Tuesday 9 September 2014

Pengalaman dengan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (Hand-foot-and-mouth Disease, HFMD)

Pengalaman dengan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (Hand, Foot and Mouth Disease, HFMD)

Hari 1 (Jumaat , 5 September 2014)
Noh demam ringan atau low-grade fever. Tiada sebarang ubat saya berikan kerana suhu badannya masih dapat dikawal. Noh juga aktif dan ceria seperti biasa.

Hari 2
Saya terkejut melihat beberapa bintik ruam yang berair tiba-tiba muncul di bahagian punggung dan lutut anak bongsu, Noh Ritz yang baru berusia setahun setengah. Sehari sebelum itu juga saya teringat dia demam low-grade sekejap. Pada mulanya saya ingatkan disebabkan oleh terjangkit dari kakaknya, Yaya yang demam seminggu sebelumnya. Saya memikirkan juga ruam ini kemungkinan besar viral enxanthem seperti kebiasaan selepas sesetengah demam akibat jangkitan virus.

penyakit tangan, kaki dan mulut
Lepuhan di lutut

Hari 3 (Ahad, klinik cuti)
Kemudian pada pagi Ahad, saya melihat ruam mula merebak ke kawasan lain, kali ini timbul di bahagian tapak tangan dan kaki. Saya mula syak ini bukan ruam yang biasa, kemungkinan besar ini ialah lepuh-lepuh penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD). Noh juga mula menunjukkan tanda-tanda sedikit meragam, kemungkinan besar tidak selesa dengan ruam-ruam yang timbul. Walau bagaimanapun, saya lega kerana Noh masih aktif berjalan ke sana ke mari, bermain dan menyusu.

penyakit tangan, kaki dan mulut
Lepuhan di tapak tangan
penyakit tangan, kaki dan mulut
Lepuhan di tapak kaki
Hari 4 (Isnin, klinik buka)
Saya mula perasan Noh banyak kemam mulutnya. Saya syak lepuh kulitnya juga terdapat di dalam mulutnya. Saya membuka mulut dengan jari untuk memeriksa jika terdapat lepuhan atau ulser di bahagian mulut. Satu ulser yang keputihan kelihatan di bahagian atas bibir. Sempat saya digigitnya selepas saya mendapati ulser yang agar besar di hujung lidahnya. Mak saya juga turut memeriksa dalam mulutnya. Menurut mak, dia sering mendengar penyakit ini di radio dengan insiden yang tinggi di Sibu dan Miri, Sarawak. Saya syak Noh terjangkit penyakit ini semasa berada di Miri seminggu lepas ketika kami sekeluarga bercuti di sana sempena cuti Hari Kebangsaan. Penyakit HFMD akan dorman selama seminggu sebelum muncul.

Kasihan pula rasanya, patutlah Noh enggan makan dan tidak banyak membuka mulut. Pada petangnya, saya membawa Noh ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan nasihat doktor.

Ya, doktor mengesahkan Noh mendapat penyakit HFMD. Tiada sebarang ubat makan atau rawatan khusus yang diberikan melainkan ubat sembur ke dalam mulut untuk melegakan kesakitan. Saya sempat bertanyakan kepada doktor tempoh masa penyakit ini akan surut dan tanda-tanda bahaya yang perlu dirujuk. Doktor memaklumkan dalam tempoh 3,4 hari lepuhan kulit akan surut berdasarkan tanda-tanda yang sudah muncul 3 hari sebelumnya. Manakala tanda-tanda yang perlu diawasi yang perlu rujukan doktor dengan segera ialah dedar atau feverish dengan suhu yang tinggi, tidak aktif seperti kebiasaan dan muntah-muntah.

Ubat sembur mulut

Saya juga diminta memberikan butir-butir diri saya dan suami, alamat dan nombor telefon bagi membolehkan doktor melaporkan penyakit ini ke hospital atau pejabat kesihatan awam.

Hari 5 (hari ini, artikel ditulis)
Lepuh-lepuh mulai surut. Noh masih seperti biasa, aktif dan ceria. Tiada demam atau muntah. Alhamdulillah. Bagaimanapun, saya masih perlu sentiasa awas kerana tempoh penyakit ini yang aktif selama 10 hari. Saya memberi Noh menghisap secubit serbuk Nutriferon bagi membantu meningkatkan sistem imun tubuhnya, selain daripada meneruskan penyusuan susu badan kerana susu badan ialah anti virus semula jadi yang terbaik untuk anak. Noh juga perlu dikuarantin di rumah untuk beberapa tempoh waktu.

Setakat ini anak-anak lain tidak menunjukkan tanda-tanda jangkitan seperti demam dan sebagainya. Walau bagaimanapun, saya tetap memantau keadaan abang dan kakaknya bagi memastikan mereka bebas dari jangkitan tersebut dan berharap agar imuniti tubuh mereka cukup kuat untuk melawan jangkitan daripada menghinggapi mereka pula.

Nutriferon Shaklee

Untuk maklumat lebih lanjut tentang penyakit mudah berjangkit ini, sila klik di pautan ini Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)

UPDATE:

Terdapat juga kes yang sama berlaku di kalangan anak-anak sekampung, dan anak kepada rakan-rakan dalam Facebook. Sesetengahnya kedengaran sangat teruk sehingga dimasukkan ke wad. Ada juga yang kedengarannya demam panas.

Mendengar khabar tersebut, saya bersyukur keadaan anak-anak tidak terlalu teruk kerana mereka kekal aktif biarpun kurang selesa terutama anak yang paling kecil. Daripada keempat-empat anak, hanya dua yang mendapat HFMD iaitu yang paling bongsu dan anak sulung, Acha. Manakala anak kedua dan ketiga hanya mendapat demam gred rendah hanya untuk sehari dua dan kemudian cergas seperti biasa tanpa tanda-tanda HFMD yang ketara seperti lepuh yang dialami oleh Acha dan Noh.

Alhamdulillah...pada hemat saya, daya tahan imun anak-anak kini lebih kuat setelah saya berikan mereka suplemen set kesihatan kanak-kanak Shaklee yang terdiri daripada Meal Shakes, Chewable Vita-C dan OmegaGuard Shaklee.

Jika berminat untuk mendapatkan set suplemen tersebut, boleh hubungi saya di 019-6311031 (WhatsApp/Telegram/SMS).

No comments:

Post a Comment