Saturday 21 March 2015

Cadangan vitamin/suplemen/produk Shaklee untuk Masalah Alergik/Alahan/Ekzema Kulit

Cadangan vitamin/suplemen/produk Shaklee untuk Masalah Alergik/Alahan/Ekzema Kulit


Baru-baru ini saya pernah share tentang kisah seorang ibu yang bersedih anaknya menderita ekzema. Kerap juga saya mendapat pertanyaan tentang produk dan suplemen yang sesuai untuk anak atau diri mereka sendiri yang mendapat masalah kulit sama ada alahan biasa, ruam teruk ataupun yang disahkan sebagai ekzema oleh doktor.

Ekzema atau bukan ekzema


Baru-baru ini saya mendapat pertanyaan daripada seorang wanita yang mengatakan dirinya mendapat ekzema. Saya bertanya adakah keadaannya telah disahkan oleh doktor sebagai ekzema. Saya perlu bertanya untuk memastikan produk yang sesuai kerana kalau hanya ruam biasa, tak perlulah pelanggan membeli produk yang tidak berapa perlu terutama yang ingin bajet.

Akan tetapi jika pelanggan tidak kisah dengan bajet, sudah tentu saya akan beri cadangan yang bersesuaian bagi pelanggan yang bukan sahaja ingin mengatasi masalah yang sedang dialami dengan segera tetapi juga sebagai pencegahan pada masa akan datang. Di sini saya suka mencadangkan suplemen basic nutrtion kerana itu yang kita perlukan setiap hari biarpun tanpa masalah dan penyakit.

Setelah bertanya lebih lanjut, wanita tersebut menyatakan masalah kulit yang dihadapi lebih kepada alahan kulit dan juga jerawat, saya mencadangkan set kulit asas Shaklee iaitu Sustained Release Vita-C Plus dan ESP. Jika masalah yang dinyatakan dapat diatasi, alhamdulillah, maka itu yang sesuai. Jika nak add on value seperti lebih gebu, cerah, mulus, lembab dan sebagainya, saya cadangkan vitamin atau suplemen lain yang sesuai dengan keinginan, biasanya Vita-E Complex, CarotoMax, GLA Complex, B-Complex. Bagi yang ada bajet lebih, Vivix dan Shaklee Collagen Powder.

Alahan atau alergik kulit


Hari ini pula saya menerima mesej pertanyaan tentang produk atau suplemen yang sesuai untuk anak yang disahkan alergik kulit oleh doktor sehingga kulit gatal-gatal dan luka-luka di beberapa tempat. Beliau turut mengirimkan gambar-gambar untuk rujukan lanjut saya.

Saya mencadangkan;

- multivitamin (Vita-Lea for Children atau Meal Shakes) untuk menguatkan imun badan

- Chewable Vita-C Plus untuk cepatkan luka sembuh dan juga imun badan

- OmegaGuard untuk mengurangkan inflamasi atau radang kulit akibat alergik atau alahan

- untuk luaran bagi luka atau gatal-gatal yang kering, krim Herbal Blend untuk melegakan kulit

- Zinc Complex, tabletnya ditumbuk halus dan serbuk ditabur pada luka yang berair

- Basic H untuk menggantikan mandian sabun biasa

Insyaallah, saya harap cadangan ini dapat membantu.

Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya di 019-6311031 Ms Nur Kamalia untuk konsultasi eksklusif pelanggan





Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. * This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

Krim Herba Multipurpose untuk Kulit

Krim Herba Multi-purpose untuk Kulit 


Herbal Blend ni merupakan krim herba multi-purpose atau pelbagai guna untuk melegakan kulit, dan digunakan oleh ibu-ibu untuk merawat hampir apa saja masalah kulit - daripada ruam alahan, gigitan serangga, tumit merekah, ekzema, jerawat dan macam-macam lagi.

Dirumus khas dengan menggunakan ekstrak tulen herba semula jadi iaitu sage, rosemary, yarrow dan horse chestnut. Ianya juga segar dengan menthol dan tidak melekit, mudah meresap dan lembut ke dalam kulit.

Krim ini telah diuji secara klinikal dan berkesan untuk melembutkan kulit, melegakan gigitan serangga, ruam malah ada sahring daripada para ibu yang mengatakan nyamuk kurang menggigit kulit anak-anak yang disapu dengan Herbal Blend ini. Oleh kerana fungsinya yang pelbagai, krim ini juga dikenali dengan nama krim ajaib Shaklee.

Harga satu tiub hanyalah berharga RM27.50.




Untuk pertanyaan lanjut, konsultaasi produk atau pembelian, hubungi saya 019-6311031 Ms Nur Kamalia (Whatsapp/sms)


Bagi warga Temerloh, Pahang boleh mendapatkannya secara COD. Lain-lain kawasan boleh dihantar melalui penghantaran pos.

Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. * This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

Kisah seorang anak dengan ayahnya yang lumpuh dan keluar masuk hospital kerana selalu kurang garam

Kisah seorang anak dengan ayahnya yang lumpuh dan keluar masuk hospital kerana selalu kurang garam


Kali ini saya nak berkongsi pula kisah seorang anak yang mempunyai seorang ayah yang telah lumpuh separuh badan akibat strok beberapa tahun lepas. Keadaan lumpuh separuh badan itu menyebabkan urusan harian ayah ini terpaksa dilakukan oleh ahli keluarganya, daripada memberi ubat, menyuap makanan hingga ke urusan membersihkan tubuh dan sebagainya. Pendek kata, dalam keadaan begitu, ahli keluarga perlu menguruskan dari A hingga Z urusan penjagaan diri.

