Dessert Place In Mukah: ZenQ Desserts Mukah
Kami ke ZenQ Dessert lagi. Minggu lepas pun dah ke ZenQ. Memang menyeronokkan dengan pelbagai menu dessert yang berasal dari Taiwan ini. Signature menu ialah ZenQ My Signature dari Grass Jelly Series.
Photo: ZenQ Desserts Mukah |
ZenQ Dessert Mukah ini baru sahaja dibuka dalam pertengahan tahun 2014. Apabila saya menyelidik tentang ZenQ ini, ternyata perniagaan franchise ini bermula dari Sabah dan telah merebak ke Sabah dan Sarawak sejak 2011. Saya merasakan ZenQ Desserts akan menjadi signature dessert place untuk Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak, sepertimana Sarawak yang berbangga dengan fastfood place sendiri iaitu Sugar Bun, atau Kuching yang terkenal dengan aiskrim Sunny Hill. Begitu juga dengan variasi ais kacang yang saya hanya dapat jumpa di Sarawak seperti ABC Milo, ABC jagung, ABC gula apong dan sebagainya, bukan hanya terhad kepada ABC special atau cendol sahaja.
Antara variasi menu ialah;
- Grass Jelly Series - ZenQ My Signature, ZenQ, Red Bean, Taro, Lotus Seed, Q Yuan, malah boleh 'create your own' grass jelly mengikut kegemaran sendiri.
- Shaved Ice - Red Bean, Mango, Mixed Fruit, etc.
- Red Bean - Taro, Red Bean, etc.
- Snow Ice - Red Bean, Mango, ZenQ, etc.
- Barley - Pure Barley, Red Bean, Green Bean, Taro.
- Sago - Mixed Fruit, Mango, Strawberry.
Photo: ZenQ Desserts Mukah |
Bagi minuman pula;
- Ice Tea Series
- Freshly Made Series
Terdapat juga Toast Series seperti;
- Black Forest Danish Honey Toast
- Chocolate Banana Honey Toast
- Forest Berries Danish Honey Toast
- Strawberry Lover Honey Toast
- Mango Danish Honey Toast
- Cookies & Cream Honey Toast
Photo: ZenQ Desserts Mukah |
Terdapat juga siri minuman yang baru diperkenalkan;
Photo: ZenQ Desserts Mukah |
Grass Jelly kegemaran saya ialah versi saya sendiri iaitu grass jelly dengan matcha tea (teringat Cinch Energy Tea Mix Shaklee yang terdiri daripada Matcha Green Tea), q yuan, taro dan lotus seed serta sago pearl. Kali kedua pula saya mencuba dengan tambahan aiskrim coklat. Saya dan En. B sama-sama gemarkan rasa keladi (taro) yang manis dan q yuan yang kenyal. Saya pula sangat menggemari tambahan lotus seed atau biji teratai. Setakat ini, kami sekeluarga baru 2 kali berkunjung ke ZenQ Desserts Mukah ini dan masih belum puas dengan grass jelly. Mungkin pada kunjungan akan datang barulah kami mencuba siri minuman pula.
Pada kunjungan pertama, kami juga mencuba salah satu menu dalam Toast Series iaitu Forest Berries Danish Honey Toast. Memang sedap dan seronok untuk dikongsi seisi keluarga, dan pastinya menjadi antara kenangan manis kami seisi keluarga.
Peminat-peminat hidangan pemanis mulut, anda boleh mengunjungi laman Facebook ZenQ Desserts Mukah untuk maklumat lanjut!
Ingin tahu lokasi ZenQ Desserts di tempat berhampiran anda, kemungkinan ada di bandar tempat anda berada (buat masa ini hanya di Sabah dan Sarawak), boleh klik ke link ZenQ Desserts' location.
Kunjungan pertama (17 Oktober 2014)
Forest Berries Danish Honey Toast |
'Create my own' - grass jelly with matcha, lotus seed, taro, q yuan and sago pearl. Yummy! |
Grass Jelly versi En. B |
Seronok berkongsi satu hidangan ini |
Weeee!!! |
Kunjungan kedua (23 Oktober 2014) - kali ini ajak Mak sekali hehehe...
My 2nd version - kali ini lupa minta sago pearl tapi ada aiskrim |
No comments:
Post a Comment