Thursday, 9 October 2014

Suami Bekerja Offshore? (Part 2)

Suami Bekerja Offshore? (Part 2)


En. B baru ber-WhatsApp. Katanya dah berada di KLIA tiba dari Bangkok, tetapi sedang menunggu luggage yang belum sampai. Begitulah rutin beliau. Anak-anak pun macam dapat 'menghidu' papa mereka sudah menjejak bumi Malaysia, kerana dengan tiba-tiba, baru sebentar tadi Acheh dan Yaya ajak mengambil Papa di airport.

Don't Get Lost in Your Supermom Act - We Ain't No Supermama


Ya, itu yang saya belajar dengan menjadi temporary-single parent ni. Banyak orang berusaha push diri untuk menjadi supermama atas tuntutan masyarakat di sekitar dengan cuba melakukan semua seorang diri. Realitinya, tidak dan tidak perlu. Sebab itulah kita hidup bermasyarakat, ada keluarga, ada kawan. Saya berpendapat, biarpun keinginan kita besar untuk tidak ingin menyusahkan orang lain dan ingin melakukan semuanya seorng diri, realitinya kita harus sedar diri, jika kita rasakan batasan mental dan rohani kita cukup tinggi (hakikatnya kadang-kadang naik, kadang-kadang turun), kita perlu ingat batasan fizikal. Pernah terbaca kisah seorang ibu di Australia yang terlamapu penat menjaga 2 anaknya yang demam sehingga beliau tertidur di sofa dan kedua-duanya mati di bilik air akibat kelemasan? Sudah tentu, saya amat mengambil berat pengajaran daripada kisah benar tersebut.

Photo: welcomelittle.com
\

Tips #2 Dapatkan Sistem Sokongan daripada Persekitaran Anda - Don't Act Supermom, You Need a Break, Darling!


Antara perkara pertama yang saya buat ialah membuang ego diri saya demi keselamatan anak-anak. Ego untuk kelihatan, 'I can do it all by myself, I am a supermama', biarpun itu menyebabkan saya berhenti daripada profesion yang dipegang ketika itu, biarpun tinggal bersama ibubapa untuk seketika demi mendapatkan sokongan, terutama ketika semua anak masih kecil dan masih mengharapkan ibubapa dalam semua aspek. Dalam hal ini, 'kelihatan supermama' itu tidak penting, kerana yang lebih penting ialah keselamatan anak-anak. Salah satunya ialah kemampuan fizikal dan mental si ibu. No, we ain't no perfect. 

Pernah juga saya cuba mengambil seorang pengasuh di rumah untuk menjaga anak-anak, dalam ikhtiar saya kembali bekerja selepas cuti bersalin dan cuti menjaga anak. Akan tetapi pada zaman sekarang, amat sukar untuk mendapatkan seseorang yang boleh menjaga amanah kita dengan sebaik-baiknya. Itupun pengasuh tersebut 'missing in action' gara-gara gerun dengan prospek baru - saya mengandung anak keempat ketika itu. Hatta saya sendiri pun adakalanya berasa overwhelmed dengan karenah anak-anak seharian. Ibaratnya seperti bermain roller-coaster, ianya menyeronokkan tetapi selepas beberapa pusingan, anda pasti mahu turun daripada roller coaster dan duduk menarik nafas panjang, jadi bayangkan kegerunan si pengasuh tersebut yang masih muda belia dan ingin pekerjaan yang lebih glamour seperti rakan-rakan sebayanya. Begitu juga dengan mengambil pembantu rumah, atau meletakkan anak-anak di bawah jagaan taska. Tidak kurang yang kita baca atau dengar dalam berita televisyen atau viral di sosial media akan kisah bayi tersedak susu, dilambung pengasuh, dihentak kepala dan sebagainya.

Jadi, bagaimana hendak mendapat sokongan persekitaran? Saya mendapatkannya daripada sesiapa sahaja yang boleh saya percayai, seperti ahli keluarga serta sahabat dan rakan, yang boleh dihubungi pada bila-bila masa. Sokongan ini perlu terutama dalam hal-hal kecemasan. Hanya ibu atau bapa yang faham sukarnya membawa 4 anak berusia bawah 7 tahun masuk ke dalam kereta untuk ke bilik kecemasan hospital apabila salah seorang anak perlu rawatan segera akibat sesak nafas - pada jam 2 pagi! Tidak perlu cuba melakukannya seorang diri kerana keselamatan dan nyawa anak menjadi taruhan.

Saya tidak ambil pusing sangat kata-kata orang di sekitar yang menghakimi, kerana anak-anak adalah dalam tanggungjawab saya dan bukannya mereka yang bercakap. Saya tidak mahu masuk dalam dada akhbar dengan headlines, 'Tangisan anak-anak kebuluran disedari jiran, si ibu tidak sedarkan diri akibat kepenatan'.

Ini tidak bermaksud saya menghakimi mereka yang terpaksa meletakkan anak-anak dalam jagaan pengasuh, taska, nenek datuk dan sebagainya, kerana saya pasti setiap ibu bapa yang baik pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Atas sebab itu, saya bersyukur kerana dengan zaman subsidi minyak dan gula dikurangkan ini, saya tetap berpeluang untuk menjaga sendiri anak-anak, malah dapat melakukan bisnes Shaklee dari rumah, kerana ianya fleksibel dan tanpa modal perniagaan yang besar. Malah segalanya hanya di hujung jari - hanya perlu ada kemudahan internet.

Atas sebab itu juga, jangan rasa bersalah untuk mengambil satu hari cuti rehat apabila suami kembali bercuti. You deserve a day off ke spa, manicure, pedicure, kelas mengaji, kelas fardhu ain, keals kraf, get-together-with-friends session atau apa-apa sahaja perkara yang anda fikirkan dapat membantu mengembalikan kewarasan anda sebagai ibu. Lagipun, encik suami merupakan support system terdekat malah the pillar of the system.

Saya akan berkongsi lagi tips seterusnya dalam artikel akan datang.


No comments:

Post a Comment