Gambar hiasan
Photo: www.nuh.com.sg

Kurang garam dan air dalam tubuh


Pak cik (si ayah ni) ni juga agak kerap dibawa ke hospital, bukan sebab strok atau penyakit lain, melainkan disebabkan kurang garam dalam tubuh, atau bahasa mediknya, hiponatremia (hipo - kurang; natri - natrium, garam sodium; emia - dalam darah). Keadaan ini memang biasa berlaku kepada orang yang bedridden atau terlantar di katil dan memerlukan orang lain untuk menguruskan hal makan minumnya. Ini berlaku kerana orang itu sendiri tidak mampu memberitahu ahli keluarga malah untuk melakukan sendiri untuk memenuhi keperluan diri. Contohnya, jika haus, tidak seperti kita, mereka perlu menunggu ahli keluarga untuk memberi minum. Selain daripada kurang garam, salah satu keadaan yang biasa berlaku ialah dehidrasi atau kurang air. Sebabnya pun sama seperti kurang garam. Lebih-lebih strok beliau disebabkan oleh tekanan darah tinggi, maka ahli keluarga turut mengawal pengambilan garam tanpa menyedari kekurangan yang berlebihan pula.

Ikhtiar dengan suplemen Shaklee


Aunty ni (si anak) pun bertanya kepada saya apa yang sesuai diberikan kepada ayahnya (ayahnya dah keluar hospital). Saya pun mencadangkan Performance Drink Shaklee kerana minuman ini dapat memberi keseimbangan bendalir dalam badan - mengekalkan hidrasi dan keseimbangan elektrolit atau garam tubuh. Pengetahuan yang diperolehi sebagai bekas misi sedikit sebanyak membantu. Saya turut mencadangkan Vivix kerana Vivix sesuai untuk pemulihan sel dan tisu terutama berkaitan saraf selain mempunyai ciri melancarkan aliran darah dan memberi kawalan lebih baik kepada tekanan darah, jadi berpendapat sesuai untuk bekas pesakit strok. Namun, disebabkan bajet, beliau hanya setuju untuk membeli Performance Drink dan juga Alfalfa Complex. Beliau sendiri yang inginkan Alfalfa Complex kerana yakin dengan alfalfa sebagai "king of all food" atau suatu superfood yang kaya dengan khasiat untuk tubuh. Bagi saya, apa salahnya kerana memang menyedari sifat alfalfa itu sendiri yang juga tinggi dengan protein, vitamin dan mineral yang penting untuk tubuh.

Photo: Shaklee Malaysia

Selang beberapa minggu kemudian, saya bertanyakan aunty ni tentang progress ayahnya. Aunty kata ayahnya mula menunjukkan kesan positif. Beliau lebih cergas dan mula kelihatan banyak bergerak. Kemungkinan sebelum ini beliau bukannya lumpuh sepenuhnya, cuma mungkin kerana kurang tenaga daripada makanan.

Hasil setelah mengamalkan Alfalfa Complex dan Performance Drink


Saya bertanya macam mana aunty beri kepada ayahnya. Beliau menerangkan bahawa alfalfa tu beliau tumbuk sehingga menjadi serbuk sehingga menjadi serbuk dan disuap kepada ayahnya. Mula-mula ayahnya enggan juga sebab tak sedap, tetapi lama kelamaan mungkin merasa perbezaan selepas mengambil alfalfa, tambah pula bila dah biasa, masalah tak nak makan alfalfa tu selesai. Saya kagum juga dengan kesabaran aunty ni. Alang-alang sesetengah orang tu adakalanya dibiar je.

Manakala Performance Drink ni diberi mengikut sukatan seperti yang saya cadangkan. Sedikit je, tidak banyak untuk sehari kerana pak cik ni bukannya seorang yang aktif, cukup untuk mencegah kekurangan garam dalam tubuh. Jadi satu canister atau balang Performance Drink ni dapat digunakan lebih kurang sebulan juga. Perisa oren yang sedap juga memudahkan pak cik ni minum air Performance Drink ni.

Image result for happy after stroke
Gambar hiasan
Photo: dailymail.co.uk

Beberapa bulan kemudian, saya melawat ke rumah aunty ni semasa hari raya (kejadian ini berlaku tahun lepas semasa kami masih tinggal di Sarawak), saya melihat pak cik ini duduk di kerusi roda dan kelihatan ceria dan seronok beramah mesra dengan ahli keluarga, sanak saudara dan orang kampung yang datang menziarah. Seronok pula melihatnya. Lebih-lebih lagi aunty ini dan seluruh ahli keluarga mereka pasti sangat gembira dengan perubahan positif tersebut. Ye lah, siapa suka lihat orang tua terlantar sakit kesedihan. Allah sahaja yang tahu apa isi hati mereka apabila nikmat sihat dan cergas itu ditarik daripada badan. Dan bagi kita sendiri pula belum tentu tahu nasib bagaimana.

