Thursday, 4 December 2014

Siri Jom Kurus: Pengertian Obesiti dan Berat Badan Berlebihan (Overweight) Menurut WHO

Siri Jom Kurus: Pengertian Obesiti dan Berat Badan Berlebihan (Overweight) Menurut WHO


Dalam entry sebelum ini [Rakyat Malaysia Kini yang Paling Gemuk di Asia], saya ada menyebut tentang kadar obesiti rakyat Malaysia yang melebihi kadar global iaitu hanya sebanyak 30%. Mari kita lihat kenyataan daripada World Health Organisation (WHO) pula berkenaan kadar obesiti global dan pengertian sebenar obesiti dan berat badan berlebihan (overweight) menurut ukuran yang ditetapkan oleh WHO.

Photo: www.sciencenews.org

Apakah Definisi Obesiti dan Berat Badan Berlebihan (Overweight)?


Menurut WHO, obesiti dan overweight bermaksud pengumpulan lemak secara berlebihan yang menjejaskan kesihatan.

WHO menggunakan Indeks Jisim Tubuh atau Body Mass Index - BMI untuk menentuukur sama ada seseorang itu dalam kategori oebsiti atau overweight.

  •  Berat badan berlebihan (overweight) = BMI sama atau lebih daripada 25
  • Obesiti = BMI sama atau lebih daripada 30.

Bagaimana mengira BMI?


Indeks Jisim Tubuh atau Body Mass Index (BMI)

=                berat (kg)
                  ____________________

                   tinggi (m) x tinggi (m)


Contoh:

En. X dengan ketinggian 1.6 m dengan berat 80kg.

BMI =      80kg       =    31.25 
                                    _______
                                     1.6 x 1.6 

En. X tergolong dalam kategori obes kerana BMI beliau 31.25, lebih daripada 30.

Saya akan menerangkan lebih lanjut tentang BMI dalam artikel akan datang.



Untuk maklumat lanjut statistik dan trend global obesiti dan overweight, boleh kunjungi laman ini [Global Health Observatory (GHO) - Overweight and Obesity].

Fakta penting tentang Obesiti dan Overweight


Sejak 1980, kadar obesiti global telah melonjak sekali ganda. Bagi Malaysia pula, dalam tempoh kurang sedekad, Malaysia telah menunjukkan peningkatan ketara, malah kini mendominasi takhta rakyat dengan kadar paling gemuk bukan sahaja di Asia Tenggara, malah Asia.

Dalam tahun 2008, lebih daripada 1.4 billion (35% populasi) orang dewasa dengan umur 20 tahun dan ke atas mempunyai berat badan berlebihan. Daripada jumlah tersebut, 11% adalah obes yang merangkumi lebih 200 juta lelaki dan hampir 300 juta wanita.

Photo: www.business2community.com

Dalam tahun 2013 pula, 42 juta kanak-kanak bawah umur 5 tahun adalah overweight atau obes.

65% populasi dunia tinggal di negara dengan kadar kematian disebabkan oleh overweight dan obesiti membunuh lebih ramai penduduk berbanding masalah kurang berat badan, termasuk golongan yang berpendapatan tinggi dan golongan pertengahan (sungguh ironi, kita mendengar berjuta-juta orang mengalami kebuluran di suatu sudut dunia, namun statistik menunjukkan lebih ramai orang mati akibat masalah berat badan berlebihan).

3.4% orang dewasa meninggal dunia setiap tahun akibat masalah kesihatan yang disebabkan oleh berat badan berlebihan dan obesiti seperti masalah diabetes, masalah jantung (ischaemic heart disease - IHD), dan kanser.

Apakah punca obesiti dan overweight?


Menurut WHO, punca utama masalah berat badan berlebihan ini berlaku adalah akibat daripada ketidakseimbangan antara jumlah klaori diambil dan jumlah kalori yang digunakan sesudahnya.

Pemerhatian global mendapati faktor utama ialah peningkatan dalam:

  • pengambilan makanan tinggi kalori yang tinggi dengan lemak
  • peningkatan dalam gaya hidup tidak aktif akibat peningkatan gaya hidup sedentari sama ada oleh pekerjaan (contohnya daripada pertanian yang memerlukan tenaga fizikal kepada kerja-kerja pejabat yang banyak duduk di meja), sistem pengangkutan (contohnya daripada berjalan kaki, berbasikal, kini berkereta) dan peningkatan urbansasi.
Perubahan dalam corak pemakanan dan aktiviti fizikal ini dikaitkan dengan perubahan persekitaran dan sosial yang kian membangun. Pembangunan ini bagaimanapun tidak mendapat sokongan polisi dari sektor kesihatan mahupun pertanian, pengangkutan, perancangan bandar, pemprosesan makanan, pendidikan dan sebagainya yang sepatutnya boleh memberi impak dalam menangani masalah obesiti dan overweight ini.


Kesimpulan


Jelas, dalam negara Malaysia menuju negara maju berpendapatan tinggi, terdapat lompong yang jelas dalam polisi oleh sektor berkaitan dalam menghadapi masalah ini. Ini kerana semakin Malaysia menumpu dalam meningkatkan pembangunan taraf ekonomi, semakin jelas ditunjukkan oleh statistik yang menyaksikan kadar rakyat gemuk yang semakin meningkat, menunjukkan perlunya penyelesaian secara proaktif bukan sahaja dari segi kesedaran masyarakat Malaysia itu sendiri malah polisi serta strategi yang perlu dirangka untuk menangani masalah ini secara efektif.

