Suami Bekerja Offshore? (Part 1)
Kala ini En. B (gelaran saya kepada encik suami) sedang dalam perjalanan dari Durham-Amsterdam-Bangkok-Kuala Lumpur setelah 5 minggu berada di perantauan laut di sekitar Eropah. Begitulah rutin beliau sejak 2 tahun lepas, 5 minggu bekerja, 5 minggu cuti. Sebelum ini En. B banyak pergi ke Timur Tengah dan India serta perairan dalam negara.
Photo: En. B (Zul Kama) |
Teringat dengan blog En. Eddyra iaitu eddyra.net. Itulah blog peribadi pertama yang saya betul-betul sejak 2009. Ketika itu saya sedang dalam pantang bersalin anak kedua. Saya menjumpai blog tersebut dalam senarai favourite list En. B. Mungkin En. B sedang mengumpul sebanyak maklumat tentang bekerja offshore selepas berhenti kerja dengan sebuah syarikat perkapalan swasta setelah 10 tahun bekerja. Saya pula tertarik untuk terus follow blog tersebut kerana berminat untuk memahami bidang pekerjaan yang En. B ceburi iaitu bekerja offshore, selain cerita-cerita penulis blog yang mencuit hati.
Little Did I Know What Would Happen To Me Later
Memang amat sukar menjadi isteri kepada suami yang bekerja offshore. Orang kata, 'wah, masyuk', tetapi hakikatnya, 'masak juga'. Namun, dalam kesukaran itu, saya bersyukur kerana masih punya suami yang masih mampu bekerja mencari nafkah keluarga. Sukar saya bayangkan keadaan ibu tunggal, atau isteri yang punya suami tetapi tidak mampu bekerja sama ada sakit fizikal atau 'sakit otak'. Lihat sahaja nasib isteri yang suaminya kaki judi, penagih dadah, kaki botol dan sebagainya. Atas sebab itu, tiada apa yang saya dapat saya rungutkan melainkan bersabar dan cuba tabah memikul tanggungjawab dalam keluarga apabila En. B meninggalkan rumah untuk fisabilillah mencari nafkah.
Ya, little did I know what would happen to me - bahawa saya punya cukup kekuatan untuk memikul tanggungjawab bukan sahaja sebagai ibu malah bapa kepada anak-anak sepeninggalan sementara bapa mereka keluar bekerja. Rasanya, itulah perkara yang paling berat. Kebimbangan paling besar adalah apabila mereka jatuh sakit seperti demam, lebih-lebih sesak nafas.
Tips #1 untuk isteri yang suaminya bekerja offshore: Dapatkan Set Kanak-kanak Shaklee untuk Anak-anak (bagi yang punya anak)
Syukur, saya mengenali Shaklee hehehe... dengan Shaklee (Meal Shakes, Chewable Vita-C dan OmegaGuard tentunya), anak-anak semakin jarang jatuh sakit, baik demam, batuk, selsema mahupun lelah. Sejak 5 bulan lepas juga, sejak mereka mengamalkan Shaklee dengan konsisten. Biarpun sekali sekala demam atau batuk selsema, mereka cepat sembuh dan kembali cergas berbanding dulu. Sekarang boleh dikatakan sangat jarang demam yang perlu mengambil antibiotik. Sudah tentu menjadi kelegaan besar kepada saya.
Dengan keadaan kesihatan mereka yang semakin baik, urusan harian saya lebih terurus. Teringat pada awal tahun ini, Yaya mengalami sesak nafas yang teruk sehingga kami perlu berulang-alik ke bilik kecemasan hospital sebanyak 3 kali dalam satu malam, dari pukul 12am - 7am. Mujur kami tinggal di rumah ibubapa saya. Sebelum ini kami tinggal di Petaling Jaya, dan setiap kali anak-anak demam dan batuk, tahap tekanan saya meningkat bukan sahaja kerana tidak cukup tidur menjaga mereka sepanjang malam untuk berjaga-jaga, malah paling utama disebabkan kebimbangan akan kecemasan di tengah-tengah malam. Maka sebab itulah, sangat penting untuk memastikan tahap kesihatan anak sebaik-baiknya sentiasa dalam keadaan baik. Biarpun demam atau batuk, sekurang-kurangnya dengan imun yang lebih kuat, mereka cepat pulih dan cergas, dan saya sebagai temporary-single-parent pada masa itu dapat 'save my sanity' kerana tidak lesu fizikal dan mental.
Tips seterusnya akan dikongsi pada masa akan datang :-D
No comments:
Post a Comment