Syukur alhamdulillah, walaupun saya sendiri yakin dengan khasiat Alfalfa Complex dan kebolehan Performance Drink, tetapi perasaan teruja melihat sendiri kebaikan ke atas orang lain depan mata memang level 999 la. Gembira sangat. Ingin sahaja saya share photo mereka sekeluarga tetapi kena hormat juga privasi mereka.

Photo: Shaklee Malaysia

Istimewanya Alfalfa Shaklee


Biarpun kini banyak alfalfa dijual di pasaran, bezanya alfalfa Shaklee yang digunakan ialah daripada jenis yang matang dengan akarnya telah jauh menganjur ke dalam perut bumi untuk menarik zat khasiat yang kaya, berbanding alfalfa pasaran yang biasanya menggunakan alfalfa yang baru bercambah seperti taugeh. Bagi Performance Drink pula, ianya memang minuman isotonik pilihan saya untuk kekal hidrat.

Anda bagaimana? Cubalah Alfalfa Complex sebagai suplemen harian untuk memelihara kesihatan keseluruhan.

Alfalfa Complex Shaklee terdapat dalam dua persediaan packaging iaitu Alfalfa Complex 330 tablets berharga RM53.75 dan Alfalfa Complex 700 tablets berharga RM97.50.

Performance Drink pula berharga RM82.50 untuk satu canister/balang dengan berat 539gm.

Vivix Shaklee yang saya sebutkan tadi pula berharga RM475 untuk satu botol sebanyak 150ml. Kecik je tapi powerful, kebaikannya memang berbaloi dengan harga.

Photo: Shaklee Malaysia

Hubungi saya untuk pertanyaan dan pembelian atau konsultasi produk di 019-6311031 whatsapp/ sms Ms Nur Kamalia (saya ler tu)



Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. * This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

Friday 20 March 2015

Pengedar Produk Kesihatan Shaklee bagi kawasan Temerloh, Pahang - Terutama area Paya Pulai, Batu 3, Batu 4

Pengedar Produk Kesihatan Shaklee bagi kawasan Temerloh, Pahang - Terutama area Paya Pulai, Batu 3, Batu 4


Kepada warga Temerloh yang ingin mendapatkan produk-produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi pelanggan yang eksklusif untuk pelanggan, boleh hubungi saya di;

019-6311031 Whatsapp/ SMS




Antara produk ialah:


- set kecantikan kulit luaran dan dalaman
- set hamil
- set bersalin berpantang
- set selepas pembedahan
- set buasir
- set sendi tulang
- set kencing manis
- set darah tinggi
- set tambah berat
- set kurus
- set kesihatan kanak-kanak
- set kesihatan rambut
- set selepas strok
- set subur lelaki dan wanita
- untuk berhenti merokok
- dan pelbagai lagi



Insyaallah saya akan cuba memberikan servis pelanggan yang terbaik :-)
COD juga available, manakala bagi kawasan lain menggunakan khidmat pengeposan

Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. * This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

Vitamin dan Suplemen untuk Kesuburan Lelaki

Vitamin dan Suplemen untuk Kesuburan Lelaki

Zinc untuk kesuburan lelaki


Zinc di dalam prostat lelaki adalah 10x ganda berbanding organ lain.
Zinc memainkan peranan penting dalam organ seks lelaki.
Kekurangan zinc yang serius akan menyebabkan masalah seperti kematangan organ seks lelaki yang lambat, impotensi, gangguan perkembangan pada testikel, jumlah sperma yang rendah, fungsi seksual merosot, penuaan sebelum usia dan rambut gugur.


Vitamin B dan E untuk lebih subur


Selain daripada zinc, nutrien lain yang perlu untuk kesuburan lelaki ialah vitamin B dan E.

Bagi kesuburan lelaki, saya biasanya menyarankan 3 produk berikut;

1. Zinc Complex  - untuk penghasilan sperma yang lebih banyak dan lebih sihat.

2. B-Complex - biarpun vitamin B mudah diperolehi daripada pemakanan harian, saya biasanya memang sarankan lelaki mengambil B-Complex ini terutama lelaki yang merokok. Kombinasi vitamin B dengan zinc meningkatkan kesihatan dan jumlah sperma. Kekurangan salah satu merupakan antara sebab bilangan sperma berkurang.

3. Vita-E Complex -jika zinc dan vitamin B penting untuk jumlah dan kesihatan sperma, vitamin E pula sangat penting untuk memastikan sperma itu bergerak dengan bertenaga dan dapat berenang ke arah ovum dan seterusnya memulakan persenyawaan yang akan berkembang menjadi bayi. Kekurangan vitamin E  yang teruk menyebabkan sperma statik dan tidak bergerak. Vitamin E sangat penting terutama kepada lelaki yang merokok dan mengamalkan pemakanan tidak sihat seperti banyak memakan makana segera dan bergoreng.


Harga:

Zinc Complex - RM33.75 (120 tablets untuk penggunaan 4 bulan)
B-Complex - RM53.75 (120 kapsul untuk penggunaan 4 bulan) 
Vita-E Complex - RM149 (120 kapsul untuk penggunaan 4 bulan)

Promosi Bulan Mac 2015 Zinc Complex beli 3 percuma 1


Bulan ini merupakan promosi bagi Zinc Complex beli 3 percuma 1. Tidak rugi dapatkan 4 botol untuk kegunaan sekeluarga kerana Zinc Complex juga elok diamalkan untuk memelihara kesihatan kerana zinc dapat meneutralkan kesan racun plumbum dan kadmium yang kita terambil secara tidak sengaja atau dengan sengaja seperti merokok, meningkatkan imun tubuh jadi tidak mudah sakit, mencegah rambut gugur dan kebotakan, mempercepatkan luka sembuh dan mengelakkan jerawat.

