Tuesday 17 March 2015

Aku, Temerloh, TM dan pasca banjir

Aku, Temerloh, TM dan pasca banjir


Assalamu’alaikum wbt...

Alhamdulillah, untuk pertama kali dalam tahun 2015 ini, saya dapat access dan update blog saya ni yang dah bersawang sejak penghujung Disember tahun lepas. Entry terakhir yang published pun adalah pada 2 Januari 2015, itupun entry yang saya scheduled untuk terbit. Bagi yang mengikuti facebook peribadi saya di Kamalia Auderina Lee, pasti mengetahui sebab musabab saya lama membiarkan blog ini tergantung tanpa update terbaru selama berbulan-bulan. Bagi yang baru membaca entry ini, ya, boleh sila teruskan baca hehehe...

Sekarang ini sempena cuti sekolah, saya berada di KL bersama keluarga atas urusan kerja En. B, selain membawa anak-anak bercuti di rumah sendiri yang ditinggalkan di KL. Lantas enak sahaja ya saya mengambil kesempatan line internet lebih laju yang ada untuk meng’update’ blog dengan tether line dari handphone saya.

Bukannya tiada line internet di tempat baru saya sekarang, tetapi line nye amatlah siput untuk saya load blog, apatah lagi membuat sebarang aktiviti heavy seperti update dan upload photo. FB page saya pun jarang-jarang dapat update status, bergantung kepada mood line internet nak bekerjasama, ataupun jika saya ke bandar yang mana line lebih ok mahupun sementara menunggu anak balik dari sekolah (terdapat pemancar berdekatan sekolah anak, tetapi masa terhad la kalau nak bersidai lama-lama situ. Dahlah dengan cuaca panas sekarang, mau kena heat stroke mak menghadap lappy lama-lama dalam kereta semata-mata nak tether line.  Itupun tether line tu belum tentu kuat signalnya..sigh...).

Temerloh, Pahang – Bandar Ikan Patin

Anak-anak yang bebas bermain di halaman - termasuk atas bonet kereta

Sekarang saya dah pindah ke mana ya? Yezzaaa..ke Temerloh, Pahang. Koi jadi org Pehe doh weiii..tapi jiwa masih Sarawak gik... Temerloh tu hometown En. B. Kami berpindah (kali ini settling down. Sebelum ni pindah menetap sementara di Mukah, Sarawak), sebab berpendapat lebih baik untuk anak-anak membesar di kampung dan lebih selamat untuk saya menjaga mereka setiap kali papa dorang keluar bekerja offshore lama-lama. Hasilnya, sekarang anak-anak lebih ceria dapat bermain dengan sepupu sepapat di kampung petang-petang sampai letih. Apabila dah letih bermain, cepat lapar. Soal makan takde banyak pe'el. Lepas makan, tidur pun awal sebab masing-masing penat. Itu baru bab bermain dengan bebas, belum bab saya dapat pisahkan mereka daripada obses dengan gajet lagi. Anak-anak dulu semasa masih duduk di KL, bosan sebab tak boleh keluar rumah. Nak hiburkan dorang ni sama ada dengan gajet ataupun bawa berjalan-jalan. Kat KL tu sudahnya asyik ke shopping complex la. Duit asyik la melayang huhuhu...

Pasca banjir besar 2014

Dari Mukah-Sibu-Kuala Lumpur-Temerloh

Memang hebatlah, berpindah ke sini dari Sarawak hari tu, punya la dramatik. Pertama, tiba di KL, tersadai seminggu di KL. Nasib baik duduk di rumah sendiri. Kami tersadai sebab laluan ke Temerloh masih ditutup akibat banjir besar. Jangankan ke Temerloh, masuk ke kampung En. B ni (tempat baru yang kami akan pindah masa tu) turut ditenggelami banjir sebahagiannya. Rumah mertua pun dimasuki air, ‘boleh tahan hebat’ juga nak cuci selut (terbayang pula penderitaan mangsa banjir lain yang lebih teruk, jadi saya tak mampu nak merungut lebih-lebih). Jalan masuk ke kampung dari jalan besar itu sendiripun tenggelam teruk termasuk sekolah anak yang terletak betul-betul kat simpang situ, SK Paya Pulai. Selepas seminggu, baru la kami dapat berpindah ke Temerloh. Sukarnya nak cari barang pada masa itu dengan keadaan bandar yang lumpuh. Bila pindah-pindah ni of course kena beli barang lagi. Jadi, pada masa itu, barang dapur untuk lauk pun kami beli dan angkut dari KL. Bayangkan, pindah ke Temerloh dengan niat untuk settle down disambut dengan permulaan pasca banjir, banjir besar lak tu. Apa-apapun, syukur segalanya baik-baik sahaja. Ada hikmah di sebalik setiap kejadian.

