Thursday 25 September 2014

Resepi Sup Ayam dengan Jagung Manis (Chicken Soup with Whole Kernel Corn)

Resepi Sup Ayam dengan Jagung Manis (Chicken Soup with Whole Kernel Corn)


Resepi sup ayam dengan jagung manis ini antara salah satu variasi resepi sup ayam turun temurun keluarga sebelah mak saya yang berketurunan Cina (dalam resepi ini saya menggunakan whole kernel corn di dalam tin). Sup ayam dengan jagung manis ini juga menjadi kegemaran anak-anak kerana rasanya yang manis, dan sememangnya kemanisan jagung serta warnanya yang cantik memikat selera anak-anak. Bahan-bahan yang digunakan juga sangat ringkas serta selain sup ini mudah disediakan.

Sup Ayam dengan Jagung Manis

Bahan-bahan:

  • 5 ulas bawang putih, diketuk
  • 1/2 inci halia, dihiris
  • 300gm ayam, dipotong kecil
  • 1 tin jagung manis (whole kernel corn)
  • Serbuk lada hitam
  • Garam secukup rasa
  • 3 gelas air

Cara-cara:

  1. Tumis bawang putih di dalam periuk sehingga naik bau.
  2. Masukkan daging ayam dan kacau. Tutup periuk dan biar selama 5 minit dengan api sederhana.
  3. Masukkan 3 gelas air dan kacau. Tutup semula periuk dan biar reneh pada api sederhana kecil hingga mendidih dan ayam sedikit empuk.
  4. Masukkan jagung manis di dalam tin (whole kernel corn) dan kacau. Tunggu sehingga sup mendidih sekali lagi.
  5. Masukkan serbuk lada hitam dan garam secukup rasa.
  6. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan (hidangan untuk 6 orang).

Selamat mencuba!

whole kernel cornchicken soup with whole kernel corn


Jagung atau nama saintifiknya Zea mays turut dikategorikan sebagai salah satu makanan sihat. Jagung mempunyai banyak variasi, walau bagaimanapun jagung kuning merupakan jenis yang paling biasa dijumpai. Antara variasi lain jagung ialah berwarna merah, ungu, putih dan biru. Jagung kaya dengan antioksidan carotenoid. Jenis carotenoid yang terdapat dengan banyak dalam jagung kuning ialah lutein dan zeaxanthin. Selain daripada itu, jagung kuning juga kaya dengan vitamin B5 (panthotenic acid), phosphorus, vitamin B3 (niacin), fiber, mangan dan vitamin B6 (pyridoxine).

***CarotoMax Shaklee juga membekalkan 6 jenis carotenoid, 2 daripadanya adalah jenis yang sama yang terdapat dalam jagung kuning iaitu lutein dan zeaxanthin.


Rujukan:

No comments:

Post a Comment