Sunday, 5 October 2014

Selamat Hari Raya Aidiladha 10 Zulhijah 1435H

Selamat Hari Raya Aidiladha 10 Zulhijah 1435H


Untuk ke sekian kalinya saya dan anak-anak merayakan hari raya tanpa En.B yang masih berada di perantauan atas tugas. Begitu juga dengan hari raya puasa yang lepas, malah kami tidak mempunyai kesempatan untuk bersahur, berpuasa dan berbuka sepanjang Ramadhan lepas. Mujur anak-anak sudah biasa. Atas sebab itu saya buat juga sedikit makan-makan kecil untuk keluarga, sekadar untuk menandakan sambutan, meraikan hari dan memeriahkan suasana untuk anak-anak.

Photo: leekamalia.blogspot.com

Selepas beraya di rumah pak saudara merangkap jiran, barulah saya memulakan kerja masak-masak, biarpun hanya daging yang dibeli di pasar dan bukannya daging korban. Antara menu yang saya siapkan ialah savoury rice, daging masak hitam, sup ayam bak ting atau pat tin (eight treasure chicken soup), stir-fry sayur campur dengan sos tiram, dan oyako donburi (atas permintaan Acha).

Alhamdulillah, anak-anak gembira kerana dapat bermain bersama sepupu-sepupu dan para ibu juga gembira dapat berkumpul dan berbual-bual bersama.

Oyako donburi
Eight treasure chicken soup
Daging masak hitam
Stir-fry sayur campur dengan sos tiram
Savoury rice

Dengan kesempatan ini, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam, dan kepada anda, pembaca blog ini, terima kasih di atas sokongan. 

No comments:

Post a Comment