Untuk pertanyaan, konsultasi lanjut atau pembelian produk, hubungi saya di 019-6311031 Ms Nur Kamalia


Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. * This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

Kisah seorang remaja dengan jerawat - Macam-macam dah cuba, tapi kalau boleh, nak yang bajet je

Kisah seorang remaja dengan jerawat - Macam-macam dah cuba, tapi kalau boleh, nak yang bajet je

Hormon oh Hormon


Terdapat satu kisah seorang remaja ni, macam biasa remaja yang baru nak naik ni hormon tengah mencanak-canak. Dengan gelora perubahan hormon tu, macam tu juga la dengan jerawat, bergelora juga naiknya. Pening remaja ni (identiti dirahsiakan) nak mengatasi jerawat. Muka lawa dah, tapi part jerawat tu, mak aihh tensen sungguh. Dalam hati tu, 'malu nak tegur secret admirer dengan muka macam ni'.

Kalau hormon tengah ok tu, naiknya macam pasir aje la, ada tapi halus berterabur je. Tapi bila aktif sikit dengan aktiviti kat sekolah, berjemur tengah panas, dekat nak exam, datang stress macam-macam stress remaja ni, mula la jerawat batu gunung nak bersidai elok-elok kat batang hidung la, pipi la, leher la. Stress. Kalau dapat buat pemanis tu orait la jugak, ni dah la berkawah sana sini, sakit pulak tu huhuh... wahhh, macam pernah lalui je. Ye lah, saya ni kan pernah remaja dulu, mestilah paham. Bezanya sekarang ni masih remaja dalaman sebab amal Vivix, anti penuaan terbaik abad ini cewahhh! Kalau tak mungkin nampak kertu je hahaha!!!

Gambar hiasan
Photo: www.articles4health.net

Nak atasi jerawat - tapi bajet :-/


Pantang dengar atau baca produk anti jerawat je, mula hati remaja ni gatal nak try, lagi-lagi bila tengok testimoni sebelum selepas. Boleh kata macam-macam dah segala mak nenek produk skincare di ni try, yang dalam bajet la. Maklumlah budak sekolah je, mana ada bajet sangat. Harap FAMA (father & mother) punya bajet, memang agak terhad. Lepas la beli pencuci muka dengan krim anti jerawat kat pasaraya.

Ada juga kawan-kawan yang suggest macam-macam. Tapi member yang berduit anak orang kayes tu lain cerita la, boleh la beli set skincare mahal-mahal. RM100+ satu set untuk skincare, mahal tu untuk student remaja macam dia. Sesekali pujuk mama tu dapat la sekali beli, tapi pakainya sebulan aje. Takkan tiap-tiap bulan nak dengan mama, mama pun ada nak set bajet untuk skincare sendiri huahuahua...

Tiap kali buka fb, mata rambang je tengok testimoni kulit mulus bebas jerawat ni. Puas pm, huhuhu macam biasa bajet mesti tak lepas...kalau murah sangat pun risau, kot murah sebab bahan terlarang tanpa kelulusan ke, tak ke naya kulit remaja huhu...

Photo: Shaklee Malaysia

Kakak Hantek kata boleh try Zinc Complex Shaklee - RM33.75 je sebotol untuk 4 bulan


Lepas tu tengok kakak hantek ni, selalu pos dalam facebook, katanya Zinc Complex Shaklee boleh atasi jerawat. Yang lain-lain tu selalu tengok gak, vitamin C dan ESP Shaklee ni memang famous dapat atasi jerawat, kulit pun mulus gebu. Dia pun memang tahu dah kakak hantek ni memang amal vitamin C dan ESP Shaklee, pasal tu kulit kakak hantek tu cantik je. Tapi, bajet vitamin C dan ESP aje RM200+ (Sustained Released Vita-C Plus RM92.50 dan ESP RM150), jadi memang tak lepas la. Tapi harga tu memang padan la sebab berkesan. Lagipun, remaja ni bukan nak kulit mulus, janji dapat atasi jerawat, kakak kata masih mulus gebu sebab muda remaja lagi, cuma masalah jerawat je. Lainlah kakak tu yang kulitnya kalau tak jaga memang berkedut la agaknya.

Remaja ni pun tanya la mama dia boleh tak kalau nak Zinc Complex Shaklee ni. Dia pun tengok kakak hantek ni letak harga RM33.75 sebotol untuk 4 bulan, oh, hebat tu. Nak try la pasal bajet ok, bawah RM50 untuk 4 bulan, ok sangat tu, harap mama setuju.

Mak remaja ni pun beli la sebotol Zinc Complex untuk anaknya. Ye lah, mak mana tak nak tengok anak cantik kacak kulit licin bergaya. Kakak hantek ni (saya ler tu ahaksss!) pun ajar la cara-cara makan dengan betul sebab kakak ni pengedar Shaklee yang berilmu dan memberi konsultasi terbaik dan free kepada pelanggan beliau sahaja (tak nak bertanggungjawab beri konsultasi kepada pelanggan orang lain). Kalau salah cara makan, sia-sia la sebab jadi kurang atau tidak berkesan.

