Tuesday 7 October 2014

Bahaya Keracunan Plumbum kepada Kesihatan

Bahaya Keracunan Plumbum kepada Kesihatan


Keracunan plumbum


Cara kemasukan ke dalam tubuh biasanya melalui makanan atau minuman, selain tertelan bahan yang tinggi dengan plumbum, seperti bateri. Malangnya, plumbum tidak dapat dihidu, dilihat atau dirasa menjadikan pendedahan kepada pencemaran plumbumsering tidak disedari.

lead poisoning
Photo: www.marioncountyhealthdpet.org

Sumber pencemaran plumbum


Sumber keracunan plumbum biasanya melalui cat lama yang berasaskan plumbum pada bangunan lama, tin cat atau mainan lama. Keracunan plumbum juga boleh berlaku melalui pencemaran bekalan air paip terutama rumah atau bangunan lama, saluran penyambungan paip malah sistem paip itu sendiri oleh hakisan dalam dinding saluran paip. Pencemaran plumbum juga terdapat dalam tanah, sumber air tercemar dan udara.

[Klik Bahaya Pencemaran Plumbum dalam Bekalan Air Paip]

Simptom keracunan

  • sakit dan kejang perut
  • tingkah laku agresif
  • anemia
  • sembelit
  • sukar tidur
  • sakit kepala
  • mudah marah
  • perkembangan kanak-kanak terencat
  • hilang selera makan
  • letih lesu
  • rasa kebas
  • muntah, lemah otot, sawan, koma (keracunan pada paras tinggi)

Keracunan plumbum di kalangan dewasa


Keracunan plumbum boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang dan saraf juga kanak-kanak dan golongan dewasa. Keracunan pada paras yang tinggi boleh menyebabkan sawan, tidak sedarkan diri dan kematian.

Keracunan plumbum di kalangan kanak-kanak


Pendedahan kepada pencemaran plumbum biarpun pada dos yang kecil boleh menyebabkan kerosakan kekal, terutamanya di kalangan kanak-kanak dan janin dalam kandungan. Risiko terbesar ialah kerosakan otak yang kekal terutama di kalangan kanak-kanak dan bayi serta janin.
Keracunan plumbum, biarpun sedikit, adalah merbahaya kepada kanak-kanak kerana merencat dan merosakkan perkembangan otak dan saraf kanak-kanak yang masih berkembang. Semakin kecil kanak-kanak, semakin besar risiko kerosakan kekal kepada otak dan saraf. Golongan yang paling berisiko tinggi ialah janin yang masih dalam kandungan.

Photo: www.wcdhd.org

Kesan dan komplikasi keracunan plumbum kepada kesihatan


  • masalah tingkah laku dan daya tumpuan
  • masalah pendengaran
  • kerosakan buah pinggang
  • kerencatan otak
  • tumbesaran terbantut
  • kerosakan sistem saraf

Rujukan:






No comments:

Post a Comment