15 Tanda-tanda Kanser Wanita Harus Tahu (Part 1)
Tubuh wanita sentiasa mengalami perubahan, lebih-lebih ketika melalui fasa pertama pematangan seksual, seterusnya kehamilan, selepas kehamilan, penyusuan badan, fasa menopaus dan sebagainya. Walau bagaimanapun, sering kali juga perubahan-perubahan tersebut kemungkinan adalah berkaitan dengan kanser. Jadi, apakah tanda-tanda akan kemungkinan perubahan yang dialami adalah berkaitan dengan kanser dan bukannya perubahan normal wanita?
Photo: www.nationalbreastcancer.org |
1. Perubahan payudara
- permukaan kulit payudara yang kelihatan seperti kulit buah oren (orange peel's texture)
- puting payudara tenggelam ke dalam payudara
- lelehan dari puting payudara, sebarang lelehan sama ada seperti nanah, darah dan sebagainya.
- bengkak, kemerahan pada puting atau kulit payudara
- puting payudara berasa sakit
- terdapat ketulan atau rasa "isi tebal" dalam payudara atau sekitar bahagian bawah ketiak
- perubahan ketara dalam saiz dan bentuk payudara terutama jika melibatkan sebelah payudara sahaja, contohnya sebelah payudara bengkak, atau senget sebelah.
Photo: en.wikipedia.org |
Perubahan ini boleh dikesan dengan melakukan pemeriksaan sendiri payudara (PSP) atau breast self examination (BSE) secara berkala setiap bulan. Jika mengesyaki terdapat tanda-tanda seperti di atas, lakukan pemeriksaan segera dengan doktor. Pemeriksaan lanjut secara fizikal, mamogram atau biopsi akan dilakukan (biopsi dilakukan dengna mengambil sedikit sampel tisu payudara untuk ujian makmal bagi mengenal pasti sampel tersebut adalah sel-sel kanser ataupun tidak).
2. Kembung perut
Rasa kembung perut merupakan antara gejala biasa yang dialami oleh wanita yang sentiasa mengalami perubahan hormon. Namun, jika kembung perut berlarutan melebihi sekurang-kurangnya 2 minggu, atau kembung perut disertai dengan penurunan berat badan yang mendadak atau pendarahan luar kebiasaan, menunjukkan kemungkinan kanser ovari (jika pendarahan melalui vagina), ataupun kanser kolon atau kanser rektum (jika pendarahan melalui dubur).
Antara tanda-tanda lain ialah;
- sakit perut (sakit di bahagian abdomen)
- bengkak abdomen
- pertambahan ukur lilit abdomen (sering kali disalah erti sebagai buncit perut)
- sembelit
- rasa sebu perut atau mudah kenyang
- kerap kencing atau kencing tidak lawas
- letih lesu
Antara pemeriksaan yang biasanya dilakukan oleh doktor ialah pemeriksaan pelvik secara fizikal atau ultrasound, atau ujian darah.
Photo: www.medindia.net |
Photo: www.rayur.com |
3. Pendarahan luar tempoh haid
Rujuk kepada doktor jika berlaku pendarahan luar tempoh haid, iaitu pendarahan melalui vagina yang berlaku antara dua kitaran haid yang sepatutnya, untuk pemeriksaan lanjut akan kemungkinan kanser rahim. Bagi wanita yang sudah melepasi menopaus, pendarahan yang keluar melalui vagina yang dialami bukanlah pendarahan yang normal dan harus dirujuk segera kepada doktor.
Photo: webmd.com |
4. Perubahan kulit
Perubahan pada kulit yang perlu diberi perhatian ialah perubahan saiz, warna, atau bentuk tahi lalat, yang merupakan antara tanda-tanda kanser kulit.
Tanda-tanda lain ialah;
- pertumbuhan kulit luar biasa seperti ketulan atau permukaan kulit tidak rata
- ulser atau luka kulit yang tidak sembuh-sembuh
- perubahan tompok warna kulit
Photo: zrocderm.com |
Pengambilan sampel tisu kulit akan diambil untuk pemeriksaan lanjut di makmal.
5. Darah dalam air kencing atau najis
Buasir atau haemorrhoids biasanya menyebabkan najis yang disertai dengan darah. Namun, pendarahan dari dubur juga kemungkinan menunjukkan kanser kolon.
Air kencing dengan kehadiran darah merupakan antara tanda awal kanser pundi kencing dan kanser buah pinggang atau ginjal.
Photo: www.cancer.gov |
Jika anda mendapati sebarang tanda-tanda di atas, lakukan pemeriksaan doktor dengan segera.
Better be safe than sorry.
[bersambung ke 15 Tanda-tanda Kanser Wanita Harus Tahu (Part 2)]
Rujukan:
No comments:
Post a Comment