Thursday 19 March 2015

Info santai tentang chewable multivitamin untuk kanak-kanak (Vita-Lea For Children Shaklee)

Info santai tentang chewable multivitamin untuk kanak-kanak (Vita-Lea For Children Shaklee)


Untuk penerangan produk bagi entry kali ini, saya memilih untuk bercerita secara santai berbanding gaya biasa saya sebelum ini hehehe (anda boleh rujuk info produk-produk lain yang mana gaya saya lebih skema hihihi...)... Bukan nak bertukar gaya, tetapi saya rasa perlu bercerita tentang produk yang baru dilancarkan semula ini dengan cepat. Biasanya untuk info produk, saya perlu spend 2- 3 hari pembacaan dan draft entry hanya untuk menyiapkan satu entry huhuhu (nampak tak komitednya saya? Hehe perasan). Insyaallah lain kali saya akan cuba spend masa untuk buat entry yang detail dan skema, dengan syarat saya tidak mengalami gangguan internet kerana info produk ni saya perlu banyak merujuk dalam internet.

Photo: Shaklee Malaysia

Ok, kembali kepada produk. Vita-lea for Children ini sudah 3 bulan berada di pasaran, sejak Januari 2015. Bayangkan sudah 3 bulan dilancarkan semula, baru sekarang saya dapat menulis tentangnya. Bagi yang telah follow entry sebelum ini [Baca: Aku, Temerloh, TM dan pasca banjir], mungkin dapat memahami serba sedikit situasi saya sekarang. Apa-apapun, whatsapp, call, sms tetap boleh berfungsi sepenuhnya ye. Jika ada yang terbaca ni orang kuat TM, silalah ambil perhatian dengan technician yang malas tu ye, sebab di kampung saya tu ada satu rumah ada internet TM, kenapa saya tak dapat-dapat lagi.

Photo: Shaklee Malaysia

Vita-Lea for Children - tablet multivitamin boleh kunyah/hisap untuk kanak-kanak


Teruja saya apabila dapat tahu Vita-Lea for Children atau dulu panggil Chewable Vita-Lea dikeluarkan semula dengan new improved formula chewahhh.. Sebelum ini mulitivitamin untuk kanak-kanak dalam bentuk tablet hilang daripada dunia pengedar Shaklee macam saya, maka untuk memenuhi permintaan multivitamin, mujurlah Shaklee turut menawarkan Meal Shakes: French Vanilla yang merupakan multivitamin dalam bentuk serbuk atau tepung untuk kanak-kanak.

Photo: Shaklee Malaysia

Dengan pelancaran semula Vita-Lea for Children ni, pilihan ibu bapa kini bertambah. Bagi kanak-kanak yang lebih menggemari multivitamin dalam bentuk tablet boleh hisap atau kunyah kerana macam makan gula-gula, atau biasanya ibu bapa lebih sukakan multivitamin bentuk tablet kerana mudah diberikan (ehemm..tak perlu nak bancuh), chewable multivitamin perisa anggur ni sememangnya berita baik. Walau bagaimanapun, jika anak jenis picky eater yang cenderung mendapat sembelit, saya lebih suka menyarankan pengambilan Meal Shakes juga kerana di dalamnya terdapat kandungan serat pemakanan yang mampu mencegah atau mengatasi sembelit kanak-kanak.

Photo: Shaklee Malaysia

Ciri-ciri produk


Mengambil ayat dari Shaklee (hehehe...), multivitamin ini seperti mana Vita-Lea Iron Formula untuk orang dewasa, telah dibangunkan selama lebih 100 tahun pengalaman sains pemakanan oleh Shaklee huiyooo... Tidak lupa nak tekankan di sini, Shaklee merupakan pencipta multivitamin pertama dunia, malah perkataan vitamin itu sendiri dicipta untuk menamakan multivitamin ini, Vitalised-Mineral.

Photo: Shaklee Malaysia
Vita-Lea kanak-kanak ini membekalkan semua jenis vitamin dan mineral yang penting untuk memenuhi keperluan nutrisi anak anda. Kita sendiri sedia maklum, tidak semua apa yang kita makan seharian mengandungi semua nutrien yang kita perlukan, lebih-lebih lagi pada zaman makanan serba terproses dan segera ini. Ditambah pula jika si manja memiliki tabiat cerewet memilih makanan, atau semudah tidak suka hidangan sayur.

Photo: Shaklee Malaysia

Fungsi:

1. Menyokong kekuatan imun tubuh anak-anak agar lebih kuat melawan penyakit

2. Memelihara kesihatan kulit

3. Menyokong kekuatan gigi dan tulang

4. Menyokong pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang pesat

5. Membantu menaik dan menstabilkan selera makan kanak-kanak

6. Memelihara kesihatan keseluruhan


Photo: Shaklee Malaysia

Istimewanya, tablet multivitamin perisa anggur ini tidak mengandungi pewarna, perisa, pengawaet atau apa-apa bahan tiruan, malah dengan formula mesra gigi, jadi ibu bapa boleh sit back and relax kerana ianya tidak merosakkan gigi.

Photo: Shaklee Malaysia

Promosi Vita-Lea for Children Beli 3 Percuma 1


Sejak Januari 2015, promosi pihak Shaklee masih berlarutan sehingga Mac 2015. Setiap pembelian 3 botol Vita-Lea for Children ni melayakkan percuma 1 botol bernilai RM111, jadi hanya perlu membayar RM333 untuk 4 botol. Berbaloi bukan jika anda memiliki anak yang ramai dan tiada yang lebih bernilai daripada wang jika dibandingkan dengan kesihatan anak-anak bertambah baik.

Setiap botol mengandungi 60 biji tablet boleh kunyah. Saya tidak pastilah tentang promosi bulan depan, masih atau tidak offer buy 3 free 1 ni. Lagipun, bulan depan GST dah mula dikenakan..apa tunggu lagi?
Photo: Shaklee Malaysia


Untuk pertanyaan lanjut dan pembelian produk, hubungi saya di 019-6311031 Ms Nur Kamalia (saya ler tu)


Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. * This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

No comments:

Post a Comment