Tuesday 24 June 2014

Resepi Ayam Kurma Ringkas

Resipi Ayam Kurma Ringkas


Hari ini En. B minta saya masakkan ayam kurma. Saya ni tidaklah pandai sangat memasak, setakat untuk makan sendiri dan keluarga serta sahabat makan tu bolehlah. Jadi, resipi saya pun ringkas saja. Memang sesuai untuk yang baru mula mengenali dapur atau ibu-ibu berkerjaya yang mahukan masakan ringkas.

Ayam Kurma Ringkas

Bahan-bahan:

1/2 kg daging ayam dipotong kecil
1 peket kecil rempah kurma (tambah air dan jadikan pes)
Rempah 3 sekawan (bunga lawang, kayu manis, buah pelaga)
250 ml atau 1 gelas santan kelapa (saya guna santan kotak je)
500 ml air
1 biji bawang besar (dihiris halus)
5 ulas bawang putih (diketuk dan dihiris halus)
1/2 inci halia (dihiris halus)
3-5 biji kentang (dipotong dadu dan direndam dalam air garam)
Minyak masak untuk menumis secukupnya 
Asam jawa secukupnya 
Garam secukup rasa

Cara-cara memasak;

1. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
2. Masukkan rempah tiga sekawan dan pes rempah kurma. Tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan ayam dan kentang. Gaul rata.
4. Masukkan air. Kacau dan tutup periuk. Biarkan sehingga daging dan kentang empuk.
5. Kemudian, masukkan santan. Kacau dan biar sehingga mendidih.
6. Masukkan asam jawa dan garam secukup rasa.
7. Sedia untuk dihidangkan.

Tadaaa... Mudah je. Orang bujang pun boleh cuba, ringkas je.

Tips: Merendam kentang dalam air garam adalah untuk mengelakkan hidangan lama-lama menjadi tawar. Ini kerana kentang menyerap garam dalam kuah masakan.

Selamat mencuba!









Get Clean® Water Pitcher Set Shaklee: Menjadikan Air Minuman Lebih Bersih dan Selamat

* Jika sukar hendak menolak makanan yang berkolesterol dan berlemak tinggi, ambillah Phytocol-ST Shaklee untuk mengelakkan paras kolesterol darah yang tinggi. Phytocol-ST mencegah kolesterol jahat daripada termendap dalam salur darah yang boleh menyebabkan penyakit berkaitan dengan jantung dan salur darah dalam badan. 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Hubungi saya untuk maklumat lanjut mengenai produk atau konsultasi
Call SMS WhatsApp 0196311031
Facebook : Kamalia Auderina Lee
Atau
" Like "
Facebook Page : Natural Safe Vitamins Dietary Supplements
Facebook Page : Set Bersalin Mesra Breastfeeding
Email : leekamalia@gmail.com

No comments:

Post a Comment