Saturday 13 September 2014

Aku, Jacklyn, Az Yet dan Zaman Pop Remaja...

Wohoho...entry santai hari ini. Beberapa hari dengan fakta ilmiah pun rasa 'jammed' juga jadinya otak saya ini.

Photo: www.soultracks.com

Sekadar mengimbau zaman sekolah menengah, zaman 90-an, zaman yang popular dengan boy band, soul, R&B, budaya pop dari US yang menggila-gila masuk ke dalam lokar dan almari gadis-gadis remaja. Sebut sahaja 'N SYNC, Backstreet Boys, Boyzone, Boyz II Men, wahhh...Selepas itu beralih ke zaman J-pop dan kini K-pop, daripada Super Junior, U-Kiss kini ke CNBLUE, INFINITE... Wahhh... tak dapat sebut berapa banyak lagi (kadang-kadang layan juga K-pop di channel KBS World). memang menarik dengan koreografi yang mengagumkan. Hanya sesetengah sahaja lagu yang dapat dilayan tanpa menonton video tarian mereka, yang bermakna lagu itu benar-benar sedap di telinga. Selebihnya, tanpa tarian, sukar hendak menikmati kerana saya jenis mendengar sesuatu lagu pada muzik dan liriknya. Bahasa Korea? Saya cuma tahu sebut, "aigooo", "otoke?", "omo", "annyeong haseyo", ""unni", "oppa" dan "owe?"...hahaha... Saya memang kagum dengan remaja sekarang yang mampu menghafal lirik lagu Korea. Tetapi jika difikirkan semula, saya pernah hafal satu lirik lagu Jepun (kini sudah lupa).

Pada zaman kegilaan boy band itu, saya tiada kegemaran yang khusus, kecuali Boyzone rasanya yang saya sempat lekatkan poster pada kepala katil. Jika difikirkan, saya lebih kepada folk music, tetapi tetap tidak ketinggalan mengikuti budaya pop pada masa itu terutama lagu-lagu yang popular. Kegemaran peribadi saya lebih kepada Jewel Kilcher, James Iha dan Sarah McLachlan. Jenis melancholy dan infinte sadness huhuhu...Selebihnya, sekadar melayan kegemaran bersama sahabat pada waktu itu yang sangat-sangat gilakan boy band.

Al-kisahnya begini, tengah hari tadi, selesai makan tengah hari, saya mengorek-ngorek surat khabar lama di dalam laci meja kopi. Oh, terjumpa artikel tentang perkahwinan rahsia artis Jaclyn Victor dan Shawn Rivera dari kumpulan Az Yet. Tunggu sebentar, Az Yet!? Saya ketinggalan gosip dan berita artis semasa sejak berkecimpung dalam bisnes Shaklee hahaha... Sekadar isu negara seperti soalan UPSR yang bocor, dan bocor lagi itu sudah tentu saya perlu ambil tahu serba sedikit.

Wowowo Az Yet..terus lagu Hard To Say I'm Sorry berlegar-legar dalam otak. Aduh, terpaksa saya melayan tuntutan otak yang mahu mendengar lagu yang pernah sangat popular suatu ketika dahulu. 

Ya... akhirnya saya bertanya Mr. Youtube pula kali ini. Kepada anak-anak remaja sekarang, mari hayati zaman lagu dengan apresiasi terhadap lirik, bukan seperti kebanyakan lagu zaman sekarang terutama lagu Nikki Minaj, saya memang sukar memahami walaupun lirik lagunya yang sama berulang-ulang kali. 

Mari enjoice Hard To Say I'M Sorry oleh Az Yet, yang mana salah seorang anggota kumpulannya iaitu Shawn Rivera telah berkahwin baru-baru ini dengan Jaclyn Victor, penyanyi bersuara lantang Malaysia. 



Tahniah Jaclyn dan Shawn!

(Sumber: Akhbar Pancaindera, sisipan Mingguan Malaysia, 17 Ogos 2014)
Photo: Petikan akhbar Pancaindera, sisipan Mingguan Malaysia, 17 Ogos 2014
Photo: Petikan akhbar Pancaindera, sisipan Mingguan Malaysia, 17 Ogos 2014

Hard To Say I'm Sorry
(Az Yet feat. Peter Cetera)

Everybody needs a little time away
I've heard her say
From each other

Even lovers need a holiday oooh
Far away from each other

Hold me now
It's hard for me to say I'm sorry
I just want you to stay
And after all that you've been through
I will make it up to you
I promise you, baby

And after all thats been said and done
You're just the part of me I can't let go

ooooh bup bup bup bup

Couldn't stand to be kept away
Not for a day
From your body
Wouldn't want to be swept away awaaaaaaaay
Far away from the one that I love

Hold me now
It's hard for me to say I'm sorry
I just want you to know
Hold me now
I really want to tell you I'm sorry
I could never let you go

And after all that we've been through
I will make it up to you
I promise you

And after all that's been said and done
You're just a part of me I can't let go

I can't let go.

(Lirik copy paste dari http://www.azlyrics.com/lyrics/azyet/hardtosayimsorry.html)

No comments:

Post a Comment