Kebun pokok roselle kami - lepas banjir, kemarau pula, hari-hari perlu jirus. Alhamdulillah, Allah menumbuhkan tanaman ni dengan baik 

TM oh TM


Cuma satu tak best, internet. Punya la agak fed up dah pergi ke TM di Mentakab untuk dapatkan servis home internet. Apabila TM line satu-satunya yang provide landline, so sukati dorang la nak bagi servis macam mana (monopoly..monopoly..harapnya ada company lain buat landline pasni, macam terbaru mytv lawan Astro yang sebelumnya monopoly siaran tv satelit). Nak dapatkan khidmat home line dari segala wifi, 4g entah tu, dah selidik-selidik dengan orang kampung, emangnya ngak saya berani ambil risiko untuk sign kontrak lepas tu tak dapat servis sebab line ilek sama sendu. Kang nak breach kontrak pun terbang duit, tak pasal-pasal.

Jadi, bayangkan momentum bisnes online saya tiba-tiba terhenti, ibarat keretapi terbabas landasan. Bak kata Nany Hanum, ‘biz online dan internet berpisah tiada’. Terasa macam kena pecat huhuhu... Sebab itulah blog saya sunyi agak lama, dan tuan punya blog ni punya la gelisah nak update blog hahaha... Macam saya kata, mau aje saya bersidai dalam kereta berdekatan sekolah anak atau lepak McD ke untuk dapatkan line internet lebih laju..itupun memang hampir sangat la saya nak buat hahaha...

Salah satu nikmat di kampung, dapat tanam orkid sepuas-puasnya

Benda ni saya dah cerita dalam facebook saya baru beberapa hari lepas. Meh la saya copy paste sini. Idea untuk blog membuak-buak punya pasal, semua update kat facebook huahuahua...

**Oh ya..untuk awal-awal ini, saya akan lebih bercerita secara santai berbanding entry-entry sebelum ini. Pertama, untuk perhatikan respon pembaca. Kedua, saya punya masa yang terhad buat masa sekarang dengan line internet untuk melakukan bacaan terperinci dan kemudian menerangkan semula dalam entry agar lebih mudah difahami pembaca. Saya perlu spend berhari-hari membaca nota dan rujukan yang berkaitan untuk menghasilkan entry-entry sebelum ini kerana saya komited memberikan sehabis baik dalam konsultasi kepada pelanggan. Ketiga, saya perlu gerakkan gear saya untuk kembalikan momentum saya sebelum ini.

[copy paste]

Dulu duduk KL, ada internet dan dekat dengan hq, tak guna kesempatan tu sepenuhnya. Alasan anak masih kecil.
Pindah Mukah, Sarawak setahun lepas, terasa nak serius dengan biz Shaklee, sebab serasi dengan hati. Yalah, pengamal supplemen sejak remaja dek doktor pun selalu advised ambil supplemen sebab underweight dan anemia. Lagi pula terasa Shaklee yang ngam, banyak masalah kesihatan dapat diatasi, anemia terutamanya. Rambut lebih sihat, kulit dah tak kering. Muka dah tak mengelupas, bibir dan gusi sudah tidak berdarah.
Akan tetapi, di Mukah, Sarawak, line internet terbatas. Tetapi hati nak sangat punya pasal, saya insist pasang TM line streamyx di rumah agar lebih mudah nak update blog. Sambil itu giat juga sharing kepada ahli keluarga dan kawan-kawan di kampung. Alhamdulillah, masing-masing turut merasa kebaikannya; kulit lebih gebu, parent yang dah tak keluar masuk hospital kerana hidrasi dan garam tubuh lebih stabil (org bedridden di rumah mudah mendapat hidden dehydration dan garam darah rendah), anak-anak yang kurang melawat klinik hospital, gula darah lebih stabil dan sebagainya.
Sekarang, saya dah berpindah ke tempat baru di Temerloh, Pahang. Segalanya bermula seperti baru, internet tak ada. Technician malas nak pasang dengan alasan jauh (Sarawak yang konon ceruk tu lagi cepat je bila nak pasang internet). Dah 3 bulan begini. Nak aje bersidai lama-lama di bawah pemancar dekat sekolah anak tu tether line ke laptop, tapi biasanya dapat loading fanpage je dan update status, itupun dah alhamdulillah sangat2. Alhamdulillah setakat ni offline dah mula nampak pergerakan.
Sebab suka banget punya pasal, 3 bulan pun 3 bulan lah. I love it too much to give up. Soal lambat kaya tu lain cerita, sebab ini passion saya.

Alhamdulillah, bisnes bergerak balik, biarpun bermula seperti baby, namun saya tak kisah. Mari tebas balik semak itu.” (15 Mac 2015, 21:07)

Lihatlah betapa komitednya aku huahuahua...

Jadi, orang-orang Temerloh, nak suplemen vitamin kesihatan jenama antarabangsa Shaklee yang established dengan track record mengagumkan (Performance Drink Shaklee digunakan angkasawan dan atlet Olimpik orang Amerika), nak cantik, nak kurus, nak tambah berat, nak set hamil, set bersalin, set buasir, set sendi macam-macam..meh la hubungi saya di 019-6311031 Ms Nur Kamalia Shaklee Indipendent Distributor Pro (SIDpro) anda. COD untuk kawasan Temerloh dan khidmat penghantaran utk daerah-daerah.




No comments:

Post a Comment