Monday 6 October 2014

Bahaya Pencemaran Plumbum dalam Bekalan Air Paip

Bahaya Pencemaran Plumbum dalam Bekalan Air Paip 

Biarpun air paip yang dibekalkan telah melalui pelbagai proses penapisan dan pembersihan oleh pembekal air, bekalan air paip masih terdedah kepada pencemaran seperti plumbum. Pendedahan kepada pencemaran plumbum dalam jangka masa panjang melalui makanan dan minuman boleh menyebabkan keracunan plumbum yang membawa kepada banyak masalah kesihatan kepada kita malah boleh membawa maut.

Plumbum dalam air paip biasanya datang daripada hakisan bahan yang menyambungkan saluran paip, terutama sambungan paip yang sudah lama. Risiko pencemaran plumbum juga meningkat apabila air tidak bergerak dalam saluran paip selama beberapa jam menyebabkan kepekatan plumbum bertambah dalam takungan air dalam paip tersebut.

Photo: feed.informer.com

Walau bagaimanapun, kita tidak akan dapat mengesan pencemaran plumbum dalam air paip melalui deria kita (lihat, rasa atau bau) melainkan membawa sampel air paip untuk diuji di makmal bgai kandungan plumbum.

Pencemaran plumbum boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan apabila paras plumbum dalam darah meningkat. Pendedahan kepada pencemaran plumbum dalam jangka masa yang lama boleh menyebabkan keracunan plumbum yang menyebabkan masalah perkembangan mental  dan fizikal selain bolehmembawa maut.

Photo: fitzsci.ie

Biarpun banyak kajian mendapati pencemaran plumbum biasanya tidak menyebabkan peningkatan paras plumbum darah di kalangan orang dewasa, risiko masalah kesihatan adalah bergantung kepada individu yang terdedah kepada pencemaran. Golongan yang berisiko tinggi ialah bayi, kanak-kanak di bawah 6 tahun dan wanita hamil. Bayi yang terdedah kepada pencemaran plumbum melalui susu formula yang disediakan dengan air paip yang tercemar adalah berisiko tinggi kerana pengambilan air melalui penyusuan formula yang banyak untuk komposisi tubuh mereka.

Centers for Disease Control and Prevention (CDC) dari US mencadangkan penggunaan air yang dibotolkan yang telah diluluskan oleh badan pemeriksa untuk memastikan bebas pencemaran, ataupun penggunaan sistem penapis air yang telah disahkan oleh badan pemeriksa, yang mampu mengurangkan atau menyingkirkan pencemaran plumbum agar lebih selamat untuk digunakan dalam masakan, air minuman dan penyediaan susu formula.

Rujukan:

http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/lead-poisoning/basics/definition/con-20035487

http://www.cdc.gov/nceh/lead/tips/water.htm


[Klik untuk ketahui Bahaya Keracunan Plumbum kepada Kesihatan]

No comments:

Post a Comment