Monday 1 September 2014

Nawaitu dan target peribadi

Bismillah hirrahman nirrahim
Nota: Entry ini ditaip pada 26 June 2014, disimpan sebagai draf dan jika anda sudah membacanya, maka target peribadi pertama saya sudah tercapai. Kenapa pula saya menulisnya? Sebagai peringatan bertulis kepada diri sendiri.

Hari ini trending di mana-mana tentang #harigaji atau #payday di Malaysia. Pagi ini juga diizinkan oleh Allah untuk sarapan bersama En. B dan anak bongsu.
Lewat ini, browsing Facebook, Whatsapp, Telegram, Instagram dan Pinterest serta menyemak email merupakan aktiviti rutin bagi saya. Kata-kata motivasi, Ramadhan yang bakal menjelma, iklan-iklan, isu semasa, politik, kisah peribadi, dan macam-macam lagi memenuhi newsfeed.

Dalam menjamah mee kolok sambil berbual-bual dengan En. B, sempat saya terpandang pokok bunga yang tumbuh di seberang jalan kedai tempat kami menikmati sarapan. Memikirkan pokok bunga itu tumbuh, orang lalu-lalang tanpa benar-benar sedar kewujudannya. Berbunga atau tidak, membesar atau tidak.

Sempat saya memikirkan keadaan diri. Beriklan di Facebook, blogging, bercerita mulut dan sebagainya.

Hari-hari saya dibangkitkan semangat dengan kata-kata motivasi, alhamdulillah... Begitu juga apabila melihat orang lain yang berjaya dalam bisnes Shaklee, semuanya kelihatan dan sememangnya insyaallah saya boleh capai. Bonus 4-6 angka, bonus kereta, percutian mewah dan sebagainya. Alangkah leganya jika mampu membayar segala hutang piutang, mempunyai jaminan kewangan untuk masa-masa dan sebagainya.
Saya bersetuju dengan kata-kata lelaki tua berkain pelikat yang ditemui Dato' Roslan Ab Hamid, "wang bukan raja.
Wang ialah hamba perkasa yang memudahkan banyak perkara".

Kata-kata yang saya sifatkan daripada seorang hartawan yang zuhud. Dunia tidak menguasai hatinya, tetapi berada dalam genggamannya.

Walau bagaimanapun, dalam keinginan berjaya itu, saya rasa saya perlu 'kumpul' diri sendiri, kembali kepada nawaitu asal saya kenapa saya menyertai Shaklee.

Pertama, menyertai kerana ingin terus mengamalkan vitamin dan supplemen.

Kedua, menyertai kerana ingin ahli keluarga, sahabat dan orang tersayang mengambil mana-mana vitamin atau supplemen yang boleh meningkatkan kualiti kesihatan mereka. Tujuan itu dapat dicapai apabila saya mampu meyakinkan mereka dengan Shaklee sebagaimana saya telah yakin. Saya tidak akan mencadangkan kepada orang lain apatah lagi orang tersayang jika saya sendiri tidak yakin.

Ketiga, bukan sahaja ahli keluarga, sahabat dan orang tersayang yang terdekat, saya juga merasakan tentu hebat sekali jika saya telah mencadangkan sesuatu produk yang berkesan kepada mana-mana insan yang memerlukan walaupun saya tidak kenal secara peribadi. Kepuasan itu pernah saya rasa dahulu sebelum berhenti daripada meneruskan profesion sebagai nurse. Melihat orang yang pada mulanya sakit kemudian sembuh, atau kualiti hidup dari segi kesihatan yang meningkat, memberi kepuasan peribadi kepada saya.
Kedengarannya agak idealistik. Sebenarnya point yang pertama paling praktikal untuk saya, sebab saya memang pengguna tegar vitamin dan supplemen, jauh lebih lama daripada mengenali Shaklee itu sendiri. Apabila berjumpa produk Shaklee yang ternyata berkesan, sayang sekali jika tidak diketahui orang lain, lebih-lebih lagi jika dapat mendatangkan hasil pula.

be your own boss
Photo: bosschanel.wordpress.com

Seterusnya, push factor.

Tanpa push factor ini, saya mungkin hanya kekal ahli biasa untuk makan sendiri sahaja, tanpa keinginan untuk apa yang dikatakan berjaya dalam bisnes Shaklee, iaitu target peribadi masing-masing.

