Friday 2 January 2015

Resepi Ikan: Ikan Sebelah Bakar Sambal Udang Kering (Grilled Flounder with Dried Shrimp Sambal)

Resepi Ikan: Ikan Sebelah Bakar Sambal Udang Kering (Grilled Flounder with Dried Shrimp Sambal)


Hidangan ikan sebelah bakar dengan sambal begini agak mudah dijumpai di warung kecil yang terdapat di kedai-kedai makan dan restoran makanan laut di bandar Mukah ini. Hidangan ini biasanya hanya boleh didapati pada waktu malam sahaja. Selain daripada ikan sebelah, ikan lain yang turut disediakan ialah ikan merah dan ikan kerapu, namun bagi tujuan grilled dengan sambal begini, ikan sebelah sememangnya menjadi pilihan.

Resepi sambal udang kering untuk grilled flounder ini merupakan resepi bapa saudara saya yang turut berniaga ikan bakar ini. Hidangan yang saya kongsikan ini disediakan oleh mak, dengan sedikit pengubahsuaian terutama dari segi kepedasan kerana mak dan bapa saya tidak tahan makan pedas di samping anak-anak saya sendiri masih belum tahan makan makanan pedas.


Abaikan cili merah besar di tengah-tengah ikan, ianya cubaan bapa saya hendak membuat "hiasan" hidangan


Bahan-bahan:

  • Ikan sebelah, disiang dan dikelar isinya
  • daun pisang secukupnya
  • serai dititik bersama minyak masak untuk membakar
  • Limau kasturi untuk perahan

Bahan-bahan untuk Sambal Udang Kering (boleh digunakan untuk kira-kira 5 hidangan):

  • 1 inci lengkuas
  • 3 batang serai
  • 10 ulas bawang putih
  • 1-2 cili merah (boleh digantikan dengan 20-30 tangkai cili kering, kepedasan ikut suka)
  • 1 labu bawang besar Holland
  • 250gm udang kering
  • Belacan secukupnya (kira-kira 1 inci kiub belacan)
  • Minyak masak secukupnya

Cara-cara:

  1. Kisar semua bahan-bahan untuk sambal (hanya campurkan dengan minyak masak secukupnya, tidak perlu gunakan air).
  2. Setelah lumat, panaskan kuali dan goreng sambal sehingga naik bau dan pecah minyak (tidak perlu tambah minyak masak kerana dalam sambal sudah ada minyak masak yang dikisar bersama tadi). Setelah siap, ketepikan.
  3. Lapik dulang pembakar dengan daun pisang yang telah disapu dengan minyak masak dengan menggunakan serai sebagai berus.
  4. Bakar ikan sebelah di atas daun pisang di atas dulang pembakar tersebut. Bakar ikan sehingga masak.
  5. Tutup ikan yang dibakar bagi mengelakkan ikan menjadi kering semasa dibakar. Kesegaran ikan akan hilang jika ikan bakar terlalu kering.
  6. Balikkan ikan tersebut. Tuangkan sambal udang kering tadi di atas ikan. Bakar ikan sehingga masak.
  7. Setelah siap, hidangkan ikan di dalam pinggan. Tuangkan lagi sambal udang kering secukupnya. 
  8. Perah asam limau kasturi untuk rasa yang lebih segar.
Selamat mencuba!

***Dengan hidangan yang agak tinggi kandungan kolesterol ini, ada baiknya mengambil Phytocol-ST™ Shaklee dan OmegaGuard™ Shaklee untuk membantu mengawal paras kolesterol dan memastikan nisbah kolesterol yang sihat.

No comments:

Post a Comment