Yezzaaa! Boleh la update selfie puas-puas hahaha


Jadi, nak pendek cerita, mak remaja ni datang cerita pada kakak ni, anaknya happy kulit sudah licin selepas sebulan amal. Jangankan jerawat denyut-denyut tu, jerawat pasir pun segan nak naik. Kakak hantek perasan juga remaja tu selalu update photo selfie di facebook hehehe

Photo: www.huffingtonpost.com

Alhamdulillah, happy sebab dapat tolong. Memang paham sangat, umur begini remaja sangat sensitif dengan rupa diri. Saya ni pun kakak yang suka nak tolong, bukan nak untung semata-mata. Kalau nak untung lebih, saya takkan suggest Zinc Complex sebab murah. Tapi kalau orang dewasa kulit dah matang tu memang la saya suggest Sustained Released Vitamin C dan ESP untuk kulit sebab kolagen kita umur-umur begini ni mula la berkurangan. Kalau untuk yang nak result cepat dan extra-extra results, of course kena bayar lebih beli Vivix dan Shaklee Collagen Powder. Yang dua tu memang power.

Zinc Complex ni sesuai untuk lelaki dan perempuan ye.

Promosi Bulan Mac Zinc Complex Buy 3 Free 1


Kebetulan pula bulan Mac ni Shaklee buat promosi buy 3 free 1 Zinc Complex. Tak pernah lagi promo buy 3 free 1, biasanya buy 6 free 1.

Apa lagi, moh la grab. Stok cover 1 tahun 4 bulan, lama tu. Beli bulan ni dah la dapat free 1 kalau beli 3 botol, bebas GST lak tu.

Cadangan lain untuk kulit bebas jerawat


Selain Zinc Comlex ni, vitamin dan suplemen lain Shaklee yang mampu membantu mengatasi jerawat ialah;

1. Sustained Release Vita-C Pluss 500mg

2. Energizing Soy Protein ESP Shaklee

3. Vita-E Plus (jika kulit tidak berminyak), ambil dengan kombinasi bersama sutained Release Vita-C Plus

4. Herbal Blend Shaklee untuk luaran, sapu saja pada jerawat dan jerawat cepat kering

5. Vivix untuk perbaiki struktur kulit dari dalam secara intensif dari peringkat sel

6. Shaklee Collagen Powder

7. GLA Complex

8. Set Skincare Enfuselle untuk penjagaan luaran, super jimat sebab setiap botol tahan lama penggunaan

Semua produk di atas sesuai digunakan lelaki dan wanita.

Jadi, untuk konsultasi apa jua pertanyaan produk untuk masalah kulit, hubungi kakak hantek 019-6311031 (Ms Nur Kamalia) 


Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. * This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

Thursday 19 March 2015

Info santai tentang chewable multivitamin untuk kanak-kanak (Vita-Lea For Children Shaklee)

Info santai tentang chewable multivitamin untuk kanak-kanak (Vita-Lea For Children Shaklee)


Untuk penerangan produk bagi entry kali ini, saya memilih untuk bercerita secara santai berbanding gaya biasa saya sebelum ini hehehe (anda boleh rujuk info produk-produk lain yang mana gaya saya lebih skema hihihi...)... Bukan nak bertukar gaya, tetapi saya rasa perlu bercerita tentang produk yang baru dilancarkan semula ini dengan cepat. Biasanya untuk info produk, saya perlu spend 2- 3 hari pembacaan dan draft entry hanya untuk menyiapkan satu entry huhuhu (nampak tak komitednya saya? Hehe perasan). Insyaallah lain kali saya akan cuba spend masa untuk buat entry yang detail dan skema, dengan syarat saya tidak mengalami gangguan internet kerana info produk ni saya perlu banyak merujuk dalam internet.

Photo: Shaklee Malaysia

Ok, kembali kepada produk. Vita-lea for Children ini sudah 3 bulan berada di pasaran, sejak Januari 2015. Bayangkan sudah 3 bulan dilancarkan semula, baru sekarang saya dapat menulis tentangnya. Bagi yang telah follow entry sebelum ini [Baca: Aku, Temerloh, TM dan pasca banjir], mungkin dapat memahami serba sedikit situasi saya sekarang. Apa-apapun, whatsapp, call, sms tetap boleh berfungsi sepenuhnya ye. Jika ada yang terbaca ni orang kuat TM, silalah ambil perhatian dengan technician yang malas tu ye, sebab di kampung saya tu ada satu rumah ada internet TM, kenapa saya tak dapat-dapat lagi.

Photo: Shaklee Malaysia

Vita-Lea for Children - tablet multivitamin boleh kunyah/hisap untuk kanak-kanak


Teruja saya apabila dapat tahu Vita-Lea for Children atau dulu panggil Chewable Vita-Lea dikeluarkan semula dengan new improved formula chewahhh.. Sebelum ini mulitivitamin untuk kanak-kanak dalam bentuk tablet hilang daripada dunia pengedar Shaklee macam saya, maka untuk memenuhi permintaan multivitamin, mujurlah Shaklee turut menawarkan Meal Shakes: French Vanilla yang merupakan multivitamin dalam bentuk serbuk atau tepung untuk kanak-kanak.