Pertama, inilah pekerjaan atau bisnes yang membolehkan saya mempunyai masa yang fleksibel dalam menguruskan kebajikan rumahtangga dan anak-anak. Saya pernah bekerja makan gaji sebelum ini, dan saya amat sedar sukarnya meletakkan anak-anak di taska. Gajinya tetap, rajin atau malas. Bukan tidak bersyukur apa yang ada, yang dapat, tetapi sebagai seorang ibu, saya rasa amat penting untuk mendidik sendiri anak-anak, melihat mereka membesar di depan mata, daripada saya keluar bekerja mencari duit tetapi meng'outsource' anak-anak kepada orang lain. Saya juga mendapati, jauh lebih bermakna dan lebih mudah untuk saya direct breastfeeding bayi saya daripada mengepam susu badan di pejabat.
Ada yang mengatakan, membuat bisnes di rumah, sentiasa online, sentiasa menghadap handphone itu mengurangkan perhatian kepada anak-anak. Saya menjawab, apa kurangnya dengan pergi ke pejabat yang mana membuatkan saya langsung tidak dapat memerhati sendiri kelibat anak-anak saya. Sekurang-kurangnya di rumah, walaupun perhatian saya kepada handphone atau laptop, anak-anak tetap memanggil mama mereka apabila mereka perlukan sesuatu, bukannya pada bibik, pengasuh atau penjaga di taska. Begitu juga perhatian kepada suami. Apabila berbisnes sendiri dari rumah, fleksibel untuk saya mengatur masa untuk masak, beriadah bersama keluarga dan sebagainya, berbanding dengan terikat sebagai pekerja di tempat kerja.

Kenapa pula saya perlu mendapatkan pendapatan tersebut?
Maka, point seterusnya, saya mahu bebas hutang tanpa bergantung sepenuhnya kepada pendapatan suami. Jika diikutkan, pendapatan suami sudah cukup malah lebih untuk membayar keperluan dan hutang piutang bulanan. Akan tetapi, saya rasa adalah tanggungjawab saya sendiri untuk membayar hutang peribadi tanpa bergantung kepada ihsan suami terutama sekali hutang sebelum mengenalinya, contohnya hutang pengajian. Mungkin ada yang mengatakan enggan menerima duit suami untuk membayar hutang sendiri itu menunjukkan keegoan, tetapi saya berasa jelas tentang rasa tanggungjawab menunaikan hutang berbanding ego untuk nampak berjaya dan kaya di hadapan keluarga dan masyarakat.

Rasanya, setakat ini sahaja dulu target peribadi. Biar bersederhana. Jika ada mimpi lagi besar sekali pun, simpan dalam mimpi, jangan ditulis jelas lagi. Terlalu banyak target boleh menjadikan saya tersasar dan malang sekali jika terjunam. Hanya perlu disebut jelas nyata sebaik sahaja target peribadi pertama dapat direalisasikan.

Buat masa ini, hanya target peribadi pertama yang perlu di"cermin-ajaib"kan, selebihnya kekal rahsia dulu.

One.thing.at.a.time. As long as I keep moving forward.

Jangan keliru ya, ini hanya target peribadi saya, suatu rahsia umum yang dikongsi ramai surirumah atau pekerja makan gaji yang ingin bebas daripada belenggu pekerjaan masing-masing. Bagi pekerja yang amat suka dengan pekerjaan mereka, isu pendapatan biasanya tidak akan timbul. Untung buat saya, saya sukakan bisnes. Sebelum Shaklee, saya sudah menjalankan pelbagai jenis bisnes sejak kecil. Bisnes yang masih kekal tentu sekali apabila ianya berkaitan dengan kegemaran sendiri, contohnya saya masih menjalankan bisnes kain batik dan kebaya nyonya, sesuatu yang saya suka, salah satunya kerana nilai sentimental yang ada padanya. Bagi bisnes Shaklee pula, ini kerana saya suka mengamalkan vitamin dan supplemen. Lumrah manusia, saya suka berkongsi perkara yang saya suka.

Photo: Master Wan Fatihanum (cilok dari facebook :-p)
Update :
1 September 2014, target pertama saya telah tercapai - rank Supervisor yang tercapai setelah berusaha sepanjang bulan Ogos 2014. Alhamdulillah. Allah juga yang memungkinkan segala perkara, tiada daya upaya saya melainkan kerana Allah, dan segala-galanya atas rahmat Allah semata-mata, yang disalurkan melalui mak Shaklee saya, Irnawati dan nanny Wan Fatihanum. 

Dedikasi khas untuk En. B, anak-anak dan ibu bapa.
Kawan-kawan dalam Amasome, all-about-blog dan anak-anak Shaklee saya, Super Junior.

Sudah tentu target seterusnya ialah effective sebagai supervisor. Amiiinnn ya Allah, permudahkanlah.

No comments:

Post a Comment