Sunday, 29 June 2014

Berpuasa Kali Pertama

Bismillah hirrahman nirrahim
Hari ini hari pertama berpuasa. Teringat kembali pengalaman kali pertama berpuasa pada tahun 2005, saya baru memeluk Islam pada masa itu. Oh terlupa, kali pertama ialah pada tahun 1996, ketika itu dicabar oleh senior di sekolah untuk berpuasa sehari. Ganjarannya ialah sekotak Dinner Plate KFC. Bagi saya pada masa itu ganjaran itu sangat lumayan. Saya berhasil mengikut mereka bersahur di dewan makan sekolah, kemudian berpuasa tanpa makan minum dan seterusnya berbuka petangnya, juga di dewan makan sekolah (saya bersekolah di sekolah berasrama). Memang lembik,
tengah hari sahaja dah hampir nak berbuka. Tetapi memikirkan ganjaran KFC pada masa itu, tetap saya gagahkan juga. Nikmat berbuka puasa itu terasa sangat ditambah pula dengan ayam goreng KFC.
Kali pertama berpuasa sebulan di bulan Ramadan sebagai seorang mualaf pula lain kisahnya. Seingat saya ada sehari saya terkantoi kerana tidak tahan, badan sudah menggeletar kebuluran. Mungkin disebabkan pada masa itu saya kurang sihat. Saya beralah kepada perut dan berbuka di pejabat.

Ketika itu saya meminta tolong teman pejabat yang bukan Muslim membeli set McDonald's. Selepas selesai makan, rasa ralat tak usah cerita, rasa rugi yang amat sangat kerana terlepas keberkatan berpuasa di bulan Ramadan. Ini kerana saya berbuka bukan kerana uzur syarie,  hanya kerana saya belum biasa berpuasa.

Masa itu juga saya masih jahil lagi tentang masih perlu teruskan imsak, menahan diri daripada perbuatan membatalkan puasa biarpun puasa sudah terbatal. Saya teruskan makan makanan ringan tanpa terus menahan diri lagi. Hanya kemudian barulah saya tahu imsak antara puasa wajib dan puasa sunat lain. 

Berbeza dengan sekarang, walaupun menyusukan badan, saya masih mampu meneruskan puasa sehingga waktu maghrib, biarpun biasanya akan lembik pada jam 4 petang. Tetapi sekurang kurangnya hari-hari saya masih mampu menguruskan anak - anak yang masih kecil seramai 4 orang. Sudah 2 tahun saya mengamalkan set mighty 3 Gems untuk terus kekal bertenaga,  alhamdulillah sangat terasa berbeza. Walau apapun,  kekuatan berpuasa itu tetap datang daripada Allah juga...lagi hawla wala quwwata illa billah...

No comments:

Post a Comment