Photo: Shaklee Malaysia

Dengan pelancaran semula Vita-Lea for Children ni, pilihan ibu bapa kini bertambah. Bagi kanak-kanak yang lebih menggemari multivitamin dalam bentuk tablet boleh hisap atau kunyah kerana macam makan gula-gula, atau biasanya ibu bapa lebih sukakan multivitamin bentuk tablet kerana mudah diberikan (ehemm..tak perlu nak bancuh), chewable multivitamin perisa anggur ni sememangnya berita baik. Walau bagaimanapun, jika anak jenis picky eater yang cenderung mendapat sembelit, saya lebih suka menyarankan pengambilan Meal Shakes juga kerana di dalamnya terdapat kandungan serat pemakanan yang mampu mencegah atau mengatasi sembelit kanak-kanak.

Photo: Shaklee Malaysia

Ciri-ciri produk


Mengambil ayat dari Shaklee (hehehe...), multivitamin ini seperti mana Vita-Lea Iron Formula untuk orang dewasa, telah dibangunkan selama lebih 100 tahun pengalaman sains pemakanan oleh Shaklee huiyooo... Tidak lupa nak tekankan di sini, Shaklee merupakan pencipta multivitamin pertama dunia, malah perkataan vitamin itu sendiri dicipta untuk menamakan multivitamin ini, Vitalised-Mineral.

Photo: Shaklee Malaysia
Vita-Lea kanak-kanak ini membekalkan semua jenis vitamin dan mineral yang penting untuk memenuhi keperluan nutrisi anak anda. Kita sendiri sedia maklum, tidak semua apa yang kita makan seharian mengandungi semua nutrien yang kita perlukan, lebih-lebih lagi pada zaman makanan serba terproses dan segera ini. Ditambah pula jika si manja memiliki tabiat cerewet memilih makanan, atau semudah tidak suka hidangan sayur.

Photo: Shaklee Malaysia

Fungsi:

1. Menyokong kekuatan imun tubuh anak-anak agar lebih kuat melawan penyakit

2. Memelihara kesihatan kulit

3. Menyokong kekuatan gigi dan tulang

4. Menyokong pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang pesat

5. Membantu menaik dan menstabilkan selera makan kanak-kanak

6. Memelihara kesihatan keseluruhan


Photo: Shaklee Malaysia

Istimewanya, tablet multivitamin perisa anggur ini tidak mengandungi pewarna, perisa, pengawaet atau apa-apa bahan tiruan, malah dengan formula mesra gigi, jadi ibu bapa boleh sit back and relax kerana ianya tidak merosakkan gigi.

Photo: Shaklee Malaysia

Promosi Vita-Lea for Children Beli 3 Percuma 1


Sejak Januari 2015, promosi pihak Shaklee masih berlarutan sehingga Mac 2015. Setiap pembelian 3 botol Vita-Lea for Children ni melayakkan percuma 1 botol bernilai RM111, jadi hanya perlu membayar RM333 untuk 4 botol. Berbaloi bukan jika anda memiliki anak yang ramai dan tiada yang lebih bernilai daripada wang jika dibandingkan dengan kesihatan anak-anak bertambah baik.

Setiap botol mengandungi 60 biji tablet boleh kunyah. Saya tidak pastilah tentang promosi bulan depan, masih atau tidak offer buy 3 free 1 ni. Lagipun, bulan depan GST dah mula dikenakan..apa tunggu lagi?
Photo: Shaklee Malaysia


Untuk pertanyaan lanjut dan pembelian produk, hubungi saya di 019-6311031 Ms Nur Kamalia (saya ler tu)


Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. * This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

Sembelit - bagaimana nak atasi

Sembelit - bagaimana nak atasi


Sembelit merupakan masalah sering dialami banyak orang terutama yang meningkat usia dan ibu-ibu setelah melahirkan anak. Sesuatu keadaan dikatakan sembelit apabila kekerapan membuang air besar kurang daripada 3 kali seminggu., disertai najis yang keras dan sukar lawas semasa pembuangan air besar.


3D - Diet, Drink, Do Physical Activities


Ianya dapat dicegah dengan diet tinggi serat, pengambilan cecair yang banyak dan aktiviti fizikal agar najis bergerak lancar. Melalui diet tinggi serat, banyakkan pengambilan sayur, buah- buahan dan bijirin gandum penuh. Pengambilan cecari pula tidak semestinya bermaksud minum air semata-mata malah merangkumi pengambilan makanan yang tinggi kandungan cecair speerti sup, buah-buahan, bubur, agar-agar dan sebagainya. Manakala melalui aktiviti fizikal, banyakkan senaman untuk menggerakkan otot-otot dan seterusnya melancarkan pergerakan otot-otot penghadaman.

Namun jika masih mempunyai masalah sembelit biarpun melakukan langkah-langkah pencegahan, sembelit boleh diatasi dengan pengambilan ubat atau herba.

Jika sembelit yang kronik (seperti najis berdarah), dapatkan rawatan doktor untuk mengesan tanda awal kanser usus.

