Monday, 1 December 2014

Aktiviti Family-Get-Together Cara Orang Melanau: Berambih Pelinut (Part 2 - Berambih)

Aktiviti Family-Get-Together Cara Orang Melanau: Berambih Pelinut (Part 2 - Berambih)


Jika dalam artikel sebelum ini [Aktiviti Family-Get-Together Cara Orang Melanau: Berambih Pelinut (Part 1 - Linut] saya lebih banyak berkongsi tentang hidangan utama dalam aktiviti perkumpulan makan-makan bersama keluarga iaitu linut, kali ini saya akan menerangkan tentang budaya "berambih".

Maksud Berambih


Di Sarawak, perkataan "berambih" banyak diguna pakai dalam masyarakat Melanau dan Melayu Sarawak untuk menggambarkan suasana aktiviti dilakukan bersama-sama secara beramai-ramai. Jadi, "berambih pelinut" bermaksud "makan linut beramai-ramai".

Pemandangan tipikal dalam aktiviti makan linut

Namun, ini tidak bermakna anda datang ke suatu jemputan acara makan yang telah tersedia. Istilah berambih lebih kepada keseluruhan proses bermula daripada menyediakan bahan asas sehingga ke aktiviti sebenar iaitu makan dan disudahi dengan aktiviti mengemas. Ini meliputi aktiviti seperti memotong bawang, sayur, mencuci ulam, menumbuk sambal, membuat linut, memasak hidangan dan sebagainya; diikuti oleh aktiviti makan-makan sambil berbual-bual dan bergurau-senda.

Lebih gemar berdiri kerana lebih mudah menarik linut

Akibat kekenyangan, biasanya peserta-peserta aktiviti berambih akan melepak di meja makan dan berbual-bual, barulah diikuti dengan akvitit mengemas, mencuci peralatan, menukar bekas hidangan ke bekas yang baru (penting agar hidangan kelihatan presentable dan tidak kelihatan seperti sisa untuk orang lain yang kemungkinan lambat tiba) dan sebagainya.

Hidangan utama dan sampingan lain

Hidangan tipikal dalam aktiviti berambih pelinut

Dalam aktiviti berambih pelinut, selain linut sebagai hidangan utama, antara hidangan lain (walaupun bersifat hidangan sampingan, namun wajib ada) ialah seperti;

  • ulam-ulaman (kacang panjang, timun, mangga, mempelam, ulam raja, pegaga dan sebagainya)
  • pelbagai jenis sambal
Sambal belacan untuk dimakan bersama ulam
Untuk linut pula, sambal yang sama digunakan tetapi lebih cair agar lebih mudah dicicah dengan linut
  • butiran sagu
  • hidangan sayuran tradisional, biasanya jenis rebus atau celur seperti sayur keladi, sayur midin, pucuk timun, pucuk daun ubi celur dan sebagainya.
Sayur pucuk timun, midin dan keladi
  • umai, sejenis hidangan makanan laut yang dinikmati mentah seperti sushi (antaranya adalah seperti umai campur, umai jeb, umai udang, umai kepah dan sebagainya).
Umai campur ikan pirang

  • makanan yang diperam, dimasinkan atau jenis pekasam (seperti cencaluk, 'pek', 'beloh', 'bahiak' dan sebagainya).
'Pek' ikan - ikan diperam dalam garam, 'dabou sagok' atau debu sagu, dan butiran beras goreng

  • hidangan ikan (panggang, bakar, goreng, masak kuning, dan sebagainya)
Tulang ikan pirang yang digoreng rangup dengan tulangnya boleh dimakan. Isinya telah diambil untuk dibuat umai campur ikan pirang

  • hidangan makanan laut lain seperti udang goreng kilas, sotong dan sebagainya
Udang goreng kilas

  • buah-buahan bagi yang kurang mengambil ulam-ulaman.
Ulam timun dan buah belimbing serta mangga

Jika diperhatikan, keseluruhan hidangan boleh dikategorikan sebagai hidangan sihat dan gabungan kesemuanya menjadikan hidangan dalam akviti berlinut ini memberikan hidangan yang seimbang yang rendah lemak, rendah kolesterol, tinggi dengan asid lemak omega-3, tinggi vitamin (ulam dan buah), tinggi kalsium (sambal yang banyak menggunakan ikan bilis), dan terdiri daripada karbohidrat kompleks yang tidak menyebabkan paras glukosa darah meningkat mendadak.

Perbandingan dengan budaya lain



Jika dibandingkan dengan budaya orang Barat, ianya lebih kurang dengan budaya barbekeu yang mana aktiviti telah bermula dengan membakar daging sambil berbual-bual dengan para tetamu, bukannya hanya bermula dengan daging telah tersedia siap dibakar. Dalam masyarakat Melayu, terutama Melayu Kelantan misalnya (saya perhatikan keluarga sebelah En. B), budaya ini saya lihat berlaku semasa menyediakan bubur asyura ketika dalam Muharram. Manakal budaya rewang atau gotong-royong untuk kenduri pula bagi saya ialah contoh berambih dalam skala yang besar.

Nota:


Wahhh...entry saya kali ini bersifat antropologi sosiologi pula walaupun saya tidak pernah mengambil bidang tersebut, sekadar perkongsian dengan gaya penceritaan seperti mana gaya artikel yang pernah dibaca hehehe... Semoga memberi sedikit ilmu serta penghargaan tentang budaya etnik lain yang ada di Malaysia, khususnya salah satu kaum di Sarawak yang terdiri daripada banyak kaum, etnik dan kumpulan sub-etnik yang memiliki adat budaya yang unik dan tersendiri.


22 comments:

  1. Perkongsian yang bagus untuk sape-sape yang tak tahu mcm say ni..

    Masalah Kesuburan

    ReplyDelete
  2. Tulang ikan parang tu nampak sedap sangat... kalau kami, ada pulut... lagi sedap makan kan. Thanks kongsi info ni... boleh tahu makanan kaum lain... seronok jadi orang Malaysia ni kan...

    Cara Kreatif Untuk Menggalakkan Anak Anda Makan Dengan Berselera

    ReplyDelete
    Replies
    1. rangup je tulang ikan pirang..mmg namanya ikan pirang...ikan parang lain heheh

      Delete
  3. pernah dengar pasal linut..tp tak pernah rasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah juga nak jumpa di restoran..kalau ada pun di mukah ni, nak kena buat booking atau reservation dulu

      Delete
  4. Bestnya ni.. Sebut ulam belimbing.. terliur rasa.. Masam2 tu yg sedap...

    TIPS DAPATKAN PERUT KEMPIS

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. apa-apa budaya pun best kalau dapat appreciate

      Delete
  6. Banyaknya makanan semua nampak sedap je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi sedap bila dimakan beramai-ramai

      Delete
  7. Sedapnya mangga tu..teringin nak g sana

    JommSihatDanCantik -> KELEBIHAN LECITHIN SHAKLEE

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe byk dah saya promo makanan sini rasanya hehe

      Delete
  8. Bestnya dapat kenal budaya serawak. Ada makcik orang kuching tapi tak pasti etnik mana sebab dia pun duduk selangor dah lama .

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihih byk sgt etnik kat sarawak ni

      Delete
  9. Sedapnya buah mangga tu k.nina..umai sedap tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. umai jenis ni kalau org tak biasa, mmg ok sikit berbanding jenis umai cicah, yg tu betul2 macam sashimi

      Delete
  10. Wah... benda baru. Xpernah dgr dan rasa...

    ReplyDelete