Thursday 2 October 2014

Vitamin dan Mineral Untuk Menghilangkan Parut Jerawat

Vitamin dan Mineral Untuk Menghilangkan Parut Jerawat


Jerawat, biarpun suatu penyakit yang tidak membahayakan nyawa, merupakan penyakit yang menjadi kerisauan ramai individu yang mengidapnya, terutama sekali remaja yang melalui tempoh perubahan hormon selain kepekaan terhadap rupa diri pada tahap yang tinggi. Perhatian terhadap keadaan kulit bukan sahaja ketika munculnya jerawat, malah berterusan sehingga kepada bagaimana ingin menghilangkan parut jerawat, terutama sekali di wajah.

Kerosakan kolagen dalam kulit akibat keradangan oleh jerawat menyebabkan parut hodoh yang 'berkawah' terbentuk biarpun setelah sembuh. Pada kebiasaannya penyembuhan selepas jerawat mulai berlaku pada hari keempat. Pada peringkat ini semasa parut masih baru, adalah penting untuk mendapatkan nutrien yang perlu untuk penyembuhan kulit agar seterusnya dapat memudarkan parut jerawat dengan lebih berkesan, berbanding dengan parut lama.


Photo: philschatz.com

Apakah vitamin dan mineral asas yang penting untuk menghilangkan parut jerawat?

  • Vitamin C

Vitamin C penting untuk merangsang penghasilan kolagen, sejenis protein yang merupakan komponen utama dalam kulit. Kolagen yang cukup membantu mengekalkan kulit yang lembut dan licin. Dalam proses penyembuhan, kesan yang dihasilkan oleh kolagen ini menutup ruang parut jerawat yang berlubang, menjadikan kulit lebih licin. Selain daripada itu, vitamin C memberi perlindungan antioksidan kepada kulit daripada kerosakan oleh radikal bebas yang terhasil semasa metabolisme sel yang berlaku semasa keradangan jerawat dan parut jerawat. Sumber terbaik vitamin C ialah melalui buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin C, selain boleh mendapatkannya daripada suplemen vitamin C yang baik.

  • Vitamin E

Vitamin E penting untuk memelihara kesihatan kulit, penglihatan dan membran mukus. Vitamin E juga memberi perlindungan antioksidan yang memelihara kulit daripada kerosakan oleh radikal bebas selain membantu dalam fungsi vitamin A yang penting dalam kesihatan kulit, yang juga salah satu nutrien yang perlu semasa dalam proses penyembuhan kulit. Terdapat kajian menunjukkan vitamin E berkesan dalam membantu mengurangkan parut jerawat. Antara sumber vitamin E ialah sayur-sayuran hijau selain daripada suplemen.

  • Zinc

Zinc merupakan salah satu mineral yan gpenting semasa proses penyembuhan. Zinc juga berperanan penting dalam regulasi vitamin E, sintesis protein selain bersifat antioksidan yang melawan radikal bebas. Peranan-peranan ini menjadikan zinc penting dalam membantu menghilangkan parut jerawat. Sumber zinc ialah daging, bijirin dan juga terdapat dalam bentuk suplemen.


Rujukan:




***Shaklee turut menawarkan rangkaian vitamin dan mineral yang perlu untuk menghilang dan memudarkan parut jerawat iaitu;
  • Sustained Release Vita-C™ Plus Shaklee
  • Vita-E Complex™ Shaklee
  • Zinc Complex Shaklee
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ingin menghilangkan jerawat dengan produk suplemen Set Kulit Shaklee?
Anda juga boleh melakukan belian sendiri secara online.
Klik untuk belian online sendiri. Kad kredit/ debit diperlukan.


Set Kulit Shaklee Hilangkan Parut Jerawat

***Hubungi saya untuk konsultasi cara pengambilan produk yang betul dan berkesan.

atau boleh juga hubungi saya untuk konsultasi dan pembelian produk, atau untuk menyertai KEAHLIAN SHAKLEE

Call SMS WhatsApp 019-6311031

Facebook : Kamalia Auderina Lee

Atau

" Like " dan hantar mesej ke,
Email: leekamalia@gmail.com

DISEMBER 2014 PROMOSI BERGANDA SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS & VITA-E COMPLEX SHAKLEE...klik untuk maklumat lanjut

No comments:

Post a Comment