[Sumber: Majalah Rasa]



Herb-Lax dan OsteMatrix Shaklee


Herb-Lax Shaklee menawarkan supplemen yang mengandungi herba pilihan (seperti daun henna) yang mampu mengatasi sembelit. Ianya dipilih kerana sifatnya yang lembut kepada usus di samping mampu mencuci usus daripada mendapan bahan buangan yang tersekat di dalam usus. 


OsteMatrix Shaklee pula lebih berkesan sebagai langkah pencegahan berbanding mengatasi sembelit yang sedang berlaku. Namun, OsteMatrix lebih disyorkan untuk kegunaan sehari-hari berbanding Herb-Lax. Ini oleh kerana sifat julap Herb-Lax menjadikannya tidak digalakkan untuk kegunaan kerap atau pencegahan bagi mengelakkan kebergantungan seseorang kepada penggunaan julap (biarpun lembut) untuk semeblit. Lain pula dengan OsteMatrix, kerana Ostematrix membekalkan kalsium, magnesium dan vitamin D yang penting untuk kesihatan tulang.





019-6311031 Ms Kamalia untuk pertanyaan lanjut bagi pembelian atau konsultasi produk


Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. * This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

Kisah seorang wanita menderita sembelit yang berisiko mendapat buasir

Kisah seorang wanita menderita sembelit yang berisiko mendapat buasir


Ok, entry kali ini saya akan share pula tentang seorang wanita yang sembelit. Wanita ini telah beberapa kali melahirkan anak, menyebabkannya sering mendapat sembelit (ahhh...sekali lagi kita bercakap tentang pengorbanan wanita bergelar ibu).

Akibat terlalu lama menderita sembelit, wanita ini boleh saya katakan sudah berisiko mendapat buasir. Ini kerana beliau merasakan ada sedikit bahagian dalaman dubur mula terkeluar dan adakalanya berdarah setiap kali selepas membuang air besar. Bimbang dengan keadaan itu, puas beliau mencari cara-cara pencegahan.

Tanyalah tips pencegahan sembelit, boleh dikatakan hujung jari. Ye lah, kalau dah godek sehabis mungkin, sedikit sebanyak expert sedikit banyak. Beliau berpegang kepada 3D - drink, diet, do physical activities atau dalam kata lain, minum banyak air, pemakanan tinggi serat (diet dimaksudkan sini ialah pemakanan ye, bukan diet yang nak kurus tu), dan banyakkan pergerakan fizikal seperti senaman untuk membantu otot-otot bergerak dan seterusnya melancarkan otot penghadaman untuk mencegah sembelit.

Biarpun amalan gaya hidup semakin sihat sedikit sebanyak mengurangkan sembelit, keadaan otot sekitar punggung yang lemah akibat kerap melahirkan anak sememangnya memberi kesan. Beliau terpaksa melakukan sesuatu yang ekstra.

Lagipun, realistiknya, macam kita ibu-ibu kebanyakan ni takde la buat senaman hari-hari. Kalau dah hari-hari kerja-kerja rumah yang bersifat fizikal ni tak berhenti dari pagi ke malam, adakalanya time free ni sudah tentu rasa nak baring rehat dan layan drama Korea je kalau boleh.Tentang hal pemakanan pula, sudah tentu ada harinya yang kita tak makan sayur dan buah dengan cukup. Begitu juga dengan air, tambahan pula jika wanita yang sedang menyusukan anak, minum air banyak pun tetap berisiko sembelit. Jenuh juga asyik risau nak minumair.

Enggan hidupnya dikuasai dengan langkah-langkah pencegahan sembelit sepanjang masa, beliau kena buat ssesuatu. Bosan tau, kita rasa pun bosan je sembelit ni. Stress.

Photo; ww.erinhuggins.com

Ostematrix Shaklee untuk mencegah sembelit


Pung pang member beliau sharing pasal kebaikan OsteMatrix untuk mencegah sembelit (Herb-Lax pula lebih kepada mengatasi sembelit). OsteMatrix sangat popular di kalangan ibu bersalin untuk mencegah sembelit yang sering dialami wanita dalam tempoh berpantang.

Maka, beliau pun cuba mengamalkan OsteMatrix Shaklee. Lagipun, baru-baru ini beliau check kepadatan tulang semasa susu kalsium tinggi jenama Anlene sedang buat promosi di sebuah mall, beliau pada risiko sederhana untuk mendapat penyakit tulang reput atau osteoporosis. Jadi, apa salahnya mengambil OsteMatrix (Ostematrix ni ialah pil kalsium dengan kandungan magnesium, vitamin D dan boron untuk membantu penyerapan kalsium  lebih optimum).

Beliau masih teruskan gaya hidup sihat seperti biasa sambil mengamalkan OsteMatrix sebagai ikhtiar pencegahan. Mula-mula tu kurang perasan perubahan, tetapi lama kelamaan, hingga suatu hari tu beliau persan yang amat sangat - 'eh, dah hilang sembelit!'. Waktu membuang menjadi lebih teratur dan hilang tekanan perasaan lepak lama-lama dalam bilik air menunggu saat pembuangan lawas.

Syukur, bukan sahaja masalah sembelit dapat dicegah, risiko buasir juga dapat dielakkan. Malah beliau sedang melabur ke arah kesihatan tulang yang lebih kuat untuk jangka masa panjang.

**Sembelit menyebabkan buasir melalui tekanan berterusan yang dikenakan ke dinding dubur sehingga menyebabkan daging dalaman dan salur darah vena dalam dubur terkeluar atau membengkak.

