitiviti insulin yang menyumbang kepada penyakit diabetes.

[Klik Keburukan minyak masak sayuran dimurnikan (refined vegetable oil)]
[Klik Tips menghindari bahaya minyak masak (refined vegetable oil)]
[akan datang Keburukan Asid Lemak Trans kepada Kesihatan]
         

No comments:

Post a Comment