Photo: FB KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA


Rujukan:

http://www.who.int/mediacentre/factsheets/fs311/en/

http://www.maso.org.my/index.php?publication

http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/21295846

http://www.who.int/publications/cra/chapters/volume1/0497-0596.pdf


Turunkan Berat Badan dengan Cinch® Inch Loss Plan

35 comments:

  1. Amalkan cara hidup yang sihat dan rajin-rajinlah bersenam untuk mendapatkan berat badan yang ideal.
    Pengedar Shaklee Semenyih 

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, gaya hidup sihat
      untuk tahu masuk kategori mana, kena kira BMI

      Delete
  2. paling takut dengan kes obesiti ni, mulai hari anda dengan mengambil makanan yang sehat dan seimbang agar terhindar dari masalah obesiti.


    Jom baca Adakah Anda Cukup Mengambil Vitamin E

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan la kita terjebak. rakyat Malaysia no. 1 huhuhu

      Delete
  3. berisi sikit mungkin cantik, tapi kalau obes sendiri kena usahakan halang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu,dah obes ni mmg soheh la risiko kesihatan tu sume ada

      Delete
  4. kena kira BMI ni Mak Jemah, gempal sihat takpe, tapi jangan terjebak overweight. kurus pun kadang2 kolesterol tinggi, ratio HDL:LDL tak balance
    pendek kata, gaya hidup sihat, makan sihat, bersenam sihat
    cabaran rakyat Malaysia skrg termasuk saya heheh

    ReplyDelete
  5. Obesiti atau gemuk selalunya orang kaitkan dengan banyak penyakit...sedangkan orang kurus pun belum tentu lagi sihat kan...

    promosi gempak akhir tahun bulan disember 2014

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang penting, cuba dapatkan berat badan yg ideal

      Delete
  6. Orang kita nie, kalau bab mencari makan memang banyak bergerak. Tapi bila dah makan, nak bergerak pun malas. Betul tak. Gheje nak melingkar je..hihii

    JommSihatDanCantik -> SET PENJAGAAN WAJAH BEBAS BAHAN KIMIA

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihih aduh ular sawa..saya pun jenis mengantuk bila dah kenyang..kena ubat habit ni hihih

      Delete
  7. Kena aktif sikit..yang bekerja di ofis tu,jangan asyik nak duduk je,sesekali tu kena bergerak buat aktiviti ringan.macam sy la hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi elakkan lif, guna tangga, secara tak langsung bersenam

      Delete
  8. obes bukan org dewasa je...budak- budak pon boleh obes..anak buah saya salah sorang..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. 42 juta kanak-kanak dunia obes pada tahun lepas..Malaysia antara penyumbang

      Delete
  9. Sekarang ni ramai yang obesiti...negara malaysia paling ramai yang obesiti

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk Aisa, Malaysia la nombor 1 huhuhu

      Delete
  10. Kita perlu cuba daptkan berat ideal..lagipun lau gemuk sangt mmg ssh nak bergerak..

    Hamil dan Berpantang

    ReplyDelete
    Replies
    1. underweight sangat pun susah nak bergerak, sbb lesu x cukup otot (ni pengalaman sendiri ehehe)

      Delete
  11. obesiti menghantui macam mimpi ngeri..kena amalkan diet bersungguh-sungguh

    PENJAGAAN KULIT YANG BAIK PUNCA MENJADI REBUTAN JEJAKA IDAMAN

    ReplyDelete
  12. Obesiti tidak mengira umur. Penjagaan makanan perlu diambil perhatian. Ibu bapa tolong pantau makanan anak-anak tersayang. Perlu dikontrol dari kecil.
    Jom santai di Aju@VitaSyopz blog dengan entri bertajuk Promosi Akhir Tahun Sr Vitamin C dan Vitamin E Plus

    ReplyDelete
    Replies
    1. perlu kontrol dari kecil, kesian, kecik2 dah terdedah risiko kesihatan sbb gaya hidup

      Delete
  13. Risau juga dengan berat skrg takut jadi obes... tak sanggup rasanya... hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. esemen...jangan sampai terjebak ehehe chaiyok Nursimatun !

      Delete
  14. Orang takut obes, diri ni pula teringin badan chubby sikit. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la dgn saya, saya harap dapat maintain ideal je, ni pun sipi-sipi dapat naikkan sehingga ideal, puasa hari tu jatuh underweight

      Delete
  15. saya pula selalu BMI kurang...sejak bershaklee nie alhamdulillah dpt BMI normal

    CARA BERHENTI MEROKOK

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la dgn saya Ika, saya ni selalu kategori underweight dulu

      Delete
  16. Amalan pemakanan seimbang penting,.. dan displin kan diri agarnkesihatan lebih terjamin...

    ReplyDelete
  17. Takut yer dgn masalah obesiti.bila obesi boleh dtgkan penyakir merbahaya...amalkan pemakanan yg sihat dgn diet seimbang utk mengelakkan obesiti.

    ReplyDelete
  18. Bahaya obes di kalangan kanak- kanak sebab kini mereka lebih didedahkan kepada fast food
    Bangkit Berniaga

    ReplyDelete