Resepi Ringkas: Ayam Masak Kicap Ringkas Chinese-style
Resepi ayam masak kicap ini sangat ringkas dengan bahan-bahan yang sedikit dan asas kepada kebanyakan resepi masakan Cina. Hidangan ini memberi nilai sentimental kepada saya kerana inilah hidangan kegemaran saya dan adik-beradik saya sejak kecil sehingga sekarang, dan semestinya daripada air tangan mak. Hidangan ini sesuai untuk lauk ayam yang ringkas tetapi sedap untuk anak-anak, ibu-ibu bekerjaya dengan masa terhad di dapur, juga untuk hidangan orang bujang atau yang baru mengenali dapur.
Ayam Masak Kicap Ringkas Chinese-style |
Bahan-bahan:
300gm daging ayam, dipotong kecil
1 inci halia, dihiris halus
3-5 ulas bawang putih, diketuk
Sedikit serbuk stok ayam
4 sudu makan kicap soya pekat
Sedikit minyak masak untuk menumis
Cara-cara:
- Panaskan minyak masak di dalam kuali.
- Masukkan bawnag putih diikuti oleh halia sehingga kekuningan dan keluar bau.
- Masukkan daging ayam, dan kacau rata.
- Tutup kuali dengan tudung kuali. Biar pada api sederhana sehingga ayam masak, kira-kira 5-10 minit. Sekali sekala gaul rata bagi membolehkan daging ayam masak sekata.
- Masukkan kicap dan serbuk stok ayam. gaul lagi sehingga rata.
- Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Sangat ringkas, bukan? Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment