Thursday, 26 June 2014

Resepi Sayur: Midin Masak Belacan (Rebus) Authentic Melanau-style

Resepi Sayur: Midin Masak Belacan (Rebus) Authentic Melanau-style


Hari ini saya nak kongsi resipi sayur midin belacan stail rebus, sejenis juadah sayur signature dish kaum Melanau di Sarawak. Ini merupakan stail rebus yang jarang dijumpai di restoran, tidak seperti midin goreng belacan yang terkenal. Resipi midin goreng belacan saya akan post di entry lain apabila ada kesempatan memasaknya.

Sayur midin boleh dibeli di pekan tamu harian di Mukah pada harga RM 2.00 seikat. Jika ingin lebih murah, datang sendiri ke rumah orang yang memetik sendiri midin untuk dijual keesokan harinya pada harga RM 1.00 seikat. Sayur midin yang tumbuh secara liar terutama di kawasan berpaya ini kaya dengan zat besi dan vitamin A dalam bentuk beta-carotene yang penting untuk kesihatan mata dan mencegah rabun malam.

Tertera pada gambar ialah sayur midin yang emak saya petik sendiri di sekitar rumah.




Bahan-bahannya;


Seikat sayur midin/ngaham
Bahan tumis (ditumbuk sedikit halus terlebih dahulu)
Suku inci belacan (kira-kura sebesar 1 kiub pati ayam)
Segenggam ikan bilis dibuang perut
3 ulas bawang merah
1/2 biji cili merah
Garam secukup rasa (boleh digantikan dengan air ikan yang diasinkan)
Minyak untuk menumis
3 cawan air

Cara-cara memasak;

1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan sayur midin. Gaul rata.
3. Masukkan air. Kacau dan biar mendidih.
4. Masukkan garam secukup rasa.
5. Angkat dan hidangkan.

Selamat mencuba!


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

* Kajian mendapati pengambilan vitamin A yang berlebihan boleh menyebabkan keracunan, walau bagaimanapun beta-carotene lebih selamat diambil tanpa risau berlebihan.  Carotomax Shaklee merupakan supplemen vitamin A dalam bentuk beta-carotene yang lebih selamat untuk diambil kerana beta-carotene hanya akan bertukar kepada vitamin A apabila badan memerlukan. Selain merupakan antioksidan yang kuat, CarotoMax juga membantu memelihara kesihatan mata.

vitamin mata
Photo: Shaklee Malaysia

Hubungi saya untuk maklumat lanjut mengenai produk atau konsultasi
Call SMS WhatsApp 0196311031
Facebook : Kamalia Auderina Lee
Atau
" Like "
Facebook Page : Natural Safe Vitamins Dietary Supplements
Facebook Page : Set Bersalin Mesra Breastfeeding
Email : leekamalia@gmail.com

No comments:

Post a Comment