Monday 22 September 2014

Khasiat Soya

Khasiat Soya

Kacang soya dan makanan berasaskan kacang soya telah lama wujud dalam pemakanan orang Asia terutama di Jepun dan China. Perdagangan antarabangsa sejak beribu-ribu tahun telah menyebarkan soya dan produk soya ke bahagian-bahagian lain dunia, contohnya di nusantara, Jawa, yang terkenal dengan tempe. Antara makanan berasaskan kacang soya yang biasa didapati dalam pemakanan harian kita di benua Asia ialah tofu, tauhu, susu soya, tempe, miso dan sebagainya.

Namun, tahukah kita tentang apakah khasiat pemakanan yang terdapat dalam soya?

Photo: thehappiestbelly.com

Protein

Kacang soya memang terkenal dengan kandungan proteinnya yang tinggi dan juga sejenis protein lengkap. Ini kerana protein soya mengandungi kesemua asid amino perlu. Atas faktor ini, soya merupakan sumber protein terbaik bagi golongan yang mengamalkan vegetarian atau apa-apa diet tanpa daging.

Kacang soya mengandungi lebih banyak protein berbanding jenis kekacang lain. Kacang soya membekalkan kira-kira 35% kalori daripada protein, manakala kekacang lain hanya membekalkan kira-kira 30% kalori (daripada protein) sahaja. Protein soya merupakan protein dengan kualiti yang setaraf dengan daging dan protein tenusu.

Photo: soyatech.com

Lemak

Lemak dalam kacang soya memberi 40% kalori berbanding hanya 2-14% kalori dalam lemak kekacang jenis lain. Lemak ini yang digunakan untuk membuat minyak kacang soya.

86% lemak dalam kacang soya merupakan jenis tidak tepu (unsaturated fat), 63% dalam bentuk poli tidak tepu (polyunsaturated fat) dan 23% lagi mono tidak tepu (monounsaturated fat). 14% pula ialah lemak tepu (saturated fat).

Serat 

Satu hidangan makanan soya seperti tempe, tepung kacang soya membekalkan 8gm serat makanan. Walau bagaimanapun, makanan berasaskan hanya sebahagian kacang soya digunakan seperti tofu dan susu soya mempunyai kandungan serat yang rendah.

Vitamin dan Mineral

Kacang soya kaya dengan kalsium. Walau bagaimanapun, pemprosesan kacang soya mengubah jumlah kalsium semula jadi dalam kacang soya, contohnya susu soya yang diperkaya dengan kalsium akan menambah lagi jumlah kalsium dalam soya. Makanan berasaskan soya biasanya membekalkan kira-kira 120-300mg kalsium dalam setiap hidangan.

Kacang soya juga kaya dengan zat besi, tetapi zat besi dalam soya sukar untuk diserap oleh tubuh melainkan dengan pengambilan vitamin C, atau mengambil makanan berasaskan soya ditapai seperti tempe.

Selain daripada itu, kacang soya juga kaya dengan kuprum, vitamin B, magnesium dan zink.

Photo: www.worldfoodprocessing.com
Soya ternyata merupakan makanan yang berkhasiat, namun dengan wujudnya jenis soya yang telah diubah secara genetik (genetically-modified organism - GMO) bagi memenuhi keperluan industri yang berasaskan protein soya, kita perlu pandai memilih soya yang dapat memberi kebaikan kepada kita. Elakkan mengambil soya GMO dan pilih soya yang tidak diubah secara genetik (non-GMO) yang merupakan soya yang telah diambil sejak beribu-ribu tahun oleh nenek moyang kita dan telah memberi khasiat kebaikan kepada mereka berbanding soya GMO.

[Akan datang, Soya GMO vs Soya non-GMO]

Photo: aisyaimaan.blogspot.com
Rujukan:
http://www.fitday.com/fitness-articles/nutrition/proteins/what-nutrition-is-in-soy-protein.html

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Photo: Get the right nutrition: contact your distributor today!
Photo: Shaklee Malaysia

ESP Shaklee merupakan satu sumber protein yang baik. ESP membekalkan 14 gm protein soya bukan GMO (non-GMO - non-genetically-modified-organism) yang berkualiti tinggi.

ESP Shaklee mengandungi kesemua asid amino, yang perlu dan tidak perlu.
Tubuh memerlukan asid amino perlu ini yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dan mesti diperolehi daripada sumber makanan.

Berbeza dengan protein dari sumber daging, telur dan tenusu, protein soya ESP Shaklee ini secara semula jadinya rendah lemak, serta bebas laktosa dan kolesterol.




No comments:

Post a Comment