Photo: Shaklee Malaysia

Untuk pertanyaan lanjut berkenaan OsteMatrix untuk pencegahan, ataupun Herb-lax untuk mengatasi sembelit, sama ada untuk pembelian atau apa-apa sahaja konsultasi, boleh hubungi saya di 019-6311031 Ms Nur Kamalia (saya ler tu)

Photo: Shaklee Malaysia

**Jika simptom berterusan, dapatkan rawatan daripada doktor.


Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. * This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

Wednesday 18 March 2015

Kisah ibu yang bersedih anaknya menderita ekzema

Kisah ibu yang bersedih anaknya menderita ekzema


Seingat saya baru beberapa hari lepas saya share di dalam facebook saya tentang kisah seorang ibu yang berusaha mencari rawatan untuk melihat anaknya yang menderita ekzema sembuh seperti anak-anak orang lain. Hari ini saya terjumpa kes yang lebih kurang sama sekali lagi, yang mana si anak on dan off menderita penyakit kulit yang disahkan sebagai ekzema oleh doktor. Macam-macam cara dah buat, dan macam biasa bila penyakit berkaitan kulit ni, orang kita lebih cepat terfikir kepada rawatan secara luaran berbanding kemungkinan punca adalah dalaman. Maka, bermacam-macam losyen, krim yang ibu-ibu akan sapu ke kulit si anak yang malang.

Berbalik kepada kisah yang mula-mula, si ibu ni dah puas berubat dengan doktor, sapu macam-macam krim. Berubat juga sendiri, boleh dikatakan apa-apa sahaja krim yang disyorkan, si ibu ni cepat je membeli dan mencuba ke atas anaknya. Kiranya dah tahap desperate benar.

Jika dalam budaya masyarakat kita ni, kemungkinan besar ada macam-macam cakap-cakap orang sekeliling mengatakan anaknya terkena buatan, kenan dan sebagainya yang boleh membuatkan kita memikirkan option rawatan bomoh (pernah jumpa kes lain, anak ekzema dan si ibu bawa berubat bomoh).

Lama-kelamaan, si ibu dah penat dan hampir pasrah, digerakkan hati si ibu ni untuk mencuba memberi suplemen vitamin dan makanan tambahan untuk si anak. Bukannya tidak pernah disyorkan atau terbaca, tetapi biasanya apabila rasa sketikal dan kurang percaya tu ambil alih, pendapat yang benar tetapi kedengaran seolah tidak berkaitan kita mudah untuk tolak tepi atau dalam kes ibu ini, jadi pilihan terakhir.

Maka, si ibu ni pun memberikan set lengkap kesihatan kanak-kanak kepada anaknya untuk menguatkan imun badan si anak. Tidak berapa lama kemudian, anaknya mula menunjukkan perubahan positif dan kini telah sembuh. Ini merupakan satu contoh klasik kes ekzema disebabkan lemah imun tubuh.

Jadi, tentang si ibu dari kes terbaru ni tadi, sempatlah saya berpesan agar menimbangkan pilihan memberi anak suplemen dan vitamin kesihatan untuk menguatkan imun anak. Kemungkinan kes yang dialami sama seperti kes di atas.

Photo: Shaklee Malaysia

Set kesihatan kanak-kanak untuk si manja anda


Bagi ibu-ibu yang mempunyai anak atau mengenali mana-mana dengan kes hampir seperti di atas, saya syorkan Set Kesihatan Kanak-kanak Shaklee.

Set ini terdiri daripada:

1. Vita-Lea for Children - chewable multivitamin atau multivitamin boleh kunyah/hisap yang berperisa grape atau anggur. Multivitamin ini memberikan semua vitamin dan mineral yang perlu untuk menyokong kesihatan anak, dalam kes ini, menguatkan sistem imun tubuh anak.

2. Meal Shakes - multivitamin dalam bentuk serbuk tepung. Ini merupakan pilihan kedua selepas Vita-Lea for Children. Walau bagaimanapun, kandungannya yang tinggi serat pemakanan membuatkannya pilihan lebih baik jika anak turut sering mengalami sembelit.

3. Chewable Vita-C Plus - tablet vitamin C boleh hisap/kunyah ini membekalkan vitamin C yang sangat penting untuk menguatkan imun tubuh anak di samping memberikan struktur gigi dan kulit yang lebih sihat.

4. OmegaGuard - suplemen minyak ikan omega-3 yang menggunakan minyak ikan terpilih, tulen, murni dan bebas pencemaran. Khasiat minyak ikan telah lama diakui mampu memelihara kesihatan keseluruhan dan membantu imun anak. Bonusnya, OmegaGuard mengandungi kadar DHA dan EPA yang tinggi menjadikannya suplemen untuk saraf, otak dan mata yang baik (bercakap tentang inginkan anak yang bukan sahaja lebih sihat malah lebih pintar).

Bagi rawatan secara luaran, Shaklee turut menawarkan Herbal Blend untuk mengurangkan simptom-simpton luaran.

Photo:Shaklee Malaysia
Photo: Shaklee Malaysia



Photo: Shaklee Malaysia
Photo: Shaklee Malaysia


Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi 019-6311031 Ms Nur Kamalia (saya le tu) melalui Whatsapp/SMSM/Telegram





Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. * This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.